Showing posts with label #holiday. Show all posts
Showing posts with label #holiday. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Percutian Paling Pelik

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik Ina ke Pahang berjalan dengan lancar & selamat. Nasib tak de banjir teruk masa pergi dan balik. Kalau tak, Ina belum ada kat sini lagi.  Pengalaman dekat Pahang memang best sangat, bila dapat berkumpul dengan sedara-mara, jiran tetangga. Tapi satu je, Ina demam teruk kat sana. T-T

"Orang sibuk bersuka ria awak sibuk demam." -Wan

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ni, Ina demam ni pun, ada hikmahnya tau"-Abg Lang. 

Apa-apa pun, percutian ke Pahang memang Ina akan ingat sampai bila-bila. Dengan keadaan Ina yang sarat demam macam nak pengsan, hingus duk tak habis meleleh, tekak punya lah pedih sampai nak telan sebutir nasi pun rasa nak nangis. Demam yang paling teruk dalam hidup Ina.

Hari pertama pelik. 
Berkumpul di rumah Pak Teh. Paling sedih sebab dengan keadaan Ina yang tak bermaya masa tu, nak pulak air cond dalam kereta lepastu terpaksa pulak menempuh hujan sepanjang perjalanan.


Hari Kedua Pelik
Yeay! Ini lah tujuan sebenar Ina pergi Pahang. Abang Long Ina kahwin aka Abang Farhan. Tahniah Abg Long & Kak Hamira! ♥♥ 



Hari Kedua Pelik (tengahari) Paling Penat & Best
Ni part paling best! Cuba teka kitorang pergi mana?!!!! Kitorang pergi Bukit Gambang Resort City!! Ini merupakan kali pertama kaki Ina jejak kat sini & wowowowwww memang kagum gila dengan tempat ni. Ada banyak tempat menarik dekat sini, antaranya Safari Park & Water  Park. 

Disebabkan masa yang suntuk, kitorang cuma melawat Safari Park je. "SAFARI PARK JE". Dengar je, "JE" Tapi!!!! Masyaallah punya lah penat tahap kaki nak tercabut dua. Bayangkan lah, punya penat berjalan sampai demam Ina pun hilang! 

Price; 
Kanak-kanak: RM28
Dewasa: RM38 (kalau tak silap)

Antara haiwan menarik;
White Lion King, Malayan Tiger, Kangaro,  dan lain-lain

 
Yeay! Dalam tram

 
Selamat Datang ke Taman Burung !



Muka macho, hensem tapi siapa tahu, dia takut dengan burung. 

4 orang secret admirer kat kerbau

4 orang suka unta

Unta comel

 Saya pencinta burung. Burung pun cinta akan saya hehehe
Bahagiaaaa


Hari Ketiga Paling Pelik
Hari sepatutnya kitorang semua balik. Tapi tiba-tiba dapat surat cinta daripada pihak hotel yang mengatakan semua jalan di Pahang ditutup. Sedih gila masa tu sebab kena lah menahan diri kat sana lagi sehari tanpa arah tujuan.

Hari yang dipenuhi dengan kemalasan kuasa penuh bersama air liur basi sebaldi. 

Zombi zombi yang bertempiaran

 Hehe ni ingat lagi tak dengan budak tiga orang yang tak mandi haritu.

Gambar paling bajet sekali dekat tangga

Hari Keempat Paling Pelik
Yihhhhhhaaaa hari ni balik. Tak tergambar betapa gembiranya masa tu sebab boleh balik. Dah rindu rumah dah ni sebenarnya T-T 

Disebabkan nak elakkan diri daripada bertembung dengan banjir, terpaksa lah kitorang bangun selepas solat subuh dan terus berangkat. Pagi tu pulak hujan. Haih sejuk sangat. 

Byeeee!!!! 

Masa balik, dapat whatsapp daripada family kitorang yang lain, jambatan yang kitorang lalu masa otw Pahang, dah banjir. Ya Allah, sekejap je. 


Alhamdulillah, selesai dah percutian paling pelik yang pernah Ina alami. Sebab tu lah, percutian ni jadi percutian paling pelik. Walaupun banyak lah dugaannya satu persatu yg kena tempuh, tapi, dapat lah se- lori kegembiraan & senyuman yang dapat Ina bawa balik sebagai memori masam manis 2014. 

