Showing posts with label #instagram. Show all posts
Showing posts with label #instagram. Show all posts

Friday, 25 December 2015

Typical Instagram Users #2

Hai assalamualaikum,

Harini saje nak relaks tak nak buat entry pecah kepala. So, Ina decide untuk buat entry mengenai Typical Instagram Users Part 2. Dah baca part 1 punya? Jom klik sini.

Memandangkan zaman sekarang ni, Instagram merupakan satu laman sosial yang wajib kena ada ataupun pelik kalau orang tak de (haaa Ina dah pening) especially, remaja zaman sekarang ni, so apa yang typical sangat dengan Instagram User ni sampai Ina boleh senaraikan and siap buat part 2? Dah macam movie dah.

1) The poet

Kalau siapa budak sastera pastu tak tahu macam mana nak cari ilham, haaa boleh klik-klik sini.

Gila kau
 Kau memang gila. 
Sajak macam ni pun boleh dapat 2 juta suka?!
Apa mereka buta?!

Maaf sebab buat sajak yang paling geli korang pernah baca


2) Promoter berjaya

Benda ni dah tak asing dah dengan pengguna Instagram. Contoh kau upload gambar paling cun gila sampai boleh melelh air liur orang tengok, tetiba ada orang jual pil pelangsing dan kau automatik akan rasa "gemuk sangatkah aku?"



3) Bloginsta / Insta Journal

Ina syak bloginsta ni dulu cita-cita dia nak jadi blogger tapi tak de sape layan, pastu dia rasa dia lagi hot kat instagram, tu yang muntahkan semua benda kat Instagram.

Ina mengaku Ina pun kadang-kadang tulis caption panjang-panjang, tapi dah sampai cite mandi tak mandi ni.
Nasib baik Ina baik tak letak komen gitu

Konon nak buat entry tak pecah kepala, tapi buat satu gambar pun satu jam. Haih, dah pecah kepala dah ni. 

So, korang pernah buat or jumpa Instagram User macam ni?

Bye, assalamualaikum

Tuesday, 17 November 2015

2 Benda Buat Orang Rasa Annoying Gila Kat Instagram

Hai assalamualaikum,

Sebenarnya Ina dah lama dah perati pengguna-pengguna Instagram ni. Sampai dah hafal dah Typical Instagram Users. Disebabkan Ina tengok perkara ni semakin kritikal, Ina anggap dia perkara yang sangat mustahak dan decide nak share dengan korang.

THINGS YOU SHOULD AVOID ON INSTAGRAM;

1. Bajet tak lawa

Peh guwa dah lama perati dah dengan geng geng ni. Aduh serabut. Serabut. Tragedi ngeri ni biasanya ada empat peringkat. Empat-empat peringkat ni akan buat kau rasa ya Allah, aku rasa nak tumbuk muka Ropeah

First stage: Ropeah post gambar lawa gila sampai bergetar rusuk
Jangan menyampah dulu. Ni baru introduction je

Second stage: Geng support member


Third stage: Ropeah terharu

Fourth stage: Reaksi guwa

2. Feeling alone

Second, tengah feeling #alone, #sad, #nobody.

First stage: Ropeah post gambar sedih gilew frust sejuk dingin keseorangan perlukan teman 


Second stage; Kau rasa nak baling kerusi kat Ropeah

Maka, adalah para-para pembaca yang bertanya; 

Abu; Post ni nampak macam tak de moral

Abu bohong. Jangan caye

Even post ni mungkin lebih kepada mengutuk, tujuan Ina just nak sedarkan orang yang selalu buat benda ni. Tak semua orang suka Ropeah (kita). Yes, termasuk Ina haha. No i mean, ada je orang boleh terima cara kita, ada yang terus rasa annoying gila, ada yang rasa sedih then comment bagi semangat. Yup, memang betul ada sesetengah yang ikhlas, but mostly, orang saje je nak tumpang glamor, ropeah kan hot, nanti orang baca nanti, dia visit la ig. 

