Tuesday, 26 November 2013

Biodata Risteena Munim ( Heroin Playboy Itu Suami Aku )

Biodata dan Gambar Risteena Munim - Pelakon Playboy Itu Suami Aku

Nur Risteena, Risteena Munim, Heroin Playboy Itu Suami Aku

Nama Sebenar ialah Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Risteena Munim). Merupakan heroin dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM, dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Lahir pada 19 November 1989. Berumur 24 tahun. Sebelum menceburi bidang lakonan, Risteena menceburi bidang modeling. Dia juga sangat minat dalam bidang pengacaraan. Beliau pernah berlakon menerusi drama Bukan Cinta Monyet di TV3.

Credit ; sini

Bioadata Fattah Amin ( Hero Playboy Itu Suami Aku )

Biodata dan 7 Gambar Fattah Amin - Pelakon Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

Biodata Fattah Amin

Nama Sebenar ialah Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin). Merupakan hero dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Sekarang berumur 23 Tahun. Beliau merupakan mahasiswa sepenuh masa dalam bidang pengurusan seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan pemenang bagi Hero Remaja 2012. Pernah berlakon menerusi drama 'Kerana Sarah' (slot Azalea TV3) dan 'Memberku Hawa' (Astro Ria).

Gambar Fattah Amin

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku
Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku
Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku
Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku
Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku 

Credit ; sini

Monday, 25 November 2013

Kenapa awak tak nak singgah ?

Assalamualaikum ,
 

Selamat pagi :D So, sementara otak Ina mash fresh lg ni, Ina nk kongsikan sikit tips kenapa Ina tak pergi blog seseorang tu.

Ina memang jenis yg suka berblogwalking. Lepas Ina berblogwalking, Ina akan follow blog orang tu. Ina akan tinggalkan jejak dekat chatbox diyorang. Kalau Ina rajin, Ina like fanpage, comment di entry diyorang and isi tabung nuff ( Hahhaa, baik tak? Jadi selalu selalu lah singgah blog Ina ye ^_^ *promote blog sendiri pulak*)

Tapi, ada beberapa sebab kenapa Ina dah pergi blog dia, tapi Ina tutup balik sebab Ina dok tunggu, tak habis jugak dia punya loading. ._.

  • Widget yang tak perlu
Bagi pendapat Ina,widget yg penting je korang boleh letakkan di sidebar.Salah satu contoh yg Ina boleh bagi ialah jam bergerak, bg makan ikan, Ina rasa tak perlu. Ina tahu korang baik hati, nak kasi visitor main dgn ikan-ikan tu, tapi disebabkan ikan tu lah blog korang jadi berat :(

  • Lagu
Bagi sesetengah visitor, dia tak suka bila ada lagu-lagu dalam blog ni. Try imagine, korang bukak youtube, dengar lagu. Bila korang berblogwalking, mesti lah bukak banyak tab kan. Cuba bayangkan, setiap blog yg korang bukak tu, ada lagu? Tak ke bunyinya dah berdouble2 ? So, dengan berat hati, kenalah dia tutup blog korang :( Dah rugi seorang visitor.

Bagi Ina, boleh letak lagu dalam blog. Tapi, make sure ada button pause. Ina letak lagu dalam blog Ina ni pun, sebab Ina takut visitor boring, diyorang pun nak dengar lagu jugak, kan ? Jadi, kalau ada lagu tu, macam bg feeling sikit. :p

  •  Lagu rancak sangat
Lebih kurang mcm yg atas tadi, tapi ni lain sikit. Lagu dia rancak sangat. Ina pernah kena ni. Ina tengah baca lah entry seorang blogger ni. Menyayat hati sangat. Rasa nak menangis pun ada ( ceh ayat lebih ) :p Tiba-tiba ada keluar lagu rancak-rancak, terkejut jahh. Jadi, secara automatik lagu tu boleh mematikan emosi visitor.