Nah sekeping gambar kenangan hehehehe muka demam ni.





Bye, assalamualaikum.
p/s : Pray For Mangsa Banjir

Sunday, 14 December 2014

Jalan-jalan i-City : Water World, Trick Art Museum & Snowalk

Hai assalamualaikum,

Pernah teringin pergi i-City? i-City memang sememangnya tempat yang sesuai untuk kita luangkan masa dengan keluarga! Semalam ina baru pergi i-City dan wow ina memang falling in love dengan pemandangan, suasana, & tempat dia.

Ina pun tak nak taip panjang sebab Ina tahu korang malas baca kalau Ina cerita :p Jadi, ina bagi gambar je.

Water World @ i-City

Tips;
1. Jangan bawa makanan sebab sia-sia je. Nanti makanan yang korang bawa akan disimpan sebelum masuk water world.
2. Strictly no jeans, nanti banyak permainan yang tak boleh main kat sana. Elok pakai tracksuit.
3. Lebih afdhal jangan pakai tudung bawal sebab nanti bila kena air, tudung kita dah jadi senget-senget. Nampak selebet je. Elok pakai tudung sarung ^^



https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t34.0-12/10822686_848448711886728_4360224_n.jpg?oh=5dd6f462ef18da78ea45677bed59c427&oe=557BD08E&__gda__=1434178681_dc89b3693a155ab661300c7a6608e9be


Trick Art Museum @ i-City
Yeayyy tempat favourite Ina!!

Tips;
1. Charge phone 100% ! Jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar dekat sana.
2. Pedulikan mata-mata yang akan pandang korang bila korang tengah buat aksi pelik! Yang penting hasil gambar tu, nak real.
3. Jangan miss satu lukisan pun. Seriously, memang rugi.











Snowalk @ i-City

Tips;
1. Pakai baju tebal-setebal-tebalnya. 
2. Jangan sesekali pakai seluar pendek. Memang menempah maut lah.
3. Pakai kasut yang tapaknya tak licin. Haaa, nanti tak pasal-pasal ada yang tersadai dekat atas lantai. 4. Jangan pakai selipar!! 
5. Kalau nak jimat duit, bawa lah glove sendiri. Dekat dalam sana, glove memang penting untuk elak tangan korang rasa kena potong. 
6. Berlatih diri untuk jadi tabah. Bila sejuk dekat dalam tu, korang nak tangkap gambar selfie pun fikir berjuta kali. 

Ada yang tanya; 
Sejuk sangat ke snowalk tu? 
Let me tell you bro. Kat dalam sana, memang sejuk gila. 
Ye lah, sejuk macam mana? 
Sejuk yang kau pun tak pernah bayangkan. Kau dah tak dapat rasa tangan kau. Sampai bila kau pegang hidung kau, kau rasa kau dah tak de hidung. Nak cakap huruf 'B' pun kau menggeletar.

Boleh mati tak dalam tu? 
Alhamdulillah, aku masuk dengan adik-adik aku dalam tu. Empat-empat masih bernyawa masa keluar.




Yeay yeay yeayyyy. Ina ada something nak bagi korang semua as buah tangan Ina dari i-City!! Jeng jeng jeng!! 


Nampak tak siapa? Meh Ina zoom sikit;


ENCIK MIMPI!!!! INA JUMPA ENCIK MIMPI!!

Ya Allah, masa ina nampak Encik Mimpi tu, nak je Ina jerit ;

Abang Mimpi! Abang Mimpi! Abang Mimpi! 
Encik Mimpi: Perempuan gedik mana panggil aku abang ni?

Alhamdulillah, iman dalam diri ni masih bertahan. Dapat pandang dari jauh je. Masa tu, memang terpaku gila tak tahu nak kata apa nampak Encik Mimpi T-T Jantung dup dap dup dap. Kalaulah boleh jumpa sekali lagi, nak tangkap gambar dengan Encik Mimpi :'(

Siapa yang tak tahu nak pergi mana nak bercuti dengan keluarga cuti sekolah ni, Ina sarankan pergilah i-City. Dekat sini, banyak lagi tempat yang menarik yang patut korang cuba. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bercuti dengan keluarga! Jom pergi i-City!

Bye, assalamualaikum. 

p/s : Please pray for me. 9 days left before PT3 result