Friday, 4 April 2014

A m-i-r-a-c-l-e

Assalamualaikum and hi everyone!
..............................................................................................................................................................

Bermula kisahnya pada hari khamis.... Semasa semua pelajar sedang menduduki peperiksaan...

Masa cikgu Hamidah tanda kertas bahasa malaysia, Ina curi2 tengok markah yg cikgu tanda. Kebetulan, masa tu Ina dh habis dh jawab kertas sains. Ina lakukan mcm2 cara, tinggikan badan lah, jengket lah, supaya Ina dapat tengok kertas yg cikgu tanda. Maklumlah, Ina kat depan cikgu je. Tu yg tergedik sikit nk tgk markah org lain. Hihihi .

Masa tu pulak, Sally ternampak aksi2 Ina yang pelik tu. Dia memang dh tau dah, msti Ina curi2 tgk punya utk tahu markah BM. Dia pun apa lagi... Sekaki lah dengan Ina.

Sally : Weh, sabrina.. Nampak tak ?
Ina : Tak lah... ( Dalam usaha )
Sally : Apa lah kau ni...
Ina : Susahlah tulisan diyorang kecil. Susah baca nama. ( Seriously, Ina memang tak nampak lgsg. Ina just nmpak markah berapa je, yg nama Ina tak nampak lgsg. Maklumlah, tulisan pelajar 3 KAA comel2 belaka -,-)

Tiba-tiba ada satu lagi bunyi daripada hujung kelas. Siapa lagi kalau bukan Husnul Khatimah anak Nordin!

Husnul : Weh, weh ! Aku berapa ?

Hmm, masa tu. Memang salah orang lah dia tanya kat kitorang. Kitorang dah lah jahat. Hihihi.
Untuk menampakkan jahatnya kitorang ni, kitorang berdua, bersepakat utk 'me-reka' sendiri markah husnul. Padahal tak nampak apa2 pun :p Hehe

Ina : Kau dapat 64. Paling rendah dalam kelas.
Sally : Tak lah, kau dapat 60. ( Sambil buat muka suruh Ina setuju)
Ina : Haah, haah. Kau dapt 60. Pehh paling rendah.

Husnul pulak pergi percaya! Hahahha tak sangka rancangan kitorang berjaya. Kihkihkih. Masa tu, ya allah. Kesian husnul. Muka husnul memang dah berubah sangat. Muka macam takut sangat. Maybe sbb dia percaya yg kitorang kata dia dpt markah paling corot.

Yang tak boleh bla nya, hampir satu kelas ah jugak tanya kat kitorang. Hahaha. Tahu2 lah, kitorang... Apa lagi, main sebut je lah markah. Macam tahu je -,- Padahal tak tahu pun.
............................................................................................................................................................

Time balik, cikgu kasi tengok markah. Kitorang pun apa lagi, tak kesah dah, penat ke tak, main sondol je. Janji dapat tgk.

Husnul dapat markah 88.

Masa tu lah! Rahsia terbongkar. Ina gelak je sorang2. Sally pulak dh balik dah masa tu. Tapi yg penting, operasi mengenakan husnul............. berjaya, yeay!

Bila masa Ina, Ina rasa sedih sangat sebab Ina dapat markah 71. Ya allah, 71? Ina bukan tak bersyukur, tapi markah tu mcm tak memadai dengan apa yg Ina usahakan. Ina meamng kecewa sangat. Bila Ina nmpak je markah Ina macam tu, Ina terus berpaling dri meja cikgu, Ina keluar dari kelas. Memang sedih sangat masa tu.

Time dekat kantin, sementara tunggu Adli ada hal, ( Ina balik dgn Adli. Bukan boyfriend girlfriend ye, jiran. Ina tumpang kereta dia. Hehe ) tiba2 terasa sebak pulak. Macam ada something dekat jantung Ina ni. Berat je. Tiba2 je, Ina teringat ummi. Mcm mana lah Ina nak bagi tahu ummi.

