How To Move On!!

Hai assalamualaikum,


How To Move On!! - Hari ni ina nak share kan sikit macam mana kita nak move on ataunak anggap someone tak lebih dari kawan. Idea ni muncul daripada ina sejak seorang kawan ina ni, tanya dekat ina pendapat ina mengenai hal move on ni. Daripada pendapat yang ina bagi & ina korek-korek dalam otak ina ni, ina rasa ina nak share sikit. Hehe ina tak de lah expert sangat bab2 ni, saje nak kongsi.

Berbalik kepada topik ina, ina mengaku memang susah kalau kita nak lupakan someone yang kita dah suka. Mungkin kalau kita yang minta putus, kita tak de rasa apa-apa sebab kita mungkin dah bersedia untuk hadapi situasi ni. Kalau dia yang minta putus? Tanpa jangkaan kita? Kita boleh buat apa?

Mungkin ada sesetengah yang berharap, tapi kalau tengok dia pun okay macam tak de apa-apa je, sampai bila nak berharap,kan? So, open your eyes & try to move on!!!

Macam mana nak move on?

Jauhkan diri daripada phone
Jauhkan diri daripada phone ni memang benda asas sekali kalau kita nak try move on. Melalui cara ni, kita dapat hadkan peluang kita untuk stalk dia. Faham-faham je lah, bila dah rindu, masa tu lah nak tengok gambar dia, nak tengok senyuman dia ala-ala macam Izzue Islam tu, kan. Kalau macam ni, macam mana nak move on?

Bina hobi baru
Bila kita dah jauhkan diri daripada phone, kita mesti buntu tak tahu nak buat apa, kan? Jadi, hobi baru ni berperanan untuk isi masa lapang kita di samping kita dapat lupakan tentang dia. Contoh paling mudah bila kita berblogging, kita akan lupakan semua benda dan fokus dengan blogging je.

Dekatkan diri dengan Allah
Dekatkan diri dengan Allah, perkara paling penting dalam move on ni. Jangan putus doa kepada Allah untuk mudahkan kita lupakan dia. Kalau teringat tentang dia, sebutlah "Ma Fi Qalbi Ghairullah" yang bermaksud tiada yang lain di hatiku selain Allah. Insyaallah, Allah mudahkan kita untuk lupakan dia.

Delete conversation di Message, Wechat, Whatsapp, Facebook, Line & social network yg lain
Delete conversation ni untuk halang kita ingat balik kenangan-kenangan kita time dengan dia dulu. Nanti, kalau tak delete, bila baca, ada yang meleleh pula air mata. No! No! Macam mana nak move on. Kesat air mata, delete semua!!!

Baca tweet mohon clash hehehe
Kalau korang dah muak sangat nak berblogging, terpaksa juga kan kena pegang phone? Ina sarankan untuk baca tweet @mohon_clash di Twitter. Ina confirm, korang akan tergelak!! Serious, ina tak tipu.



Begitu lah sedikit sebanyak kaedah yang ina boleh kasi macam mana nak move on. Move on ni memang ambil masa yang lama, yang penting jangan berhenti berdoa kepada Allah & jangan sesekali putus asa!! Ingat, masih ramai lagi orang yang sayang kita :)


Pesan pada hati, kadangkala takdir kita hanya setakat dapat bertemu dan kenal, tetapi bukan berjodoh.

Kalau dah jodoh, tak contact pun tak risau, tak jumpa pun no problem. Jika kita yakin dengan ketentuanNya, semua takkan jadi masalah-UAI
 p/s: good luck & la tahzan :DDD

Comments

  1. Setuju. Kalau nak move on, kena betul2 ambil effort :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly true!! Kalau tak betul2 memang susah..

      Delete
  2. tweet mohon clash tu best. lawak tak ingat dunia fir gelak xD yes, better we move on daripada hidup teringatkan dia. tapi, boleh tak fir nak request tips move on untuk ubah perangai/habits kita? lebih kpd perubahan diri sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu lah kan xD ina memang big fan mohon clash!! hari2 ina akan stalk dia, dia ada tweet baru ke tak... haah.. seriously, bila dah teringat, memang menyakitkan hati.. oh, insyaallah ina cuba usahakan ye :)

      Delete
  3. nice sharing! huu
    cara nadyya lupakn EX ialah. lepas putus terus kawan. ituu yg terbaik kot.

    ok nt follow mohon clash tuu. mcm best je. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih ^^ haah, itu sebenarnya memang cara yg terbaik, lepas putus, terus tak de dendam2.. tp tak semua nya nak berbaik lepas putus.. ramai yg ambil jalan untuk benci membenci antara satu sama lain kan.. haah!! tweet mohon clash tu memang best :D

      Delete
  4. pada pendapat kak, majoriti bukan tak boleh move on, tapi disebabkan memories yang holding us back. tu yang agak sukar tu. tambah2 first love. kalau delete semua pun but the memories still there pun tak guna jugak. sebab tu kita kena banyak berdoa agar diberi kekuatan hati untuk terus move on sebab semua bermula dari hati dan cara pemikiran kita. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. ina sokong sangat dengan pendapat akak.. lagi2 kalau fist love.. ina pun pernah alami T-T hahaha. haah, apa orang selalu kata, "memories never fade"... haah.. kalau kita usaha je, tapi tak de doa, Allah tak tolong, memang susah jugak lah kan nak move on.. haah, betul tu..

      Delete
  5. sangat setuju dengan mendekati Allah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUP. one of the most important thing on how to move on 😃

      Delete
  6. Sama macam cara kita nak move on and yes baca tweet mohon clash tu boleh hiburkan hati xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhe I'm glad to hear that..ina pun mmg selalu baca tweet dia. .

      Delete
  7. whoaaa.. nice. akak takde lagi pengalaman nak lupa lupa orang ni... hoho. tak menahannya folow twitter mohon clash yer.. haha

    ReplyDelete
  8. betul2 pernah sekali dalam hidup . memang agak terseksa , sobb sobb . lepas tu dah serik smpai skrang . huhuu

    ReplyDelete
  9. Nice sharing...jangan risau Allah ada. Apa2 pun kita berbalik pada Allah. Cinta pada Allah selamanya. Akk singgah ye dik.

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. betoi2.. suka ina share psl ni.. sbnrnye terpulang pd diri sndiri jugak. org lain x boleh nk tlg apa pon kalo diri sndiri xnak make an effort utk move on kan ina ? :)

    ReplyDelete
  11. boleh share dengan kawan nie. :)

    ReplyDelete
  12. move on gurl.
    It is NOT the end of the world.
    Build lots of invisible concrete strong walls around u to prevent those negativities coming into u hehe

    So yeah.
    Move on!!!
    get busy with life.
    Jgn jadi lifeless wiwiwiii
    Thank u so much dear ina yg super omey hehe lap u kilat kilat ekeke.

    ReplyDelete
  13. Btw tweet mohonclash mmg kuajo and LAWAK hahahahahah

    ReplyDelete
  14. ni sesuai la utk yang dalam proses..ahahhaha..
    btw, ada sesetengah tu kita setuju,pernah buat. bukan bf cuma kawan biasa2,iasalah perempuan ni kan mudah sangat cair hati. pesanan kita jagalah hati dulu sblum bersedia nak bagi hati kepada lelaki.
    Mulakan dr peringkat awal/pencegahan dlu,kalau tak mesti ada masalah utk melupakan..

    ReplyDelete
  15. masa itu akan mengubati hati tuu. heheh

    ReplyDelete
  16. akak dulu 1st love..susah nak lupa..tapi pada masa sama dah mula terima orang baru..hahaha jaat tak ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment