Saturday, 6 December 2014

Tak Mandi Sehari

Hai assalamualaikum,

Bermula cerita pada pagi yang hening di kampung Ina. Selepas sarapan, ina berhasrat nak mandi terus sebab ina ni jenis yang kalau tak mandi pagi, memang terus mandi sebelum solat zohor. Buruk kan perangai haha. Tapi, sangat menyedihkan bila semua plan ina tergendala disebabkan rumah wan ina secara tiba-tiba dan mengejut tak de air!

Ina ingat pagi tu je lah tak de air. Paling terkejut bila sampai maghrib tak de air! Dari pagi, sampai maghrib lah belum mandi jawabnya. Disebabkan kat rumah wan ina dah memang tak de air langsung, nak tak nak, terpaksa lah ina dan sedara ina menadah muka pergi masjid tadah air T-T

Masa tu lah pergelutan berlaku,

Wan: Macam mana ni Ina, air tak de dah nak magrib ni oii
Ina: Tu lah wan.. Apa kata kitorang ambil air kat masjid je lah. 
Wan: Awak gila ke? Maghrib2 macam ni? Malu lahh. Awak tu anak dara
Ina: Pastu macam mana ni wan, tak de air.. Nak maghrib

Bila dah pok pek pok pek, wan benarkan juga kitorang pergi ambil di masjid. Paling tak boleh bla bila kitorang kena angkut pakai CEREK, 2 BOTOL AIR MINERAL & BALDI. Apa yang ina boleh cakap, memang malang siapa pegang cerek hahaha. Awal2 lagi, ina letak tepi cerek tu kasi orang lain. Bayangkan lah, cerek?!!

  
Macam ni lah muka keadaan kitorang -sorry gambar buruk gila
Perjalanan pergi masjid dari rumah memang lah jauh bg kitorang yg berjalan kaki ni. Lebih kurang 10 minit jugak lah. Dengan kata-kata orang sekeliling lagi. Dah lah masa tu orang tengah otw nak pi solat maghrib. Tiba-tiba ada pulak 3 anak dara tepi jalan bawak cerek, baldi dengan botol air. Bayangkan lah!! Bayangkan!!!

Alhamdulillah apa2 pun, kitorang berjaya juga bawa air sampai rumah! Yeay yeay yeay! Terkenang pula dekat tengah jalan tadi, dengan ada orang pandang pelik, orang gelakkan lah. Allah je yang tahu perasaan kitorang macam tu. Memang muka tebal gila!

Walaupun macam tu, air cuma cukup untuk ambil wuduk je. Kitorang still tak mandi hahaha. Bau jangan cerita lah.

Disebabkan tak de air, kena lah balik rumah. Ingat, nak tidur lama lagi, tapi tak de air. Masa mandi kat rumah, kena air, ya Allah, nikmatnya!! :DDD Rasa macam setahun tak mandi. Walaupun terpaksa menanggung malu, siapa sangka? Kitorang dapat cipta memori sedih + gembira + malu dalam masa yang sama ;D

Yeayyy muka tak mandi dari Ina & Kak Erin ♥♥ 

 Tiga2 muka tak mandi. Penat tunggu ummi ina ambil dekat rumah wan

Gambar semalam dengan Kak Erin. Im gonna miss you Kak Erin T-T 

Bye, assalamualaikum

37 comments:

  1. susahnya takde air kan? gelabah gila kalau tau ade catu air ke ape hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak.. hm tu lah.. dah lah air tu memang keperluan asas kan.. kalau elektrik tu ampun lagi..

      Delete
  2. Segan juga nak cakap tapi akak dekat sini selalu juga skip mandi. hahahahaha. Tapi, kalau tak mandi dekat Malaysia, dengan tak mandi dekat sini, lain kes dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke.. ingat ina sorang je yg tak mandi ni.. hehe kita sama2 lah geng busuk ye.. wahh best nya akak tinggal luar negara kan..

