Saturday 11 July 2015

Sebabakusabrina Masuk Berita Harian!

Hai assalamualaikum,

Entry ni patutnya dipublishkan bulan Januari yang lepas. Terima kasih tak terhingga kepada tuan blog sebab rajin sangat, dan alhamdulillah 5 bulan dah berlalu.

Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya selepas kira-kira 2 tahun blogging, blog Ina terpilih untuk masuk Berita Harian *kesat air mata. Sejujurnya, masa zaman newbie dulu, time Ina tengah adore Kak Lyssa Faizureen, jealous tengok Kak Lyssa masuk majalah.

Tak sangka, setelah lama menanti, sampai cita-cita ni Ina dah nak lupa dah, tiba-tiba jeng jeng jeng! Kak Nisa pm Ina... Terima kasih kak!!.. Masa tu, feeling dia, masyaallah rasa nak lompat, jogging, buat marathon keliling rumah! & betul lah, Ina melompat pusing keliling rumah. Bila dah reda, baru Ina reply mesej Kak Nisa sambil berjoget-joget depan laptop.

Tu cerita sebelum masuk paper.

Lepas masuk paper, ummi masukkan kepingan akhbar tu dalam whatsapp group. Paling seram sekali, bila sedara Ina cerita, pak cik Ina siap kata "apa benda yang budak sabrina tu tulis dalam blog? cuba tengok sikit". Gila kau. Pak cik aku nak tengok blog! Seram tak seram.


Okay, tajuk dia memang Ina tak sangka, hahaha. Rasa tak percaya pula Ina ada cakap macam tu :p

p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Ina & yang selalu bagi sokongan kepada Ina sepanjang Ina dalam dunia blogging ♥

Bye, assalamualaikum.

Friday 29 May 2015

KamBek

Hai assalamualaikum,

Its been a long day without you my friend,
And I'll tell you all about it when I see you again, 
We've come a long way before we began, 
Oh I'll tell you all about it when I see you again,
When I see you again.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Its me! Okay, I got a little bit excited to update my blog today. Ya Allah. Can you imagine? Approximately 5 months without blog? I swear, it made me wanna cut myself. And now? I feel awkward & nervous to make an introduction for this post so I decided to put that song haha! Absolutely, I really miss everyone, I wanna read everyone's blog, I wanna leave my footsteps on everyone's blogs! Can I?! Unfortunately, I just have 1 week to do that because after this, I have a lot of programs to fill my holidays. 

So, today, I think I wanna share about my journey from Jan till May. Hehhehe in other word, my personal entry. I warn you, entry ni serabut dgn gambo-gambo 5 bulan.

JANUARY 2015

Ehem! Boleh imagine tak? Lebih kurang 2, 3 minggu sekolah, terus ada merentas desa. & alhamdulillah I got this... 
Hasil daripada atlet semput

FEBRUARY 2015 

February, woww time ni Ina rasa tahun bersejarah sangat. First time Ina join debate. Memang dah lama nak masuk, tahun ni macam mimpi je dapat masuk. Ina jadi pembangkang kedua. Seriously, memang terketaq lutut, jari semua masuk pertandingan ni. 
 
Syafika Mokhtar, pembangkang ketiga. 

MARCH 2015

Yes. Bulan yang paling sibuk sepanjang tahun ni. Sebulan Ina tak masuk kelas. Suka? Gila tak suka. Tak belajar, tapi masyaallah. Penat sangat. 

Awal bulan March, Ina ada Kursus Kenaikan Pangkat KRS Peringkat Daerah.. Alhamdulillah, Ina dapat Staf Sarjan dan terpilih untuk ke peringkat negeri.. 

Sekolah fav kitorang kat sana! SMK Sijangkang ♥ 

 Then, kursus yang paling menggerunkan bagi Ina. Memang dah lama gila tunggu kursus ni, start dari Form 2. Tak dapat nak cerita macam mana rasa berdebarnya time tu, Kursus Kenaikan Pangkat KRS Negeri Selangor.  

