Perempuan Bila Kena Puji

Hai assalamualaikum,

Perempuan ni, banyak ragamnya. Setiap perempuan, ada ragamnya masing-masing. Ada juga yang kata memahami seorang perempuan lebih sukar daripada memahami pelajaran Add Math? Bunyi macam dahsyat sebab ramai yang kata Add Math tu susah. Tapi, siapa sangka memahami perempuan lagi susah sebenarnya.

Dah baca Perempuan Bila Kena Ngorat? Mana satu reaksi korang?

Kali ni, Ina nak cerita mengenai perempuan bila kena puji pula. Pernah tengok tak, apa reaksi seseorang perempuan tu bila kena puji? Ataupun korang sendiri lah, kena puji oleh kawan-kawan yang lain?

Apa reaksi korang atau perempuan tu?

1. Tersipu malu bak pohon semalu, padahal.....

Pernah tengok pohon semalu? Apa jadi bila kita sentuh dia? Automatik dia terus kuncup kan? Macam tu lah bagi sesetengah perempuan.

*Instagram*
Bedah: Hm soooo pretty 
Ropeah: Eh tak de ler.

*Dalam hati*
Ropeah: Tahu dah. Tok sah bagi tahu. Haih menyampah betul.

Typical okay, typical

2. Kutuk diri sendiri bila kena puji

Ina tengok ada juga yang berlaku benda macam ni. Tak percaya? 

Bedah: Kau ni lawa lah. Aku dah lama dah jeles dengan kau
Ropeah: Apa bendanya! Aku ni dah lah hidung tak mancung. Pipi pun macam pau. Kau ingat aku tak tahu yang kau puji tu tak ikhlas? Ha?! Kau ingat aku tak tau? 

Confirm. Lepas tu, dah insaf dah orang nak puji Ropeah kalau macam ni perangai dia
3. Mengaku je heheheheeee

Bedah: Lawanya kau ni...
Ropeah: Terima kasih 

Sambil dia cakap terima kasih tu, jangan lupa check hidung dia. 
Confirm macam nak kembang tapi ditahan-tahan.

4. Paling tak de perasaan

Bedah: Kau ni, lawa lah aku tengok
Ropeah: Lawak apa kau

Nampak macam biasa. Tapi ada sesetengah orang yg sensitif, dia terasa.
Habis, kecil hati dia. 
Ina pernah kena macam ni. 

5. Bila dah puji tu, bodek lah balik. Ye tak? 

Bedah: Pretty
Ropeah: Thank you. You more ;)

Kadang-kadang jaga hati.
Kadang-kadang ikhlas. 

6. Paling tak mengaku. 

Pernah juga tengok kejadian macam ni. Contoh kalau ada 100 orang komen dia lawa, seratus tu lah dia komen " No, im not. Saya buruk" .

Jual mahal agaknya? 

Apa-apa pun, hati-hati lah bila reply pujian seseorang tu. Daripada gaya kita balas pujian seseorang tu, dah boleh tunjuk macam mana perangai diri kita yang sebenarnya. Tak percaya? Daripada gaya kita reply tu, dah nampak dah kita ni jenis manusia bersyukur ke tak dengan pemberian Allah ataupun kita ni jenis yang tamak, nak lebih. Selain tu, kita juga dah boleh nampak dah dia ni jenis yang pandai jaga hati orang ataupun tak. 

Hati-hati juga bila kena puji, sebab kadang-kadang manusia macam duit syiling. Macam ni.. 

Harapnya, kita semua tak de lah jadi macam ni.. 

Ina harap entry ni, tak kecilkan hati sesiapa.

Ikhlaskan diri bila memuji.
Jaga hati bila balas pujian si pemuji. 

Bye, assalamualaikum.

Comments

  1. cis... kadang2 soalan depa bagi sensitip kot... :) ada one of them yg memang dari dulu sebati dlm diri ini... cer teka cer teka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah ada jugak kan macam tu.. haihh macam macam.. yup memang betul tu.. tahan je lah..

      Delete
  2. susah jugak kena puji kan. hahahha. :D
    kalau BV kena puji, entah la macam mana, puji balik kot.
    sebaik2 pujian, adalah pujian kpd Maha Pencipta, kembalikan pujian kpdNya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaha memang betul tu kak..
      hm rasanya ina pun macam tu, tapi ikut mood lah kan..
      insyaallah kak ^^

      Delete
  3. Hihihi senyum sorang2 akak baca entri Ina ni :)
    Dah ready nak bukak sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye ke.. hahahaha sejujurnya belum :3

      Delete
  4. 5 dengan 6 tu paling banyak. hehe.

