Wednesday, 16 October 2013

Usah jadi orang lain

Assalamualaikum ,
Ina hanya manusia biasa . Tak lari daripada kesilapan . 

Ina sentiasa sematkan ayat tu dalam hati Ina ni . Supaya Ina tak rasa angkuh , bongkak , apa yang Ina ada ...

Ina manusia biasa , kadang-kadang ada jugak dalam hati ni , timbul perasaan 'aku lebih daripada orang lain' . Astaghfirullahalazim . Bila Ina ingat je macam tu , Ina terus fikir benda lain . Siapa Ina untuk bangga kelebihan yang Ina ada ? Semua ni Allah yang bagi .

Kadang-kadang Ina ada juga terfikir , kenapa lah Ina tak jadi macam dia tu . Dah lah kaya , hot , pandai , semua dia ada . Astaghfirullah . Ina tak sedar yang Ina tak bersyukur dengan pemberian Allah . Ina teringin jadi macam dia , tapi Ina tak terfikir pulak , maybe ada orang yang nak jadi macam Ina . Ada ke ? Hahha . Ina pun tak tahu ...

Ina sibuk nak jadi macam orang lain ... Ina tak pernah bersyukur apa yang Allah bagi . Memang dari segi luaran , dia paling gah , dia paling pandai . Tapi ? Siapa tahu ? Dalam hati dia ? Mungkin , mak ayah dia tak suka dia ? Mungkin , adik beradik dia , tak suka dia ? Mungkin , dia tiada kawan baik ? Siapa tahu ?

Ina pernah termimpi , yang Ina jadi kaya . Dalam mimpi tu , Ina seorang model muslimah . Ina mohon , tolong jangan gelak , bila baca eh xD Ina cuma cerita , apa yang Ina mimpi sahaja. Bukan rekaan .

Ina seorang model muslimah , Humaira , adik Ina pun sama . Ummi merupakan pengurus sebuah butik yang besar & terkenal . Walid pula merupakan usahawan yang berjaya .

Ina rasa gembira sangat , sebab gambar Ina dengan Humaira penuh , di setiap majalah . Majalah Remaja , Majalah Mangga dan banyak lagi . Kahkahkah xp Tapi , Ina tak sedar langsung , itu mimpi . Ina cuma rasa pelik , kenapa tiba-tiba Ina jadi kaya . Model pulak tu . :p

Tapi , suatu hari , Ina ada masalah . Ina perlukan teman untuk kongsikan masalah Ina ni . Orang yang pertama Ina cari , walid . Memang walid yang selalu dgr masalah Ina , beri nasihat kepada Ina . Tapi ? Dalam mimpi ni ? Masa Ina tengah cakap , walid langsung tidak hiraukan Ina . Walid sibuk dengan komputer walid , konon dengan jualan syarikatnya .

Ina pergi cari Ummi . Ummi bawa Ina ke butik Ummi . Seriously , memang besar . Ina cuba ceritakan masalah Ina kepada ummi , tapi , ummi tak hiraukan langsung . Ummi ambil tak endah . Ina cuba tinggikan suara Ina dekat ummi , mungkin ummi terlampau sibuk , sampai tak dengar ... Tapi , ummi tetap ambil tak endah  . Ina rasa sunyi sangat ...

Tiba-tiba , Ina terjaga . Ummi kejutkan Ina . Barulan Ina sedar , tadi tu mimpi . Sekarang , baru Ina berpijak di bumi yang nyata ...

Memang susah , Ina nak lupakan , dunia model muslimah Ina ala-ala retis tu :p Hahha . Setiap majalah , ada gambar Ina . Tapi , Ina betul-betul tak sanggup , bila orang tua Ina sendiri , terlampau sibuk , tiada masa untuk dengar masalah Ina . Untuk Ina kongsikan cerita bersama . Untuk kongsikan bahagia bersama . Ina betul-betul tak sanggup .

Biarlah Ina hidup bersederhana macam ni . Walaupun Ina bukan model muslimah , tapi ummi dengan walid , tetap setia dengar masalah Ina dan beri nasihat dekat Ina . Selalu ada waktu untuk kami adik-beradik ♥

I love you so much , ummi & walid ♥
" Who else can be you better than you be yourself ? " 

 


Dah ngantuk dah ni ^O^
Esok petang sekolah ...
Semoga entry Ina malam ni , memberi manfaat kepada korang semua ♥

Gambar sesat ♥ Kihkihkihk . I'm proud to be Sabrina . 


Bye , assalamualaikum :)

7 comments:

  1. Nice entri ina,Agreed with you~

    ReplyDelete
  2. kadang kadang aku pun rasa macamtu hmmm, btw cantik lah gambar!

    ReplyDelete
  3. suka sangat dgn entry ni. ade org yg kaya tpi dia tk bahagia pun dgn kehidupan dia mcm dlm mimpi ina tu, semua org busy je dgn hal dunia. lebih baik hidup dlm sederhana, ikut cara hidup nabi :)

    ReplyDelete
  4. @Mazni MunawarTerima kasih kak ! Hehhee . Alhamdulillah , Allah bagi Ina mimpi ni , supaya Ina boleh jadikan tauladan dan Ina boleh kongsikan kepada semua :)

    ReplyDelete
  5. betul tu,jadi diri sendiri lagi baik :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)