Tuesday, 4 November 2014

belajar something

 

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni menandakan telah tamatnya ina sebagai pelajar tingkatan 3. Wuu macam tak percaya je. Dah nak tingkatan 4 dah kau. Uisy sedih memang sedih. Lagi 2 tahun je kat sekolah T-T Act, baru rasa macam semalam ina belajar abc,123 masa darjah 1.

Dalam waktu ina bergelar pelajar sebagai pelajar tingkatan 3, ina ada belajar sesuatu yg ina daif tentang hal ni selama ni. Ina belajar apa itu erti persahabatan, kawan, 'fake' friends.

Dulu masa kecik ina, ina cuma tahu 2 jenis kawan. Kawan. Kawan baik. Kan kan. Sekarang, lepas apa yg ina tempuh dalam hari-hari ina, baru ina tahu.

Fake friends. Biasanya kita boleh nampak dia masa kita ada sesuatu yg dia perlukan. Masa kita ada benda tu, dia akan himpit kita, macam belangkas. Yang kau pelik, sebelum ni, dia buat tak tahu je bila ada kita. Hari ni, tah apa angin dia, nak himpit je kita. Then, bila kau tak de apa2, dia akan tinggalkan. Yes, itu fake friends. Habis madu sepah dibuang katekko.

Kawan. Pernah dengar tak perumpaan mengatakan 'Kawan biar beribu'? . Dalam hidup ina, seriously, ina kawan je dengan semua orang. Tak kisah lah yg dia tu kaya ke, miskin ke, baik ke, jahat ke, buruk ke, cantik ke, hensem ke, ina kawan je. Kawan ni pula kawan biasanya ada masa kita gembira dan senang. Biasanya, ina tadah je siapa yg jadi kawan ina.

Sahabat. Dalam hidup ina ni, ina rasa cuma ada 2,3 orang je sahabat ina. Serious, diyorang ni, ina sayang gila. Sahabat ni biasanya yg selalu ada masa kita sedih. Dia lah tempat kita luahkan perasaan, dia pendengar setia. Masa kita gembira, dia gembira, masa kita sedih, dia sedih. Alaaa macam cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga. *main lagu Sahabat sikit*.

Masa ina sekolah rendah dulu, ina ingatkan, kawan rapat tu lah sahabat, kawan baik. Tapi, ina salah, kawan rapat cuma ina rapat je dengan dia, tapi tak semestinya dia ada masa kita susah.

 Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. -source

Bye, assalamualaikum.
 

 

14 comments:

  1. biasa la tu Ina 'life teenagers' la katekoo. fir pun setuju Ramai fake friend bila masuk alam remaja. contoh la kan, kite mengadu dngn dia Ni, mood sedihh, then dia just ckp "K" je . how bad it feels when you need ur friend to advice or talk something that makes you feel better . Ni dngn rasa tak bersalah dia kata "K la bye" nmpk sgt dia mengelakkan? hm tkpe, fir dah tau dah dia jenis yg mcm mane, so next time tak Perlu la cerita semua dngn dia. paling bahaya takut je dia pecah temberang Klau bgtau rahsia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tu lahh.. ummi ina kata masa sekolah menengah ni lah zaman remaja, zaman kita baru keluar dari tempurung kita dan bergaul dengan orang sekeliling. Yup, ina setuju tu. Haah.. Ala..biasanya bagi ina kalau fake friend ni, ina nak mengadu kat dia something pun kena fikir dua kali. either ina tak selesa dgn dia or dia macam nak tanak je dengar cerita ina.. haah.. lepas dah jd macam tu, ina msti fikir 20 juta kali, betul ke dia kawan aku. bila timbulnya perasaan macam tu, baru ina tahu yg dia tu sbnrnya fake friend je, kawan time senang

      Delete
  2. Asal ina tak ikut perangai keladak fake fren sudah..

    Rileks je dik k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ina akan cuba jauhkan diri ina darpd jd fake friends ni... buat jadi musuh org je kalau perangai ina macam tu..