Salah satu pengalaman ngeri Ina. Ina masih ingat lagi degupan jantung Ina masa kawad individu. Ya Allah, seriously seram sangat. Alhamdulillah, kursus 4 hari 3 malam ni, membuahkan hasil, Ina dapat pangkat Pegawai Waran 1! Macam mimpi je, ya Allah. Masa malam pengumuman, Ina memang menangis gila time doa, kalau lah ada baldi, boleh separuh rasanya.


 Beautiful scene from Taman Millenium ♥ 

 Tengok lah perosak yg minum air tu -_- 
Yeay! Tahniah Tengku, Nasuha & Yana sebab dapat PW1 juga!

 
♥♥♥ 

Lepas balik kem, Ina ada join Pesta Pantun. Haih tapi tak de gambar pula. Tapi seriously, pantun salah satu pertandingan yg Ina minat. Insyaallah, tahun depan nak cuba lagi.

Next is, Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah! Alhamdulillah, walaupun kitorang hilang takhta juara tahun ni, kitorang dapat nombor 2.. Sedih tu ada lah sikit, sebab sejak Ina masuk krs dr form 1, kitorang tak pernah kalah. Tahun ni tak de rezeki kot.. Tak pe kitorang dah usaha, Allah yg menentukan. Ada hikmah di sebaliknya. 

Junior comel ♥ 


 Yeay! An exhilarating moment dgn ex ketua platun! ♥ 

APRIL 2015

Bulan yang tak tercungap-cungap sangat. At least, boleh lah duduk berehat kejap, tarik nafas. 

 
First, KASTEK (Karnival Sains & Teknologi), Ina masuk solar car. 

 Second, Perkhemahan KRS peringkat Kebangsaan. Guess what?! Dekat Kuantan! Dapat lah free trip dengan kawan baru se-daerah melancong. 

 Latihan pusat punya dorm. 3 hari duduk kat SMKA Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih SMKAKB ♥♥ 
Gambar mahal ni ^^ 
 Yeay! Kawan baru. Hai Atikah & Maharani dari Klang, 
& Bella dari Sepang. Rindu korang T-T

 Kontinjen Selangor @ Teluk Cempedak ♥ 



 Last day dgn diyorang. Hari paling banyak pertumpahan air mata

 Nah la sebijik gambar Ina dgn Cenails.

MAY 2015

Bulan yang sangat tenang tapi otak yang kecundang! Bulan exam. Amik kau jah, dah sebulan lebih tak sekolah, tiba2 masuk sekolah, exam terus. Padan muka siapa suruh berjimba kat kem lama2. Yeah, bulan yang struggle (sikit je sbb mood exam 20% mood camp 80%) 

First, I was in a great shock when I received this .... ♥
Alhamdulillah, hasil pt3. 

Yeayyyy alhamdulillah untuk semua kenangan yg terindah tahun ni. 

Pasal exam? HahahahhaAHAHAHAAHAHAHA I didnt promise anything but I did my best. Dah habis dah exam :p 

Okay the conclusion of the story is......... Lepas semua kem yg ku kembarai, aku telah menempuhi satu alam yg penuh berliku. Alam ejekan di mana aku dicaci kerana hitam sprti nigga. Tak kira di mana aku berada. Di sekolah, di kedai, di rumah sedara, meskipun di rumah ku sendiri. Orang rumah kata saya hitam. 

Even its hurt, I overcome it with sit back & pamper myself. Every achievements have their own sacrifices right? (ayat bajet gila. tapi perlukan masa berjam utk fikir) 

And as a result, here, my nigga photo.. 

allow me to introduce, fresh nigga from camp (emoticon bintang) ;
Selepas bedak yg bertan, secalit lipstick, inilah hasilnya... Wahhh.. 
Cepat! Tutup mata skrg! Gambar atas ni berhantu. 

Yang hitam tak selamanya hitam,
Yang putih tak selamanya putih, 
Yang jernih tak selamanya jernih,
Yang keruh tak selamanya keruh,
Yang berkeladak tak selamanya berkeladak, 
Okay stop! 

