Friday, 12 June 2015

Pendek Itu Comel, Tinggi Itu........

Hai assalamualaikum,
bad animation as usual ^..^

Have you ever heard someone said "PENDEK/RENDAH ITU COMEL, TINGGI ITU...... (tease,curse, etc.). Semalam, timbul satu tidak puas hati tentang kenyataan yg 'agak femes' di atas ni. Ina pasti sangat yg korang pun selalu dengar "pendek itu comel, saya bersyukur jadi pendek" , "pendek is comel, comel is saya huhuhuhu" dan pelbagai status lagi yg menggambarkan yg pendek itu comel.

Jadi, dengan rasa iri hati yang menggunung di dada digaulkan dengan rasa cemburu, Ina nak ketengahkan isu ni ke peringkat yang lebih tinggi mwahahahahahahha. Tak lah, Ina cuma rasa "Buruk sangat ke jadi tinggi ni?" Ina tak lah tinggi mana pun, 163cm je pun. Tapi, banyak sindiran yg selalu Ina terima.

"Nak buat apa tinggi-tinggi ni?" Kata ehem kepada Ina.
"Hehehehehe" reaksi Ina sambil tersenyum.

Dear ehem, sebenarnya banyak benda boleh buat kalau tinggi ni. Contohnya kalau nak ambil benda tinggi. Kami tak yah nak ambil kerusi yg boleh memakan masa kira-kira 1 minit. Kami boleh terus ambil. Haaa nampak tak, nampak? 

"Tak yah lah tinggi sangat, nanti susah nak cari pasangan"

Ayat ni paling sedih dan sadis.

Hatiku digiris bak bawang merah halus & kecil :') Kenapa semua ni terjadi? Tak sanggup aku hidup keseorangan di dunia yg penuh pancaroba ini. Setiap manusia diciptakan ada pasangan di sisinya untuk melengkapi satu sama lain. Aku? Aku bagaimanaaaaa...... *dlm hati

Tapi................ Takkan lah tak de lelaki yang lagi tinggi daripada Ina? Mustahil. Kawan kelas Ina ramai je lagi tinggi daripada Ina. Ini semua satu sandiwara!! Jangan risau wanita C;

"Tak yah lah tinggi sangat. Tinggi ni pun cukup dah"

Masyaallah. Bukan ana yang meminta semua ini. Ini semua ketentuan Allah. Bukan Ina yang tentukan eh, kejap nak tinggi, eh kejap nak rendah. Cuma tiba-tiba je dah TERtinggi sikit. Nak buat macam mana v.v

Itu dari segi statement. Kalau dari segi perbuatan, lagi sedih ceritanya.

Kalau nak tengok cermin je, mesti orang tolak ke belakang, kata tak nampak.Tragedi ni selalu berlaku dalam bilik bila................

Adik Ina; Tepi lah kak long tak nampak. Nak tengok cermin. 
Ina; Alaaaa dah siap dah tu
Adik Ina; Tak nampak lah Kak Long
 (Ina pun mengalah lah. Bagi ruang kat dia. 
Ingatkan cakap terima kasih, rupanya.. )
Adik Ina; Hahahahha tu lah siapa suruh tinggi. 
Hahhahahahha

Ina = redha. 

Kalau nak tangkap gambar pulak, haih mesti kena duduk belakang2. Awal2 lagi orang dah mention "Haaa siapa rasa dia tinggi, pergi belakang". Kita pun berundur lah. Kalau melawan, kena bash pula. 

Rasanya tu lah antara cabaran-cabaran yang Ina tempuhi sepanjang bergelar perempuan yang berukuran 163cm.

Jadi, ehem ehem! Dengan hak kebebasan bersuara yang Ina ada, Ina nak katakan yang..........

PENDEK ITU COMEL, 
TINGGI ITU............ HENSEM! 

Haaaa setuju tak, setuju tak?!

Angguk tanda setuju,
Tak angguk, haaa nnt Ina hempuk. 

