Wednesday 16 December 2015

Bila Dapat Result "Ok" Dalam Exam

Hai assalamualaikum,

Seperti yang ramai tahu, harini merupakan hari pelajar-pelajar PT3 untuk ambil result PT3. Setelah selesai bertungkus lumus sepanjang 3 tahun di sekolah menengah, akhirnyaaa inilah hasil titik peluh mereka.

Tadi, Ina pergi sekolah sebab tolong walid, dapat juga lah tengok pelbagai riak wajah masing-masing. Ada yang tersenyum gembira tengah kongsi result gembira dengan parents, ada yang muka biasa-biasa je, yang paling pelik, ada jugak orang dah siap kemas dewan, baru terkedek nak datang. Haih.

So, harini Ina teringat last time Ina dapat result upsr dulu


lebih kurang macam ni

So, macam biasa, pak cik mak cik dah get ready dah soalan mereka. Disebabkan sikap yang lurus tambahan pula dengan masatu cetek akal lagi, Ina tak sedia bila orang tanya. First time kot periksa besar. 

Disebabkan kat dahi kau umpama ada tampalan sebesar gajah yang tertulis 'SAYA AMIK UPSR, TANYALAH SAYA AMIK BERAPA A", jadi confirm kau akan di'aim' teruk oleh semua orang. 

Mak cik : Eh, sabrina... darjah 6 kan
Ina : Haah.. ( confirm nak tanya aku dapat berapa A (emoji sinis)) 
Mak cik : Dapat berapa A?
Ina : Alhamdulillah 5A

"Alhamdulillah 5A

dialog ni sampai dah boleh hafal dah

Time cakap perkataan keramat ni lah, rasa macam muka still kena control macho gila. Plus dengan hidung kau yang umpama kembang kempis semacam time jawab. Yang peliknya, time tu lah muka kau umpama manusia riak terserlah gila. 

Bukan tu je, Ina juga practice cara nak cakap.

Case 1
Mak cik : Haaa dapat berapa A?
Ina : 5A je
Mak cik : (dasar budak tak tahu bersyukur)
Haaa ni mesti orang kata jenis budak yang tak tahu nak bersyukur ataupun budak yang batak gila dengan result dia sebab ada "JE" belakang dia

Case 2
Pak cik : Eh sabrina, haaa berapa A?
Ina : straight A

Yang ni pulak, mesti orang kata budak berlagak. Padahal baru UPSR

Case 3
Pak cik : Haaa upsr kan? Berapa A
Ina : straight A je..
Pak cik : (fuhh berlagak gila budak ni)
ni tahap paling tak boleh bla. Berlagak gila weh!! Boleh pulak ada "JE" dekat belakang tu?! dasar riak

so Ina decide untuk cakap "alhamdulillah, 5A". Haaa jika kita kaji, unsur riak dapat dibendung melalui ayat ini. 


Haih, apa-apapun tahniah kepada semua adik-adik PT3. Mana yang dalam frustation macam akak dulu, please move on lelaju & focus on spm. PT3 cuma nak tentukan aliran. SPM yang menentukan. 

So, bye, assalamualaikum!! ;) 

p/s : Ina nak balik kampung esok heheheh tata semuaaa

Wednesday 2 December 2015

Happy Birthday Kamaliya!

Hai assalamualaikum,

Gugusan hari-hari 
Indah bersamamu Kamaliya

Intro pelik

It is  first december! I just came back from Kamaliyot's birthday celebration. 

At first I didnt know what present I wanna give her since she always ask me about her present then I made a promise that I will give her pencil box 5 tingkat. Legend ni legend untuk budak primary school :p

So we went to a shop which we thought it was the best place we can find her present. Sadly, the shop was closed. 

We wandering in the mall untill we found these huge cutie fluffy bears..

hugged 3 bear gemuk 


kamaliyot!! The bear is bigger than her! excuse for her buruk slippers ._. 

My partner since forever, ketiak busuk

We went to Mc Donald to celebrate Kamaliya's birthday & for dinner. I was very glad because there was no cake. I hate cake. 

Dak yang batak gila rini birthday dieww

What happened to my eyes?!!! 

