Tuesday 23 December 2014

Result Pt3

Hai assalamualaikum,

Seperti yang semua tahu, semalam pelajar yang telah menduduki PT3 mengambil keputusan PT3. Rasanya, agak terlambat ke Ina nak update tentang keputusan result Ina? Okay, untuk yang masih tak tahu, Ina salah seorang daripada pelajar yang menduduki PT3.

Alhamdulillah. Seorang murid daripada sekolah Ina, iaitu SMK Telok Panglima Garang berjaya mendapat straight A iaitu 10A dalam PT3! Yeay! Walaupun kitorang bukan sekolah sains ;pp. Tahniah Tarshaleni Mohandren!! (Tarshaleni ni duduk sebelah Ina je masa ambil PT3 :p)

Mungkin korang tertanya-tanyakan apa keputusan Ina? Hehehehehehhehehe alhamdulillah Ina dapat 7A dalam PT3. Mula-mula rasa sedih juga tapi bila Ummi pujuk, Ina dah okay dah. Lepastu, bila tengok kawan-kawan, rupanya tak ramai yang dapat 7A ke atas.


Antara komen di Twitter mengenai PT3:




Honestly, Ina memang marah sangat sangat sangat + geram kepada sesetengah orang yang memperlekehkan PT3 ni. Kata PT3 senang. Tolonglah. Korang tak rasa apa yang kitorang rasa. Soalannya memang betul-betul berbeza daripada PMR. Walaupun macam tu, Ina rasa batch 99 tak patut kutuk PMR.

Benda dah lepas. Nak kecoh pun buat apa kan. Nak marah, bukannya boleh ubah result kita jadi straight A pun. Yang penting untuk SPM nanti. Tapi, kalau SPM pun ditukar, hm entah lah nak.

Tahniah kepada semua yang telah menduduki PT3!! Tak kira sama ada blogger, orang biasa mahupun pembaca dan penyinggah. Tahniah! :)))

Tahniah!
Adam Faiz- 7A (yeay tahniah adam!)
Nur Farizah-6A ( tahniah ija!) 
Hafiz-5A ( hafiz ni newbie. jom singgah blog hafiz :) )
Hazim poyo gediks + Ultraman bajip yang baik


Special Thank You
Thank you ummi yang tak pernah berhenti berdoa untuk Ina siang malam masa Ina tengah ambil pt3. Walid yang selalu bagi semangat untuk Ina especially time Ina patah semangat nak ambil exam BI and SN dalam hari yang sama. Wan yang selalu doakan Ina dan sembahyang hajat untuk cucu2 wan yang ambil pt3. Terima kasih semua cikgu TPG yang telah mengajar Ina. Cikgu Hamidah, Cikgu Aliyah, Teacher Che Maziah, Cikgu Noraini Asis (mesti saya akan rindu cikgu lepas cikgu bersara :'( ), Ustazah Zainon, Ustazah Mariah, Ustazah Faridah, Cikgu Rohaya, Cikgu Hafizah, Cikgu Suzila, Cikgu Sheila, Tuan Nordin dan semua yang pernah ajar Ina! Terima kasih cikgu. ♥♥ 

belum habis lagi (part kawan)

Terima kasih Gobi my bae yang selalu ajar saya English. Terima kasih Haziq yang banyak songel tapi selalu teman aku dekat library study sesama sampai petang. Terima kasih Aisyah Najihah yang teman aku sampai aku last ambil paper arab. Even esoknya kau tak de paper, kau still teman aku. Terima kasih Leya yang selalu kongsi ilmu sesama & temankan aku dekat library. Terima kasih sahabat2 di library. 

Terima kasih Ija yang selalu layan kerenah aku even aku tergedik gedik, tergedik gedik kat sebelah kau. Tahun depan kita duduk sesama lagi k. Terima kasih cendekiawan2 yang berjaya yang selalu ajar aku even aku ni otak kengkadang masuk air, lambat tangkap ; Syida Baharim (mt, sn) , Abe (mt) , Mole (mt) , Ipan (mt) , Aiman (mt, sn) , Amirul Amir (bi, mt) , Awin (mt)). Terima kasih semua 3KAA! Sentul, Bal, Tika, Pika, Hani, Nauwar, Iman keding, Hasram, Aniq taiko, Ain, Syida, Ayu, Nisa, Najiha, Chok-yu, Mariam, Cek Piya, Izzah baik! , Sally cute, Husnul comel, Wan, Haziq PA, Fakhrushy, Mosh, Nis Zahidah, Farah & Nadia. Btw tahniah untuk korang semua!

