Tuesday, 9 December 2014

Betapa Monyetnya Cinta Aku Dulu

Hai assalamualaikum,



Korang semua ada pengalaman bercinta tak? Kalau ada, takkan tak kenal kan cinta monyet. Yes, ina mengaku, ina pun pernah bercinta. Tapi, tak lama pun hubungan Ina dengan dia, setahun setengah je ( Lama lah jugak bagi Ina yg baru sekolah menengah) . But, sekarang, dah tak de apa2.

Bila teringat balik, betapa monyetnya Ina masa bercinta dulu. Ina tak tahu macam mana Ina yang manusia boleh jadi macam bodoh masa bercinta. Pernah dengar tak cinta tu buta? Yes, ina setuju siapa yang cakap tu. Bila bercinta, even kentut dia yang bau durian pun kita kata wangi. Tak ke monyet Ina dulu.

Kelakar, kelakar. Bila kita layan dia macam suami kita. Kalau orang lain suruh, punya lah liat masyaallah nak buat. Cuba, kalau dia suruh, terus sepantas kilat, kita buat. Nampak tak? Konon ingat bila buat macam tu, dapatlah tunjuk kita ni akan jadi isteri mithali satu hari nanti untuk dia.

Belum kira bila part jiwang;

Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu terlihat,
Kesucian terlindung jua.

Cinta bukan hanya di mata,
Cinta hadir di dalam jiwa...

Aku cinta padamu wahai Ropeah ku yang satu dihatiku

Sekarang ni, baru terfikir. Ingat sweet ke tulis jiwang-jiwang macam tu. Kalau nak tackle pun, pakai lah ayat sendiri. Ada, lirik lagu dia bagi kita. Tak de idea langsung. Kutuk-kutuk ni pun, dulu cair jugak. Serious, bila kita bercinta ni, benda yang tak seberapa ni lah, nampak wow di mata kita. Padahal dia bagi cuma lirik lagu je. Lirik lagu je awaaaa T-T

Paling tak boleh bla kalau dia yang jenis suka tunjuk kekuatan cinta dia kat kita. 

"Akan ku renang lautan api penuh buaya demi mendapatkan hatimu"
"Kau belah lah dadaku, ada terukir namamu disitu"
"Tiada yang lain di hatiku, selainmu" 

Betapa tingginya imaginasimu wahai abang kasimku. Betapa sembangnya percakapanmu itu. Maaf abang Kasim, aku bukan yang jenis senang termakan dengan janji kosong mu itu. 

Kahkahkan. Cuba letak kolam yang penuh api kat depan dia, suruh dia berenang. Paling senang, suruh lah dia pergi pegang buaya. Ha, tengok dia menjerit ke tak. Jangan pulak "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee takutnya ada buaya"-style terlajak laris

Time dapat hadiah, even dia bagi cuma sekeping cekelat ataupun cincin yang disalut emas, dia menang main tikam, kita mesti rasa terharu gila kan. Masa tu lah rasa, betullah dia mencintaiku. Kalau tak, takkan dia boleh bagi semua tu. Maklumlah tengah angau. Cubalah bagi Iphone 6 ke :p

Bila kawan-kawan tanya, mulalah kita ceritakan betapa dalamnya cinta dia kepada kita. Kalau jumpa kawan yang dah ada pakwe jugak, haih mulalah cerita tentang kelebihan pakwe masing-masing. 

Tapi, sejujurnya, bila dah bercinta, baru ina tahu. Manis cinta tu cuma sekejap je. Pahit je yang banyak. Bila kita menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Bila kita buang masa sedangkan kita boleh je buat benda yang berfaedah. Masa tu, baru lah kita sedar, kenapa aku jumpa dia. Kalau aku tak jumpa dia, confirm benda ni tak jadi. 

Paling sakit hati bila dapat kawan yang tak memahami. 

Tu lah, aku kata, jangan bercinta. Kau degil sangat, nak bercinta juga. Kan dah dapat sekarang.

