Monday, 17 November 2014

Kawan Lebih Penting Daripada Keluarga

Assalamualaikum,

"Kawan lebih penting daripada keluarga" -Ropeah

Percaya atau tak, ada segelintir kawan sebaya ina pernah cakap macam ni. Tak sangka kan, seorang anak, umur  15 tahun, baru form 3, mengeluh tentang keluarga sendiri dan menyatakan bahawa dia lebih memerlukan seorang kawan daripada keluarga?

Sebagai seorang kawan, ina pun sedih sangat bila ayat ni boleh terpacul daripada mulut kawan ina sendiri. Kalau ina yang sebagai kawan ni boleh sedih dengan apa yang dia katakan, ina tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa kawan ina kalau mereka dengar ayat ni. Mesti terguris hati mereka.

Bila diperkatakan begitu, ina tanya. Sebab apa?

Melalui apa yang hamba Allah ni ceritakan, ina dapat tangkap sedikit punca kenapa hamba Allah ni, sanggup cakap macam tu.

Pendengar setia
Sebagai anak, ina mengaku ina memang perlukan seorang pendengar setia untuk dengar isi hati ina.. Kadang-kadang apa yang ina rasa perlu dikongsi dengan orang lain. Kalau bukan dengan ummi & walid ina, siapa lagi yang ina boleh cerita? Alhamdulillah walid & ummi ina memang seorang pendengar setia yang sangat baik.

Mungkin nampak benda ni macam remeh, tapi sebenarnya benda ni amat besar untuk kami. Bila kami dapat luahkan sesuatu kepada ibu bapa, kami rasa seperti dihargai kerana ada orang yang mengambil perhatian tentang kami.

Apabila ibu bapa tiada di sisi anak-anak untuk jadi pendengar setia, kawan akan jadi tempat utama anak-anak luahkan sesuatu masalah dan berkongsi cerita. Lama-lama hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan jadi renggang dan anak-anak lebih rapat dengan kawan.

Teman bila kita jatuh
Kadang-kadang bila kita gagal dalam sesuatu perkara tentunya kita akan sedih. Sebagai anak, selain daripada mempunyai seorang pendengar setia, anak-anak juga perlu ada seorang pembangkit semangat untuk naikkan balik semangat mereka.

Kata-kata semangat memang betul-betul berharga untuk kami sebagai anak untuk bangkit semula. Kami akan kuat bila ada seseorang yang menjadi penyokong kami. 

Appreciate benda yang kita buat
"Family aku, aku ada ke, tak de ke, sama je. Bukan kesah pun". Ina pun sedih sangat bila dengar dia cakap macam ni.  

Sebagai anak, ina memang gembira sangat bila benda yang ina buat dihargai oleh ummi & walid ina. Kadang-kadang mungkin benda yang ina buat tu, bagi ina kecil, tapi punya lah bahagia hati ina bila dapat pujian-pujian daripada ummi & walid ina.

Ada masa untuk kita
Melalui cerita daripada kawan ina, dia kata yang family dia selalu tak ada masa untuk dia. Dia rasa lebih seronok berada bersama kawan berbanding daripada keluarga dia sendiri sebab dia rasa kawan sentiasa ada masa untuk dia.

---------------------------------------------------------------------------------

Ina sedih bila dengar kawan ina ceritakan benda macam ni kat ina. Ina bersyukur sangat sebab Allah kasi ina, ummi & walid yang selalu dan sentiasa memahami ina, ada masa untuk ina dan bagi perhatian untuk ina. Ina tak sangka ada segelintir orang yang tak dapat rasa apa yang ina rasa sekarang ni.

Ina minta maaf sangat2 kalau entry ni, kecilkan hati sesiapa. Ina bukan memandai-mandai, sebagai anak, ina cuma nak kasi opinion ina tentang ibu bapa. 

Apa-apa pun, ina selalu doakan supaya kawan ina sedar dan fikir balik dengan apa yang dia cakap. Ina harap dia akan ubah fikiran dia. Walaupun mungkin ibu bapa dia macam tu, tapi ina rasa tak salah kalau dia betulkan balik apa yang sepatutnya & cuba rapat dengan keluarga. 

Bagi ina, masa remaja ni lah, masa untuk kita dengan keluarga. Ye lah, lepas ni, ina kena pergi belajar jauh-jauh. Tak tahu lah ina dapat jumpa family berapa kali seminggu. Atau berapa kali sebulan? Atau berapa kali setahun?
 

16 comments:

  1. kesian kawan ina.. mungkin tak dapat full attention perhaps.. tanpa kasih sayang ibu bapa tak mungkin juga kita boleh hidup sampai sekarang kan..harap dapat fikir positif.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah.. ina pun rasa macam tu.. kalau tak, takkan dia tergamak cakap macam tu kan.. ye, tiada ibu bapa, siapa lah kita..