Bye, assalamualaikum.

p/s : Terima kasih wish untuk Ina sebelum Ina ambil result ♥♥ 


Thursday 18 December 2014

Soalan Makcik Pakcik Lepas Aku Dapat Result

Hai assalamualaikum,

Seperti yang korang semua tahu, (kalau tak tahu, meh sini, Ina bagi tahu) 22/12 nanti, iaitu lebih kurang 3 hari daripada sekarang, pelajar tingkatan 3 akan dapat keputusan pt3. Yihhhaa!!! Okay. Berita buruknya, Ina salah seorang daripada mereka.

So, hari ni, tak nak lah cerita berdebaq jantung tu macam mana, jantung nak tercabut ke, menggigil ke. Benda tu memang typical kan kalau nak ambil result. Sekarang, benda yang Ina nak cerita, benda typical jugak. Cuma lain sikit. Soalan Pakcik Makcik Lepas Ina Dapat Result.

Berdasarkan pengalaman UPSR, soalan femes fofular dan cipumas lepas dapat result;

1) Dapat berapa A ?

* baru je jejak kaki masuk ke rumah lepas balik sekolah ambil result *
* Teng tereng tet -bunyi phone *
Makcik : Ha, Kiah. Anak kau dapat berapa A? 
Kiah : Anak aku dapat __ je. 
Makcik: Oh okay lah tu. Anak aku pulak dapat straight A. Hm suruh lah anak kau study hard sikit baru boleh jadi macam anak aku. Bijak lagi sana. 
Kiah : -Tettt-
Makcik: Hello, kiah. Hello?? 

Padan muka makcik ni. 

Bukan setakat dalam phone je. Kalau korang tengah ada event keluarga ke apa, asal ada muka kau je, dapat berapa A? Asal ada muka kau je, dapat berapa A. Terasa seolah kat dahi kau ada tampal 'SAYA LAH PT3 CANDIDATE. TANYALAH SAYA DAPAT BERAPA A'

Sedih? sedih. 

2) Tak Mohon Sbp? Mrsm ke? 

Dulu cita-cita memang nak jadi student sbp atau mrsm. So, adalah pakcik ni. Dia tanya Ina. 

Pakcik : Darjah berapa dik?
Ina : Darjah 6.
Pakcik : Lahh ambil UPSR rupanya kau ye. 
Ina : Ye, pakcik. 
Pakcik : Dapat berapa A?
Ina : 5A *sengih lagak kerang busuk
Pakcik : Tak minta mana-mana ke?
Ina : Ada. Saya minta sms banting
Pakcik : Lahhh ada mintak situ. Pakcik ni duduk dekat Raub, Pahang. Kenapa tak mintak kat situ? Kat sana, pemandangan memang best. Kalau kau sekolah sana, boleh lah balik rumah pakcik, duduk sana. 
Ina : Hehe, ye ke pakcik. Dah hantar dah permohonan.
Pakcik : Rugi nak, rugi. 
*pakcik tu pun teruskan lah kelebihan bersekolah di Pahang sana* 

Pakcik, pakcik. Bukan nak kata apa. Saya ni tinggal dekat Selangor. Pakcik ajak saya sekolah dekat Pahang nunn jauh sana. Saya terharu pakcik ajak saya tinggal rumah pakcik. Terima kasih. Tapi masalahnya, saya baru kenal pakcik 5 minit, pakcik dah suruh saya tumpang rumah pak cik. T-T

3) Amik aliran apa? 

Belum dapat result lagi, tapi dah ada beberapa makhluk dah tanya soalan ni. 

Aliran Sains Tulen
Kassim: Eh, kau tahun depan form 4 kan?
Ina: Haah. 
Kassim: Kau nak ambil aliran apa? 
Ina: Insyaallah Sains Tulen.
Kassim: Kau sure? Sains Tulen tu susah gila tahap gaban. Lepastu ada kawan aku yang ambil, ada yang kata tak boleh bawak time exam. Kusut je kepala. Kau boleh ke bawak Sains Tulen? Boleh ke? Booooooleh kekekekekeke?

Prinsip Akaun 




APAK
(Asuhan Kanak-kanak)

So, conclusion dia, setiap aliran ke apa, ada cabaran dia. Tak kira lah, Sains Tulen ke, Prinsip Akaun ke. Ina ada dengar advice akak ni, akak tu kata "Yang penting ambil aliran yang kita betul-betul minat. Jangan ikut kawan. (Ikut kawan, binasa jadinya.) Kalau boleh, prepare dari form 4".