Just in case if you read this one day Kamaliyot, this post was published on 2015 when you were in standard 4. I want you to know that kak long loves you very much even sometimes im bawang jahat in the house who always asks you to do everything. I am glad to have you as my adik bongsu even sometimes you annoy me everytime when you do lawak hambar, yeah I know you are exactly like a copy of me. So, happy birthday Kamaliyot :* 

Bye, assalamualaikum.

p/s; I suppose to post this entry last night but it was 1 a.m besides btw pencil box 5 tingkat does not exist 

hahahahah last night fav view :pp 

Tuesday 1 December 2015

Tips: Bakal Pelajar Sains Tulen

Hai assalamualaikum,

Lately ni, Ina busy gila gila sebab tolong design kan gambar untuk promotion end year sale instagram adik Ina, @flowery.dot .

Semalam ada anonymous yang berjaya menimbulkan tanda tanya dalam cbox Ina dengan soalan;


Ko tahu, lepas Ina baca benda ni, hidup Ina yang tenang dan aman terus bertukar jadi bimbang & risau akibat daripada 2 ketul message ni. 

This might be the longest journey ever, so Im warning you, if you are not 'bakal budak sains tulen' please change your channel with my other pelik posts. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata orang, bodoh berpada-pada. Result pt3 bukan segala-galanya. 

So, Ina assume hi ni sebagai budak form 3 yang rasa keliru dan buntu untuk pilih aliran mana sebab sebelum ni memang ada beberapa orang blogger yg tanya pendapat Ina tentang aliran. For sure, korang mesti dah tahu result pt3 & of course korang dah hadapi soalan mak cik pak cik lepas korang dapat result. So join your little break and terbang bebas macam burung sebelum menempuh alam form 4 yg memeritkan. 

Dear hi

First sekali hai hi! Haha! Ina ambil aliran sains tulen. & subjek elektif Ina ialah Fizik, Kimia, Biology dan Add Math. 

Ina mulakan form 4 Ina dengan tinggalkan kelas selama 3 bulan beb iaitu daripada bulan February sampai May. Kronologi dia kat sini -> KamBek

Tu diaaa hasilnya!! (tak yah nk gempak sgt)
Ni berdasarkan kisah benar. Result Ina time UB1

Haaaa kata orang dont judge a book by its cover. Yang kosong tu bukan sebab bodoh sangat, tapi bodoh lah jugak sebab sibuk sangat pergi sana sini sampai tak ambil exam. Akak tak riyak dik, ni kene ambik tauladan. 

Ina ada masa 2 minggu je oii nak cover balik kelas 3 bulan. Gila weh gilalalallalalalala

"Woi, kau gila nak cover kelas 3 bulan dalam masa 2 minggu? Kau gila ke?!!"

Nothing is impossible

Tu baru introduction. Dalam post Ina ni, insyaallah Ina akan bagi tahu macam mana Ina tangani masalah yg Ina hadapi. 

Pengenalan bagi subjek elektif

Biology
Biology is science guys. Science is a basic of biology. Bagi sesiapa yg dah menyumpah seranah serta membenci science sebelum ni, anda disarankan berhati-hati. Siapa tak suka science, susah nak suka biology. 

Tips untuk score biology? Memandangkan biology adik beradik science, yang penting korang kene baca, ingat, faham, hafal, buat latihan. Setiap orang ada cara dia tersendiri, so depends on korang. Biology memang senang time mula-mula, tapi behave dengan liku-liku seterusnya. 

Chemistry
Dulu, time dengar kimia je, mesti imagine ahli saintis gabungkan satu cecair dengan satu cecair, dan tak semena-mena "pop!" makmal sains meletup atau rambut hangus ke terbako ke. Tolong padam semua imagination tu adik-adik.

Sesungguhnya, kimia tak sebegitu. Kimia ni bagi Ina dia tersendiri. Lebih kepada sains, tapi still ada kira-kira. Sains dia bukan macam biology. Kimia ni macam kita kaji tentang komposisi jirim. Alaa yang pasal proses pemejalwapan, pembekuan, pendidihan. Haa cenggitu lah. Tapi tu baru bab first

And tak lupa, bina formula. Haaa nanti korang belajar lah semua tu. 

Physics
Fizik ni bagi Ina lebih kepada kira-kira tapi still ada teori. Fizik ni pulak kita kaji tentang cahaya, daya, tekanan. Bab dia ada lima je untuk form 4 tapi masyaallah panjang gila macam 2 juzuk al-quran (kalau tak caye, sudah). 

