Tuesday, 24 November 2015

Gaduh Dalam Social Network

Hai assalamualaikum,

Semalam tengok drama free kat twitter. Tajuk Hatiku Dihiris Sembilu edisi khas 2015. Siapa yang ada semalam, faham lah cerita dia. Not bad, tapi still interesting. Baru-baru ni, ada juga tengok drama Bash-Membash Hotsetap di Twitter. Not baru-baru ni, tapi selalu k, selalu.

Ina, kalau tengok orang bergaduh ni, senang je.

Tahukah anda? Tak yah nak susah payah tekan remote bukak tv sebab kat twitter mmg byk drama free
Yang special, dia kisah benar bukan adaptasi. 

Drama free is drama free. Paling tak boleh bla kalau twitpemes ni gaduh, dia suka beno main retweet sana, retweet sini. Menyampah guys, menyampah. Masalahnya, yang berterabur nanti timeline Ina. Dah lah berlambak nama dia kat timeline. Boleh tahap terus tak de mood la nak on twitter. 

Then nanti ramai lah orang tweet ; 

"Siapa Ropeah ni? Penuh nama dia kat Twitter.

Ropeah: *retweet dengan bangganya* 

Feeling dia, hanya Allah yang tahu. 

Last but not least, benda yang paling Ina menyampah gileewwwss. Diyorang nak gaduh, diyorang punya pasal lah. Masalahnya, bila baca dia punya tweet tu masyaallah, segala kat cacian yang telah dia berikan, buatkan Ina rasa....

Rasa macam kene samak lah timeline tu sebab banyak sangat najis mughalazah yang diseru. 


But, bukan nak kata apa. Cuma terfikir. 'Ter' okay, ter. Rasanya kat Twitter sendiri pun ada direct message. APALAH SALAHNYA CUBA LAH CUBA, bergaduh dalam tu. Tak libatkan orang lain, tak bukak aib sesiapa. Kau nak mencarut apa, its up to you lah. Nak bertumbuk ke apa, silakan. 

Kalau tak tahu, direct message tu kat mana, nin diaaa; 

Haaa entry kali ni memang saje kasi kelainan. Selain nasihat, saje je kasi tutorial sikit. 

So, guys please jangan buat benda atas ni. Ingat, kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. Kalau nak jadi jahat, jangan show off sangat kat orang. Sorok sikit. Dah lah kata-kata menghiris kalbu, bukak aib pulak tu. 

Dah jadi macam tarbiah sentap dah entry ni. Sebelum bertukar jadi thefaizibrahim atau brgsjk, baik ina pergi dulu

Bye, assalamualaikum. 

19 comments:

  1. Hai Ina. kak ana tak pandai twit twit nih smua kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh hehe ye ke kak ana.. its okay, kak ana. lg better x de twitter, kalau ada, asik gaduh je

      Delete
  2. huhu.
    tak feel sngt sbb tkde twitter.
    tpi klau diikutkn, sma je dgn fb, ig, kn ?
    pling worst, bla msing2 tknk brhenti. nk mnng pnye psal, msing2 tgakkan benang msing2.
    smoga geng2 ropeah insaf .. :D :D

    *bru prasan, bfday ina 20 feb haha. kte 16 feb. :3 :D*

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh hehe sokay nur! ;)
      haah sama je.. ni siblings la ni.. hahha yup yup. bila dedua x mengaku kalah, haihhh hahha aminnn xD
      haha eh ye ke.. hm noted ni noted

      Delete
  3. alamak terlepas drama best ke semalam? maklumlah sibuk layan youtube sampai tak tengok sangat kicauan biru tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahh kak maznii.. ruginyaa T-T haih ina pun tak ikuti sangat tp ada la jugak baca dia punya history sebelum2 tu xD

      Delete
  4. semalam line lambat jadi tak perasan pon ada pergaduhan.Kadang-kadang kelakar jugak tengok tweetpemes gaduh sebab benda kecik je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yup. tapi tak pe. kita steady je. makan popcorn tengok drama

      Delete
  5. Ada drama ke dekat twitter? Nasib akak tak follow sangat twitfamous ni. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak farah. banyak gila drama king & queen dalam twitter ni

      Delete
  6. terkenang zaman ada twitter dulu selalu jugak jadi penonton drama melayu ni . haha , sekarang dah deactive twitter dah tak kenal dah twetpemes ni . lmao

    The Talking Diary

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahaha tp rugi tau deactive. still ada benda interesting kat sana hheeh

      Delete
  7. hahaha saya faham perasaan tu. kadang kadang gaduh kat twitter ni saya jadikan hiburan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeay! kita team. memang terhibur gila kan hehe

      Delete
  8. Hahaha.. Saya boleh bayangkan benda ni walaupun tak ada twitter. Malas saya nak melayan drama2 gitu. Kihkihkih. Sabor je la ina kena tengok drama tu ya.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe fuhh nasib awak blh imagine kalau tak ina syok sendiri je cite ni hahah tu yg tak tahan tu xD

      Delete
  9. kengkadang best tgok drama kt twitter, kengkadang meluat. hahahah . direct message is the best.. use it

    ReplyDelete
  10. hi babe . hehehe i jenis suka scroll timeline . drama free la kata kan. sambil makan karipap di petang hari sambil layan drama . hahaha. rasanya macam almost everyday day ada je drama. bahan membahan la, retweet tweetpemes la, tweet sentap la . adoi

    ReplyDelete
  11. Nasib kak Nad tak active sangat kat twitter ahahaha so terhindar sikit dari drama twitter ni kahkah. Cukup cukup lah drama depan mata :/

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)