Spesies ini tidak patut hidup. Lagi jatuhkan kawan masa kawan tengah jatuh. Mari kita pukul saja orang seperti ini. :) 

Yes, kau betul kawan. Cinta tu memang menyakitkan. Tapi, kau perasan tak? Aku dah belajar something yang kau tak belajar. Aku belajar macam mana untuk bangkit bila aku dah jatuh. Walaupun hati aku berkecai, berderai macam kaca, aku tahu macam mana nak kutip balik. Aku belajar macam mana nak tahu lelaki tu betul-betul sayangkan aku andainya aku jatuh cinta lagi satu hari nanti. Aku belajar macam mana untuk senyum walaupun dalam hati ni, aku rasa sakit sangat. Aku ada belajar semua tu. 

Kau hade? 

Kau tak de *buat peace. 

Tapi, ina rasa apa yang ina dah lalui, memang betul buang masa lah kalau nak bercinta time sekarang ni  (kalau tak setuju, tak pe. ni pendapat ina je). Sepatutnya, ina kena sedar, betapa jauhnya perjalanan lagi. Boleh je jumpa orang yang lagi baik dari dia. Eleh, setakat jejaka dari Telok je kan :p

Walid selalu kata kat Ina, tunggu bila masuk universiti nanti. Lagi ramai pilihan awak ~~~ Tu lah, tak sabar ni :p Hahaha. Bukan walid sorang je. Ramai yang cakap, jejaka di universiti ramai yang ehem ehem :p Haha sekarang ni, belajar je lah. Lagi 2 tahun je nak spm. Sedar diri sikit eh, sabrina. 

 Ina harap entry ni tak kecilkan hati sesiapa.
Assalamualaikum. :) 

40 comments:

  1. Hahaha lawaknya lah... setuju sangat...apa kelas tackle guna idea orang..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan kan.. teringin jugak ada orang buat sajak khas untuk kita kan lol. :p

      Delete
  2. emm,tak tau nak komen apa2...
    hehe //peace//

    ReplyDelete
  3. haha.. ropeah!!!! aq cinta padamu. lalalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cinta padamu juga abg kassim kahkahkah

      Delete
  4. hahahahahahahha geli pun ada kan bila teringat ish.


    hihihi live life dulu ina!
    enjoy dgn gelpreng dulu ekeke.
    qila kalau heartbroken sbb takde pakwe je qila terus cari semua bffl gurls hhahhaah
    so takde lah rasa lonely ke gitu hahahahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha exactly right kak qilaaaa!! Bila teringat sakai nya lah jadi orang cenggitu.. insyaallah kak qila.. I will.. tu lah rasa buang masa je.. sbb bila dah taken, dia dah macam terikat kan atau kata lainnya terkongkong.. bila dah terkongkong, apa pun tak blh buat.. nak berkawan salah, nak bertegur sape salah.. lebih macam ni.. bebas je.. hehe nak try lah macam kak qila

      Delete
  5. Amboi Ina kemain ye dulu bercinta. Cinta remaja :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dulu je kak mazni. Skrg dah berubah sikit 😝

      Delete
  6. hahahha. kemain dialog tu. belajar dulu dik dah bahagiakan mak ayah baru pikir kebahagiaan diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sorry lah ye kalau keterlaluan sangat. Hm tu lah azam ina.. thank you kak for advice (:

      Delete
  7. kan... tp waktu dulu2.. kak ima slalu letak batasan. bercinta2 gak.. tp sstudy kena terus. pakwe majok pun, x heran. wat leks je g tuisyen. bukan nak mujuk. hhahah... btw, btl kata abah tu. dkt u lgi lah blambak lelaki yg bkl kita hmpe. yg lagi hebat... lgi powerrr.. lg bertanggungjawab..huhuh..so, dont waste ur time dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh salute kak.. sbb ada setengah orang, kalau bercinta dia makin hanyut ke alam percintaan and I'm one of them kihkihkih.. tapi nak buat mcm mana kak.. bila dah skolah menengah curious nak rasa feeling to be in love dengan to fall in love kan.. wahh ye ke nak blajar rajin2 ni.. blh masuk university kahkahkah

      Delete
  8. hahaha rasa kerdil gila kan. da lah tak matang lagi time tu. haishh malu plak bila ingat balik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yup.. betul tu.. haah ^^ ina pun sama cerita pengalam ni hihi

      Delete
  9. haha. takpa, belajar dari pengalaman. ^_^

    ReplyDelete
  10. Akak tak pernah bercinta bagai ni. Hehe. Parents akak dulu sangat tegas. Diaorang kata tak payah nak couple sangat time sekolah. Macam walid Ina juga, ayah akak cakap, dekat university nanti jumpa lagi ramai orang.