Abu; Kau tahu apa? Ropeah tak de listener. Sian dia

Ye abu, ye. Tapi cuba Abu fikir balik. Apa benefit letak gambar sesedih tu. There is no benefit, right Abu? Maybe Abu rasa dapat luahkan perasaan. But, bukan dengan cara ni, Bu. Kau boleh je luahkan perasaan dengan orang yang kau percaya, then luahkan dekat dia. Contoh? Mak ayah.

Orang luar tak de talian darah dengan kau, Bu. Baik pun, baik-baik gitu je. 

Abu; Arghh pergi jahanam lah kau. Ni life aku. Kau apa tahu? Main blog je

Haa dah. Aku pun menyampah dengan kau, Bu. Main jauh sana

Hyep! So yeah. Ina just nak kasi peringatan, Instagram atau social network memang bukan tempat yang sesuai untuk kita luahkan perasaan. Ingat, sentiasa ada orang yang tepuk tangan bila kita tersungkur. Jadi, Instagram atau social network hanya membantu untuk menye'spread' kan lagi yang kau sedih. No, no, no! 

Solution? 

Cari jalan penyelesaian. Luahkan dekat orang yang kau percaya. Bangkit. Lap air mata. Sebab Allah, mak, ayah kan ada! Chill beb ;) 

Bye, assalamualaikum! ♥ 

p/s; ina ada test chemistry rabu ni utk tambah mark so please wish me luck ;) 

Friday, 13 November 2015

Tips: How To Identify Trusted Seller On Instagram

Hai assalamualaikum,


Tips: How To Identify Trusted Seller On Instagram - Today I was attracted to share about on "How To Identify Trusted Seller On Instagram". It is because my adik (Myrock) was lied by her customer just now and thank you to my brain because it functioned very well and in a blink of an eye it was "pap!" I got an idea for my blog entry that I can share with you guys.

Although I never buy things at Instagram, I've asked actually not ask, but interviewed my cute friend (please dont laugh at this!) Awin Cute who had many experience about this.

Okay, lets start!

How To Identify Trusted Seller?

1. Many Followers On Instagram
Firstly, check followers instashop. Yes, Ina sure sangat yang kebanyakan kita mengambil langkah ni sebagai langkah pertama sebelum kita percaya sesebuah instashop. Kita akan check followers dia, kebiasaannya instashop yang mempunyai followers yang banyak menunjukkan instashop yang boleh dipercayai kerana sudah tentunya mempunyai customer yang ramai selain instashop yang dipercayai.

2. Comments On Instagram
Yes, ni benda kedua korang kena tengok. Tengok semua komen dia. Positive comments or negative comments? Kalau positive comments from customer, insyaallah dah sah-sah yang dia trusted seller. Mungkin kadang-kadang ada customer yang kasi negative comments, but tengok macam mana dia handle situation tu. Means, dia balas apa. Kalau dia pun maki hamun customer, maka elakkan lah diri daripada beli barang daripada dia.

3. Feedback Customer
One of the most important, feedback customer. Ni benda yang paling penting bagi Ina. Sebab feedback customer ni memang dah terang lagi bersuluh lah dia trusted seller ke tak. But, jangan percaya bulat-bulat sebab screenshot feedback customer is just a first step. Second step? Tengok dia ada tak dia tag instagram customer dia. Sebab dia boleh je buat feedback fake, main-main berlakon dengan kawan then kata tu feedback customer. Possible!

4. Friends' Suggestion
Next, cadangan daripada kawan. Haa ni insyaallah diyakini dan dipercayai.

5. Tag Section
Ini salah satu langkah untuk memperkukuhkan lagi bukti yang dia seorang tusted seller. Tengok tag section dia. Of course lah, kalau ada customer beli daripada dia, customer akan tag dia, review, kadang-kadang cakap "thanks, beautiful" diikuti dengan segala puji-pujian berbunga daripada customer.

