Showing posts with label #love. Show all posts
Showing posts with label #love. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Perempuan Bila Kena Ngorat

Hai assalamualaikum,

Ngorat? Mengurat? Aih Ina tak tahu antara dua tu mana yang betul. Ngorat ataupun nama lain dia tackle. Pernah tak tengok lelaki tackle perempuan? Ataupun mana-mana lelaki ngorat korang sendiri? Apa reaksi korang semua?

Adakah korang jenis yang macam...........

 1) Tak de perasaan

Kassim : Hai awuck
Ropeah : Hai
Kassim : Awuck cute lah. Itew dah lame perhati tau kihkihkihkih
Ropeah : Oh k. 
 

2) Jual mahai

Cinta tak berbalas. Kesian Kassim


3) Pantang bila kena ngorat. Laju je dia

Kassim : Hai 
Ropeah : Hewhewhewhewhewhew hai awak. Kenapa tiba-tiba tegur saya ni? Mesti sebab saya lawa kan. Terima kasih lah puji. Bukan awak sorang je cakap tau. Ramai dah yang cakap. Masuk awak, hm berapa eh. Ha, awak orang yang kesejuta dah. Hihihihi. Awak tengah buat apa? Dah makan? Makan apa tadi? Macam mana hari awak hari ni? Adakah awak mulakan hari awak dengan senyuman? Kalau tak, mulai hari ni, saya boleh jadi penyeri hidup awak. Nak tak? Nak tak? Kalau nak, katakan ye je. Saya tahu awak nak :>> 
 Kassim : Memang perangai perasan ni sejak lahir ke
Ropeah : Hm



4) Boleh je semua

*first time tegur*
Kassim : Hai. Busy tak? Boleh saya ngorat? 
Ropeah : Hai tak pun. Em boleh je awak. 
Kassim : Hm saya tak tahu lah. Hati saya berdegup kencang sejak mula chat dengan awak 2 minit yg lepas. 
Ropeah : Saya pun sama. Mungkin inikah yg dinamakan cinta? 
Kassim : Boleh saya jadi boboy awak
Ropeah : Saya sudi je kalau nak jadi gigirl awak :')
-bahagiaaaa-


Ha, antara semua yang kat atas ni, rasa-rasa korang yang mana satu ye? Nombor 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke? 

Yang lelaki pulak, hati-hati dalam mengorat tu.. Jangan pulak sampai jadi macam ni: 

Hahah lain kali, hati-hati! :p 

Bye, assalamualaikum :)

Tuesday, 9 December 2014

Betapa Monyetnya Cinta Aku Dulu

Hai assalamualaikum,



Korang semua ada pengalaman bercinta tak? Kalau ada, takkan tak kenal kan cinta monyet. Yes, ina mengaku, ina pun pernah bercinta. Tapi, tak lama pun hubungan Ina dengan dia, setahun setengah je ( Lama lah jugak bagi Ina yg baru sekolah menengah) . But, sekarang, dah tak de apa2.

Bila teringat balik, betapa monyetnya Ina masa bercinta dulu. Ina tak tahu macam mana Ina yang manusia boleh jadi macam bodoh masa bercinta. Pernah dengar tak cinta tu buta? Yes, ina setuju siapa yang cakap tu. Bila bercinta, even kentut dia yang bau durian pun kita kata wangi. Tak ke monyet Ina dulu.

Kelakar, kelakar. Bila kita layan dia macam suami kita. Kalau orang lain suruh, punya lah liat masyaallah nak buat. Cuba, kalau dia suruh, terus sepantas kilat, kita buat. Nampak tak? Konon ingat bila buat macam tu, dapatlah tunjuk kita ni akan jadi isteri mithali satu hari nanti untuk dia.

Belum kira bila part jiwang;

Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu terlihat,
Kesucian terlindung jua.

Cinta bukan hanya di mata,
Cinta hadir di dalam jiwa...

Aku cinta padamu wahai Ropeah ku yang satu dihatiku

Sekarang ni, baru terfikir. Ingat sweet ke tulis jiwang-jiwang macam tu. Kalau nak tackle pun, pakai lah ayat sendiri. Ada, lirik lagu dia bagi kita. Tak de idea langsung. Kutuk-kutuk ni pun, dulu cair jugak. Serious, bila kita bercinta ni, benda yang tak seberapa ni lah, nampak wow di mata kita. Padahal dia bagi cuma lirik lagu je. Lirik lagu je awaaaa T-T

Paling tak boleh bla kalau dia yang jenis suka tunjuk kekuatan cinta dia kat kita. 

