Monday, 18 November 2013

Dah setahun Ina berblogging.

Assalamualaikum .

Selamat pagi :D Mulakan hari anda dengan senyuman :) Jangan monyok je. :3

Alhamdulillah. Tak sangka blog Ina ni, dah beroperasi selama setahun. Rasa macam baru semalam Ina jadi blogger.

Masa mula2 , Ina tertarik menjadi blogger sebab tengok ada beberapa kawan Ina yang suka share cerita dekat blog. Jadi, Ina pun cubalah sign up, dalam hati ni, Apa aku nk buat?  Nak cerita apa? Ada cerita ke? 

Ina ingat lagi pengalaman ketika mula2 berblogging dulu. Rasa lucu sangat. Kalau korang tahu pun, mesti korang kata " Dik, biar betul ni? " Hahaha serious.

Cerita Ina, bukan orang lain.
Sebenarnya sebelum sebabakusabrina ni beroperasi, Ina ada lagi blog lain masa Ina form 1. Tapi blog tu dah delete dah atas sebab entri2 yg merapu tahap maksimum. Tapi, bila dah delete, rasa menyesal pulak. Habis kenangan macam tu je. Tapi, nak diapakan, benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur, kan.
Entri zaman dulu
Apa2 pun, masa Ina first time berblogging lain sangat. Tulisan warna-warni. Tulisan Kecil sederhana besar tak kesah. Background pelangi. Maklum lah, terlampau ghairah berblogging.

Entri merapu ?
Ina juga suka letak entri-entri merapu. Tapi, bagi Ina, merapu pun, cerita Ina. Kalau diyorang tak suka tak pe lah, ni blog Ina, cerita Ina. Merapu tak merapu, tu lain cerita. Yang pnting , Ina jadi diri sendiri. Ina share cerita Ina sendiri.
Design blog
Dulu, Ina pun suka menghias-hias blog ni. Walaupun masa mula-mula, satu kod pun Ina tak tahu. Kawan Ina yg editkan blog Ina. Tapi, Ina usaha sendiri, lama-lama dah pandai sikit2. Akhirnya, alhamdulillah, inilah blog Ina sekarang.

Header yg Ina buat masa mula2 dulu ;

  


Tutorial
Tutorial ni, ambil masa untuk Ina belajar. Ini, pun sebab Ina selalu edit blog. Jadi, ada lah, 'ter'hafal beberapa kod, <center> , <br> , <div>  tahu sikit-sikit je. Yang lain, Ina kongsikan sebab Ina pernah buat. Like fanpage misalnya.

Freebies
Ina akui freebies yg Ina bagi, tak lah cantik mana pun. Tapi, masa awal-awal berblogging dulu, Ina buat header guna photoscape je. Kadang2 , cari je kat Google, mana yg lawa, tempek lah kat blog sebagai header. Janji Ina suka ^^

Followers
Ya allah, Ina tak sangka followers Ina dah 1k . Bagi Ina, tu bukannya bilangan yg kecil. Masa Ina mula2 berblogging dulu, tak de siapa nak follow blog Ina. Ina tak reti nak follow orang. Ina tak reti macam mana nk letak jejak dekat cbox.

Masa Ina dah dapat 500 followers, Ina dah bangga sikit dah. Dalam hati, *wahh tak sangka betul*. Tapi tu dulu. Sekarang, Ina bersyukur apa yg ada. Walaupun, followers blog org lain, beriban-riban , Ina tetap teruskan brblogging. Ini baru permulaan.

Giveaway & Segmen
Masa awal2 dulu, giveaway dgn segmen pun Ina tak tahu.Nak join tak tahu. Macam mana nk tgk pemenang , Ina tak tahu. Tapi, sekarang alhamdulillah, Ina dah buat giveaway dan segmen sendiri. Masa mula-mula memang takut2, bila dah lama2 , Ina terbiasa. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Perkara yg paling menggembirakan bila menang hadiah. Tak kira lah kecil, besar mana hadiah tu, kan.

Fanpage
Alhamdulillah, Ina dah ada fanpage sendiri. Dulu, Ina pelik kenapa kena ada fanpage. Rupanya fanpage ni penting. Kalau org nak sponsor, nk mintak tolong dengan kita, mesti pm fanpage kita.