Additional Mathematic
Haa antara semua ni, pak cik add math ni lah yang paling popular gila suka sangat buat orang gagal. Tak yah pelik kenapa gagal nanti eh. Tu benda biasa. Yang tak biasa, tak gagal. Haa ni yang baca ni mesti ada terniat 

" Halaaa add math tak susah kot. Diyorang fail sebab tak belajar"
-luahan adik junior yg tak amik add mt

Tolong tampar sikit orang macam ni biar dia fikir sejenak. 

Mungkin ada yang ingat add mt ni sama je macam math, cuma bezanya dia ada 'ADD' atau tambahan. 'ADD' bukan sebarang 'ADD'. 'ADD' ni lah mampu merantai korang dapat 8A 1G. Kan seram tu dengar. 

Ropeah tak salah ;') 

How I prevent?

Tak senang weh nak berjaya ni. Orang yang tengah bagi tips ni pun belum berjaya lagi. Tah macam mana spm next year. 

1. Your teacher is your bestfriend

Please jangan berat mulut kalau nak tanya apa-apa kalau korang tak faham even seketul perkataan dalam buku. Tanya cikgu. Kalau korang ni jenis yang tersipu malu bak daun semalu, its okay, jumpa cikgu lepas kelas. Tak pernah lg keluar kes cikgu makan student weh, tanya cikgu. Tak de award pun jadi gadis melayu terakhir 

2. Jangan study last minute

Adakah anda seorang procrascinator? Jika ye, maka janganlah. Jangan harap sempat nak belajar semua bab dalam masa satu malam. Akibatnya? Haaa amik eye bag sekilo kat mata time jawab exam. Buat schedule khas untuk korang belajar. Jangan buat je, tapi ikut schedulu tu. Trust me, study last minute SANGAT SANGAT SANGAT BAHAYA.

Pernah dengar budak mati sebab dia tak cukup tidur & stress time malam before exam? Lepas dia balik amik exam time tengahari, mak dia tengok dia dah meninggal. So, tolong avoid study last minute ni. 

3. Fokus dalam kelas

Fokus dalam kelas beb. Jangan duk usya makwe dalam kelas kenyit-kenyit mata. Ke nak usya makwe lalu tepi kelas mana tahu ada yg berkenan. Fokus dalam kelas penting sebab ni basic umpama tiang. Tanpa tiang, runtuh lah rumah. huhu teruknya ayat akuu kahkah

4. Abaikan kata-kata syaitan yg menghasutmu untuk buat benda yg lagha anak-anak

Syaitan ni banyak jenis, kengkadang dia ajak korang duk pi lepak kat restoran sampai 5,6 jam sampai korang lupa yg korang exam. Haaa tak nak ah sebut kang nanti kecik hati 

5. Baca, faham, ingat, buat latihan. 

6. Pi kelas tuisyen

Trust me, kelas tuition sangat sangat membantu. Lebih-lebih lagi kalau add mt. 

Trust me, ni hasil daripada tuition class & cikgu tuition yg best!! 

Bangga gila woi even C+ huhu lg satu nak B T-T alhamdulillah alhamdulillah. Tp still x leh beat budak cina pandai gila tu, 80 kot ;'( 

7. Suka setiap subject. 
Tolong lahirkan rasa dirasuk hantu time cikgu bagi kuiz mengejut or time jawab pape soalan. Lumba untuk dapat betul semua. Biar orang kata kau gila. 

8. Yg paling penting. Hubungan dengan Allah sentiasa jaga. Jangan dongak kepala lepas dapat kejayaan sebab kita tiada apa kalau nak dibandingkan Allah Yang Maha Esa. Jangan lupa doa! ;) 

9. Lahirkan semangat suka gila belajar

10. Rapat dengan ahli cendekiawan cerdik pandai dalam kelas. 

Yeah, panjang gila entry ni. Siapa yang berjaya entry ni sampai habis, tolong angkat tangan!

