Showing posts with label #ramadhan. Show all posts
Showing posts with label #ramadhan. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

Ramadhan Jangan Pergi

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-23 kita berpuasa. Dalam sedar tak sedar, Ramadhan meninggalkan kita perlahan-perlahan. No doubt, mesti semua umat Islam akan merindui Ramadhan yang datang cuma setahun sekali, di mana bulannya umat Islam berhimpun bersama menunaikan Tarawikh, di mana kawan-kawan semua berlumba nak buat solat Dhuha, & di mana bulan ini sahaja kita berpeluang berkongsi cerita di meja makan bersama keluarga pada waktu sahur & berbuka.

Yeah, rutin harian Ina pada bulan Ramadhan tahun ni.

Tapi Ina rasa, dalam banyak2 tahun, tahun ni Ina rasa lain sikit. Ina jumpa ketenangan dalam bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah. Ataupun Ina baru follow twitter Tarbiah Sentap? Wallahualam, tapi Ina bersyukur.

Perasan tak perasan, Ramadhan sedang berundur selangkah demi selangkah sementara syawal sedang bersedia untuk bersua muka dengan kita.

Kelakar bila ingat balik hari2 menempuh bulan Ramadhan. Lagi2 time berbuka. Walaupun syaitan diikat, rasanya manusia sendiri yang akan bertukar jadi hantu kelaparan.

Yeah, this is me. v..v

Setiap perbuatan ada balasannya. Jangan risau, Allah bayar cash je. Bila makan, tak sedor diri, hahhh padahnya time tarawikh. 

Tabahlah wahai hati :') 

Selain tu, Ina ada juga buat Ramadhan Wishlist cewahhhh tapi ni save dalam hati je. Harini saje bajet nak tulis.


Pardon for tak boleh bla words, especially yg no. 1 tu. 

Actually, yang Ina tick merah tu, benda yang on going lagi. Lemah lembut tutur kata? Haha honestly, it's quite tough for me. But I will try my best to. Jadi pembersih? Hhahaha pebenda lah kau sabrina. Kalau boleh, jadi lebih lagi pembersih lah dr sebelum ni, hehe. Pengotorkah ana? 

Bila raya dah dekat ni, Ina rasa wishlist yang paling seram , wishlist ummi Ina. Seriously. Ina dah dapat bayangkan dah. 

Yang last sedang dipertimbangkan sbb ummi bukan jenis yg suka buang duit. 

Ina rasa, banyak2 ni, yang first tu paling seram masyaallah. Wishlist ummi ni, tengok je biasa2 je, tapi makan tenaga semua orang. Haih dah lah belum tukar langsir lagi rumah Ina ni sebab blum habis jahit lagi. Tersenyum je kain langsir. Ya Allah!! 

^ nightmare setiap nak masuk syawal. 

So, macam mana ramadhan korang? Ada pelik2 macam Ina tak? Ina harap ramadhan korang berjalan lancar tahun ni.. ^^

Bye, assalamualaikum.