Bila Ina jadi sponsor
Yeayyy. Alhamdulillah, Ina dah jadi sponsor. Mula2 , tak tahu nak sponsor apa. Sponsor tu macam mana ? Tapi, sekarang, Ina dah sponsor topup. Kalau tak de bajet sgt, buatlah review blog. Tapi, kalau buat review blog, jangan jadi kedekut sgt. Buatlah review blog 5 org ke. Hehehe ^^ Cuma belum pandai pos mengepos ni. Tak de duit pulak nak pakai pos ni. ^^

So? Macam mana ? Permulaan Ina, bukan lah senang. Masa mula-mula ramai yg kutuk Ina, kata blog buruk, diyorang kata entri tah apa2 entah. Biasalah tu. Kalau orang tak nk kita naik, memang dia akan cuba sedaya-upaya jatuhkan kita . Kita tak boleh percayakan semua orang. Kadang2 , ada yg bertopeng-topeng belakang kita ni. Dia dengki dengan kita.


Lastly, Ina bersyukur selepas berjaya menceburi dunia bloggging. Ina buat ramai kenalan. Kami macam kawan dan keluarga. Walaupun, umur yg jauh berbeza, tapi masing-masing dapat menyesuaikan diri.

Terima kasih semua ♥ Tolong doakan Ina lebih berjaya dalam dunia blogging.

Blogger yg tetap tersenyum walau dugaan menimpa. 

Hahahaa perasannya :p

Apa yg penting sekali dalam dunia blogging bukan sebab entri dia best , bukan sebab dia comel, bukan sebab dia cantik , bukan sebab dia kaya , tapi sebab dia yakin. Jangan cepat berputus-asa. Pedulikan apa org kata. Dia dengki dengan kita. 





Bye. Assalamualaikum :)


39 comments:

  1. Wahhh, tahniah dik. abaikan je apa yang orang cakap. hehehe :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah dah genap setahun usia blog adik.. akak doakan semoga adik terus success.. pedulikan apa kata orang, yang penting kita jadi diri kita dengan seadanya..

    ReplyDelete
  3. wah!
    staun dah
    MG blum lg .
    tahniah2 ..keep on writing :)

    ReplyDelete
  4. @MG schmidtHeheh ye ke ? Apa2 pun terima kasih :D

    ReplyDelete
  5. haha aku ingat lagi yg entri pisang and chewing gum tu,,sirius x leh lupa,,tahniah dah jadi blogger famous,,

    ReplyDelete
  6. Gudluck Ina moga lebih berjaya :)

    ReplyDelete
  7. woahh mcm tk percaya baru setahun ina berblogging, rasanya mcm dah bertahun-tahun xD happy blogging!

    ReplyDelete
  8. tahniah.. semoga lebih terus suksess dalam dunia blog..

    ReplyDelete
  9. tahniah atas pencapaian setahun.. tp fiza ngk dah mcm lamer jer berblogging.. tahniah...follower pun ramai..

    ReplyDelete
  10. Selamat Ulang Tahun Berblogging yunk...
    semoga terus succes ok... *_*

    ReplyDelete
  11. haaa.. dah cukup setahun dah ye!!! sama lea kita.. heee.. teman 23 nov ni cukup setahun

    ReplyDelete
  12. @tenku butang Lah, ye ke ... Apa2 pun, terima kasih ye ^^

    ReplyDelete
  13. Tahniah..akak pn bru setahun tp followers x de 1k pn..x kisah la brp byk pn yg pnting kita hepi..hehee

    ReplyDelete
  14. Goodluck ina.. dah setahun dah kau! wuhuu~ entry kau semuaaaa best best. :))

    ReplyDelete
  15. @atien zuraidah Ye ke kak ? Sama lah ni ^^ Betul tu kak :D

    ReplyDelete
  16. @Izzah Alya Hehe. Alhamdulillah. Terima kasih Izzah ♥ ;D

    ReplyDelete
  17. tahniah dik. Happy 1st anniversary ^_^

    ReplyDelete
  18. Tahniah Ina.Gudluck and keep blogging! Semoga terus maju kehadapan,amin :)

    ReplyDelete
  19. Happy BloggingDay!! :) heheh.. tahniah sebab dah selamat jadi blogger selama 1 tahun... hehhehehe.

    ReplyDelete
  20. tahniah!!..susah sebenarnya nak menaikkan blog ni.nak mulakan langkah pertama GA belum tercapai lagi.mungkin slow2 dulu jadi sponsor macam sabrina ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) haah.. betul tu.. memang susah.. hehe insyaallah, berjaya.. yang penting kena rajin promote :) boleh juga cuba jadi sponsor sbb boleh tingkatkan followers..

      Delete
  21. power power, teruskan berblogging, memang cool

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)