  •  Bestnya ada bunga-bunga dekat blog ni
Ina tahu, memang comel sangat, kalau blog kita ada bunga comel jatuh-jatuh. Lagi-lagi kalau warna dia, warna pink :3 Hehehe. Nampak cute gitu. Tapi, apa yg Ina nak pesan, bunga-bunga yg comel ni, boleh membuatkan blog korang berat. Nanti cursor lambat, semua jadi lambat. Bukan bunga-bunga je. Bagi Ina, snow dan hujan pun sama.

Okay, Ina rasa setakat ini je lah yg Ina nak tegur. Kalau korang semua tak setuju, tak pe. Ina tak kesah. Ina cuma bagi pendapat je. Ye lah, setiap orang, pemikirannya lain-lain. :)

Sebenarnya, ada banyak lagi sebab Ina tak singgah blog seseorang tu. Tapi, Ina rasa setakat ini sahaja lah Ina kongsikan kepada korang semua. Kalau ada kesempatan lain, Ina akan kongsikan lebih byk lagi, ye ^^

Bye. Assalamualaikum.
 




Monday, 18 November 2013

Dah setahun Ina berblogging.

Assalamualaikum .

Selamat pagi :D Mulakan hari anda dengan senyuman :) Jangan monyok je. :3

Alhamdulillah. Tak sangka blog Ina ni, dah beroperasi selama setahun. Rasa macam baru semalam Ina jadi blogger.

Masa mula2 , Ina tertarik menjadi blogger sebab tengok ada beberapa kawan Ina yang suka share cerita dekat blog. Jadi, Ina pun cubalah sign up, dalam hati ni, Apa aku nk buat?  Nak cerita apa? Ada cerita ke? 

Ina ingat lagi pengalaman ketika mula2 berblogging dulu. Rasa lucu sangat. Kalau korang tahu pun, mesti korang kata " Dik, biar betul ni? " Hahaha serious.

Cerita Ina, bukan orang lain.
Sebenarnya sebelum sebabakusabrina ni beroperasi, Ina ada lagi blog lain masa Ina form 1. Tapi blog tu dah delete dah atas sebab entri2 yg merapu tahap maksimum. Tapi, bila dah delete, rasa menyesal pulak. Habis kenangan macam tu je. Tapi, nak diapakan, benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur, kan.
Entri zaman dulu
Apa2 pun, masa Ina first time berblogging lain sangat. Tulisan warna-warni. Tulisan Kecil sederhana besar tak kesah. Background pelangi. Maklum lah, terlampau ghairah berblogging.

Entri merapu ?
Ina juga suka letak entri-entri merapu. Tapi, bagi Ina, merapu pun, cerita Ina. Kalau diyorang tak suka tak pe lah, ni blog Ina, cerita Ina. Merapu tak merapu, tu lain cerita. Yang pnting , Ina jadi diri sendiri. Ina share cerita Ina sendiri.
Design blog
Dulu, Ina pun suka menghias-hias blog ni. Walaupun masa mula-mula, satu kod pun Ina tak tahu. Kawan Ina yg editkan blog Ina. Tapi, Ina usaha sendiri, lama-lama dah pandai sikit2. Akhirnya, alhamdulillah, inilah blog Ina sekarang.

Header yg Ina buat masa mula2 dulu ;

  


Tutorial
Tutorial ni, ambil masa untuk Ina belajar. Ini, pun sebab Ina selalu edit blog. Jadi, ada lah, 'ter'hafal beberapa kod, <center> , <br> , <div>  tahu sikit-sikit je. Yang lain, Ina kongsikan sebab Ina pernah buat. Like fanpage misalnya.