Selepas 1 bulan;
Muka bajett, kau ingat kau  model Qu Puteh ke haaa?!!  :p 
Kite dgn adik angkat kita :') 

Bye, assalamualaikum. A lot of pardon for this longgggggggg posts. 
Actually, I have suprise. But.............. hold on for next post okay ;)

Friday 22 May 2015

Masalah First Day Sekolah

Hai assalamualaikum,


Sedih bila status 'budak sekolah' masih kekal dalam diri Ina. Untuk sedapkan hati, Ina selalu kata dalam hati "Tak pe, tinggal lagi setahun je. Lepas tu, aku dah tak yah pergi sekolah dah. Hahahahaha". Lepastu, rasa sedih balik sebab baki cuti tinggal 2 hari je lagi. Rasa macam sekolah tengah melambai-lambaikan tangan ke arah Ina. Uisy, seram.

Sekarang ni, bila teringat je sekolah, Ina mesti akan teringat masalah first day sekolah yang Ina selalu alami. Sedih nak recall balik. Tapi, tak pe lah. Nak kongsi juga.

1. Jadual & Buku

Kebiasaannya, jadual waktu kelas cikgu belum bagi lagi masa hari pertama sekolah. Jadi, timbullah rasa kekeliruan nak bawa buku apa. Logik ke kalau nak bawa semua buku? Buku teks? Buku tulis lagi. Logik tak?

So, adalah permulaan satu tahun yang agak malang untuk Ina yang Ina ingat sampai hari ni.

Cikgu: Okay, keluarkan buku Pendidikan Islam
Ina: Saya tak bawak buku, cikgu
Cikgu: Awak tinggalkan buku dekat rumah nak kasi siapa baca?
Ina: Tapi hari ni first day sekolah kot cikgu *dalam hati lah 

Alhamdulillah, pergelutan tu berakhir dengan Ina pinjam buku kawan Ina. Tapi, rasa sedih gila kot dalam hati ni kena marah time first day sekolah T-T

2. Cikgu Baik Vs Cikgu Garang

Kalau dapat cikgu baik, memang rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sangat-sangat. Tapi, keburukannya, perangai kau akan berubah ke arah yang tak sepatutnya seperti ada syaitan yang bertenggek atas badan kau membisik kata-kata yang boleh menghasut kau supaya tak siap kerja rumah. 

Kalau dapat cikgu garang, masyaallah. Bila kau tak siap kerja rumah atau tak bawa buku, kau akan rasa peluh mengalir pada badan kau. Masa tu lah kau jadi malaikat buat baik kat semua orang & tak berhenti berdoa supaya cikgu tu tak kasi denda duduk luar kelas. Kalau cikgu tu tak datang, confirm kau orang pertama yang duk melompat macam kangaroo & teriak sana-sini macam orang tak betul. 

3. Budak Baru

Mesti dalam kelas ada spesies yang gatai miang-miang kucing tak boleh nampak ada budak baru dia rasa gelisah tak menentu je kan. Masa tu mata masing-masing duk toleh kanan toleh kiri, tengok line clear ke tak. Kalau line clear, ngap! Habislah budak baru tu hahahahaha. 

Kalau pelajar lelaki muka macam Izzue Islam yg masuk; 

Ropeah: Haaa aku cop dia!
Bedah: Dia pakwe aku! 

Mulalah pergaduhan rebut-merebut kata budak baru tu dia yang punya

Kalau pelajar perempuan muka macam Neelofa yang masuk;

Kassim: Nama siapa?
Duduk mana?
Wechat ada?
Facebook? 
Jom lah berkenalan mengeratkan ukhwah

Mengeratkan ukhwah lah sangat.

Tapi, kalau dapat jenis yang tak melayan, mulalah kata "Sombong lah", "Jual mahal lah tu".