Semoga entry ni membantu adik-adik semua ye ;) 

Bye, assalamualaikum .


p/s; wish me luck for spm next year! :*

Saturday 14 November 2015

Tak Sia-sia Aku Jadi Blogger Merepek

Hai assalamualaikum,

A big thanks to Izzat Azhar for making me smile from ear to ear for choosing my blog as one of the winner of November Blog Award. Actually, memang mengharap sangat nak menang award ni, even rasa macam harapan tu kabur dan samar-samar memandangkan 52 blogger yang hebat-hebat belaka dan ada pulak tersentil blogger merepek macam Ina dalam contest ni. Alhamdulillah.

Terima kasih 'abang' Izzat (sebagai tanda hormat ok) sebab pertama kali Ina rasa bangga jadi blogger merepek kahkahkah.

Ni lah antara kata-kata pujangga abang Izzat untuk blog ni ;



3) Sabrina

As untuk adik ni pulak, pun pink jugak blog dia ni. Kenapa pink dik? Kenapa? Hahaha takde la gurau je, you punya blog suka hati you lah kan nak warna apa. Keep t up girl ngehngeh

Blog dia pun simple mimple no pimple je. Loading pun sekejap je, tu yang paling aku suka. Ye lah kan kau nak blogwalking blog orang tapi ha berjanggut tunggu loading blog. Memang tak la.

Adik sab ni mostly banyak merepek je dalam blog dia haha! Merepek same level dengan aku jugak la. Which is a good thing kan? Kan?! Takpe kalau diorang kata kita merepek tak best, chill dik. Teruskan je. kau merepek aku merepek pastu kita sama sama gelak sokong satu sama lain, haha! We debest! #merepekpeoplerules!

Sumpah aku still distracted dengan warna pink blog dia ni. Haha!

Cara penulisan dia pun best. Takda lah bahasa melayu sangat. Takda ah format karangan A+ sangat. Senang cerita, tak skema lah. Lawak pun hambar hambar je, takpe dik I support you, #Supportmember

Yang hebatnya dik sab ni umur baru 16, tahun depan SPM woi! Hahaha saje bagi tekanan sikit ngehngeh. 16 tahun pun dah berjaya dalam dunia blogging. Aku masa 16 tahun duk main hiatus hiatus lagi dengan blog, SPM punya pasal kateko.





Hahaha Ina still tak boleh move on dengan kata-kata abang Izzat ni. Dah dekat 10 kali dah baca. Tak tahu rasa nak happy ke nak marah hahaha

Yang bab rasa distracted dengan warna pink pulak, Ina sebenarnya saje je tukar design blog jadi pink gila punya pink sebab saje nak kasi bang jat ni rasa lagi distracted gila dan serabut dengan blog ni. Kalau boleh nak kasi dia lemas sambil baca entry ni. Haha padan muka. Kalau dia baca lah. Perempuan bang, pink menunjukkan keayuan :p ( Ya Allah, Sabrina ke yg cakap ni. Geli )

Last but not least, kata-kata penutup dari bang jat ni berjaya menusuk ke kalbu lah senang cite. Ye, ye. Tahun depan Ina hiatus. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa Ina tak update blog langsung next year, tolong eh cari Izzat Azhar. Dia buat.

Terima kasih la bang jat sebab promote blog Ina. Rasa nak nangis sebab gembira sangat sebab berjaya mencuit hati bang jat. Ni tak tipu. Ina sampai kejutkan walid dari tidur then cerita award ni.

 So, anyone who interested with bang jat, or teringin nak kenal dengan dia, boleh follow bang jat kat sini. Dia jenis sempoi gila. Entry bang jat semuanya best, kelakar & pecah perut (ina serious). Siapa yang rasa sunyi & tak dak teman boleh pergi blog dia, confirm hati rasa terisi semula. Ina jamin.

Bye, assalamualaikum

p/s: ina rasa bangga gila dan boleh dilabel tahap riyak lah jugak sebab award ni hahaha. 2 tweet Ina update. Gila tak riyak. Rasanya, kalau next time kalau ada blog merepek award, ina nak masuk.

Sunday 8 November 2015

Puberty Hierarchy Of Me

Hai assalamualaikum,

School holidays have started and alhamdulillah I filled my leisure with watching good movies. Like yesterday, I have watched Pilot Cafe, Polis Evo & Jwanita. All these movies were such wowww & thumbs up to Polis Evo for holding my head up high to be as a Malaysian. But today, I was lied by Jelmaan movie for 2 hours, which was the dumbest movie I ever watched (sorry im just trying to be honest). Thank you Nora Danish & Adi Putra in Suami Aku Ustaz for making me fine (;

Tonight, congratulations sabrina because I have got no idea to do & I have been thinking to post something about me which I think it's a little weird. Puberty Hierarchy Of Me. Hahahaha weird right?

