Friday, 5 December 2014

Segmen : Zaman Persekolahan

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah, ina diterima untuk jadi salah seorang sponsor dalam Segmen : Zaman Persekolahan by Cik Balqis ni. Yehuuu excited nak start :D


Dalam semua-semua ni, korang dapat guess tak ina yang mana satu? Actually, ina jenis yang nombor 16 dalam kelas. 

Nampak macam baik? 

Nampak macam cerdik?

Nampak macam ulat buku? 

Nampak macam rajin?

Nak kata ina budak baik, tak lah baik mana. Makan dalam kelas tu memang favourite hobby ina. Kalau ada je gosip mak jah confirm ina join.

Nak kata cerdik, alahai jauh sekali. Result pun tak cukup gempak nak dapat number 1 dalam kelas.

Nak kata macam ulat buku? Pegang buku 2-3 minit pun dah rasa gataii semacam, kebas-kebas. Lagi pulak bila ada kawan-kawan duduk ajak berborak, lagi lah nafsu nak letak buku ketepi membuak-buak. 

Nak kata rajin? Semalam punya homework, hari ni baru terhegeh-hegeh muka selamba nak siapkan. 

Berita segenap dimensi semua dalam tangan ina.

"What's up Jemah, what's up Kiah. Pe cite kali ni. ? Ada cerita hot tak? "
"Ada. Kau tahu pakwe Ropeah tu hensem rambut tercacak2, senyuman menggoda bak strawberi merah ditambah lagi dengan gelak tawa senyum manja riang gembira" 
"Ha, pastu aku dengar si Ali pulak nak kahwin dua. Kahwin dua! Habis lah lepas ni si Limah tu bermadu. Tu lah dulu selalu pok pek cerita pasal orang, sekarang kena dekat batang hidung sendiri, keluar rumah pun tak nak"
"HAHAHAHAHAHAHA"
-hanyalah gambaran dan semuanya rekaan.-


Tapi, tu semua dulu. 

Dalam masa lebih kurang 2 bulan selepas percubaan pt3, Ina pun tak tahu kenapa dengan sekelip mata ina boleh bertransformasi jadi nombor 16. Ina rasa sebab tekanan pt3 lah ni yang buat ina stress dari hujung rambut sampai hujung kaki. 

Kesian kan. Haih.

Korang pulak yang mana satu? Jenis yang kaki belajar ke macam ina sekarang? Atau jenis yang kaki gosip macam ina dulu? Hehehe ^^ 

Jom lah sama-sama meriahkan segmen ni :D Ina confirm mesti best punya bila teringatkan balik zaman sekolah kita tak kira lah kepada yg dah habis sekolah ke, masih bersekolah ke, ataupun dah kahwin? Hehe.. Jom jom!! :D 


26 comments:

  1. tak taulah yg mana satu..slmt bersegmen ina...

    ReplyDelete
  2. akak pun jenis yg 16 jugak. mmng dlm kelas akak nmpk cm rajin, pendiam, selalu buat keje tpi sebenarnya x sgt pun, kengkadang je baik. ada masa slalu bergossip, gelak2, merayap n makan dlm kelas hahaha :p tahun ni je last nk buat benda2 cmtu kan huhu rindunyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ye ke.. sama lah dengan ina.. betul tu!! setuju sangat ;) haah memang pun.. kadang2 je baik :P hahaha makan makanan dalam kelas tu mmg favourite hobby ina kalau dalam kelas.. kadang2 masa belajar pun ada.. huhu ye lah kak mazni dah hbs spm kan..

      Delete
  3. selamat bersegmen ya ina..! kita nak join ni jga,tp bila tgk syarat2nya..banyak pula kerja kena buat,cancel la..hahaha
    btw, kita pernah jd mcm sebaris depan tu,hahaha..nak berjaya pandai2 la kau...
    tak pernah jd nom. 13-15 dgn 1,2,4 & 5.
    'dah 2 tahun lebh tingalkan zaman sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you very much kak ♥ hehe ye ke.. tapi kalau mood rajin dah datang nanti, join lah ye..oh ye ke.. comel je ^^ hahaha pernah jugak ke tidur dalam kelas? sama lah jugak dgn ina... oh.. hehe mesti rindu kan kat sekolah..

      Delete
  4. http://madey09.blogspot.com/2014/12/sirah-nabi-mari-bercerita-program.html follow pula blog Etuza ya..tq

    ReplyDelete
  5. saya no 8 atau 9..and sometimes 16 juga haha ikut mood..

    ReplyDelete
  6. laaa ina ni baya2 adik kak ana la ni PT3 hehe.. kak ana ni dah mmg terang2 dok blkg. nakal pulak tu kikiki. kak ana join jugak segmen ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke.. tak sangka pulak sebaya dgn adik kak ana.. hehe.. oh hahaha budak2 nakal eh ni :p wahh selamat bersegmen jugak ^^

      Delete
  7. Ekekeke qila lambat lagi nak jadi mcm inaaaa hhahahahahhhaah

    ReplyDelete
  8. sama laaa, no 16 jugak. tapi kak tak tergolong dalam nerd yang pandai. sebab kurang pandai la kena buat2 rajin kan. hahaha. anyway good luck! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay sama dengan kak fafa ^^ haha no 16 ni nampak macam nerd ye :p haah ^^ no pain no gain kan .. haha terima kasih kak ^^

      Delete
  9. 3! hahaha... especially waktu addmath. entahlah. nak kata addmath susah, takdelah susah pun. rasanya cikgu tu yang menyusahkan kitaorang... bebel je kejenya xD

    ReplyDelete
  10. aku tak tahu yang mana tapi nampak macam yang 19 tu jer ,, wahahha

    ReplyDelete
  11. hihi Wardah join jugak ^^

    http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  12. singgah dari segmen yg sama :)

    http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  13. hyee cik belbel datang, terima kasih join segmen cik balqis
    http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  14. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete
  15. Tahniah.
    Refer sini..http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/01/senarai-pemenang-segmen-zaman.html
    Bagi details kat saya before 12/2/15.
    Hadiah akan dipos (pos biasa) pada 13/2/15.
    Sila letak di kotak komen blog saya...
    drshikinzainal.blogspot.com (sponsor).
    Details tidak akan di'publish'.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)