Wednesday, 31 December 2014

Percutian Paling Pelik

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik Ina ke Pahang berjalan dengan lancar & selamat. Nasib tak de banjir teruk masa pergi dan balik. Kalau tak, Ina belum ada kat sini lagi.  Pengalaman dekat Pahang memang best sangat, bila dapat berkumpul dengan sedara-mara, jiran tetangga. Tapi satu je, Ina demam teruk kat sana. T-T

"Orang sibuk bersuka ria awak sibuk demam." -Wan

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ni, Ina demam ni pun, ada hikmahnya tau"-Abg Lang. 

Apa-apa pun, percutian ke Pahang memang Ina akan ingat sampai bila-bila. Dengan keadaan Ina yang sarat demam macam nak pengsan, hingus duk tak habis meleleh, tekak punya lah pedih sampai nak telan sebutir nasi pun rasa nak nangis. Demam yang paling teruk dalam hidup Ina.

Hari pertama pelik. 
Berkumpul di rumah Pak Teh. Paling sedih sebab dengan keadaan Ina yang tak bermaya masa tu, nak pulak air cond dalam kereta lepastu terpaksa pulak menempuh hujan sepanjang perjalanan.


Hari Kedua Pelik
Yeay! Ini lah tujuan sebenar Ina pergi Pahang. Abang Long Ina kahwin aka Abang Farhan. Tahniah Abg Long & Kak Hamira! ♥♥ 



Hari Kedua Pelik (tengahari) Paling Penat & Best
Ni part paling best! Cuba teka kitorang pergi mana?!!!! Kitorang pergi Bukit Gambang Resort City!! Ini merupakan kali pertama kaki Ina jejak kat sini & wowowowwww memang kagum gila dengan tempat ni. Ada banyak tempat menarik dekat sini, antaranya Safari Park & Water  Park. 

Disebabkan masa yang suntuk, kitorang cuma melawat Safari Park je. "SAFARI PARK JE". Dengar je, "JE" Tapi!!!! Masyaallah punya lah penat tahap kaki nak tercabut dua. Bayangkan lah, punya penat berjalan sampai demam Ina pun hilang! 

Price; 
Kanak-kanak: RM28
Dewasa: RM38 (kalau tak silap)

Antara haiwan menarik;
White Lion King, Malayan Tiger, Kangaro,  dan lain-lain

 
Yeay! Dalam tram

 
Selamat Datang ke Taman Burung !



Muka macho, hensem tapi siapa tahu, dia takut dengan burung. 

4 orang secret admirer kat kerbau

4 orang suka unta

Unta comel

 Saya pencinta burung. Burung pun cinta akan saya hehehe
Bahagiaaaa


Hari Ketiga Paling Pelik
Hari sepatutnya kitorang semua balik. Tapi tiba-tiba dapat surat cinta daripada pihak hotel yang mengatakan semua jalan di Pahang ditutup. Sedih gila masa tu sebab kena lah menahan diri kat sana lagi sehari tanpa arah tujuan.

Hari yang dipenuhi dengan kemalasan kuasa penuh bersama air liur basi sebaldi. 

Zombi zombi yang bertempiaran

 Hehe ni ingat lagi tak dengan budak tiga orang yang tak mandi haritu.

Gambar paling bajet sekali dekat tangga

Hari Keempat Paling Pelik
Yihhhhhhaaaa hari ni balik. Tak tergambar betapa gembiranya masa tu sebab boleh balik. Dah rindu rumah dah ni sebenarnya T-T 

Disebabkan nak elakkan diri daripada bertembung dengan banjir, terpaksa lah kitorang bangun selepas solat subuh dan terus berangkat. Pagi tu pulak hujan. Haih sejuk sangat. 

Byeeee!!!! 

Masa balik, dapat whatsapp daripada family kitorang yang lain, jambatan yang kitorang lalu masa otw Pahang, dah banjir. Ya Allah, sekejap je. 


Alhamdulillah, selesai dah percutian paling pelik yang pernah Ina alami. Sebab tu lah, percutian ni jadi percutian paling pelik. Walaupun banyak lah dugaannya satu persatu yg kena tempuh, tapi, dapat lah se- lori kegembiraan & senyuman yang dapat Ina bawa balik sebagai memori masam manis 2014. 

Nah sekeping gambar kenangan hehehehe muka demam ni.





Bye, assalamualaikum.
p/s : Pray For Mangsa Banjir

47 comments:

  1. nice sharing.,, waalaikumsalam ina... :) pray for them

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you.. ^^ yeah, pray for them :)

      Delete
  2. tahniah ya abg kawen..heeheh..
    dpt kakak baru..
    xseronok cuti demam,huhh..berat ja kepala..

    apa gambar 2 orang tu..hahahaha..tg h pancing kot..pikir positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih ^^ tu lah mmemang pun. tapi redha je lah dengan ketentuan Allah kan.. hehe mungkin ;p

      Delete
  3. wahhh. seronoknyaa berjalan. akak hari tu pergi gambang tak pergi pun safari park sebab tak sempat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... akak pergi gambang jugak? best tau kat safari park :)

      Delete
  4. amboi, seronoknya depa.. hehe. tak pernah lagi sampai gambang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah haah kak.. best kak kat sana..