Freebies
Ina akui freebies yg Ina bagi, tak lah cantik mana pun. Tapi, masa awal-awal berblogging dulu, Ina buat header guna photoscape je. Kadang2 , cari je kat Google, mana yg lawa, tempek lah kat blog sebagai header. Janji Ina suka ^^

Followers
Ya allah, Ina tak sangka followers Ina dah 1k . Bagi Ina, tu bukannya bilangan yg kecil. Masa Ina mula2 berblogging dulu, tak de siapa nak follow blog Ina. Ina tak reti nak follow orang. Ina tak reti macam mana nk letak jejak dekat cbox.

Masa Ina dah dapat 500 followers, Ina dah bangga sikit dah. Dalam hati, *wahh tak sangka betul*. Tapi tu dulu. Sekarang, Ina bersyukur apa yg ada. Walaupun, followers blog org lain, beriban-riban , Ina tetap teruskan brblogging. Ini baru permulaan.

Giveaway & Segmen
Masa awal2 dulu, giveaway dgn segmen pun Ina tak tahu.Nak join tak tahu. Macam mana nk tgk pemenang , Ina tak tahu. Tapi, sekarang alhamdulillah, Ina dah buat giveaway dan segmen sendiri. Masa mula-mula memang takut2, bila dah lama2 , Ina terbiasa. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Perkara yg paling menggembirakan bila menang hadiah. Tak kira lah kecil, besar mana hadiah tu, kan.

Fanpage
Alhamdulillah, Ina dah ada fanpage sendiri. Dulu, Ina pelik kenapa kena ada fanpage. Rupanya fanpage ni penting. Kalau org nak sponsor, nk mintak tolong dengan kita, mesti pm fanpage kita.

Bila Ina jadi sponsor
Yeayyy. Alhamdulillah, Ina dah jadi sponsor. Mula2 , tak tahu nak sponsor apa. Sponsor tu macam mana ? Tapi, sekarang, Ina dah sponsor topup. Kalau tak de bajet sgt, buatlah review blog. Tapi, kalau buat review blog, jangan jadi kedekut sgt. Buatlah review blog 5 org ke. Hehehe ^^ Cuma belum pandai pos mengepos ni. Tak de duit pulak nak pakai pos ni. ^^

So? Macam mana ? Permulaan Ina, bukan lah senang. Masa mula-mula ramai yg kutuk Ina, kata blog buruk, diyorang kata entri tah apa2 entah. Biasalah tu. Kalau orang tak nk kita naik, memang dia akan cuba sedaya-upaya jatuhkan kita . Kita tak boleh percayakan semua orang. Kadang2 , ada yg bertopeng-topeng belakang kita ni. Dia dengki dengan kita.


Lastly, Ina bersyukur selepas berjaya menceburi dunia bloggging. Ina buat ramai kenalan. Kami macam kawan dan keluarga. Walaupun, umur yg jauh berbeza, tapi masing-masing dapat menyesuaikan diri.

Terima kasih semua ♥ Tolong doakan Ina lebih berjaya dalam dunia blogging.

Blogger yg tetap tersenyum walau dugaan menimpa. 

Hahahaa perasannya :p

Apa yg penting sekali dalam dunia blogging bukan sebab entri dia best , bukan sebab dia comel, bukan sebab dia cantik , bukan sebab dia kaya , tapi sebab dia yakin. Jangan cepat berputus-asa. Pedulikan apa org kata. Dia dengki dengan kita. 





Bye. Assalamualaikum :)


Sunday, 17 November 2013

Biodata Encik Mimpi

Assalamualaikum ,

Siapa Encik Mimpi ?
Itu persoalannya.

Tadi Ina search dekat google, biodata encik mimpi. Yang keluar bukan biodata, tapi, Blog Encik Mimpi. Dalam hati, dah berbunga-bunga dah. Tapi, maaf , Ina mengecewakan korang semua, Ina tak dapat biodata Encik Mimpi. Ina cuma share kan sahaja ye, apa yg ada di dalam blog dia.

Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)


Masa Ina baca je, title blog ni, Ina dah tertarik dah. Encik Mimpi and The Tidur's Blog? ( Wowww ! ) * Dalam hati je lah :p

Jom kita tengok apa yg wow nya.