Kepada semua batch 99,
Semoga kita semua dapat result yang baik. Aminn.

Bye, assalamualaikum ;) 
-cerita atas ni ada yg reka, ada yang benar-okbyeyeye

p/s: nak mintak tolong komen dekat entry
Giveaway Kusarah ^^ Thank you ;) 

Sunday 14 December 2014

Jalan-jalan i-City : Water World, Trick Art Museum & Snowalk

Hai assalamualaikum,

Pernah teringin pergi i-City? i-City memang sememangnya tempat yang sesuai untuk kita luangkan masa dengan keluarga! Semalam ina baru pergi i-City dan wow ina memang falling in love dengan pemandangan, suasana, & tempat dia.

Ina pun tak nak taip panjang sebab Ina tahu korang malas baca kalau Ina cerita :p Jadi, ina bagi gambar je.

Water World @ i-City

Tips;
1. Jangan bawa makanan sebab sia-sia je. Nanti makanan yang korang bawa akan disimpan sebelum masuk water world.
2. Strictly no jeans, nanti banyak permainan yang tak boleh main kat sana. Elok pakai tracksuit.
3. Lebih afdhal jangan pakai tudung bawal sebab nanti bila kena air, tudung kita dah jadi senget-senget. Nampak selebet je. Elok pakai tudung sarung ^^



https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t34.0-12/10822686_848448711886728_4360224_n.jpg?oh=5dd6f462ef18da78ea45677bed59c427&oe=557BD08E&__gda__=1434178681_dc89b3693a155ab661300c7a6608e9be


Trick Art Museum @ i-City
Yeayyy tempat favourite Ina!!

Tips;
1. Charge phone 100% ! Jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar dekat sana.
2. Pedulikan mata-mata yang akan pandang korang bila korang tengah buat aksi pelik! Yang penting hasil gambar tu, nak real.
3. Jangan miss satu lukisan pun. Seriously, memang rugi.











Snowalk @ i-City

Tips;
1. Pakai baju tebal-setebal-tebalnya. 
2. Jangan sesekali pakai seluar pendek. Memang menempah maut lah.
3. Pakai kasut yang tapaknya tak licin. Haaa, nanti tak pasal-pasal ada yang tersadai dekat atas lantai. 4. Jangan pakai selipar!! 
5. Kalau nak jimat duit, bawa lah glove sendiri. Dekat dalam sana, glove memang penting untuk elak tangan korang rasa kena potong. 
6. Berlatih diri untuk jadi tabah. Bila sejuk dekat dalam tu, korang nak tangkap gambar selfie pun fikir berjuta kali. 

Ada yang tanya; 
Sejuk sangat ke snowalk tu? 
Let me tell you bro. Kat dalam sana, memang sejuk gila. 
Ye lah, sejuk macam mana? 
Sejuk yang kau pun tak pernah bayangkan. Kau dah tak dapat rasa tangan kau. Sampai bila kau pegang hidung kau, kau rasa kau dah tak de hidung. Nak cakap huruf 'B' pun kau menggeletar.

Boleh mati tak dalam tu? 
Alhamdulillah, aku masuk dengan adik-adik aku dalam tu. Empat-empat masih bernyawa masa keluar.




Yeay yeay yeayyyy. Ina ada something nak bagi korang semua as buah tangan Ina dari i-City!! Jeng jeng jeng!! 


Nampak tak siapa? Meh Ina zoom sikit;


ENCIK MIMPI!!!! INA JUMPA ENCIK MIMPI!!

Ya Allah, masa ina nampak Encik Mimpi tu, nak je Ina jerit ;

Abang Mimpi! Abang Mimpi! Abang Mimpi! 
Encik Mimpi: Perempuan gedik mana panggil aku abang ni?

Alhamdulillah, iman dalam diri ni masih bertahan. Dapat pandang dari jauh je. Masa tu, memang terpaku gila tak tahu nak kata apa nampak Encik Mimpi T-T Jantung dup dap dup dap. Kalaulah boleh jumpa sekali lagi, nak tangkap gambar dengan Encik Mimpi :'(

Siapa yang tak tahu nak pergi mana nak bercuti dengan keluarga cuti sekolah ni, Ina sarankan pergilah i-City. Dekat sini, banyak lagi tempat yang menarik yang patut korang cuba. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bercuti dengan keluarga! Jom pergi i-City!

Bye, assalamualaikum. 

p/s : Please pray for me. 9 days left before PT3 result