Thursday, 13 November 2014

Malu Nak Tunjuk Blog

Hai dan assalamualaikum,



Selamat pagi semua. Rasa bosan duduk kat rumah sejak cuti sekolah ni makin lama makin membuak-buak pulak. Paling kelakar bila kadang-kadang ina sampai tak tahu hari ni hari apa. Memang lifeless sangat kan. Ni lah lumrah pelajar sekolah bila dah cuti. 

Berbalik kepada tajuk entry ina hari ni, Malu Nak Tunjuk Blog.

Ceritanya bermula semalam, 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Ummi nak buat apa? 
( Dalam hati terketaq sebab takut ummi nak baca ) 

Ummi: Awak tulis apa je dekat blog awak tu? 

 ( Alamak mampuih aku nak menjawabnya *dalam hati )

Ina: Ina tulis cerita yang ina suka hahaha
( Jawapan paling hancuss ) 

Walaupun macam tu, ummi tetap tak putus asa. Ummi tanya lagi. 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Haha malu lah ummi. Ye lah, sebabakusabrina

Humaira: Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca (sambil mencelah) 

Ina diam je, sebab ina tengok apa yang Humaira cakap ada betulnya jugak.


Kata-kata humaira buat ina terfikir sejenak. "Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca?" Deep sangat ayat tu, tapi ada betulnya. 

Ina tak tahu lah kenapa, tapi ina memang tak kesah kalau rakan-rakan blogger ina nak baca blog ina. Sebaliknya, ina rasa malu pulak kalau tiba-tiba ahli keluarga ina nak baca blog ina. Pelik, kan? 

Kadang-kadang ina terfikir juga kenapa. Mungkin sebab mereka dah kenal ina luar dan dalam, bila tengok blog ina, "Alamak bajet je dia ni". 

Atau mungkin sebab usia ina yang baru 15 tahun, tapi dah memandai-mandai share benda yg bukan-bukan kat blog. Aik ada ke? 

Terfikir jugak ada tak blogger lain yang rasa perasaan macam ina ni? 

38 comments:

  1. saya selalu bagitau makayah kata ada blog pastu cerita pasal blog tapi xpernah pon sebut nama blog sebab malu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina pun malu jugak >< ina ingat ina sorang je macam ni.. mak ayah ina perasan sejak ina asyik duduk menghadap laptop je hahah ^^

      Delete
  2. Same! Haha actually family akk tau akk ade blog. Itu pun kantoi sbb hadiah ga bnyk smpai umah sampai ayah pelik dtg dr sape. But they never know link blog akk. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye ke? Patutlah.. Uisy macam mana tu nak jawab.. kalau nak mngelat pun macam mana kan.. Takkan nak kata secret admirer bagi kahkahkah. Hm untung lah. Ina skrg dh tak tahu mcm mana nk sorok blog tak kasi ahli family ina baca haha

      Delete
  3. Same situation xD haha.Sama ah

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haah.. mana tahu mak ayah marah cerita yg bukan2 hahaha

      Delete
  5. Ehh... sama la. Housemates akak tanya link blog akak psl nk membahan je kerjanya. Nk baca kuat2 biar 1 rumah dengar dan gelakkan akak. Agak bagus sngt perangai tu. Akak senyap je la. Biar diorang cari sendiri. Sbb tu akak suka follow blog orang yg akak tak kenal. Selamat sikit. Haha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak sangka smpai macam tu.. Tapi kalau kena, memang ya Allah.. Malunya.. Tak dapat bayangkan macam perasaan nya.. Hahaha oh.. betul juga tu.. Tapi ina biasanya follow je sesiapa, sbb kawan2 sebaya ina tak ramai ada blog..

      Delete
    2. Redha je la. Nasib baik kawan uni tak ada blog sangat. Haha

      Delete
  6. Hihihi kan!!!!
    best friend baca pun malu.
    Or maybe they are so-called bff kot hikhuk.

    Tp seriously hehehehhe qila dh bgtahu umi abah tp diorang pulak yg taknak baca huk aloh hahhahajaha. Alhamdulillah. Bg tahu je ina. Nnt diorang sendiri yg taknak baca hahhahahha. Mungkin sbb umi dah nyampah dgn cerita qila potpek. Hahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Tapi ina tak malu sangat kalau bff baca, lantak pi lah diyorang nak buat apa.. but the most important thing is bila parents baca, aduhh mmg tak de idea langsung lg2 kalau ummi tahu ina post pasal cintan ni.. Hahah okay lah kak qyla kalau macam tu.. Haha insyaallah ina try.. Hahaha ye lah kot..

      Delete
  7. haha . kinda same situation :3 tapi liyana jenis suka invite orang suruh baca blog liyana. semua orang liyana kasi link blognya. hoho . cuma once bila balik sekolah, ada kawan tanya pasal entry yg kita tulis . mula la, rasa tak sangka dia baca,and malu pun ada -.- wuwuwuw :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha oh.. ye ke? wow.. berbeza sangat dengan ina.. ahaha tu kadang2 lah ina hadapi.. mmg malu tu biasa.. tapi terharu pun ada jugak like wow! tak sangka gila kan.. rasa dihargai pun ada haha

      Delete
  8. Klau sya, tnjuk kt mak pun design blog je . "Cantik tak,ma?"
    Pstu mak sya komen dh lma tu klau mak sya dh fokuskn mta kt tulisan blog sye. Ok, mmng cpt2 tkar ke bnda lain cnthnya fb or so on. Enthlh.. mlu pun ada.
    Sbb tk nk tnjuk tu agk sma dngn Ina :D ^^