6. How They Treat You?
Customer Is Number One. Yes, ni penting. Biasanya trusted seller memang mementingkan customer. Tak kira lah berapa banyak dia kena layan customer dalam satu masa, dia akan cuba sedaya upaya untuk beri layanan terbaik kepada kita even dia terpaksa menaip selaju 100km/s.

7. How They Say Sorry?
Macam yang atas. For trusted seller, customer is number one. If they made mistakes, they will seek your forgiveness in everyway tapi tak de lah merepek sampai kena melutut ke apa. Satu ayat "sorry sangat2" and explain pun dah memadai.

So, how about you guys? You can share your opinion about the characteristics of trusted seller on the comment box below. Your opinion is well-appreciated. Lets help each other in get rid of non-trusted seller!!

Bye, assalamualaikum.

Do follow Awin on Instagram to see many swag & creative photos! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Do you craving for Crispy Choco Jar with or non-topping? 

Please whatsapp Myrock at 0173819855 for affordable prices as soon as possible! 
Trusted seller, of course. If there's cheathing or lying, tell me and I will smack her down, trust me! 
Friendly price- RM6 

Thursday, 25 December 2014

Typical Instagram Users

Hai assalamualaikum,

Ina pasti yang 80% rakyat Malaysia ada instagram kan? Tak kira lah sama ada umur dia belasan, atau berpuluh, ataupun baby! Baby pun sekarang ni ada instagram sendiri. Tak percaya? Haaa boleh tengok anak-anak artis zaman sekarang ni. Kadang terfikir juga, takkan baby tu pulak yang selfie sendiri then post dekat instagram? ;p

Walaaupun macam tu, perasan tak yang pengguna Instagram ni pun ada style dia sendiri jugak? Haa nak tahu?

1) Trend AJAK


2) Bila someone comment, yang lain pun copy

 Tertanya-tanya adakah ini satu pujian atau satu perlian :pp

3) Stalk je, tak nak follow. Bila someone tu private baru nak follow

*Jumpa instagram orang cute*
Ropeah: weh tengok aku jumpa orang comei
Siti: Tengok tengok. Comeinyaaaa
Ropeah: (dalam hati) Hm tak yah follow lah, boleh stalk jugak. 

1 week later

*stalk orang comei tu lagi*
Ropeah: Eh pahal dah private?

Ropeah: Haih terpaksa lah follow ._.

4) Depan kata lain, belakang kata lain

*Dalam instagram*
Ropeah: Eh cutenya kau siti. Aku memang dah lama adore kau sebagai idola kecantikan aku.
Siti: @Ropeah_Cute Hehe terima kasih..

*Kat luar*
Ropeah: Kau tahu tak, si Siti tu. Dalam instagram lawa, kat luar heh. Pakai camera 360 lah tu. Tak pun, edit pakai vsco cam. 
Bedah: Lahhh ye ke. 
Mil: Haah weh. Aku pun perasan. 

-Jangan jadi macam Ropeah. Tak selamat hidup-

5) Eh eh. Malu-malu pulak kena puji

*Dalam instagram*
Siti:  Hm comelnya. Jeles kita. 
Ropeah: @Siti_Comel Mana ada. Aku tak comel lah. 

*Dalam hati*
Ropeah: Aku dah tahu dah aku cute. Tok sah bagi tahu pun aku dah tahu hihi

-biasa jadi kat perempuan-

6) Bila post gambar malu-malu tutup muka



Pernah tak buat benda macam kat atas ni? Sejujurnya, Ina pun pernah buat! Semua Ina pernah buat. Bukan dekat Instagram je, dekat Wechat, dekat Facebook mahupun Twitter. Senang kata, benda typical akan jadi bila someone tu post sesuatu gambar.

Ina minta maaf sangat-sangat kalau kecilkan hati sesiapa ke. Entry ni berdasarkan pengalaman Ina sendiri. Tak de kena mengena dengan orang lain. 

Bye, assalamualaikum ;) 

p/s: Esok insyaa Allah ina akan pergi Pahang. Jangan lupa tinggalkan jejak korang di cbox Ina supaya Ina boleh blogwalking balik. Thank you! ;)