    ReplyDelete
  5. Hahaha....senyum ja kalau org puji.haha..biarlah dia dengan puji memuji dia tu..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh senyum je yg terbaik kan.. tak kecilkan hati sesiapa..

      Delete
  6. kalau dah tak suka tu jangan la jadi fake nak puji orang bagai jika hati tak ikhlas.
    mostly, kawan akak terima aje kena puji nih.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah satu yang ina tak suka.. bila puji tapi tak ikhlas..
      hahahahaha kawan ina pun sama :p ina pun sama :p

      Delete
  7. kalau Alan tak yah puji lagi bagus....hahahaha tak sakitkan hati mana mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe okay jugak tu kan.. tak sakitkan hati sesapa..

      Delete
  8. Hhaha..yana yg plg xde perasaan tuh.. Kdg, xske mnjwb sbb nt msti jd cam dlm gmbr tuh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu lah. takut je kalau jd macam yg dalam gambar tu kan..

      Delete
  9. Perempuan ni memang banyak ragamnya.

    ReplyDelete
  10. Mari puji memuji , Tuhan yang esa .
    Insafi nikmat diberi , dihari rayaa ~ Hahaha . Mabuk pulak Faris ni .
    Betul tu Ina , dah namanya perempuan kan ? Hahaha .
    Sokong entri ni ! Thumbs Up sis ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha huyo peminat siti nurhaliza ni eh :p
      hm memang pun dik..
      thank you ^^

      Delete
  11. perempuan mmg sensitif bab2 macam ni..lagi2 kalau pasal ketinggian and berat! peh,,boleh buat gaduh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang pun wehh. hahahha okay terasa kat sini sebab selalu gak perli kau kan haha

      Delete
  12. Xtau nak jawab cemna bila kena puji. Klu kat luar bole la senyum2 ja, kalau kt dlm fb , susah benau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang. seriously, tak tahu nak buat reaksi apa..

      Delete
  13. Nak puji biarlah ikhlaskan. Tapi akak jarang puji orang, takut plk dengan pujian kita tu blh timbulkan rasa bangga dan riak dlm hati org yg dipuji tu, tak psl2 kita pun dpt dosa free sekali. So, puji dalam hati je.. hehe.. singgah klik2 sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu kak.. oh ye ke.. lagi bagus kalau macam tu kan.. tak lah sakitkan hati sesiapa.. haah.. thank you kak ;)

      Delete
  14. aku dikelilingi dengan golongan 1 , 2 dan 3. Hahaha. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa dh nampak dh mcm mana perangai budak rk1 ;p

      Delete
  15. risau gak kan kalau kena puji takut terbit rasa riak dalam hati....huhuhu...pape yg ptg...pujian yg ikhlas adalah lebih bermakna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu.. ye lah tu dah boleh menimbulkan dosa kan.. haah :)

      Delete
  16. Saya bila kena puji(ehemmm ehemmm hahaha) saya selalu senyum pastu gelak kuat kuat sebab tak percaya langsung apa yang depa kata hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kadang2 memang ada yg tak ikhlas bila puji.. setakat bodek je. tapi ada juga yg ikhlas ^^

      Delete
  17. hihi, memang. perempuan macam2 ragam. hoho. akak pun kdg2 xfhm XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa kita sendiri pun tak faham dengan diri kita kan xD

      Delete
  18. hehehe..ada betulnyer, tapi biasanya kalau orang puji kita, apalah salahnya puji orang tu balik..bermulut manis kata orang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu cikgu.. sekurang-kurangnya, kita tak sakitkan hati orang yg puji kita tu kan.. :)

      Delete
  19. itulah realiti manusia
    singgah pagi kat sini ')

    ReplyDelete
  20. akak kalau dipuji semua di atas kecuali nom.2 dengan last tu..ehehe.. ya,pujian tu kkadang sekadar nak menyedapkan hati bukan betul2 pun,jangan makan pujian sgt ya..hehe

    ReplyDelete
  21. haha..lumrah perempuan bila dipuji..

    ReplyDelete
  22. hehe tu lah PEREMPUAN kan ina kan kikiki

    ReplyDelete

Post a Comment