    Masalahnya, sekarang ni dekat university, tak jumpa sesiapa pun! Semuanya mat salleh. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ina ni pun teringin je untuk rasa dicintai dan mencintai.. gedik beno :p oh, ye ke.. memang walid ina selalu cakap macam tu -................- hahaha ye ke? lawaknya xD tak pe, balik sini, confirm ada tu ^^

      Delete
  11. Assalammualaikum. Klakar aihh.. haha. Sya tk prnh couple and impian hnye nk couple lpas nikah. ececece :3
    time drjh 3 tk silap, ada ska someone n sye sruh kwn baik sye tlong bgi hdiah kt laki tu. thu hdiah apa? -_- hdiah batman tpi style kcik punya.

    kwan prgi bgi, sye duk jauh skit. bberpa hri kmudian ..kwn ckp, laki tu buang dlm tong smph. hahaha. mlu sngt, ya ALLAH .. smpai skrg. dhlh skolah sma. buat dono je lh.
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ^^ erm kalau macam tu lagi elok lah awak.. jangan lah jadi macam saya, buang masa je, serious.. hahaha so sweet.. tapi kelakar jugak haha. alaa biasalah budak kecik, akai pun cetek kan masa tu. haha ye ke? kejam nya lelaki buat macam tu.. appreciate lah sikit kan.. hehe tak pe, blh jadikan iktibar ^^

      Delete
  12. "cepat break skrg ini semua cinta monyet je budak budak. Dekat u nanti berlambak"

    ReplyDelete
  13. hahaha. lawak je. realitinya. .:D

    ReplyDelete
  14. kannn , hahaa . betapa terasa b***h nya masa bercinta dulu :) huhuu

    ReplyDelete
  15. biasala budak2 mmg selalu terjebak dlm cinta monyet..hehehe.. kalau tersedar baguslah,sbb satu hari nant kita akan menyesal sbb dah banyak buang segala2nya utk dia.. tp halalkan ja la..
    ada satu ayat tu,dia kata kalau umur dah masuk 20-an,tp still nak berfoya2 atau bercinta tukar2 pasangan,itu mmg tak layak dibuat pasangan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah kak kan.. nak buat macam mana.. ina ni pun gedik jugak pi gatai bercinta tu kenapa... alhamdulillah kak Allah bukak mata ina.. kita akan pegang ayat tu kak..

      Delete
  16. hehe..betul cakap walid tu.. akak dulu pun bermonyetan juga. tapi akak dulu stail tak pernah berjumpa berdua, cakap depan-depan (padahal satu kelas). Jodoh tak lama, masing-masing macam budak-budak g. Alhamdulillah masuk uni, tahun kedua berjumpa yang jauh berbeza dari yang dulu haha...insyaallah kalau jodoh panjang tahun depan nak langsung majlis ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. tak sangka kita geng ^^ hehe ina pernah lah jugak tapi tak de lah selalu.. kadang2 je, kalau ada masa.. ina punya bukan satu kelas, tapi satu sekolah je.. wahhh alhamdulillah kak.. nak jadikan akak role model hehe ^^ tahniah ye kak ^^

      Delete
  17. Ina 15 tapi penulisan mcm dah habis sekolah. hehe. biasalah ina. kenangan kann. at least kita dah taknak dh repeat the same mistakes kan syg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke kak.. malu pulak ina.. haah alhamdulillah ada jugak kenangan yg ina cipta kat sekolah menengah ni even ada yg pahit tp ada jugak yg manis.. haah.. insyaallah kak, ill never repeat my mistakes ..

      Delete
  18. hehe xpela ina ade gak pengalaman dah tu bercinta. psni xyahla dah bercinta. kat uni nti pon kalo ada yg nak kt ina, kalo dia ok baik, hensem pulak tu ina bedal je. kehkehkeh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaah tu lah.. dapat lah ilmu cinta ni sikit kan hehe even bawah umur.. kahkahkah kelakar gila kak. insyaallah kita bedal kak, jangan risau xD

      Delete
  19. Cara tackel zaman sekolah. Tulis surat and the tabur bedak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak pernah pulak dapat surat macam tu :3

      Delete
  20. Balaj..blaja..blaja..lupakan dulu citan cintun ni...jgn buang ms dgn cinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kita akan ingat pesanan akak ^^

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)