      Delete
  3. salam dik..

    selamat berkenalan. Wahh zaman akak dulu tade lagi internet sangat kan. Biasa la tu dik..zaman remaja memang dipenuhi suka duka. Tapi apa yang penting adik enjoy saje dengan life adik. Anggap saja itu satu pengajaran untuk adik, supaya lebih berhati-hati memilih kawan. Serius, kalau kita salah pilih kawan kita boleh sesat. Ini belum lagi masuk zaman universiti. Lagi parah dugaan dia.

    Kuatkan semangat adik ye.. Fokus untuk belajar terlebih dahulu. Adik masih ada SPM yang bakal menjelma walaupun lagi 2 tahun. Nasihat akak, bersedia dari form 4 lagi. Fokus setiap subjek dari form 4 lagi, in shaa Allah adik akan lebih bersedia.

    P/S: sebelum tu enjoy your school hols dulu yaa... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak..
      salam berkenalan juga.. hm tu lah, dulu ayah ina pun kata zaman sekarang dgn zaman dulu, lain sangat. sekarang dh ada internet, lain sangat. haah.. insyaallah ina akan try sedaya upaya utk pilih kawan yg betul. ina pun takut bila ina masuk universiti ina akan terpengaruh dgn kawan2 yg tak baik.. ye lah, bila kita jauh dengan mak bapak, macam2 boleh jd.. biasanya mak bapak boleh bg nasihat kat kita time sekolah menengah n rendah sbb anak depan mata je,.. bila dah berjauhan, mcm mana pulak kan.. semuanya bergantung pd diri ina sendiri.. sbb tu dalam bab memilih kawan ni penting.. tu yg ina seram.. takut salah pilih kawan.. ya allah, mohon jauhkan lah ina kawan2 yg boleh bawa pngaruh buruk kat ina..
      Insyaallah.. haah.. okay.. terima kasih sbb bg nasihat kat ina ye, kak.. haha mmg tgh enjoy gila ni smpai tak tahu nk buat apa... haisy bosan betul

      Delete
  4. perlu pandai menilai antara kawan dan sahabat..baru dengar "tanyalah ustaz" pagi tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah setuju sangat.. kawan dan sahabat ni sebenanrnya jauh berbeza..

      Delete
  5. Eee sedihnya....
    Betul lah ina.
    Bila masuk high school n then u will find those kind of fake friends like everywhere and true friends cn be count using finger je ok..

    Hmmmm sadlife sbb kawan qila pun tak mcm qila expect haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah thats right! When i was in primary school, everyone who was always beside me would be my bestfriend. but when im in secondary school, i just realized that bestfriend is really hard to find :( i guess it is because when we grow up, we see how true world it is, we observe people, think and try to understand. Instead when we were kids, we didnt know anything bcs we didnt see how true world it is.

      Delete
  6. sekarang ni kena berhati-hati pilih kawan.
    takut dapat kawan yang membawa kita ke jalan yang salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. betul tu mama.. lagi2 time ina sekarang ni, tengah remaja.. silap jalan, habis lah..

      Delete
  7. best pula baca komen2 kat blog dia..ehehhee

    pendapat kita,semakin kita meningkat naik umur,kita akan belajar banyak perkara ttg hidup. Ina nanti akan belajar bukan pasal kawan ja ttg realiti dunia yg sebenarnya..so kuatkan hati okay!

    lagisatu,kawan ni ada macam2 jenis,kita tak boleh nak buat apa la.. jadi, jadilah diri sendiri masa berkawan,layan sesiapa pun dgn baik anggap dia macam kawan, biar kita berkawan ni ikhlas bukan sbb apa2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe malu pulak ada orang baca komen kat blog ina ni hahah :p

      oh.. hmm kadang2 terfikir juga apa yg akan menanti ina bila dah besar nanti.. hm mesti lebih banyak dugaan dan cabaran.. minta2 lah Allah permudahkan urusan ina bila dah besar nnt.. amin..

      haah.. betul tu.. sebelum ni kadang2 ina terpaksa utk tak jadi diri sendiri untuk kawan dengan someone tu.. tapi bila fikir2 balik, buat apa tak jadi diri sendiri.. kalau dia betul lah sahabat ina, dia akan terima kekurangan ina.. hm ina memang buat macam tu.. siapa baik dengan ina, ina akan baik dengan dia, tak kira siapa orang tu.. :)

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)