So yeah, jeng jeng jeng (theres nothing to be proud of)

Standard 6
Me when I was standard six

Oh my god. I cant believe this is me. Kahkahkah I have to admit that I was really selekeh & selebet. I guess this was the first time I can smile properly because I was holding my upsr result :p  

Form 1
This is just what I got for form 1 
Weirdo

Form 2
When I was form 2 

Masyaallah. Hahhaha sorry for being a real me. Like I called form 2 was zaman rock & roll. This picture proves everything. 

Form 3
My early form 3. Started my second week of form 3 with respiration model.
Why so serious? 

So I ended up my Form 3 with this. An odd smile, hye! 

Form 4

I have 2 faces believe or not right now (form 4) because I was hitted by sunburn teroks caused by kawad teroks berperingkat-peringkat which were sekolah, daerah, negeri & kebangsaan. 

My not latest form 4 taken at May, Hari Guru


Meet my squad & guess where is me? 
Well of course the blackest one

So daaaa. This post is just in case I want to flash back my weirdness so I know where I can find it

Bye, assalamualaikum ! (: 

This is my very first time I write my entry with full english, sorry for the mistakes. Actually, I was challenged by my favourite english teacher, teacher norimah after she knew I had a blog. So teacher, challenge accepted :p 

Tuesday 3 November 2015

Slap yourself, sabrina

Hai assalamualaikum,

Haa amik kau, haaa! haaa! 

Whatcaaaaaaaa!! (lepas geram). Alhamdulillah, selepas sebulan menelaah buku sampai tak loya makan, gastrik *cehh* akhirnya aku kembali menghulurkan salam di sini mwahahahaha. Okay, tuan blog ni gila.

Tapi, serious lah, Ina kene gastrik teruk time exam week sbb doktor kata tak cukup rest. Konon nak tunjuk brtungkus lumus sblm exam, padahal...................... belajar last minute x). Tak de bende yg nk dibanggakan, jangan ikut akak sabrina ni.

Haa korang perasan tak dengan new look blog Ina? Setelah berabad lamanya Ina tak tukar design blog, akhirnya akhirnyaaaaa Ina decide untuk tukar design blog lama yg dah lekang dek panas, dah lapuk dek hujan.

Kali ni, blog Ina bertemakan warna coklat dan pink.
Yeah, pink.
Still pink.
Still.

Ina tak tahu kenapa?!!! Kenapa warna pink ni still jadi pilihan mata Ina. Padahal, Ina dah set mind Ina kata aku nk tukar blog jadi warna orange. Warna komersial. Laki pun tak geli nk tekan (ahahah). Konon nak hipster gituwww. Tapi, haa still. Still.

Still merah jambu. Nak kata ayu? emm hahaha okay muntah hijau guwa. Dah. menyampah orang baca.

 
My reaction after all efforts & sacrifices :') 

Yang paling geli sekali, header lah. Haih Ina spend 3,4 jam untuk perah, bilas otak ni untuk buat header yg gempak. Dan jeng jeng boleh scroll atas, tengok hasil drpd otak Ina. Sebabakusabrina bersama roket berterbangan & burung sebagai rakannya.

Part yang paling Ina suka sekali, part sidebar. Thank you Kak Wanaseoby for the tutorial. ♥♥

Last but not least, benda yang paling penting sekali, setelah dicuit2, dicubit2, & dipaksa dgn kejam oleh adik sendiri, Ina terpaksa lah buat part promoted account. Sesiapa yg berminat, boleh whatsapp laju2 dgn humairock. Benda ni memang laris sgt, permintaan tinggi. Memang tak rugi kalau nk cuba. Harga pun berpatutan. Boleh beli banyak2 untuk mak, ayah, sanak saudara, jiran tetangga & sebagainya.

Okay, tak boleh lama2, esok last peiiiiiperr. Last paper!! Tapi satu hapak pun Ina tak baca lagi dek panggilan blog ni. Wish me luck!

