Saturday, 22 November 2014

Kena Gelak Bila Cakap English

Assalamualaikum & selamat pagi blogger-blogger sekalian,



Ina ada sorang kawan india ni, gobi namanya. Dia memang professional gila kalau cakap english ni sebab english memang bahasa gobi di rumah. Ina memang belajar english dengan dia.

Satu benda yg paling respect dengan gobi ialah even ina ni macam kura-kura belajar english, dia tak pernah gelakkan ina even english ina terabur macam puting beliung ke apa.

Tapi, ina sedih lah bila satu hari tu, ina jalan dengan gobi sama-sama. Kitorang pun cakap lah english sama-sama. Perkara biasanya yang orang selalu kata bila kitorang cakap english:

1. Gelakkan
Kau tak payah lah nak cakap english sangat. Ni negara Malaysia. Bahasa Melayu bahasa ibunda kita. Kenapa kau perlu agungkan bahasa Inggeris sedangkan ia bahasa penjajah?

2. Mempertikaikan umpama kau ni buduh
Tok sah lah kau nak tunjuk pandai cakap english ni. English test bukan dapat A pun. Bajet je speaking english

Ina sedih lah juga bila dengar semua ni. Kadang-kadang ina terfikir, kalau semua orang terfikir benda yang sama macam ni, macam mana negara kita nak maju kalau semua orang sibuk mengutuk bila seseorang cuba untuk melangkah maju setapak ke hadapan?

Maksud ina, bahasa inggeris ni penting kan. Walid ina dah berjuta kali pesan, "belajar bahasa inggeris, belajar bahasa inggeris, dekat universiti semua orang cakap bahasa inggeris". Bila ina dengar macam tu, ina pun terkejut lah. Macam mana ina nak bergaul dengan orang kalau ina tak pandai cakap dalam bahasa english?

Sebab tu lah, ina nak mula daripada sekarang. Tapi, disebabkan dengan geng-geng yang cakap macam tu, haisy patah juga lah semangat ina.

Sedih, sebab sepatutnya, diyorang jadi lah macam padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Ataupun, kalau tak suka pun, diam je lah, tak payah nak judge orang. Tak perasan ke yang kata-kata lebih tajam daripada mata pedang?

18 comments:

  1. Tabah lah ina. Nak berjaya memang banyak dugaan. Teruskan belajar English :D. Lagipun kalau nak expert memang communication kena perbaiki dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah.. insyaallah, ina akan cuba dengan gigih lagi dan ketepikan semua yg orang cakap :D haah, tu lah yang ayah ina cakap.. salah dulu tak pe, nanti lama2 dah biasa, okay lah kan :D

      Delete
  2. pedulikan apa orang kata ;) atleast kita try kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. betul tu.. ina setuju sangat..

      Delete
  3. buat donnow je ina.
    Selalu yang cakap tu sebab dngki :)
    Kita buat je ape yang kita rasa betul,
    Tak perlu dgr ckp orang lain k ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm insyaallah lepas ni ina akan buat donnow je.. hehe
      hm tak tahu lah apa yg nak dengki nya..
      yup betul sangat..
      insyaallah, ina akan cuba tak dengar cakap diyorang..

      Delete
  4. selalu jugak kena macam nie. cari la kawan yg minat speaking. .boleh speaking2. .best laaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada juga yg senasib dengan ina T-T haah.. ina memang ada kawan yg pandai speaking.. tu lah, lain dr yg lain..

      Delete
  5. betul tu . xpe xpyah hiraukan orang sekeliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah.. kalau nak ikut kan org sekeliling , sampai bila2 pun tak pandai kan..

      Delete
  6. kita ada juga kawan indian,girl2 la.. hehe..memang diaroang kat rmah pun speaking sbb tu ramai indian yg memang terer gila dalam bi..sebab diaorang praktis kat rumah n luar . tak ada masalah bi pada diaorang.

    kita pun tersentap juga kalau ada yg ktawakan kita tapi abaikan ja la ya ina sebab kalau kita asyik 'menyorok' ja (*maksud kita asyk fikir kita akan diketawakan) smpai kesudah kita tak akan rasa yakin.
    BI ni sekarang penting sangat,nak masuk IPTA/s memang kena pandai la, walaupun bm bahasa kebangsaan,tp bi bahasa antarabangsa yg mana kita boleh maju ke depan . nanti dah lepas spm n cari kerja tau la pentingnya bi ni..
    mcm kita tak reti sangat bi,mmg lemah nak cr kerja mmg susah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. haah.. memang betul tu.. diyorang memang expert gila bi.. kawan ina dapat dalam kitorang punya trial pt3 bi.. gila kan >< isyy jeles gila kot tengok.. yup, betul tu..

      haah.. betul tu.. insyaallah lepas ni ina akan ketepikan semua rasa tu bila ina kena gelakkan ke apa.. tapi kesian juga dengan diyorang ni sebab kenapa lah tak de keje sangat nak judge orang kan..
      haah.. betul tu.. hisy akak cakap macam ni bertambah tambah lagi lah seram ina .. hm agaknya macam mana lah ina nanti.. minta2 lah nanti ina dah pandai cakap english hehe ..

      Delete
  7. Ina, satu lagi cara untuk mempelajari English sambil mendapat ilmu ialah mendengar lecture2 agama yang disampaikan oleh ulama' barat. Antara yang saya sarankan,
    a. Nouman Ali Khan
    b. Yasir Qadhi
    c. Tim Humble
    d. Mufti Ismail Menk

    Yasir Qadhi ada topik menarik tentang sirah Rasulullah SAW. 90 lectures, setiap 1 dalam sejam ke 2 jam. Anak perempuan saya yang hampir sebaya Ina pun seronok mendengarkan. Bahasanya mudah faham. Boleh cari kat Youtube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak ye.. Ina appreciate sangat-sangat.. Serious, sebelum ni, ina tak pernah try lagi cara macam ni, tapi nanti nak try lah.. Tak sabar rasanya nak dengar.. Oh ye ke.. Mesti menarik ni.. Insyaallah nanti ina try tengok.. Terima kasih ye.. ^^

      Delete
  8. takpe ina, biarkan yg ketawakan ina tu. yg pnting niat ina nk bljr & powerkan guna bahasa inggeris :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kak.. ina akan lupakan semua perkara tu.. haisy rasa buang masa pun ada kalau asyik fikir apa yg orang cakap je kan.. btw terima kasih ye kak.. :)

      Delete
  9. Assalammualaikum.
    Tkpe Ina, at least kta try kn.. BI ni pun blh tlong agma kta. Org yg nk msuk Islam tu bknnya smua pndai malay kn... :) Tkpe, ALLAH Maha Mengetahui . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      hm tu lah.. haah.. terima kasih nur sebab support ina :)

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)