    Klau ngn kwn pula .. kwn yg pling rpat je bgthu link.. seriously ngn dia mmng tk mlu ..
    Hikhik..Dgn yg lain mmng dirahsiakan .. Yelh .. blog tk cntik mnapun lgi pun kt skolah pndiam kt blog wah ... haha .. phm2 je lh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ina tak pernah pulak tanya pendapat ummi ina tentang design blog ina... sama lah dengan ina! walid ina pernah jugak buat macam tu tapi ina dengan gigihnya tutup skrin laptop dengan tangan ina tak kasi walid baca.. malu! ><

      Oh berbeza pulak dengan ina.. ina tak kesah kalau kawan ina baca .. sbb ina rasa ada ke kawan ina yang nak baca blog ina haha :p haha haahh tapi ina setuju jugak tu, bila kat sekolah nmpak macam krik krik je tak tahu apa2, kat blog, pok pek pok pek


      Delete
  9. sama la kite ;) bila family tanya mesti malu >.< tapi kalau kawan - kawan bagi je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah!!! Yeayy kita geng, sep sikit haha

      Delete
  10. hahaha. . . Samalah! Kalau kawan-kawan or rakan blogger lain baca takpe,tapi kalau family baca rasa macam 'Ya Allah,waktu ni lah aku rasa mcm nak private kan blog !!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu lah... tapi family and kawan2 blogger memang lain.. tak tahu kenapa haha :p

      Delete
  11. betul tu..biarlah orang menilai blog kita..kita tulis yang baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. alhamdulillah rasanya setakat ni ina tak de tulos yg buruk2 kan orang ke apa.. cuma ina takut kalau yang bab cintan2 ni haha xD

      Delete
  12. samalah... segan ahh kalau yg mintak link secara direct. pernah bagitau kt lecturer yg kita ni blogger.. then classmates mintak link. nak tak nak kena la bagi.. tak pasal satu kelas tahu.. act, tak suka sangat org yg kita kenal ambil tahu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! beraninya.. kalau cikgu ina tanya, baru ina bg tahu.. kalau cikgu tak tanya, ina buat dekk je lah haha... takut cikgu pun judge ina sekali.. haha yup, betul tu terutama org yang rapat dgn kita..

      Delete
  13. hehe ye la kan..mmg gitu kan..kawan2 blogger lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang ramai blogger yg takit tunjuk blog dekta family xp

      Delete
  14. akhirnya apa yang diri ini rasakan ,, ada jugak yang merasakan ,, akhirnyaaaa ,,,, rasa segan gilerr kalau family yang baca ,, terasa macam hak privasi dicabuli ,, T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha aku tak tahu lah but aku rasa benda ni memang typical untuk setiap blogger.. ahaha tu lah takut nanti apa lah diyorang nak bahan :3

      Delete
  15. sama la kita. kita tak bagi link kat famili member,kawan2 ada la segelintir.. kenapa? sbb kita rasa ada 'rahsia' ..macam perasaan tak boleh keluarga tahu. kekadang kita kat rumah diam,dlm blog ligat bercakap/menaip.macam hiprokit pun ado.. malu bila ada famili kita baca luahan hati sendiri.. ya la kan jumpa hari2 nanti perli2 pula..hehehe

    sudahnya umi baca tak blog ina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. sama lah dengan ina.. tapi kawan2 ina memang ramai yg dah tahu link blog ina.. depends on diyorang nak baca atau tak, ina tak kesah sebenanrnya kalau kawan baca, nak baca, baca lah.. kdg2 kawan2 ni, makin kita tak kasi baca, makin tu lah dia nak baca. instead kalau kita dah tayang blog kita depan diyorang hari2, mesti naik jemu kan.. mesti diyorang malas dh baca sbb dah lali :p haha. yup.. betul tu.. terutamanya kalau kita ada cakap pasal keluarga kita ke.. haah ! betul tu.. tapi ina mmg banyak cakap kat rumah :p so, semua dah biasa dah.. ahaha yes betul tu..

      ina rasa tak kot.. sbb ina cakap sebabakusabrina je.. tapi ina tak cakap sebabakusabrina.blogspot.com semua.. ina rasa ummi ina tak tau xD

      Delete
    2. hahaha.. kawan dik,dia mmg jenis nak ambil tahu pasal kita..ala2 stalker dik..betul..! :P
      mak taip nama tu kat mr.google nnti keluar juga dik..hehehe.. tp tak payah risau,bagus jga umi tahu kot2 ada idea nak update entri ke

      Delete
  16. nape nak malu ina :) suka je blog ina ni, g pun comel macam tuannya hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah malu lah.. sbb nanti diyorang baca entry ina bukan2 ni haha :P aip aip mana ada.. heheh

      Delete
  17. betul2 "Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca?" hhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha tapi tu lah kenyataannya :p

      Delete
  18. akak ni dah 4 tahun tulis blog, still malu nak bagithu link blog kat member2....tapi kalau nak ping entry tu tak malu pulak...lbih suka org yg akak tak knal, bca blog akak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya.. ina pulak baru 2 tahun menulis blog ni.. lama jugak lah tu hehe.. betul tu.. bukan apa, takut diyorang bahan kita je.. hehe.. sama lah dengan ina..

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)