      Delete
  5. Ina --> Pahang
    Faris --> Sabah
    Kat Sabah tu pun banjir . Huhh .
    Dugaan dugaan . Nice sharing ina :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? Ya Allah.. pray for sabah.. thank you :))

      Delete
  6. eei, comelnyaaa inaaaa.

    akak 4 tahun kat UMP tu pun tak masuk lagi safari tu. wuwuwuuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terima kasih kak scha.. ^^ oh hahaha ye ke.. akak sedara ina pun kat sana.. tapi memang best kat safari tu..

      Delete
  7. tak pernah jejak lagi gambang city heee

    ReplyDelete
  8. akak g jenjalan pekan. nak g safari ttp plak. x sempat nak p pun. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... pekan dia pun best jugak hehe..

      Delete
  9. bestnya dah g gambangg.. hihi. tak pernah pergi pun, dah baik demam belom? syafakillah. semoga cepat2 sihat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah best kak.. dah alhamdulillah.. aminn..

      Delete
  10. Huih, nasib sempat berseronok sebelum banjir makin teruk...

    Kita doakan yg terbaik utk semua ya :)

    btw, selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha alhamdulillah... tu lah.. aminnn selamat tahun baru jugak! :)

      Delete
  11. wow.. bestnyaaa cik adik bercuti.. pencinta burung gitu.. hehe.
    terkejut tgk banjir kt jmbatan tu. huu.. cepat je air naik kn.. doakn utk mngsa bnjir.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ;p pencinta burung lah sangat... hm tu lah.. cepat sangat.. ina pun terkejut gila.. kita doakan yg terbaik utk diyorang ye..

      Delete
  12. Hari tu pergi Pahang ingatkan nak pergi Bukit Gambang juga tapi dah banjir dekat sana. Batalkan je hasrat nak pergi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... masa ina pergi tak de banjir lagi alhamdulillah lah.. sempat jugak teroka sana kan.. hehe.. kesian kak farah..

      Delete
  13. cantiknya adik beradik ina :D haritu masa akak dlm perjalanan balik kampung kt perak pun banjir jugak, nasib baik kat kawasan kampung akak x banjir. tpi kesian dgn mangsa2 banjir ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe semua tu sedara ina kak.. kalau diyorang dengar ni, confirm kembang :p lah ye ke.. sedara ina punya kakak ipar, orang perak.. dia nk bertunang.. rumah dia pun banjir jugak.. habis kena batalkan pertunangan dia.. hm tu lah.. kesian diyorang..

      Delete
  14. Singgah dan follow..
    Jom terjah Papaglamz.

    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
  15. bestnya pergi bercuti. walaupun pelik tetap jugak banyak kenangan kan. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah best! hahaha tu lah pasal.. kenangan untuk hehe ^^

      Delete
  16. wahhh syok la . saya duk kuantan ni x pernah masuk lagi safari park , huhuu . pergi main air je . memang rasa nak jugak pergi safari park :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. okay lah tu.. dekat water park kan? ina pulak tak merasa lagi water park kat sana T-T nampak macam best je..

      Delete
  17. okaylah.. asalkan boleh cuti.. lawat lawat.. hehehe.. comel betui penulis blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah nasib baik blh lawat lawat.. hehe terima kasih :)

      Delete
  18. Assalammualaikum.
    Tkpe Ina :) Sakit sbelum msuk thun 2015. DIA nk brsihkan dosa Ina, inshaALLAH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      hm tu lah.. insyaallah amin.. :))

      Delete
  19. haha semua pelik. comel je. macam best je bukit gambang. tak penah dapat pegi lagi

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh memang best tau kak... try lah pergi...

      Delete
  20. wahaha, tersadai di Pahang. Maklumlah, Pahang pun teruk gak banjirnya. Nasib baik la sempat balik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaah memang pun T-T betul wehhh tu yang aku lambat balik haih sedih .. tu lah syukur sangat..

      Delete
  21. Akak senyum sorang sebab baca banyak perkataan 'pelik'. Alhamdulillah, dapat juga cuti2 dgn keluarga w/pun pelik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha hm tu lah bersyukur sangat even percutian ni agak pelik dan memang pelik.. tp dapat spend time dgn family..

      Delete
  22. amboiiii seronok nya!!!!!
    mana aciii hehe safari parkkkkkk wah nak gi jugak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak qila... ;p ;p
      try lah pergi .. best tau ^^

      Delete
  23. btw u r soo cutie pie ekekee.
    And pls lah jgn demam di waktu happyy gitu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih kak qila!!! haih nak buat macam mana.. dah takdir Allah, Ina terima je dengan berlapang dada..

      Delete
  24. Penduduk pahang di sini .. Alhamdulillah x kene banjir ..

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)