Haaaaa Ina rasa tak lah teruk sangat jadi tinggi ni even biasanya yang rendah selalu dapat perhatian. Cuba untuk bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat Ina atau dengan kata lain dekat kita semua. Rendah ke, tinggi ke, sebenarnya sama je. Rendah tu cute, tinggi tu hensem. Eh? 

Lepas ni mesti orang menyampah tengok Ina :p Maaf andai kata ada terkasar bahasa atau mengguriskan hati korang sepanjang baca post ni. Dah lama tak menaip. Takut terkaitkan isu sensitif pula. 

Tata, assalamualaikum :D

24 comments:

  1. perempuan tinggi akan dipandang..perempuan rendah mcm sy ni orang xpandang..hehee..but tinggi dan rendah ada kelebihan yg tersendiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah mana ada lah.. rasanya dua2 org pandang kan.. sbb rendah kan comel ^^ hm betul tu!! ^^

      Delete
  2. indeed.. pendek tu comel.. tinggi tu hensem... bila berdua dua2 nampak sweet.. jgn gadoh2.. semua org ade kurang n lebih dia.. jadi jom jadi y saling melengkapi.. huihui.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kan kan kan.. betul tu..

      Delete
  3. betul la tu . sebab saya pon xde la tinggi mane . hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha ye ke.. ni yg nak marah ni :p

      Delete
  4. Bestnya tinggi....rezeki masing-masing ada baiknya....siapa tahu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu.. bersyukur je apa yg ada..

      Delete
  5. I wish boleh jadi tinggi macam Ina..hm hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha its not good as u think srsly v.v

      Delete
  6. Ahaha.. Ala jealousnya dengan ina ni. Saya pon baru je 15+ jauh sangat lagi nak sampai 16+.. Meh la bagi sikit tinggi tu kat saya kan? Ehehe.. Tapi itulah.. Bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ye ke.. haih rasa macam terlebih lebih sangat pulak... hahah kalau blh bagi, dah lama ina bagi dah tau.. hm betul tu!!

      Delete
  7. betul tu, tinggi ke rendah ke, semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :')

    ReplyDelete
  8. Tak sangka Ina tinggi. Akak tak sampai 160 pun. Kekeke
    Tinggi or rendah tak menjadi masalah pun sebenarnya. Dua dua ada kelebihan dan kekurangan masing masing :)
    Yang penting kena bersyukur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi sikit je kak.. tp ada je yg lagi tinggi drpd ina..
      yessss, exactly true :D

      Delete
  9. hahaha.. okey la 163cm.. kite 171cm.. haaaa... lagi lah... ish2

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, jealousnya akak! Akak lagi rendah dari Ina. Akak nak sangat jadi tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lah ye ke.. tak de lah kak.. rendah pun okay kak, lagi comel.. ^^

      Delete
  11. Laa tinggi gak Ina ni rupanya. haha. Akk 166cm jeee. wiwiwiw

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah kak schaa.. fuyooo lagi tinggi dr ina! ^^

      Delete
  12. *Baca dengan penuh emosi* lolz~ -.,- Hahahahaha. Chill ahh dik. Tinggi akak 175cm. Tapi sepanjang perhimpunan tak kira la sekolah ke even dah masuk matrik akak tetap duduk depan. Hahaha Dalam kelas pun gitu. Akak buat lek buat peace. Janji kita jadi orang yang sentiasa bersyukur ^_^. Just enjoy your life.

    Hahahaha.. Akak tanya kawan akak yang akak ni comel tak.. Dia orang kata tak sesuai.. Sesuai dengan cun. So tinggi itu cun XD

    Alaaa kalau nak kata jodoh tu, orang kata perempuan tinggi ni murah rezeki. Hahaha. Ehh rezeki tu ditangan Allah k. Agak kalau jalan dengan depa orang ingat akak dengan adik. Ahaks XD

    Maaf terpanjang pula. Cuma tak nak ina rasa down je. Move on. Always say "Alhamdulillah" :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe terima kasih kak for all this advices. you know what? after i read your comment, i think i gain more confidence for having 163cm as my height. mesti ina pun macam tu nnt kan.. tapi ina tak lah setinggi akak hehe.. akak tinggi sangat.. insyaallah kak ^^

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)