Ina berdoa sangat permulaan sekolah tahun ni bermula dengan lancar & jadi tahun yang terbaik sekali untuk Ina bergelar sebagai pelajar tingkatan 4. Mungkin entry ni, entry terakhir sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin je ye, mungkin. Yang penting, sekarang ni, dah nak spm. Kena struggle betul-betul. 

Doakan yang terbaik untuk Ina ♥♥ 

Selamat kembali ke sekolah!

Budak gila cakap bye banyak kali:p
Bye, assalamualaikum.

Monday 5 January 2015

Feeling Masa Jadi Newbie

Hai assalamualaikum,

Masih tertanya-tanya kisah Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza? Boleh baca entry sebelum ni.


Ina yakin setiap blogger ada pengalaman menjadi newbie. Tak kira lah blogger tu sekarang dah terkenal ke, suam-suam kuku mungkin? Ataupun masih berpegang konsep newbie? Wallahualam. Yang pasti, setiap blogger pasti ada pengalaman menjadi newbie sama ada pengalaman itu manis untuk dikongsi ataupun pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, Ina sendiri dah 2 tahun bertapak di dunia blogging. Hari ni, Ina nak flash back pengalaman Ina sewaktu menjadi newbie. Korang semua pun ada juga kan pengalaman masing-masing? Cuba ingat balik. Mana tahu kita sama..

Pengalaman Ina menjadi newbie rasanya bercampur baur manis dan pahitnya. Antara feeling masa Ina jadi newbie:

1. Rasa semua orang baca blog kita.

Feeling ni paling sedih sekali sebab rasa macam syok sendiri pun ada. Kebiasaanya, feeling syok sendiri ni, kita boleh tengok daripada gaya penulisan dia.

Hai assalamualaikum,
Sorry lah semalam saya tak update. Mesti awak semua rindu saya kan? 
Saya pun rindu dekat awak, awak, awak dan juga awak. 
Eh, awak lah! 

Entah-entah tak de siapa pun perasan

2. Feeling semua benda orang nak tahu tentang apa yang kita lalui. 

Hai assalamualaikum, 
Hari ni kita pergi pantai. Kita bangun awal-awal, mandi. Air dia sejuk gila. 
Lepastu kita tak tahu nak pilih baju apa. Hehe typical girls. Last2 kita pilih baju pink blink2.
Kita pakai bedak Silky Girl biar melecun gitewww.
Kita naik kereta tepat pada jam 9 pagi. Masa tu burung berkicauan. Matahari mula menyinar.
Kita duduk sit belakang. Abang duduk sebelah kita.
Pastu kita tidur. Lepas kita bangun, tiba-tiba je dah sampai pantai! Yeyayeyeyeye

Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali kepada diri Ina, biasanya Ina letakkan diri Ina sebagai pembaca entry ni. Rasa ada tak orang nak tahu apa yang kita lalui macam ni? 

Kalau yang rajin-rajin lah nak baca. Tapi Ina percaya, ramai yang malas. Ramai lagi blog yang kita nak singgah, nak baca entry dia. Kalau baca entry macam ni, rasanya terlentok terus kot? Lebih baik kalau kita letak point penting je.

3. Setiap perenggan ada 1000 patah perkataan. 

Rasanya, korang semua dah boleh bayangkan kan? Kalau tak, izinkan gambar berbicara. 


Nak scroll pun seram kalau macam ni

4. Tulisan lip lap lip lap penyeri entry

Ni pengalaman Ina yang Ina tak boleh lupa sampai sekarang. Bila tengok boleh letak background untuk setiap perkataan, hati ni rasa ghairah pula. Bila dah ghairah, try lah buat. Eh, berkenan pulak. Maklumlah dulu hati kanak-kanak riang. 

Hai saya sabrina. Saya budak baik.
 
Mesti lepas orang baca entry tu terus rabun warna


Sebenarnya, banyak lagi benda pelik-pelik yang Ina buat masa jadi newbie dulu. Cuma sekarang, bila kerah otak ni suruh ingat, makin blank pula. 