Bye, assalamualaikum.

Lots of love, 
Inaaaaaoo 

*still wondering the relations between my title post & its content

Saturday 11 July 2015

Sebabakusabrina Masuk Berita Harian!

Hai assalamualaikum,

Entry ni patutnya dipublishkan bulan Januari yang lepas. Terima kasih tak terhingga kepada tuan blog sebab rajin sangat, dan alhamdulillah 5 bulan dah berlalu.

Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya selepas kira-kira 2 tahun blogging, blog Ina terpilih untuk masuk Berita Harian *kesat air mata. Sejujurnya, masa zaman newbie dulu, time Ina tengah adore Kak Lyssa Faizureen, jealous tengok Kak Lyssa masuk majalah.

Tak sangka, setelah lama menanti, sampai cita-cita ni Ina dah nak lupa dah, tiba-tiba jeng jeng jeng! Kak Nisa pm Ina... Terima kasih kak!!.. Masa tu, feeling dia, masyaallah rasa nak lompat, jogging, buat marathon keliling rumah! & betul lah, Ina melompat pusing keliling rumah. Bila dah reda, baru Ina reply mesej Kak Nisa sambil berjoget-joget depan laptop.

Tu cerita sebelum masuk paper.

Lepas masuk paper, ummi masukkan kepingan akhbar tu dalam whatsapp group. Paling seram sekali, bila sedara Ina cerita, pak cik Ina siap kata "apa benda yang budak sabrina tu tulis dalam blog? cuba tengok sikit". Gila kau. Pak cik aku nak tengok blog! Seram tak seram.


Okay, tajuk dia memang Ina tak sangka, hahaha. Rasa tak percaya pula Ina ada cakap macam tu :p

p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Ina & yang selalu bagi sokongan kepada Ina sepanjang Ina dalam dunia blogging ♥

Bye, assalamualaikum.

Friday 29 May 2015

KamBek

Hai assalamualaikum,

Its been a long day without you my friend,
And I'll tell you all about it when I see you again, 
We've come a long way before we began, 
Oh I'll tell you all about it when I see you again,
When I see you again.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Its me! Okay, I got a little bit excited to update my blog today. Ya Allah. Can you imagine? Approximately 5 months without blog? I swear, it made me wanna cut myself. And now? I feel awkward & nervous to make an introduction for this post so I decided to put that song haha! Absolutely, I really miss everyone, I wanna read everyone's blog, I wanna leave my footsteps on everyone's blogs! Can I?! Unfortunately, I just have 1 week to do that because after this, I have a lot of programs to fill my holidays. 

So, today, I think I wanna share about my journey from Jan till May. Hehhehe in other word, my personal entry. I warn you, entry ni serabut dgn gambo-gambo 5 bulan.

JANUARY 2015

Ehem! Boleh imagine tak? Lebih kurang 2, 3 minggu sekolah, terus ada merentas desa. & alhamdulillah I got this... 
Hasil daripada atlet semput

FEBRUARY 2015 

February, woww time ni Ina rasa tahun bersejarah sangat. First time Ina join debate. Memang dah lama nak masuk, tahun ni macam mimpi je dapat masuk. Ina jadi pembangkang kedua. Seriously, memang terketaq lutut, jari semua masuk pertandingan ni. 
 
Syafika Mokhtar, pembangkang ketiga. 

MARCH 2015

Yes. Bulan yang paling sibuk sepanjang tahun ni. Sebulan Ina tak masuk kelas. Suka? Gila tak suka. Tak belajar, tapi masyaallah. Penat sangat. 

Awal bulan March, Ina ada Kursus Kenaikan Pangkat KRS Peringkat Daerah.. Alhamdulillah, Ina dapat Staf Sarjan dan terpilih untuk ke peringkat negeri.. 

Sekolah fav kitorang kat sana! SMK Sijangkang ♥ 

 Then, kursus yang paling menggerunkan bagi Ina. Memang dah lama gila tunggu kursus ni, start dari Form 2. Tak dapat nak cerita macam mana rasa berdebarnya time tu, Kursus Kenaikan Pangkat KRS Negeri Selangor.  

