Sunday, 8 November 2015

Ragam Budak Exam

Assalamualaikum hai hai haiii.



Dengan bangganya, guwa nak umumkan guwa baru je habis exam secara rasminyaaa *letak kaki atas meja (astaghfirullahalazim). Rasa bahagia gila, dah tak dibelenggu kata-kata hikmah pujangga ahlul-ahlul sejaratun, biologitun, kimiatun, add metun, metemetikun & ahlul lain. Rasa otak dah boleh menghirup udara segar tanpa seksaan kata-kata fakta. Rasa dah boleh kahwin dah lepas ni *kenyit mata.  

Disebabkan secara rasminya hari ni Ina bekas budak pat, Ina pun nak share lah ragam-ragam Ina & kawan-kawan time exam ni. Rambut sama hitam, ragam lain-lain. <= sebenarnya hati. Sebelum tu, Ina susun sepuluh jari memohon ampun kepada rakan-rakan lain yang belum habis exam lagi, jangan jeles tau. 

So, ragam budak exam? 

Jeng jeng, yang pertama,
1. Golongan-golongan yang suka meniru, ditiru, sengaja memberi tiru, tiru-meniru & sebagainya. 

Haa golongan-golongan ni lah yang biasanya memeriahkan lagi majlis peperiksaan. Tanpa mereka (termasuk Ina), tiada lah peperiksaan. Kira golongan-golongan ni merupakan syarat wajib peperiksaan. Kalau tak de diyorang, haa tak yah ah panggil exam tu exam. 

Yang paling malang sekali, golongan yang meniru daripada orang yang tak rela ditiru. Haa ni boleh bawak menyirap ni. Nak nak pulak kau duduk sebelah ahli cendekiawan berjaya, haa memang jangan harap lah dia nak kasi walau sehuruf jawapan sekali pun. Kalau kau dah desperate sangat terpaksa lah buat muka kau yang paling buruk disertakan dengan mata senget kekiri atau kekanan, ikut kat mana ahli cendekiawan tu berada, dengan harapan kau dapat tengok seketul jawapan daripada dia. 

2. Saudara sesama meniru

Ni nampak macam sama dengan atas, tapi sebenarnya, nampak sama tapi bukan dia. Saudara sesama meniru ni, dahsyat ukhuwah yang terjalin, bak kata pepatah, air yg dicincang tak akan putus. 

Jadi dalam kelas, korang akan nampak lah saudara-mara ni memberikan kata-kata isyarat even yang sorang ni kat utara, lagi sorang ni kat selatan. Pelbagai mimik muka saudara yang sorang ni akan kasi supaya adiknya faham. Kalau yang duduk sebelah dia, agak malang lah, kalau dapat pulak orang cakap menyembur, haaa memang basah satu kertas. 

Yang peliknya, biasanya, saudara mara ni lah biasanya yang akan buat kau tergelak, buat kau lupa erti exam sebenar. Lepas tu, bila pandang kertas, rasa stress balik. 

Kalau kat Malaysia buat macam ni, mesti kita dah jadi kawan baik dah kat penjara. 

3. Ragam budak depan

Tahukah anda kalau tengok wayang, tempat duduk yang paling heaven sekali seat yg paling belakang, tapi time exam seat yang paling depan? 

Sebenarnya kalau korang perasan, banyak-banyak tempat, tempat duduk depan lah yang paling heaven sekali. Kalau korang perasan lah, macam yg Ina perasan. Sebab apa? Haa budak yg biasa duduk depan ni, dia boleh landing je tidur kalau dia ada masalah dengan sesuatu soalan tu.Nak nak pulak soalan objektif yang ibarat tahi gigi je. 

Korang boleh tengok diyorang punya kehebatan ni bila time kutip soalan. Nnt bila kutip semua kertas ke depan, haa apa lagi. Dia pun start enjin, mata macam scanner, pilih kertas budak-budak genius, dia pun haaa print je lah. Tangan dah ready. Buruk betul perangai, ibarat lipas yang dikudungkan. 

Haa perasan tak? Perasan tak? 

Ina perasan. Sebab Ina duduk depan. 

4. Ragam budak belakang 

Bagi Ina, dapat tempat duduk belakang ni, agak tak syok ah. Ada yang kata syok sebab kalau bincang ke apa, cikgu tak nampak, tapi Ina still tak suka. 

Sebenarnya duduk belakang ni, ada advantage dengan disadvantage dia. Advantage tadi, boleh adakan sesi soal jawab dengan kawan, walaupun sebenarnya advantage tu tak berapa benar di mata Ina (sebab jarang duduk belakang). 

Dia punya disadvatage dia, lagi haaa ibarat puting beliung yang melanda. Time bila? Haa time waktu-waktu akhir. Ada setengah orang, kalau cikgu kata "exam dah tamat, anda dikhendaki meletakkan pensel anda". Haa time ni lah otak dia mencurah-curah idea bagai air terjun yang deras. So, time ni lah pulak, budak-budak belakang kene jadi pengutip kertas...

Haaa nampak tak? 
Dah terang lagi bersuluh. 

Haih apa-apa pun, entry ni cuma untuk suka-suka je. Ina pernah meniru, korang pernah meniru, semua pernah meniru. Yes, kecuali ahli-ahli cendekiawan yang berjaya & bertatatsusila. Tu, geng otak kilat, tak mo kawan diyorang. 

Sorry kalau ada yang kecil hati, sebab dah lama tuan blog ni tak menaip. Mana tahu, tercuit hati, makan dalam. Uisyy mintak2 dijauhkan. 

Kepada sesiapa yang tengah exam lagi, good luck exam. Buat betul-betul ( gelak kuat-kuat ). 

Bye, assalamualaikum ♥♥ 

8 comments:

  1. hahaha teringat time exam kt skola dulu. pantang betul tgh syok jawab exam ada org mintak jawapan. akak buat dek je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni mesti geng ahli cendekiawan berjaya ni xp

      Delete
  2. hahha..tahniah la ina.. dengar cerita tak boleh move on dgn paper fizik ke apa entah.. tawakal ya ina..hehe

    kita tak suka meniru,kalau terdesak sangat,push juga otak dan ikut logik akal,kekadang jawapan kita random tp tetap diterima.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih kak ^^ hahah kertas kimia.. tp skrg rasanya dh blh start enjin, nk move on xD

      hahahah lagi bagus macam tu kan kak.. kita boleh tengok kemampuan kita sndiri.. tak baik meniru niru ni xp

      Delete
  3. Ini baru sekolah... Dah masuk ragam budak uni .. Wakakaaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha tu lah, bila fikir balik, tinggal setahun je kat sekolah sblm uni.. seram gila T-T

      Delete
  4. Tiba-tiba teringat zaman sekolah bila baca entri ni. Rasa rindu pula.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Ina ! dh hbis exam ? Bestnya. Pper 3 chemistry waiting naik cuti nti. =='
    Exam ok? :')
    Dh lma taubat dgn mniru. haha. bila dh lma tk mniru, rsa nk baling pmadam je dkt org yg nk mniru or bgi tiru. ye lh. kan jeles haha.
    pling tk ska final ni kna dduk dpn whiteboard. Ya ALLAH.. mmng tk blh nk meliarkn mata ni huhu.. llaki pula tu sbelah kri. knn tkde org. ina ska eh dduk dpn :D

    Smoga result flying colours, inshaALLAH :')

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)