      Delete
  2. umur belasan nie dik, umur yg kita akan berada di tahap ingin memberontak.. akak dulu pon hampir macam tu.. akal kita nie bantu kita untuk berfikiran lebih waras.. alhamdulillah Allah bantu kita kawal emosi.. mungkin kawan tu terlalu emosi tu yg boleh ckp cmtu.. tapi percayalah, satu hari nanti dye akan mula menyesal ape yg dikate nie.. kena banyak slow talk dengan dye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu.. ina pun mengaku.. ina pernah jadi macam tu jugak.. yup, betul tu.. haah.. ina pun rasa macam tu.. hm ina pun harap macam tu.. ina harap, dia akan sedar yang keluarga sebenanrnya lebih penting daripada keluarga.. bila kita susah, tak semua kawan akan tolong kita. tapi, bila kita susah, confirm keluarga akan tolong kita. benda ni lah yang selalu ummi ina pesan kat ina adik-beradik..

      Delete
  3. bagi saya dua2 penting. .hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe oh.. haah memang dua2 penting ^^ cuma bagi ina, keluarga lg penting :)

      Delete
  4. Keluargalah yang paling penting. Kawan tak selamanya akan bersama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm betul tu.. ina memang sokong 100% apa yang kak sally cakap tu..

      Delete
  5. xblh jgk nk slhkan kwn ina..sb tu kasih syg penting dlm hubungan.xkira hubungan dgn family, kwn dll... drp rsa kasih tu lah terbitnya rsa syg..

    kwn ina tu xde ksh syh drp.ibubapa dia sb tu dia blh ckp mcm tu..kita ni dpt ksh syg ibubapa, so kita xphm apa yg kwn ina tu rsa..kita cme blh doakan je semoga ibubapa kwn ina tu sdr yg dia anak yg perlukan perhatian dan kwn ina itu akan menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm.. betul jugak.. ina setuju sangat.. tu lah, ina pun rasa macam tu.. kadang2 ibu bapa sibuk bekerja dan biarkan anak kat rumah, sbb tu bila anak2 keluar dengan kawan pun, ibu bapa tak perasan.. haah.. ina pun kesian sangat dgn dia.. dalam masa yg sama, ina pun bersyukur sbb ummi & walid ina bg ina kasih sayang yg secukupnya.. hm ina selalu doakan yg terbaik untuk kawan ina.. harap dia sedar apa yg dia dah cakap..

      Delete
  6. Betul-betul. Bila dah jauh dengan keluarga. Allahhuakbar penyeksaan menanggung rindu T^T

    Nasihatkan dia baik-baik. Syurgakan di bawah telapak kaki ibu ayah. Redha Allah terletak pada redha ibu ayah. Cuba reflaksi diri balik. and cuba tanya, kenapa ibu ayah macam ni ? Apa kata aku try untuk mulakan dulu dengar masalah ibu atau ayah.

    Cuba slow-slow dekati mereka. Mana tahukan. Sebenarnyakan kita banyak benda nak cerita kat parents kita tetapi dalam diam rupanya banyak benda yang terpahat dalam hati ibu dan ayah yang nak luahkan kat kita. :')

    And paling penting jangan pernah sesekali putus asa doa mohon pada Allah disatukan hati satu keluarga atas kasih sayang Allah.

    That things what i do before this. Now, alhamdulillah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm setakat ni, ina belum lagi lama berjauhan dengan keluarga.. paling lama pun 4 hari.. tp tu pun dah rindu gila dah :'( tak dapat imagine kalau tak balik sebulan ke, setahun ke...

      Haah betul tu.. nanti ina nak try lah tanya kat dia mcm tu.. ina pun serba salah juga sbb ina hanya jadi pendengar, tapi tak jadi penasihat yg baik.. kalau kawan ina tanya macam tu, mesti masalah ni dah tak jadi lagi dah..

      Ye, betul sangat... mesti banyak benda yg kita nak cerita kat parents kita.. beza kalau share something dengan parents dan kawan.. kawan bukannya semua boleh percaya.. parents lah sepatutnya jadi tempat luahan kita..

      insyaallah ina akan nasihatkan dia dan cakap dengan dia supaya tak putus berdoa..

      Really? Alhamdulillah...

      Delete
  7. Kadang kadang saya pun rasa macam tu.. :( kadang kadang je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. to be honest, ina pun pernah rasa macam tu.. bila dah stress selalu kena marah, ina akan rasa macam tu.. tapi sekejap je heehhe

      Delete
  8. Sebenarnya, bila kita makin matang dan dewasa nanti kita akan lebih pentingkan keluarga lebih dari segalanya especially ibu kita... hope kawan ina tu nanti macam tulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. hm harapnya ina macam tu lah.. hehe amin... hm tu lah.. ina pun berharap sangat yang kawan ina akan ubah fikiran dia untuk lebihkan keluarga drpd kawan..

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)