Salah satu pengalaman ngeri Ina. Ina masih ingat lagi degupan jantung Ina masa kawad individu. Ya Allah, seriously seram sangat. Alhamdulillah, kursus 4 hari 3 malam ni, membuahkan hasil, Ina dapat pangkat Pegawai Waran 1! Macam mimpi je, ya Allah. Masa malam pengumuman, Ina memang menangis gila time doa, kalau lah ada baldi, boleh separuh rasanya.


 Beautiful scene from Taman Millenium ♥ 

 Tengok lah perosak yg minum air tu -_- 
Yeay! Tahniah Tengku, Nasuha & Yana sebab dapat PW1 juga!

 
♥♥♥ 

Lepas balik kem, Ina ada join Pesta Pantun. Haih tapi tak de gambar pula. Tapi seriously, pantun salah satu pertandingan yg Ina minat. Insyaallah, tahun depan nak cuba lagi.

Next is, Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah! Alhamdulillah, walaupun kitorang hilang takhta juara tahun ni, kitorang dapat nombor 2.. Sedih tu ada lah sikit, sebab sejak Ina masuk krs dr form 1, kitorang tak pernah kalah. Tahun ni tak de rezeki kot.. Tak pe kitorang dah usaha, Allah yg menentukan. Ada hikmah di sebaliknya. 

Junior comel ♥ 


 Yeay! An exhilarating moment dgn ex ketua platun! ♥ 

APRIL 2015

Bulan yang tak tercungap-cungap sangat. At least, boleh lah duduk berehat kejap, tarik nafas. 

 
First, KASTEK (Karnival Sains & Teknologi), Ina masuk solar car. 

 Second, Perkhemahan KRS peringkat Kebangsaan. Guess what?! Dekat Kuantan! Dapat lah free trip dengan kawan baru se-daerah melancong. 

 Latihan pusat punya dorm. 3 hari duduk kat SMKA Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih SMKAKB ♥♥ 
Gambar mahal ni ^^ 
 Yeay! Kawan baru. Hai Atikah & Maharani dari Klang, 
& Bella dari Sepang. Rindu korang T-T

 Kontinjen Selangor @ Teluk Cempedak ♥ 



 Last day dgn diyorang. Hari paling banyak pertumpahan air mata

 Nah la sebijik gambar Ina dgn Cenails.

MAY 2015

Bulan yang sangat tenang tapi otak yang kecundang! Bulan exam. Amik kau jah, dah sebulan lebih tak sekolah, tiba2 masuk sekolah, exam terus. Padan muka siapa suruh berjimba kat kem lama2. Yeah, bulan yang struggle (sikit je sbb mood exam 20% mood camp 80%) 

First, I was in a great shock when I received this .... ♥
Alhamdulillah, hasil pt3. 

Yeayyyy alhamdulillah untuk semua kenangan yg terindah tahun ni. 

Pasal exam? HahahahhaAHAHAHAAHAHAHA I didnt promise anything but I did my best. Dah habis dah exam :p 

Okay the conclusion of the story is......... Lepas semua kem yg ku kembarai, aku telah menempuhi satu alam yg penuh berliku. Alam ejekan di mana aku dicaci kerana hitam sprti nigga. Tak kira di mana aku berada. Di sekolah, di kedai, di rumah sedara, meskipun di rumah ku sendiri. Orang rumah kata saya hitam. 

Even its hurt, I overcome it with sit back & pamper myself. Every achievements have their own sacrifices right? (ayat bajet gila. tapi perlukan masa berjam utk fikir) 

And as a result, here, my nigga photo.. 

allow me to introduce, fresh nigga from camp (emoticon bintang) ;
Selepas bedak yg bertan, secalit lipstick, inilah hasilnya... Wahhh.. 
Cepat! Tutup mata skrg! Gambar atas ni berhantu. 

Yang hitam tak selamanya hitam,
Yang putih tak selamanya putih, 
Yang jernih tak selamanya jernih,
Yang keruh tak selamanya keruh,
Yang berkeladak tak selamanya berkeladak, 
Okay stop! 

Selepas 1 bulan;
Muka bajett, kau ingat kau  model Qu Puteh ke haaa?!!  :p 
Kite dgn adik angkat kita :') 

Bye, assalamualaikum. A lot of pardon for this longgggggggg posts. 
Actually, I have suprise. But.............. hold on for next post okay ;)