"Akan ku renang lautan api penuh buaya demi mendapatkan hatimu"
"Kau belah lah dadaku, ada terukir namamu disitu"
"Tiada yang lain di hatiku, selainmu" 

Betapa tingginya imaginasimu wahai abang kasimku. Betapa sembangnya percakapanmu itu. Maaf abang Kasim, aku bukan yang jenis senang termakan dengan janji kosong mu itu. 

Kahkahkan. Cuba letak kolam yang penuh api kat depan dia, suruh dia berenang. Paling senang, suruh lah dia pergi pegang buaya. Ha, tengok dia menjerit ke tak. Jangan pulak "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee takutnya ada buaya"-style terlajak laris

Time dapat hadiah, even dia bagi cuma sekeping cekelat ataupun cincin yang disalut emas, dia menang main tikam, kita mesti rasa terharu gila kan. Masa tu lah rasa, betullah dia mencintaiku. Kalau tak, takkan dia boleh bagi semua tu. Maklumlah tengah angau. Cubalah bagi Iphone 6 ke :p

Bila kawan-kawan tanya, mulalah kita ceritakan betapa dalamnya cinta dia kepada kita. Kalau jumpa kawan yang dah ada pakwe jugak, haih mulalah cerita tentang kelebihan pakwe masing-masing. 

Tapi, sejujurnya, bila dah bercinta, baru ina tahu. Manis cinta tu cuma sekejap je. Pahit je yang banyak. Bila kita menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Bila kita buang masa sedangkan kita boleh je buat benda yang berfaedah. Masa tu, baru lah kita sedar, kenapa aku jumpa dia. Kalau aku tak jumpa dia, confirm benda ni tak jadi. 

Paling sakit hati bila dapat kawan yang tak memahami. 

Tu lah, aku kata, jangan bercinta. Kau degil sangat, nak bercinta juga. Kan dah dapat sekarang.

Spesies ini tidak patut hidup. Lagi jatuhkan kawan masa kawan tengah jatuh. Mari kita pukul saja orang seperti ini. :) 

Yes, kau betul kawan. Cinta tu memang menyakitkan. Tapi, kau perasan tak? Aku dah belajar something yang kau tak belajar. Aku belajar macam mana untuk bangkit bila aku dah jatuh. Walaupun hati aku berkecai, berderai macam kaca, aku tahu macam mana nak kutip balik. Aku belajar macam mana nak tahu lelaki tu betul-betul sayangkan aku andainya aku jatuh cinta lagi satu hari nanti. Aku belajar macam mana untuk senyum walaupun dalam hati ni, aku rasa sakit sangat. Aku ada belajar semua tu. 

Kau hade? 

Kau tak de *buat peace. 

Tapi, ina rasa apa yang ina dah lalui, memang betul buang masa lah kalau nak bercinta time sekarang ni  (kalau tak setuju, tak pe. ni pendapat ina je). Sepatutnya, ina kena sedar, betapa jauhnya perjalanan lagi. Boleh je jumpa orang yang lagi baik dari dia. Eleh, setakat jejaka dari Telok je kan :p

Walid selalu kata kat Ina, tunggu bila masuk universiti nanti. Lagi ramai pilihan awak ~~~ Tu lah, tak sabar ni :p Hahaha. Bukan walid sorang je. Ramai yang cakap, jejaka di universiti ramai yang ehem ehem :p Haha sekarang ni, belajar je lah. Lagi 2 tahun je nak spm. Sedar diri sikit eh, sabrina. 

 Ina harap entry ni tak kecilkan hati sesiapa.
Assalamualaikum. :) 

Monday, 17 November 2014

Pujuk Girlfriend Pakai iPhone 6

Assalamualaikum,

 

Baru-baru ni, ada isu hangat di Twitter tentang seorang lelaki ni, pujuk girlfriend dia pakai iPhone 6. Masa ina tengok, sejujurnya, ina cuma cakap perempuan tu untung je lah. Tapi, makin lama ina tengok makin ramai yang bash mengenai hal ni. 






Ina tak tahu nak komen apa. Bila ina tengok orang bash, ina diam je lah. Ina sebenarnya malas nak bash orang ni, ina pun bukannya bagus sangat.

Apa pandangan korang?
Kalau korang ada di tempat perempuan tu, apa perasaan korang?
Sebagai orang luar yang melihat, apa pendapat korang?
 

