Wednesday, 9 December 2015

#Throwback Masa Aku Form 1

Hai assalamualaikum,

Mengenangkan adik Ina, Danish nak melangkah masuk ke alam sekolah menengah membuatkan Ina ingat masa zaman Ina form 1 dulu. Setiap orang ada kisah pahit manis masa first time melangkah masuk ke alam sekolah menengah. So, Ina saje nak #throwback masa Ina Form 1 dulu.

1. Abang senior kacak

Dulu sebelum masuk sekolah menengah mesti dalam otak dah set abang-abang senior mesti muka cute, hensem, serta kacak dan bijak. Jangan tipu kalau korang tak berangan nak membina rumah tangga sejak daripada zaman persekolahan.

Kononnya, nak jadi sepasang kekasih daripada sekolah menengah, sehingga ke jinjang pelamin, menimang anak & cucu bersama dan cinta berkekalan hingga ke akhir hayat. Dalam sedar tak sedar, kau akan dapati kau dah form 5 dan jodoh kau bukan di sekolah menengah, jadi kau akan terus mengorak langkah ke zaman universiti dengan harapan yang sama.

2. Abang lorong

Abam lorong: Piwwwwwwitttttttttttttttttttttttttt!! 
Abam lorong 2: Nak g ane tuu. Meh abang temankan. 
Abam lorong 3: Woi ko tak yah usik, ni aku punya
Abam lorong 3: Woi asal pulak? Tadi aku yang panggil dia

Jangan layan sebab diyorang ni biasanya penjenayah sekolah

Bila jadi adik junior kat sekolah, percayalah kau akan jadi stock paling latest baru keluar daripada kilang. So, mana-mana kau pergi, kau akan diganggu oleh sekumpulan makhluk perosak yang berperangai annoying konon nak tunjuk dia hero sekolah.

Lantas, bila kau lalu, dia akan meminta nombor telefon kau. Percayalah, jangan percaya kepada kata-kata manisnya kerana semuanya ibarat air longkang yang busuk yang disirami dengan tahi kucing.

TIPS: Abang lorong biasanya didapati bukan berseorangan, tapi berkumpulan. Berperangai aneh, pelik dan misteri. Berkeliaran di sekitar sekolah. Duk melepak time orang tengah belajar

3. Cikgu

Tak dapat dinafikan, pada pendapat Ina, cikgu sekolah menengah lebih baik daripada cikgu sekolah rendah. *kecuali ada beberapa cikgu yang dia memang garang sejak azali

 Masa sekolah rendah, cikgu akan suruh pengawas kawasan untuk pastikan kasut kau digilap bersih atau kau akan terima padahnya. So, pengawas kawasan dah ready nak berkas kau kalau dia dapati kasut kau lebih mendung daripada yang lain. Lepas dia tahan kau umpama banduan, dan cikgu dapati asyik muka kau yang ada dalam list tak basuh kasut, nahas.

Percayalah, bila kau masuk ke alam sekolah menengah, tiada siapa yang akan kesah akan kasut kau yang busuk serta dihurung dengan lalat. Kecuali kawan perfectionist kau yang akan menasihati ;

"Sabrina, basuhlah kasut. Cuba tengok EHEM" kata mr perfect 10 kepada Ina dan Ina terseyum sambil menahan rasa sakit di dada. 

Kalau kau yang jenis makan saman, kau akan turuti permintaannya. Kalau tak, bersemadilah dengan kasut suci yang menjadi kebanggaan kau.

4. Kadar peningkatan jenayah dalam diri meningkat

Malangnya, bila masuk sekolah menengah, orang yang siap homework dalam kelas biasanya tinggal 2,3 orang. Lebih malang sekali, sebab kau adalah salah seorang yang tak siap homework tu. Konon, living hipster lifestyle dengan tak menyiapkan kerja sekolah. Yang termalang bila kau tak siapkan homework cikgu garang dan kau dapati cikgu tu sihat walafiat, jadi kebarangkalian untuk dia tidak hadir umpama 0 per seratus.

Jadi, dengan menggunakan kudrat yang kau ada, kau akan berusaha untuk meniru homework kawan kau walaupun kau ada di selatan, dan dia berada jauh di utara. Even cikgu tengah cakap pun kau masih boleh cuba untuk menulis di bawah meja dan cuba sepenuh super power kau untuk menghabiskan kata-kata terakhir.