Setiap orang mesti ada pengalaman jadi newbie dulu kan? Cuma sekarang, kita dah pandai sikit macam mana nak mencorakkan entry kita untuk tarik perhatian orang baca. Senang untuk ajak orang singgah blog kita, tapi bukan senang nak suruh orang baca entry kita dari mula sampai penghujungnya. 

Keep blogging ♥ 

Bye, assalamualaikum.

Saturday 3 January 2015

Azam 2015?

Hai assalamualaikum,

Hari ni dah 3/1/2015. Rasa agak terlambat ke Ina nak update pasal tahun baru? Tak sangka betul masa bergerak dengan begitu pantas sekali. Meninggalkan Ina yang terhegeh-hegeh di belakang. Tahu-tahu je dah 16 tahun Ina sekarang ni.

Rasa rindu bila teringat kali terakhir Ina jadi kanak-kanak. Bagi Ina, zaman kanak-kanaklah zaman yang paling banyak gelak ketawa bila semua yang kita buat jadi lucu. Semua yang kita buat, kita tak takut salah ke tak sebab orang tahu kita ni budak kecil lagi. Bila buat salah pun, orang boleh maafkan. Rindu.

Tapi hidup mesti diteruskan. Bila dah jejak alam remaja, masuk sekolah menengah baru kenal rupa manusia sebenar. Keinginan nak berkawan dan keinginan untuk mencintai dan dicintai (paling tak boleh bla). Baru kenal siapa kawan siapa lawan. Ada manusia yang bertopengkan haiwan. Ada kawan yang tikam dari belakang. Ada kawan yang masih ada di sisi kita di saat kita jatuh orang tinggalkan kita. Bagi Ina, perjalanan di sekolah menengah lebih kepada mencari persahabatan. 

Bila baca blog orang lain, berkenaan tentang azam, rasa wow apa azam aku untuk 2015? Rasa kecil pula diri Ina ni bila tak de azam lagi. Hidup mesti ada azam, ada cita-cita, ada tujuan. Baru boleh berjaya. Kata orang.

Jadi, nak juga tulis azam 2015! Nak jugak!

AZAM 2015. 
Bismillahirrahmanirrahim,
1) Anak yang solehah untuk Ummi & Walid.
2) Ubah diri ke arah kebaikan ; yakin terhadap kemampuan diri sendiri, jangan tinggi diri bila ada di atas, jangan sesekali sombong, jadi pendengar setia, jadi ringkas sikit tak menyusahkan orang, jaga hati orang.
3) Bab sekolah: Siap kerja sekolah on time, yang paling penting dah kena asah parang untuk SPM nanti, study group start daripada pertengahan form 4, buat yang terbaik, tinggalkan bab cintan cintun ni. Fokus dalam pelajaran.
4) Bab blog: Masih terhutang janji dengan tutorial ukulele T-T Malaih nya kemain tapi tahun depan kita tengok macam mana. 

Alhamdulillah. Tercatat sudah azam 2015 Ina. Tak ada banyak pun. Tapi rasanya semua penting. Harapnya, dapatlah Ina tunaikan. Aminn. 

Point cerita untuk hari ni sebenarnya, tentang azam. Ina tahu, bila masuk tahun baru je, mesti semua orang, tak kira blogger ke, kawan sekolah, sedara, pak cik, mak cik, keluarga, mesti ada azam baru. Ye lah, masuk tahun baru, mestilah nak ubah diri kita ke arah kebaikan. Betul tak? 

Tapi, adakah kita tunaikan semua azam kita? Adakah kita semua seperti............... 

Sehangat tahi ayam?

Ataupun ada yang dah tercapai azam 2014? 

Tak salah untuk kita berazam. Hidup mesti ada azam, cita-cita, tujuan dan matlamat, baru boleh berjaya kan. Yang penting effort kita untuk capai azam kita tu. Tercapai ke tidak, kita berserah kepada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. 

Selamat tahun baru dan semoga azam yang korang impikan tercapai! ^^ ♥ 

Bye, assalamualaikum. 

Salam Maulidur Rasul