Ina bukan takut dengan Ummi. Tapi Ina sedih sangat. Ummi bersusah-payah untuk Ummi, tiba2 Ina dpt result mcm tu... Tiba2 je, air mata Ina mengalir. Masa tu, Ina cuba sedaya upaya, yg Ina mampu utk tutup muka Ina, supaya tak de siapa nmpak. Kalau ada org nmpak, mesti, tanya mcm2.

" Kenapa kau ni? "
" Kau okay ke ?"
" Kau kenapa sabrina?"
"Kenapa nangis?"

Ina tahu, diyorang semua tanya, sebab care tentang Ina. Tapi, kalau diyorang tanya, Ina nk bagi tahu apa . Segan.

Ina sedih sangat.
..................................................................................................................................................................

Hari ni, Ina dapat result bm. Semalam tu, dapat tengok je. Tak dapat nak belek ke apa. Lagipun, lepas dh tengok markah macam tu, Ina mmg dah lemah dah.

Tp, kali ni, Ina dapat ke kertas, Ina terus bukak dengan gelojohnya. Ina macam tak percaya je Ina dapat maarkah tu. Besar sangat ke kesalahan Ina sampai dapat 71? Kawn2 Ina ada je yg dapat 100. 2 org lagi tu. Apa dh jadi dengan Ina ? Ina over confident ke ?

Ya allah, alhamdulillah , dalam hati Ina.
Ina belek belakang kertas Ina, cikgu salah tanda rupanya. Masa tu, Ina terus jumpa cikgu. Cikgu pun kata cikgu salah tanda. Cikgu betulkan balik. Lepas dah tolak tambah darab bahagi semua, alhamdulillah, Ina dapat 95. Alhamdulillah :DD

Ina happy sangat. Masa tu, Ina rasa tak sabar nk bg tahu ummi and walid. ^^/

Time balik, lepas walid tahu je, markah Ina yg drpd 71 jadi 95 , walid terus cium dahi Ina. Rasa terharu sangat :'>

So, kali ni, Ina belajar banyak perkara. First, jangan kenakan orang, kalau kena dekat batang hidung sendiri, ha, baru tahu! Second, ingat Allah sentiasa ada. Allah tak pernah kecewakan hambanya. Allah akan bg balasan yg setimpal utk apa yg kita dah usahakan. Third, jangan putus asa, walaupun masa tu kita mmg dh macam lose hope.

Yang terakhir sekali, terima kasih korang semua sebb doakan Ina. Alhamdulillah, selesai dah Ina jawab periksa, tinggal KKQ je. Terima kasih ye ♥♥ I love u alls♥ ;) 

Bye, assalamualaikum.





14 comments:

  1. haaa... jgan kenakan org lagi ek.. hhee... karma :)

    benda simple. tp kdang2 sentap gak yedak :)

    btw. tahniah dik :)

    ReplyDelete
  2. Tula, jangan cepat mengalah :')

    ReplyDelete
  3. @Eimma Esmailhahaha tu lah .. insaf jugak lah nk kenekan org... hihih.

    thank you kak! :D

    ReplyDelete
  4. @Fhatin Ameliainsyaallah, i will :) thank you :DD

    ReplyDelete
  5. Congrats ye Ina, jangan giveup :D Semoga Ina berjaya pada masa hadapan, amin :)

    ReplyDelete
  6. @Ain Nafishathank you very much dear! :D insyaallah i will. ♥♥ aminn ya rabbalalamin ♥♥ :D

    ReplyDelete
  7. waaa banyak markah naik dik. Tahniah. usaha adik laah tuu :D goo luck. study leklok eh.

    ReplyDelete
  8. @zakira afinaalhamdulillah. thank you kak ! :D huhu. insyaallah :)

    ReplyDelete
  9. hehe.. apa-apa pun, good luck in your studies sayang! jauh lagi perjalanan awak tu ye. all the best! :)

    ReplyDelete
  10. Wuu, teror betul Ina. All the best :D

    ReplyDelete
  11. Haha.. 71 jadi 95? Markah sains saya pun paling tinggi 88.. apapun tahniah kak ;)

    ReplyDelete
  12. @auni batrisyiahehe alhamdulillah.. terima kasih dik :DD

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)