Friday, 25 July 2014

Tarik nafas

Assalamualaikum,

Rasanya setelah berhempas-pulas selama beberapa bulan, akhirnya, dapatlah Ina menarik nafas lega untuk sementara waktu. Perjalanan sebagai murid tingkatan 3 sejujurnya memang berbeza daripada Ina tahun lepas.

Dulu, time form 2, zaman rock and roll katanya. Exam apa kebenda tak diendahkannya. Tidur dalam kelas Sains tu memang tabiat Ina tahun lepas. Disebabkan duduk dalam makmal tu tension dan sesak, so Ina ambil keputusan untuk pilih meja belakang sekali untuk tidur dengan kawan. Gila tak best. Bawah kipas, tu paling penting. Faham-faham lah, malam jadi burung hantu bukan sebab baca buku, tapi ni lah, blog ni. Yang peliknya, destinasi tu lah yang paling sistematik sebab cikgu tak nampak.

Bila melangkah masuk ke alam form 3, semuanya lain. Bayangkan, nak ambil cuti sehari pun kena fikir 150 juta kali sebab takut tak dapat catch up pelajaran. Tak de masa dah nak relaks.

Tapi, sempena nak masuk aidilfitri ni, Ina bersyukur sangat sebab dapat lah merebahkan diri ke katil sekejap. Walaupun cuti cuma seminggu (lama tu beb), tapi bagi Ina rasa macam tak cukup je. Habis raya nanti, Ina ada exam lisan lagi. Ya allah, letihnya... Lepas lisan, Ina ada trial pt3 pulak.. Rasa mencungap-cungap ada.

Sebelum Ina undur diri, tolong doakan ye supaya urusan Ina dipermudahkan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...

Bye, assalamualaikum.

5 comments:

  1. pilih tempat duduk bawah kipas. ahaks. teringat zmn skolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu penting untuk menambah kefokusan dalam kelas :p

      Delete
  2. Samalah cam saya.. tahun ni saya UPSR.. :| Tak best betul peperiksaan :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... adik auni periksa upsr... haha sejujurnya adik auni beruntung exam upsr, kalau macam akak skrg, exam pt3. jauh lg complicated dr upsr :) dulu akak upsr mmg lah mcm terkongkong x blh buat apa sbb nk prepare, tp relakslah skjp je. tp yg pnting, usaha sungguh2. mcm mana adik usaha, mcm tu lah result adik nnt. good luck ye, harumkan nama parent. selamat hari raya ♥ n lastly, dont eat too much fast food okay. :)

      Delete
  3. hehe dah bis kan pt3.tak lama lagi cuti sekolah..mesti seronok kan

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)