Showing posts with label #raya. Show all posts
Showing posts with label #raya. Show all posts

Wednesday, 15 July 2015

Rant On Lagu Raya

Hai assalamualaikum,



Kehangatan Syawal semakin terasa. Tup tap tup tap, tinggal lebih kurang sehari lagi kita puasa. Rindu Ramadhan tu pasti. Mana taknya, datang setahun sekali. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni ajar Ina banyak perkara. Siapa kawan, siapa lawan, siapa sahabat, siapa materialistic, siapa suka buat benda baik, siapa suka buat benda jahat, kawan mana yg akan pimpim Ina ke syurga, kawan mana yg bawa Ina kepada kehancuran, kawan mana yg stay tak gerak2. Fuhhh sekolah menengah ni banyak ajar Ina tntg kawan.

Berbaju Melayu abang ketaq,
Jgnlah senyum, gugur iman saye,
Puasa penuh ke tak?
Sebab kita dah nak rayee
 
Ceh pandai gak aku buat pickupline :p 

Yeay!

Dah jadi typical, kalau hujung bulan Ramadhan ni, radio2 mesti dendangkan lagu2 raya yang semestinya memikat hati semua orang, then macam ada benda yg push perasaan kita kata "tak sabarnya nak raya!". Hm mana tak nya, kalau pergi mall/kedai beli baju raya, kalau boleh, semua pasang lagu raya. Tak pelik kalau nampak budak2 kecik mesti joget2 dengar, & pak cik mak cik termasuk Ina pun mesti nyanyi sama2 lagu tu. Kalau ada kedai karaoke lagu raya, confirm mesti full punya! 

So, nak cerita pasal lagu raya ni, ada beberapa lagu raya yang tersemat dalam hati Ina, kira lagu favourite Ina lah.

Lagu first, lagu paling legend bagi Ina, lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain. Legend sampai kalau main nyanyi2 rasa pelik kalau orang tak tahu lagu ni. No wonder, sebab masa Ina sekolah rendah lagi cikgu muzik Ina dah ajar lagu ni. Dengar je, muzik intro dia, tet teret tet tetetretetteet (bayangkan melodi lagu tu) mesti rasa aip aip nak joget. Pelik-pelik. 

Second, lagu Satu Hari Di Hari Raya drpd M. Nasir. Kalau kita hayati lagu ni, betul2 sebenarnya lirik dia sedih sangat & menyentuh hati. Walid kata, kalau walid dengar mesti rasa sebak even lagu ni rancak sikit.. & part kelakar bila korang nyanyikan lagu ni, then suruh orang lain sambung..... 

Ina: Satu Hari di Hari Raya.. haaa sambung!
Kawan: Dua hari di hari raya, tiga hari di hari raya, empat hari di hari raya,
lima hari di hari raya.. 

Haih :') 

Third, lagu Aisyah, Pulanglah. Pehh lagu ni, kalau boleh tiap hari nak nyanyi lagu ni. Lagu ni pasal cinta, but sangat menenyentuh hati, lagi2 suara Aisyah yang merdu. Aduhh saya goyang. 

Forth, Air Mata Syawal drpd Siti Nurhaliza.. Tak boleh tahan dengan suara Siti yang mendayu2 tu. Haihh boleh meleleh air mata. Takpe2 nasib baik hati ni masih kukuh lagi boleh tahan air mata.. 
 
Hm sebenarnnya, banyak gila lagu raya favourite Ina. Sampai boleh buat satu playlist khas untuk lagu raya je.. Apa2 pun, Ina harap hari raya nanti, jadi hari raya yang terindah untuk korang semua. Hati2 balik kampung okay? ♥ 
 
Bye, assalamualaikum :)) 
 
p/s: Kalau2 Ina tak sempat wish ....... 
 
 
Doodle credit to Fizgraphic