Friday, 18 December 2015

"Tolong Jaga Mak"

Hai assalamualaikum,


Kadang-kadang Ina tertanya-tanya cinta sejati tu wujud ke? Sebab biasanya Ina dengar kalau orang bercinta ni mesti berakhir dengan penderitaan dan kesedihan. Ina tak tipu, Ina sendiri rasa benda tu.

"Biasalah, suka duka hidup

"Sabar. I know you are strong"

"You deserve better Ina, I know"

Tu yang biasa orang kata kalau kita despress dan tenggelam dijerut dengan tali permainan cinta ni. (sorry emo lebih). Padahal even dia kata "I know what you feel" pun, bukannya dia pernah kena. Yang paling bengang, dah lah kita down, boleh pulak dia kata "Kan aku dah kata jangan bercinta,, tu lah kau degil sangat!". Moga orang sebegini kita camppakkan dia ke laut. 

Ina sebenarnya tak sangka harini Ina dapat menyaksikan cinta sejati tu masih wujud.

Sebenarnya, Ina baru je balik dari kampung. Sebelum bertolak balik, kami (sedara2 ina) dikejutkan dengan berita yang sedih. Pak Lang kitorang masuk hospital. Yes, Ina admit Ina pun sedih sebab Ina sayang Pak Lang. 

Bila kitorang sampai hospital, Pak Lang tengah dalam operation. Ina tengok mata Mak Lang merah. Ina nampak wajah takut dan sedih dalam waktu yang sama. Ina cuma mampu kata "Sabar, Mak Lang"

Ina duduk dengan anak-anak Mak Lang. Ina tanya, 

"Pak Lang tadi macam mana? Boleh duduk? Berdiri?"

"Pak Lang cuma baring"

Benda yang buat Ina luluh sekali bila anak Pak Lang cakap, 

"Benda last Pak Lang cakap kat kitorang, tolong jaga mak"

Dengar je benda ni, terus luluh hati Ina. Konon ingat nak control macho tak nangis. Sampai merah kot tahan nangis, last-last nangis jugak. Sedih gila ayat Pak Lang. 

Tak sangka, walaupun Pak Lang tengah sakit sangat, tapi ayat "tolong jaga mak" tu mampu terpacul daripada Pak Lang sebelum operate sedangkan Pak Lang boleh je pesan benda lain. Nampak yang Pak Lang sayang sangat dekat Mak Lang. 

Tolong doakan Pak Lang Ina selamat dan cepat sembuh. 

Bye, assalamualaikum. 

p/s: Maaf atas kelewatan Ina untuk update senarai pemenang Mini Giveaway by Myra & Ina. Insyaallah Ina akan update dalam masa terdekat

17 comments:

  1. amin ya rabbal alamin....aq baca pun nak nangis gak

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh PakLang Ina..

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh. Be strong. =)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Moga pak lang ina cepat sembuh :)

    Teringat plak masa mak jaga arwah ayah kak ima dulu. Cenggitulah perasaan kak ima. And i wish. Kak ima mampu jadi macam mak yg blh jaga arwah ayah sampai arwah ayah xde :)

    ReplyDelete
  5. Moga Pak Lang Ina sembuh cepat :)

    ReplyDelete
  6. semoga keluarga ina tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  7. semoga paklang Ina cepat sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  8. Aaaaaa qila berair mata :(((((
    Soo its true then, true love still exist :) <3

    Get well soon Paklang. :(

    ReplyDelete
  9. sedihnya.. :'( baru je rasa pengalaman mcm ni haritu..
    semoga pak lang ina baik2 je dan cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. Moga pak lang ina cepat sembuh...fea sllu nk bc entri ina tapi biase tenet sllu merajuk...alhamdulillah akhirnye ...dpt pon bc...btw...gws pak lang...😉

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Interpretasi istilah cinta ni berbeza ikut usia.
    Pak Lang dan Mak Lang Ina bertuah sbb dapat bertemua sesama sendiri.
    Yg masih mencari ni, just jgn putus asa sbb kalau putus asa makanya tamatlah segalanya. Ecewah.

    ReplyDelete
  13. moga pak lang ina cepat2 sembuh. amin :')
    sedih lak baca, memang cinta sejati wujud je T^T

    ReplyDelete
  14. Semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  15. Semoga pak lang cepat sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  16. alaaa sampaikan huda rasa sebak. sakit sakit pon mesti benda kita paling ingat ialah orang yg kita sayang kan. get well soon paklang ina :')

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)