Sunday, 15 December 2013

Hargai orang yang percayakan kita

Assalamualaikum,
 

Wah wahhh dah lama tak update blog. Dah banyak dah sarang kat blog ni. Sarang semut, sarang labah-labah, segala sarang lah.. Act, Ina baru balik daripada Johor. Penat sangat. Tapi, banyak cerita yg Ina nak kongsikan kepada korang. Hehe ^^

Sebelum tu, Ina mohon maaf , kalau ada comment yg Ina tak reply, semua tu.. Hehe, tak sempat nk tengok satu persatu. Kalau ada apa2 , insyaallah Ina akan reply kat fb , okay ? ♥

Okay, back to title entry kali ni. Hargai orang yang percayakan kita. Macam mana kita nak tahu seseorang ni percayakan kita ? Memang susah nak baca hati orang ni... Tapi, bagi Ina, kita boleh tahu , orang tu hargai kita atau tak melalui perbuatan dia. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kita.

Ada lah satu kisah ni, Ina nak sharekan kat korang. Okay, Ina letak nama dia Ina (promote nama sendiri :p ) Pernah Allah uji Ina. Masa tu, hidup Ina memang sunyi sangat. Suatu hari, Allah hadirkan seorang teman untuk Ina. Teman untuk Ina kongsikan cerita, teman untuk gelak , sedih bersama. Hari-hari Ina kongsi cerita dengan dia.

Ina memang percaya dia. Ina ingat kitorang boleh jadi kawan baik. Ina ingat dia setia dengan Ina. Ina ingat dia pun suka kawan dengan Ina.

Tapi, Ina tak tahu yg sebenarnya dia selalu burukkan Ina dekat belakang. Habis cerita yg Ina kongsikan dengan dia terbongkar macam tu je. Semua orang pulaukan Ina. Semua orang pandang rendah dekat Ina. Jauh di sudut hati Ina ni, pedih sangat. Sedih yg teramat sedih. Tapi, Ina percayakan dia sangat-sangat. Sungguh. Sungguh Ina tak sangka.

Tapi, Ina simpan je. Ina malas bertekak. Tak guna. Tak dapat apa-apa. Sejak daripada tu, Ina terus jauhkan diri daripada dia.

Tak lama. Dalam beberapa bulan, alhamdulillah, Allah kurniakan teman baru untuk Ina. Teman yg betul-betul nak kawan dengan Ina. Teman yg setia dengan Ina. 

Tapi, Ina tak lupa jugak bertanya kepada kawan yg lain tentang teman Ina yg lama tu. Terkejut besar Ina, bila diyorang kata semua dah tak suka dia disebabkan perangainya yg agak menjengkelkan tu. Tidak menghargai teman-teman yg selalu berada di sisi.

Tapi, Ina tak salahkan dia. Ina cuma ambil iktibar apa yg berlaku kepada Ina dan dia. Kadang-kadang kita gembira bila tengok orang tumbang sebab kita tak suka dekat orang tu, tapi percayalah. Allah maha besar. Bila-bila je, Allah boleh balas apa yg kita dah buat dekat orang tu.

Bukan susah nak hargai orang. Tak semestinya kena bagi hadiah. Kadang-kadang , ucapan pun dah cukup menggambarkan kita menghargai seseorang tu. Contoh yg paling senang, terima kasih. 2 perkataan je. Bukan kena hafal pun. Tapi, disebabkan dua perkataan ni lah, yg menunjukkan kita menghargai orang tu.

Senang, kan ? So, hargai orang yg percayakan kita. Kadang-kadang kita tak sangka, begitu percayanya seseorang tu dekat kita. Jangan sakitkan hati dia. Bukan senang, nak buat orang percayakan kita. Bila dia dah hargai kita, jangan abaikan dia.

Banyak yg Ina belajar.
  1. Hargai orang yg percayakan kita. 
  2. Kalau kita buat baik kat orang, Allah balas baik. Begitulah sebaliknya. 
  3. Jangan cepat percayakan orang . 
 

 

  

Bye, assalamualaikum :) 

8 comments:

  1. Biasa lah tu dik..Sometimes nak percaya kat seseorang tu, tak perlu 100%..Hakikatnya, kita akan jumpa ramai jenis yang bermuka-muka ni. Bukan senang nak cari kawan yang betul-betul boleh dipanggil sahabat sejati.. :)

    ReplyDelete
  2. @Ariannalissa82 Hmm, betul tu.. Ina selalu kena... Lepas kena, dh serik dah...

    ReplyDelete
  3. Saya hargai Ina melawat Blog anak Itik Comot.. =)

    ReplyDelete
  4. betul tu ina... beberapa bulan yg lepas, akak ada la share satu benda ngan kwn akak... dah pesan, "ko jgn tny or gitau si A lak!" coz akak tahu dia rapat dengan si A, but bila lagi kan kita nak uji org tu punya pegang janji.. but, si A tu sendiri tny akak, ada x cerita kat kawan tu sebab kawan tu tny si A.. nasib baiklah tak ada apa2 berlaku sebab kes scandal je pown.. but, from that point, dh nmpk la siapa yg boleh pgg rahsia dan siapa x..

    ReplyDelete
  5. @Nurul Farahizzati Oh, hmm ina pun pernah kena mcm tu.. Lps dah kena, insaf dah nk percaya kan org tu.. Huh.. Kita ni, tak blh cpt sgt percayakan org, kan.. ^^

    ReplyDelete
  6. trusting people need courage! sbb tu kita jgn cepat sgt percaya, jgn terlalu percaya...percaya diri sendiri je lebih bermakna, dan percaya pada aturan ALLAH :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)