      Delete
  3. x tido sehari pernah x ? ? huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak hehe.. pernah tidur lambat je.. hehehe

      Delete
  4. hehe, muka tak mandi pun still cantik je :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. cantiknya kak erin..!
    mmg azab la time tak ada air,bila air ada,kita membazir ja.....woooo..
    klau kat kampung opah,kita suka mandi pagi,air dia sejuk & nyaman..mmg segar terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh kalau kak erin tgk ni confirm kembang dia :p haah betul tu,.. bila air ada, buat pandang tak pandang je air tu.. bila tak de, ha.. baru lah tahu betapa pentingnya air.. ye ke... sejuk tu air kat kampung.. kampung ina, nama je kat kampung tapi lebih kurang bandar.. tak dapat rasa air sejuk2 ni..

      Delete
  6. uiks! tak mandi mandi pun comel jugak.. hikhik ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nampak je macam tu, kalau dekat, confirm busuk gila tau :p

      Delete
  7. memang air satu keperluan sangat2. :D
    kalau kt poli dulu selalu takde air, memang sengsara hidup bila terpaksa angkut air naik tingkat 4. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. memang betul.. air tu keperluan asas utk kita semua kan... haha ye ke.. kesiannya, jauh tu.. tingkat 4.. mesti penat kan, naik turun tangga.. dah lah satu baldi air tu berat..

      Delete
  8. Assalammualaikum.. Haha. Ksian.. Dlm msa ni lh kta dpt rsa apa yg org tkde air rsa.
    Kan, Ina ? Errr, kta prnh je tk mndi 2 HARI sbb kem :) hehe ..Mmng kamilh org yg pling wngi !! yeah .. papepon cerek sngt tk blh blah .. kahkah .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. hahaha haah betul tu.. baru lah rasa macam mana keadaan org lain kalau tak de air.. haha ina pun sama masa kat kem darjah 6 dulu.. sebab punya lah ramai org nak mandi.. lama2 decide malas lah nak mandi.. pastu pakai deodorant banyak2 xD haha kelakar gila kalau pakai cerek..

      Delete
  9. alolo comelnya korang semua..

    tulaa kalau xmandi memang rasa xselesa. dah mandi pehh mmg nikmat sgt la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka tak mandi tuu :p betul sangat sangat.. dengan bau , berpeluh nya lagi.. tak selesa langsung..

      Delete
  10. Hahaha.. Dekat sekolah kitaorang boleh lagi buat komedi menari dengan baldi.. lain kali nak guna cerek la :p Kesian ari tak ada :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ye ke? :P lagi teruk hahaha menari2 pulak.. haha try lah guna cerek, seriously, memang kelakar gila xD macam apa je

      Delete
  11. kak ina :3 . memula tgk tajuk dekat bloglist kemain kebabom " tak mandi sehari ". rupanya sebab takde air..kesiannya kena bersusah payah cari air. takpe semua ni ada hikmah. lastly dapat timba pengalaman dan kenangan kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorry sebab entry mengecewakan hehe :p haah tak dak air je,.. hm tu lah, memang bersusah payah betul.. serious.. hm betul tu.. baru tahu, air memang penting untuk kegunaan harian.. haah.. alhamdulillah..

      Delete
  12. untung lerr comel muka tak mandi.
    kalau mandi??? :O
    mesti lagi chantiks hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha muka busuk lah kak qyla :pp
      no im not T-T you are ♥♥♥

      Delete
  13. comellah kak erin,,kirim salam ye,,haha.. kesian tiga2 kene tebalkan muke demi air,, tapi ok lah kan sbb dapat kenangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa jeles ah semua kata kak erin comel haisyy tak acii insyaallah.. hahah tu lah pasal. Kesian tau kitorang T-T

      Delete
  14. aku paling selalu tak mandi satu hari ,, nak nak pulak time tu cuaca dah macam kat antartika ,, memang lagi tak mandi lah aku ,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku kadang2 je.. hahaha ni terasa pun sebab berpeluh sangat so tak selesa..

      Delete
  15. patutlah bau semacam je niii. hahhahahah

    ReplyDelete
  16. tudia 3 dara p amek air kat masjid. siap guna cerek! gerek seyhhhh! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak ana ni nakal jugak eh kadang2 :p hahah

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)