Sebelum tu, Encik Mimpi ni, ada satu persamaan tau dengan Ina. Encik Mimpi ni pun , suka menyanyi dan main gitar. Hahahha , bangga jap. Kbye :p

Encik Mimpi ni, suka melukis, dan lukisannya memang cantik and cute sangat >_<

 
Lawa, kan ? 

Tapi, ni yang sedih ni. Ina ni, tak pandai lukis macam Encik Mimpi. :( Tangan Ina ni, tangan kayu. Hmm, tak pe. Ina tetap bersyukur dikurniakan dgn tangan ni. Sekurang-kurangnya, tangan Ina ni, boleh jugak memasak, tolong orang, update blog. Alhamdulillah.. 

Encik mimpi ni selalu buat cover tau. Memang best sangat suara dia. Ina yg dengar ni, hancur luluh hati Ina ni. Maklum lah cair. Hahahha. Dah, melebih dah Ina ni. :p Maaf ye , semua >< 

Ina dengar lagu ni. Sedih sangat. 

 
Ingatkah Kamu by Encik Mimpi 

Lagu ni ditujukan khas utk ex-bestfriend beliau. 

Gambar-gambar encik mimpi. 




Kenapa Encik Mimpi pakai topeng ?! 

Wallahualam. 

So, ini sahaja yg Ina dapat kongsikan kepada korang semua :) Harap , entry Ina ni tak mengecewakan semua. Ina mintak maaf kalau ada tersalah ye.

Apa-apa pun, kalau nk contact Encik Mimpi, boleh cari beliau dkt bawah ni; 


Kredit : Blog Encik Mimpi, Google.

Bye. Assalamualaikum :)

Monday, 11 November 2013

Pencarian Sponsor Duo Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah

STICKY POST . 
SCROLL UNTUK ENTRY TERBARU .
TERIMA KASIH :) 

Assalamualaikum ,

Sempena Bulan Oktober ni , Ina dengan Ija bercadang untuk mengadakan giveaway . Kami memerlukan anda yang berminat untuk menjadi sponsor . Ina target Duo Giveaway kali ni , penyertaannya lebih daripada 100 orang . Insyaallah , Ina akan usaha .

Ina tak de lah profesional sangat , tapi alhamdulillah , giveaway yang Ina pernah adakan , berjalan dengan lancar . Antara segmen dan giveaway yang Ina pernah adakan :
  1. Segmen : Saya Blogger Tegar  l Peserta Segmen : Saya Blogger Tegar
  2. First Giveaway By Ina & Ija l Peserta First Giveaway By Ina & Ija
  3. Mega Giveaway By Ina l Senarai peserta Mega Giveaway By Ina
  4. Ramadhan Giveaway By Sabrina INa l Peserta Ramadhan Giveaway By Sabrina INa
Ciri-ciri sponsor yang Ina cari 
  1. Jujur 
  2. Balas mesej Ina di Facebook / Twitter . Senang untuk Ina inform apa-apa .
  3. Tak menipu .
Ciri-ciri atas ni , penting sangat . Ina bukannya cerewet ... Tapi , Ina pernah kena tipu dengan sponsor T-T Masa tu , Ina baru je nak berjinak-jinak dengan giveaway ni . Ina benci ditipu . Of course , Ina benci orang yang menipu .

Barang-barang yang boleh disponsor 
  1. Barangan pos ( Jam , baju , cardigan , novel dan sebagainya ) 
  2. Topup 
  3. Full edited blog ( akan dipertimbangkan ) 
Syarat-syarat sponsor 
  1. Follow blog 
  2. Like fanpage
  3. Follow twitter 
  4. Klik iklan 
  5. Share album
  6. Like & komen gambar
  7. Komen post . 
Syarat untuk sponsor pula mengikut bilangan hadiah yang disponsor . Kalau Ina baik hati , Ina tambahkan lah syaratnya :3 Hehehe . 

