Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka

Hai dan assalamualaikum ! :)

Setelah beberapa hari ina menyepikan diri, ina datang untuk bawa entri baru hehe. Topik ni tiba-tiba muncul dalam otak ina masa ina tengah menyapu rumah tadi haha! Terima kasih cik otak yg jarang mengecewakan ina.

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka Ada jugak ke ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka? Ada ke? Ada keee?!!

Antara ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka ;

Kuat perasan
" Ya Allah, meluatnya aku tengok lelaki tu! "
" Bajetnya. Padahal muka tak seberapa "
" Ingat buat macam tu perempuan suka ke? Hak tuih! " 
Antara dialog-dialog yg akan dikatakan oleh perempuan kalau ternampak lelaki bajet ni ataupun kuat perasan.

Mungkin lelaki tak perasan ada beberapa perwatakan dia yang membuatkan perempuan boleh jadi menyampah tengok dia. Kadang-kadang perempuan boleh nampak seseorang lelaki tu jenis yang kuat perasan walaupun lelaki tu diam. Contohnya tengah duduk. Hebat kan! Sebenarnya daripada riak muka lelaki tu kami boleh nampak dia jenis lelaki yg macam mana.

Jenis lelaki kuat perasan;
  1. Perasan hensem
  2. Perasan hot
  3. Perasan ramai peminat
  4. Segala penyakit perasan
Sebagai perempuan, walaupun lelaki tu hensem macam Zayn Malik pun, tapi kuat perasan, boleh lari taste. Masa mula-mula boleh lah tahan jugak, tapi kalau dah asyik puji diri sendiri 24 jam, rasa nak baling kerusi pun ada.

Bagi ina, tak perlu nak bagi tahu orang atau nak show-off dekat orang yg awak ramai peminat, hensem dan hot. Kami sebagai perempuan, ada mata, tahu menilai.

Tak Ada Bahasa
Tak ada bahasa yang ina maksudkan bukan lah yang tak pandai cakap. Tak ada bahasa, atau kata lain biadap.

"Lelaki tu, harap je cute macam Harry Style, mulut kalah longkang"
"Lelaki tu, dah lah muka macam tu, mulut kurang ajar pulak tu"

Walaupun lelaki hensem macam mana sekali pun, tapi tak ada bahasa, tak respect orang lain, kami sebagai perempuan tak pandang langsung. Sebenarnya kalau lelaki yang ada rupa, cuma lah kelebihan pada seseorang tu. Pada pendapat ina, kalau lelaki tu muka biasa-biasa, tapi pandai jaga hati orang, jauh lagi baik daripada lelaki hensem tapi tak ada bahasa.

Playboy
Sebagai perempuan, lelaki playboy ni perempuan paling anti sekali. Lagi-lagi kalau lelaki tu dah ada girlfriend, dalam masa yg sama, perempuan keliling pinggang. Mungkin lelaki beranggapan dengan buat macam tu, nak tunjuk kat orang yg dia Jejaka Idaman Paling Hot kat sekolah. But, bagi perempuan: Eww!

Mungkin lelaki beranggapan bila dia buat acaca playboy ni, perempuan akan berkata:
Peah: Wow! Tengoklah Ali. Dah lah hensem! Ramai peminat pulak tu. Arghh cairnya!
Kiah: Haah lah! Dia lah crush aku. Selain memiliki bibir yg seksi, Ali tu tough pulak tu. Nak pengsan aku tengok dia!

Ina cuma nak cakap awak SALAH!

Pertama, apa perasaan perempuan tu? Perempuan ni hatinya lembut. Perempuan mana yg nak diduakan? Bagi tahu ina sekarang! Ina nak cakap dengan dia jugak kenapa dia macam tu. Ina boleh jamin 99% yg seseorang perempuan tu tak nak diduakan.

Kedua, apa pandangan orang luar pulak terhadap awak. Mungkin niat awak dengan buat benda macam ni, awak boleh tunjuk awak ramai peminat. Tapi, awak salah. Orang lain ada mata, melihat. Ada otak, fikir. Lepas tengok benda yg awak buat dekat girlfriend awak, takkan kami nak jadi mangsa awak yg seterusnya pulak, kan? Think twice :)

Pada pendapat ina, ni lah antara ciri utama perempuan tak suka seseorang lelaki tu. Sejujurnya, bagi ina, lelaki yang perempuan selalu pandang ialah lelaki yang jadi diri dia sendiri, lelaki yang jujur, semuanya terletak pada hati dan akhlaknya.

Jadi diri sendiri tak bermaksud seseorang lelaki tu perlu tunjuk perangai dia yg kaki perempuan, biadap dan kuat perasan tu walaupun mungkin itu diri awak sebenar. Kalau benda kat atas ni, ada yg macam awak, ubahlah.

Rupa hanyalah luaran. Hanya untuk cinta pandang pertama. Kalau dah dua kali pandang, tiga kali pandang, empat kali pandang? Kami lihat hati dan akhlak awak jugak.

Ina harap entry ina tak kecilkan hati sesiapa. Ni untuk suka-suka je lah ^^ Lepas ni, terfikir jugak nak bagi Tips: Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Suka. Macam mana? Tengok lah dulu.

Bye, assalamualaikum.

 

Comments

  1. Assalamualaikum. Benci sangat kat lelaki yang kuat perasan ni. Poyo je lebih. Berlambak je lelaki lain yang lebih handsome dan lebih baik daripada dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. haah, tu lah ina pun sama.... kadang-kadang dia rasa dia lah orang yg paling hensem kat dalam dunia ni.. tapi macam yg sis cakap, padahal ramai je yg lg hensem n baik kat luar sana drpd dia..

      Delete
  2. huh betul tu,,lagi2 yg kuat prasan mcm yg first tu,,peh, paling x tahan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita macam kenal je siapa.. hoho :p

      Delete
  3. mintak simpang lelaki perasan.
    nasib baik husband akak ni takdak perasaan
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha huyoo untung nya akak .. ina pun teringin juga suami macam tu.. hahah tu lah antara ciri2 future husband ina hahah

      Delete
  4. Hahahhahahaha. Ina!!!
    You r super talented in posting sth funny!!! heheehee.

    Suka lah post ni.
    Eeee nyampah laki tu
    Eeeee perasan hencem nya diaa
    Eeee.eee je qila tahu hahaahhahha

    Bestttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye ke?
      Kelakarnya >< Ni buat saje2 je..
      Nak tahu jugak kan pendapat org lain terhadap ciri2 lelak yg dia tak suka
      Ya Allah, terima kasih kak qyla..
      Terharu sangat bila kena puji macam ni hahaha.

      Delete
  5. Kak ina cantik :P

    ReplyDelete
  6. muka awok mcm dr.muhaya kekadang tu tengok.. lol

    ReplyDelete
  7. haha..betul tu..huu rimas juga yang kuat perasan..kalau playboy ? urgh memang tak nak la..tak suka rebut-rebut :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha haah.. ina pun sama.. yes memang betul tu.. lagi2 kalau nak rebut lelaki ni :p lagi la eden tak de keje hahah

      Delete
  8. Pling hot mmng tak .. Sbb ? Tk limited edition .. haha :3

    ReplyDelete
  9. Tapi ramai kawan perempuan saya kata saya tak ada perasaan

    ReplyDelete

Post a Comment