Showing posts with label #giveaway. Show all posts
Showing posts with label #giveaway. Show all posts

Friday, 27 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

Hai assalamualaikum, 
Berketaq lutut dan jejari Ina untuk taip entry ni sebab pemilihan berdasarkan entry paling menarik. Menarik? Hm Ina cuba yang terbaik. 
Ina rasa cerita yang paling menarik gila bagi Ina untuk giveaway ni ialah throwback masa kali pertama Ina menjejakkan kaki untuk kali pertama di blog akak Zyraroxx. 
Umum mengetahui (cewah)  bahawa Ina ni merupakan tangan kayu yang cuba untuk tidak meng'kayu'kan tangan Ina dengan menyelitkan gambar-gambar yang tak berapa doodle di dalam entry Ina. Contoh macam entry keras ni, ini , dan ini. Yang Ina mampu hanya lukis orang lidi walaupun skrg dah nak tingkatan 5 dah. Sepenjang tingkatan 1 hingga 3 kira cikgu pendidikan seni akan cop muka Ina sebagai blacklist orang tak pandai lukis. 
Kalau ada anugerah pelajar paling kayu, Ina rasa Ina orang yang paling layak untuk terima anugerah tu.  
Sorry introduction menyayat hati tapi ni berdasarkan kisah benar lagi asli dan dapat dibuktikan kesahihannya dengan result pendidikan seni yang setiap kali exam dapat D. 
Ina melangkah masuk blog akak Zyraroxx untuk kali pertama masa last year. Ina boleh dikategorikan sebagai taksub gila dengan design blog akak Zyraroxx. Tengok header pun dah tahu orang pandai lukis. Belum lagi dengan sidebar. Kira setiap inci yang ada dalam blog kak Zyraroxx merupakan satu hasil seni yang dahsyat untuk Ina.

Bukan je pandai lukis, tapi cara penyampaian kak Zyraroxx dalam entry pun tak mengecewakan. Jelas yang kak Zyraroxx seorang yang sempoi dan kelakar yang bagi Ina satu perwatakan yang menarik yang ada dalam diri seorang blogger. So, Ina jadikan kak Zyraroxx sebagai idola Ina. 
So, untuk menyemarakkan lagi giveaway, berangan la nak buat doodle khas untuk giveaway ni. 
Hahahahhaha sorry rupa macam hantu raya. 



Melukis bukan suatu benda yang mudah. Ada orang kata melukis me'release' kan tension, tapi disebabkan Ina tangan kayu, dia jadi meng'increase'kan tension. 

Orang gila lukis


Ina spent time 2 jam untuk lukis hantu-hantu raya ni. Takpe, demi komik, akan ku gagahkan jua. Please wish me luck ;)) 

I wish all the best to all the participants. Good luck! ♥