Thursday, 15 August 2013

#Throwback Open House

Hai guyss , assalamualaikum ,

Semalam Ina ada buat rumah terbuka ... Alhamdulillah kami sekeluarga dapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para tetamu . Tetamu yang datang kira-kira 150 masa petang dan 20 orang waktu malam . Campur2 dalam 200 orang macam tu lah kan.... Rumah Ina penuh sangat2 sampai tetamu yang datang malu nak masuk . Hmm , Ina pulak tarik diyorang ... Tetamu kami semuanya daripada kalangan anak murid Walid & kawan2 Ina .

Masa pukul 11 , dah ada 3 group yg besar dah dekat depan rumah . Tapi walid cakap kat diyorang nanti dulu , pukul 4 baru datang... Bukan niat kami untuk menghalau , tapi memang betul , tak de makanan langsung kat rumah . Yang ada , kuih raya . Kami nak jugak merasa bagi orang makanan2 berat . Cehh ayat tak boleh bla betul lah :p

Masa ummi balik je dalam pukul 12 , biasa lah , 2 orang anak dara ummi yg tercinta ni , Ina n Myra tolong ummi , dalam 3 jam lah jugak duk dapur . Menu untuk tetamu hari ni , Mi Hailam & Mi Tomyam . Terliur tak , dengar ? Hehehehe . Air pulak , kami sediakan Sarsi & Laici . Ina yang pilih tau air2 tu ^^

Percaya tak ? Tetamu datang pukul 3 ? Pehh masa tuh lah , kelam kabut , tutup tirai dapur ! Walid pulak tengah makan masa tu . Apa lagi kelam - kabut lah kami sekeluarga . Yang tak boleh tahan , adik Ina , Danish & Kamaliya , selamba badak menghadap lappy lat ruang tamu . Huh , tebal betul muka diyorang ._.

Alhamdulillah pukul 3.30 makanan dan air siap dihidangkan . Walid kasi pelajar form 2 , iaitu kawan2 Ina dulu amik makanan . Pelajar form 2 yg baru datang masa tu , Adli (jiran Ina) , Shafiq Selamat & Haziq Bobby a.k.a Haziq Iqmal . Cehh , suka hati Ina je , nak letak2 nama orang , kan :p Hahaha . Terharu sangat bila Shafiq & Haziq dapat datang dari jauhh . Jenjarom , kan . Yang adli nya , terharu lah jugak , dia pun dari jauh , hmm depan rumah je . :p

Masa giliran pelajar form 3 , amik pehh macam asap ! Laju je diyorang . Masa tu kira2 dekat 20 orang lah yg datang termasuk pelajar lelaki dan perempuan . Yang Ina kenal , cuma Asyraf Azhar , Aiman yg putih2 tu je . Kadang2 Ina cam , tapi tak kenal nama pulak , kan :p

Macam tak percaya , Iskandar , a.k.a Ayep boleh datang rumah Ina ! Jauh tu . Dia dari Klang . Dia bawak jugak kawan2 . Tapi walid kata , muka dia macam kecewa masa balik , tak tahu lah kalau dia kecil hati Ina gurau dengan dia , kan . Terima kasih sangat2 datang . Yang tak boleh tahan , dia kata Ina nk jumpa dia . Dah lah masa tu , ehem ehem ada kat situ , Ina mem-back up lah diri sendiri , Ina kata ' Eh , mana ada . Ko jangan nak perasan sangat eh '



Hmm , memang sejujurnya , Ina penat . Tapi , dalam hati Ina ni membuak-buak rasa suka sebab , ye lah , bukan senang orang nak suka kita , tapi senang je , orang nk benci kita even kita duduk diam , kan ?

Tengok , tengok ada orang puji Ina -->
Thank you Joyah :') Aku layan kau tak seberapa pun , besar lagi maknanya kau datang rumah aku . :') 

Terharu tak , korang ? Huhuhu . Ina terharu sangat ... Memang betul kami baru rapat , tapi tak salah kan kalau Ina nak layan dia dengan baik ? 

Kawan2 lama Ina , Khalil , Paan , Hud, Amirul Imran , Ibnu Daniel , Nuqman Aniq dan lain2 pun datang . Semuanya konvoi naik motor ~ Diyorang lah jejaka paling pemalu dalam rumah Ina tu . Nak ambil makanan , sampai kena jemput , 4 , 5 kali . Diyorang kata malu sebab ramai orang ... Kebetulan , ahli KRS pun ada jugak kat meja makan . Memang riuhlah dibuatnya . 

Rumah tebuka kami berehat pada jam 7 petang . Group yang last , group abang Pery (ketua platun Ina) . Abg Pery bawak dalam 6 orang kawan2 dia . Seriously ! Kawan2 dia baik sangat , sampai nak tolong Ummi & Kak Nuraini kat belakang tengah masak . Hahaha . Diyorang sampai karaoke lah kat rumah Ina . :p 

Kami ingat malam tu , waktu pembebasan , rupanya ada lagi yang datang , dalam pukul 9.30 macam tu . Lama jugak lah , diyorang duduk rumah Ina , dalam sejam macam tu . Walid kata , walid malas layan , tengok2 anak murid kesayangan walid :p Kesayangan lah sangat . Itu group Acap Madi & Shaiful . Diyorang pun siap karaoke2 kat rumah Ina , lagu raya xp  Semangat gila Shaiful . 

Apa2 pun , Ina happy sangat semalam , even Ina kena layan diyorang dalam keadaan selsema , batuk , tak de suara . Hmm , terima kasih sangat2 korang . Terharu sangat , sampai tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi . :') 

Jap , jap entri ni belum habis , usya lah gambar dulu :3 hehehehe. 

Heh , tah kemana lah camera ni pergi.. 

Jap , biar Ina cari lagi...

Jumpa pun , atas meja makan rupanya .... 

Dia menyorok sebab semalam , dah selalu sangat guna :p 

Nak rest lah tu~ 

Abg Pery gilo . Ina yg hijau


 Tengok abg ajis -,- 
Sorry myra . Abg Pery buat muka..



Budak pemalas ni , dah malas edit gambar masuk picasa , flip kan gambar ni . Tolong faham :') 

Lot of love ,
Ina . 

Assalamualaikum :)


12 comments:

  1. woahh...buat open house tk ajak pun. hahah XD

    ReplyDelete
  2. @IDAHRASHID : Hahaha . Tahun depan Ina ajak semua xD

    ReplyDelete
  3. ooooh, meriahnya~ sampai 200 org mai. mesti seronok layan tetamu..

    ReplyDelete
  4. seronok bila open house ni, ramai dtg, meriah je, selamat hari raya dik :)

    ReplyDelete
  5. suka baca entri ina,wuu,bestnya mi tomyam ^0^

    ReplyDelete
  6. @kopi pastaHaah . Memang ramai pun .. Seronok sangat sampai hilang suara >< Hahaha

    ReplyDelete
  7. @Anne RihannHa'ah . Seronok.. Dapat jumpa kawan2 ^^

    ReplyDelete
  8. @Adam FaizThank youu Adam :D Heheh . Ina pun ada masak tau :D

    ReplyDelete
  9. raya kali ni, takde kawan akak datang pun :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. kak , jangan sedih :'( Maybe diyorang busy kot..

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)