Sunday, 21 December 2014

Munculnya haters.

Assalamualaikum
 

Wahh kenapa dengan tajuk Ina kali ni ? Hehehe sebenarnya Ina tujukan entry Ina kali ni, untuk seseorang kawan Ina ni. Dia terlampau rimas dengan haters ni yang selalu mengganggu hidup dia.

So, hari ni, Ina nak kongsikan dekat korang cerita pasal haters ni. Ina pun ada pengalaman dengan haters ni. Suatu ketika dahulu sampailah sekarang.

Sesiapa pun tak boleh elak untuk dibenci. Kadang-kadang kalau kita duduk diam pun, orang tak puas hati. Kadang-kadang kita buat itu, tak kena. Buat ini, tak kena. Itu pada mata haters. Semua yang kita buat salah.

Tapi, bila difikirkan balik......... Kita kena chill lah. Takkan lah , disebabkan haters kita nak murung ? Kita nak berkurung dalam bilik ? Menangis ? Eh eh eh. Salah .

Korang pernah terfikir tak kenapa haters ni , tak suka korang ? Pernah ?

Antara sebab munculnya haters dalam hidup korang :
  • Korang ada apa yg dia tak de. 
Korang mesti faham yg Ina maksudkan kan ? Allah kurniakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Contohnya, yang sorang ni, lawa. Yang sorang ni, kaya. Yang sorang ni, pandai. Yang sorang ni, menarik. Yang sorang ni, peramah.Macam-macam lagi kelebihan yg Allah bagi dekat korang masing-masing. Tapi, si haters ni tak ada apa yg korang ada. Sebab tu lah , apa yg korang buat semua tak kena. Dia jealous aka cemburu.
  • Memang korang salah
Tapi , ada setengah haters ni, dia tak suka korang disebabkan perangai korang. Kemungkinan, perangai korang ni, tak elok ke. Ha, tu yang dia tak suka. Tapi, cara dia ni dah salah. Sepatutnya, dia tegur korang dengan sopan, beradab sebab ada sesetengah haters ni, dia diamkan aje... Bila jumpa geng, mulalah bukak cerita pasal korang. Makin bertambahlah haters korang sebab geng dia pun join sekaki. Sepatutnya, si haters ni, bagi tahu kat korang. Bincang elok-elok.
  •  Tak de kerja. Tak de cerita. 
Haisyy ni pun masalah ni... Kalau dah manusia tu, mestilah ada yang kutuk-mengutuk, ngumpat-mengumpat, sindir-menyindir. Haters kali ni, dia saje je cari pasal dengan korang. Ye lah, tak de hot story yang nak dibualkan. Jadi, korang ni lah , jadi bahannya. Manusia.

Okay, jadi Ina nasihatkan dekat korang, jangan sedih. Sebab percayalah, ramai lagi yg sayang korang dekat luar sana. Cuma haters ni, saje je nak menyakat-nyakat , porak-perandakan hidup korang. Percayalah. So, korang kena tunjukkan yang korang still happy walaupun adanya diorang, okay ?
Forget the haters cause somebody love you - Miley Cyrus


 





Bye assalamualaikum :D

18 comments:

  1. you're rite dear ^^
    haters? better abaikan n just live ur life happily :))

    ReplyDelete
  2. BEtul tuu kita patutnya hiraukan je haters tu .. Perangai manusia bukan dapat dihalang pun kan .. Setakat ni belum pernah lagi ada haters

    ReplyDelete
  3. haters sebenarnya banyak mcm oxygen , hehe :3

    ReplyDelete
  4. Abaikan je hater tak guna tu. buat skit atie je :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah betul tu. geram betul . kuat mengutuk. hehe

      Delete
  5. setuju!!! pernah terbaca satu quote ni.. yang mana dia cakap.. "Jika ada mereka yang ingin menjatuhkan anda, itu bererti anda selangkah di hadapan mereka" ... huhu.. untunglah ada haters.. bila la aku nak ada haters ni.. hahha .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha pernah jugak dengar quote tu. hehehe. tak best lah weh... pergi sana sini, msti ada yg tak kena :)

      Delete
  6. nice entry,kak ina! <3 setuju setuju... hehe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah. terima kasih :)

      Delete
  7. mudah je dik, haters ni cume nak tgk kite down. so mcm yg adik, kite kene chill. diorang akan penat sendiri. tp ade gak haters yg makin menggila bila kite tak trmakan umpan diorang. maybe sakit ati tak dpat perhatian kite. i think laa kan, haters ni nakkan kasih sayang je. ape salahnye kite lemparkn skit kasih sayang. hehe..

    untk pengetahuan adik, haters ni selalu muncul dari watak yg takut gagal atau watak yg gagal dlam hidup dan takut nak bangkit semule. so dia nak lebih rmai berperwatakan gagal.

    nabi Muhammad pun rmai yg membenci baginda, apatah lg kite insan biasa? :)

    ReplyDelete
  8. @Encik KetHaah, betul tu. Dia jeles sebab dia tak de, apa yg kita ada. Insyaallah, ina akan cuba :) Hahaha tu lah.. Tak penat ke asyik kacau orang je kan. Hahaha nak je 'lemparkan' kasih sayang kat dia. Haah betul tu

    ReplyDelete
  9. diorang jeles sebab diorang takde macam hape yang kita ade. biarlah nak hate hate hate tahap mana sekalipun, pahala dapat kita. asalkan kita jangan pula membalas bencinya, kang jadi dendam lak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Haters always beliau haters... Hehehe..

    ReplyDelete
  11. Cakap pasal haters, kerana haters la saya belajar jadi kuat

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)