Showing posts with label #tinggi. Show all posts
Showing posts with label #tinggi. Show all posts

Friday, 12 June 2015

Pendek Itu Comel, Tinggi Itu........

Hai assalamualaikum,
bad animation as usual ^..^

Have you ever heard someone said "PENDEK/RENDAH ITU COMEL, TINGGI ITU...... (tease,curse, etc.). Semalam, timbul satu tidak puas hati tentang kenyataan yg 'agak femes' di atas ni. Ina pasti sangat yg korang pun selalu dengar "pendek itu comel, saya bersyukur jadi pendek" , "pendek is comel, comel is saya huhuhuhu" dan pelbagai status lagi yg menggambarkan yg pendek itu comel.

Jadi, dengan rasa iri hati yang menggunung di dada digaulkan dengan rasa cemburu, Ina nak ketengahkan isu ni ke peringkat yang lebih tinggi mwahahahahahahha. Tak lah, Ina cuma rasa "Buruk sangat ke jadi tinggi ni?" Ina tak lah tinggi mana pun, 163cm je pun. Tapi, banyak sindiran yg selalu Ina terima.

"Nak buat apa tinggi-tinggi ni?" Kata ehem kepada Ina.
"Hehehehehe" reaksi Ina sambil tersenyum.

Dear ehem, sebenarnya banyak benda boleh buat kalau tinggi ni. Contohnya kalau nak ambil benda tinggi. Kami tak yah nak ambil kerusi yg boleh memakan masa kira-kira 1 minit. Kami boleh terus ambil. Haaa nampak tak, nampak? 

"Tak yah lah tinggi sangat, nanti susah nak cari pasangan"

Ayat ni paling sedih dan sadis.

Hatiku digiris bak bawang merah halus & kecil :') Kenapa semua ni terjadi? Tak sanggup aku hidup keseorangan di dunia yg penuh pancaroba ini. Setiap manusia diciptakan ada pasangan di sisinya untuk melengkapi satu sama lain. Aku? Aku bagaimanaaaaa...... *dlm hati

Tapi................ Takkan lah tak de lelaki yang lagi tinggi daripada Ina? Mustahil. Kawan kelas Ina ramai je lagi tinggi daripada Ina. Ini semua satu sandiwara!! Jangan risau wanita C;

"Tak yah lah tinggi sangat. Tinggi ni pun cukup dah"

Masyaallah. Bukan ana yang meminta semua ini. Ini semua ketentuan Allah. Bukan Ina yang tentukan eh, kejap nak tinggi, eh kejap nak rendah. Cuma tiba-tiba je dah TERtinggi sikit. Nak buat macam mana v.v

Itu dari segi statement. Kalau dari segi perbuatan, lagi sedih ceritanya.

Kalau nak tengok cermin je, mesti orang tolak ke belakang, kata tak nampak.Tragedi ni selalu berlaku dalam bilik bila................

Adik Ina; Tepi lah kak long tak nampak. Nak tengok cermin. 
Ina; Alaaaa dah siap dah tu
Adik Ina; Tak nampak lah Kak Long
 (Ina pun mengalah lah. Bagi ruang kat dia. 
Ingatkan cakap terima kasih, rupanya.. )
Adik Ina; Hahahahha tu lah siapa suruh tinggi. 
Hahhahahahha

Ina = redha. 

Kalau nak tangkap gambar pulak, haih mesti kena duduk belakang2. Awal2 lagi orang dah mention "Haaa siapa rasa dia tinggi, pergi belakang". Kita pun berundur lah. Kalau melawan, kena bash pula. 

Rasanya tu lah antara cabaran-cabaran yang Ina tempuhi sepanjang bergelar perempuan yang berukuran 163cm.

Jadi, ehem ehem! Dengan hak kebebasan bersuara yang Ina ada, Ina nak katakan yang..........

PENDEK ITU COMEL, 
TINGGI ITU............ HENSEM! 

Haaaa setuju tak, setuju tak?!

Angguk tanda setuju,
Tak angguk, haaa nnt Ina hempuk. 

Haaaaa Ina rasa tak lah teruk sangat jadi tinggi ni even biasanya yang rendah selalu dapat perhatian. Cuba untuk bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat Ina atau dengan kata lain dekat kita semua. Rendah ke, tinggi ke, sebenarnya sama je. Rendah tu cute, tinggi tu hensem. Eh? 

Lepas ni mesti orang menyampah tengok Ina :p Maaf andai kata ada terkasar bahasa atau mengguriskan hati korang sepanjang baca post ni. Dah lama tak menaip. Takut terkaitkan isu sensitif pula. 

Tata, assalamualaikum :D