Wednesday, 3 December 2014

Kenapa Orang Tak Nak Join Giveaway Kita

Hai assalamualaikum,
entry auto publish-ina balik kampung

Suatu masa dahulu, ina salah seorang peng-join tegar segmen & giveaway. Kalau boleh, semua segmen & giveaway nak join. Kemaruk sangat nak dapat hadiah, haha! Then, bila hadiah sampai rumah, tayang satu rumah dapat surat. Gila tak senonoh perangai kan. Masa tu zaman-zaman nak up lah katakan, tu yang berlagak sikit depan adik2 dapat hadiah.. Lagi2 kalau dapat kad raya, "Ni mesti surat raya dari secret admirer ni". Perasan gila :p

Tapi, dalam ina join giveaway, ada beberapa giveaway yang buat ina tak nak join giveaway dia. Antara salah satu sebabnya ;

Blog berat yang amat
Berat blog memainkan satu peranan yang sangat-sangat penting kalau kita nak orang lain join giveaway kita. Sesebuah blog yang berat boleh mematikan mood seseorang untuk join giveaway kita. Bayangkan lah, dah seronok excited ada orang tag kita suruh join giveaway dia, then bila masuk blog penganjur, stuck-stuck. Haih dengan berat hati, terpaksa lah kita tekan 'X' kan. Lagi-lagi kalau masa tu, internet macam siput yang tengah nazak, lagi lah mencabar kesabaran. Jom try timbang blog kita

Kena share page
Pada pendapat ina, syarat pun memainkan peranan penting juga untuk seseorang join giveaway kita. Kalau macam ina, ina paling tak gemar kalau giveaway ada syarat kena share page. Kalau tengok je ada syarat ni, mesti ina berat hati nak join.

Syarat banyak
Syarat yang terlampau banyak pun boleh buatkan seseorang tak nak join giveaway kita. Sebagai contoh ina bagi, syarat dia kena follow 20 orang blogger. Nak nak pulak, internet lambat, haihh memang tawar hati nak join. Melainkan hadiahnya, ada yang kita memang dah jatuh cinta. Tu boleh buat ina fikir 2 kali, nak join ke tak nak join hehe ^^ Jahat kan ina :p

Leceh kena buka satu-satu link
Untuk orang-orang yang kadang-kadang berjiwa pemalas macam ina, ina malas nak buka satu-satu link tu. Contohnya macam like button untuk fanpage. Kan lebih elok kalau letak buttonnya, tinggal tekan je.. Baru semangat nak join kan hehe ^^ Sebab mudah je, tak perlu nak bukak satu2 link..

Tapi, apa-apa pun yang penting giveaway dan segmen ni sebenarnya untuk kita tambahkan kenalan dalam dunia blog.. ^^ Korang ada tak syarat-syarat atau perkara yang boleh buat korang tak nak join sesuatu giveaway tu? Meh lah share dengan ina :D