Kelebihan menjadi sponsor 
  1. Followers meningkat 
  2. Likers fanpage bertambah 
  3. Followers twitter naik 
  4. Pageviews naik . 
Kalau berminat , korang boleh pm dekat sini : 

Contact Ina 
  1. Facebook
  2. Fanpage 
  3. Twitter
Contact Ija 
  1. Twitter
  2. Facebook
Ina harap korang sudi support and sponsor giveaway yang Ina adakan ni , tak lama nanti . Giveaway akan diadakan selepas kitorang habis exam . Almaklumlah , Ina dan Ija satu sekolah , satu kelas . Duduk sebelah je . Hehehehe . Ina akan maklumkan tarikhnya nanti .

Bye , assalamualaikum .
Update Duo Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah , akan digantikan dengan End Year Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah .
Harap maklum :) 

Ina harap anda sudi support Ina dalam giveaway Ina kali ni . Terima kasih :)  

9 Tanda Saat Kematian

Assalamualaikum .

9 Tanda Saat Kematian

1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kel
ihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing.

4. 7 hari, mengidam makan.

5. 5hari, anak lidah bergerak-gerak.

6. 3hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2hari, seluruh dahi bergerak-gerak.

8. 1hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.

9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)


Credit sini. Ina jumpa kat fb 


Credit sini. Ina jumpa kat Twitter. 

Jom sama-sama kita sebarkan kepada umat Islam yang lain. Ingatlah kematian boleh datang bila-bila masa. Jodoh , ajal & pertemuan semuanya di tangan Allah. 

Assalamualaikum.
 

Thursday, 7 November 2013

Lee Kwang Soo datang ke Malaysia Januari 2014 !

Assalamualaikum ,

Ya allah , excitednya Ina nak taip entry kali ni !! Lee Kwang Soo datang Malaysia ? Ya allah , Ina bermimpi ke ? *tampar pipi* . Huh ! Macam tak percaya je Kwang Soo nk datang Malaysia . :DDD

Ina ni , daripada first time Ina tgk cerita running man , sampai sekarang , memang Ina minat gila lah dengan Lee Kwang Soo ni ♥ Even dia pembelot , pengkhianat and what ever lah. Tapi dia tetap comel macam zirafah ! Hahahha .

Sebelum tu , Ina terbaca entri Lee Kwang So nak datang Malaysia di blog Angah. Klik sini .

"Siapa yang tidak kenal dengan karakter pengkhianat, Lee Kwang Soo dalam rancangan realiti popular Korea Running Man bukan?

Bahkan, beliau juga digelar Zirafah oleh peminat dan juga ahli-ahli kumpulan Running Man itu sendiri.
Penganjur,  JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment dan King Kong Entertainment dengan bangganya membawakan ‘Lee Kwangsoo Fan Meeting In Malaysia’ yang akan diadakan di KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.
Menariknya, anda akan dapat melihat sendiri tarian ‘treadmark’ popular Lee Kwang Soo  dan anda juga akan dihiburkan oleh persembahan nyanyian secara 'live' olehnya." Sumber 

Angah, try lah tengok . Kalau dah tengok sekali, mesti nak tengok berkali-kali lagi. Heheheh. Serious Ina cakap :D

http://fims.kofic.or.kr/common/mast/people/2013/01/c8d69b0cf0484cfdaafb98b078979f57.jpg

Tuesday, 5 November 2013

(Akasia TV3) Sinopsis dan lagu tema drama Playboy Itu Suami Aku?

Assalamualaikum ,

Tadi Ina pergi usya blog cik akak , then terbaca entry beliau mengenai drama ni. Playboy Itu Suami Aku .
Drama ni , akan ditayangkan pada 11 November nanti , siaran TV 3 .


Sinopsis Playboy Itu Suami Aku

Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara ) kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku.

Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.

Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina  dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya. 


Credit ; eizzara-eizzaty