Kawan Lebih Penting Daripada Keluarga

Assalamualaikum,

"Kawan lebih penting daripada keluarga" -Ropeah

Percaya atau tak, ada segelintir kawan sebaya ina pernah cakap macam ni. Tak sangka kan, seorang anak, umur  15 tahun, baru form 3, mengeluh tentang keluarga sendiri dan menyatakan bahawa dia lebih memerlukan seorang kawan daripada keluarga?

Sebagai seorang kawan, ina pun sedih sangat bila ayat ni boleh terpacul daripada mulut kawan ina sendiri. Kalau ina yang sebagai kawan ni boleh sedih dengan apa yang dia katakan, ina tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa kawan ina kalau mereka dengar ayat ni. Mesti terguris hati mereka.

Bila diperkatakan begitu, ina tanya. Sebab apa?

Melalui apa yang hamba Allah ni ceritakan, ina dapat tangkap sedikit punca kenapa hamba Allah ni, sanggup cakap macam tu.

Pendengar setia
Sebagai anak, ina mengaku ina memang perlukan seorang pendengar setia untuk dengar isi hati ina.. Kadang-kadang apa yang ina rasa perlu dikongsi dengan orang lain. Kalau bukan dengan ummi & walid ina, siapa lagi yang ina boleh cerita? Alhamdulillah walid & ummi ina memang seorang pendengar setia yang sangat baik.

Mungkin nampak benda ni macam remeh, tapi sebenarnya benda ni amat besar untuk kami. Bila kami dapat luahkan sesuatu kepada ibu bapa, kami rasa seperti dihargai kerana ada orang yang mengambil perhatian tentang kami.

Apabila ibu bapa tiada di sisi anak-anak untuk jadi pendengar setia, kawan akan jadi tempat utama anak-anak luahkan sesuatu masalah dan berkongsi cerita. Lama-lama hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan jadi renggang dan anak-anak lebih rapat dengan kawan.

Teman bila kita jatuh
Kadang-kadang bila kita gagal dalam sesuatu perkara tentunya kita akan sedih. Sebagai anak, selain daripada mempunyai seorang pendengar setia, anak-anak juga perlu ada seorang pembangkit semangat untuk naikkan balik semangat mereka.

Kata-kata semangat memang betul-betul berharga untuk kami sebagai anak untuk bangkit semula. Kami akan kuat bila ada seseorang yang menjadi penyokong kami. 

Appreciate benda yang kita buat
"Family aku, aku ada ke, tak de ke, sama je. Bukan kesah pun". Ina pun sedih sangat bila dengar dia cakap macam ni.  

Sebagai anak, ina memang gembira sangat bila benda yang ina buat dihargai oleh ummi & walid ina. Kadang-kadang mungkin benda yang ina buat tu, bagi ina kecil, tapi punya lah bahagia hati ina bila dapat pujian-pujian daripada ummi & walid ina.

Ada masa untuk kita
Melalui cerita daripada kawan ina, dia kata yang family dia selalu tak ada masa untuk dia. Dia rasa lebih seronok berada bersama kawan berbanding daripada keluarga dia sendiri sebab dia rasa kawan sentiasa ada masa untuk dia.

---------------------------------------------------------------------------------

Ina sedih bila dengar kawan ina ceritakan benda macam ni kat ina. Ina bersyukur sangat sebab Allah kasi ina, ummi & walid yang selalu dan sentiasa memahami ina, ada masa untuk ina dan bagi perhatian untuk ina. Ina tak sangka ada segelintir orang yang tak dapat rasa apa yang ina rasa sekarang ni.

Ina minta maaf sangat2 kalau entry ni, kecilkan hati sesiapa. Ina bukan memandai-mandai, sebagai anak, ina cuma nak kasi opinion ina tentang ibu bapa. 

Apa-apa pun, ina selalu doakan supaya kawan ina sedar dan fikir balik dengan apa yang dia cakap. Ina harap dia akan ubah fikiran dia. Walaupun mungkin ibu bapa dia macam tu, tapi ina rasa tak salah kalau dia betulkan balik apa yang sepatutnya & cuba rapat dengan keluarga. 

Bagi ina, masa remaja ni lah, masa untuk kita dengan keluarga. Ye lah, lepas ni, ina kena pergi belajar jauh-jauh. Tak tahu lah ina dapat jumpa family berapa kali seminggu. Atau berapa kali sebulan? Atau berapa kali setahun?