Dari situ, kau akan tahu bakat terpendam kau iaitu berkebolehan untuk menulis tanpa melihat. Haaaa

So, itu je serba sedikit cerita Ina time Ina form 1. Lol, sebenarnya ada banyak lagi, tapi kalau list semua haa tak ke nak tercabut jejariku untuk menulis. Kepada adik darjah 6 yang dah nak masuk form 1, anda tidak digalakkan untuk mengikut jejak langkah tak sihat seperti di atas.

Yang penting bila masuk alam sekolah menengah ni, kalau boleh sucikan diri dengan pengaruh cinta & kawan (cehh dulu ina pun bercinta) sebab keduanya-duanya bagi pengaruh yang besar dalam hidup dalam bergelar pelajar sekolah menengah.

Sekolah menengah ni, best memang best. Tapi hidup takkan selamanya best. Contohnya, bila dapat result teruk, kawan talam muka, kekasih curang, kawan tak nak kawan dengan kita, tak siap homework dan lain-lain.

Life must go on. If everyone makes your life dark, put your own shine and rainbow in your life. Do not collapse, because they will smile big. Stand up with your legs and walk like nothing happen. Be the happiest person.

Bye, assalamualaikum. 

20 comments:

  1. alam sekolah menengah akak biasa ajer... bila naik form 6 baru la rasa hepi rasa mcm bersekolah, bestnyer... hehehe.... form 1-5 byk sedih dgn kwn2.... huhu

    ReplyDelete
  2. Pasal abang lorong tu, it's so true! Eventhough akak tak pernah kena kacau, tapi selalu nampak kawan kena. Kesian sangat.

    ReplyDelete
  3. Panjang betoi dia punya throwback. Hahahah.. Kak ima pun duk sengih ingat kisah dolu2.. Hahahah

    ReplyDelete
  4. Kehidupan di sekolah menengah mengajar kita utk lebih matang kan..hehe

    ReplyDelete
  5. Dulu berangan dapat ushar kakak senior cantik2

    ReplyDelete
  6. Dulu berangan dapat ushar senior cantik2

    ReplyDelete
  7. Dulu berangan boleh ushar senior cantik2

    ReplyDelete
  8. Kalau liyana memang dh 3tahun awal satu sekolah dgn pelajar smk ni , so time form one tu takda la cuak nak dapat senior baru tapi menyampah gal bila dapat pulak senior yg pandang rendah kat kita and suka treat kita macam budak hingusan yg naive and noob . lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah betul sangat tu! biasanya akak-akak gedik yg perasan cantik & bagus. bila lalu tepi, mesti jeling lah, haih menyampah

      Delete
  9. hahahaha...seronok baca pengalaman ina...dulu kita sekolah sejenis je...so kes dikacau abam lorong tu alhamdulillah takde...

    ReplyDelete
  10. Bila baca ni, terasa mcm membaca faktor perubahan daripada seorang pelajar rajin kepada pelajar malas lak, haha, self-appointed ek bkn nak tuju kat orang

    ReplyDelete
  11. Hahaha..teringat dulu xbuat keje sek subject tu plak cikgu garang. Dalam setengah jam jer aku boleh siap kan homework dgn meniru kwn sbelah.Sib Baik jgk masa tu cikgu masuk class tak terus collect homework.kelakar ingat balik..

    ReplyDelete
  12. Cik akak dulu salu kena buli cikgu2 hensem..hihi

    ReplyDelete
  13. Salam.. Ina send lg sekali alamat, fon problem plk hrtu.. Wasap 0145009418

    ReplyDelete
  14. pehh kadar peningkatan jenayah dalam diri meningkat..hahah nampak benor nipunye..ko dah ah baik! takdenye nak jenayah! jenayah curik hati orang ade lah

    ReplyDelete
  15. Kak wardah lagi la Xda abng lorong Sbb semuaaaa perempuan. Haha. Dulu kat sekolah salu ad secret admirer la. Adik angkat la. Haha

    ReplyDelete
  16. "Hai abang lorong" =P

    k.ana dedulu masa form 1 takde fikir plak cenggitu.
    maklumlah masa dedulu naif + nerd gila hahaha

    ReplyDelete
  17. Yes! suka entri ni. Terobek betul akak zaman skolah haih

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)