Showing posts with label #socialnetwork. Show all posts
Showing posts with label #socialnetwork. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

Gaduh Dalam Social Network

Hai assalamualaikum,

Semalam tengok drama free kat twitter. Tajuk Hatiku Dihiris Sembilu edisi khas 2015. Siapa yang ada semalam, faham lah cerita dia. Not bad, tapi still interesting. Baru-baru ni, ada juga tengok drama Bash-Membash Hotsetap di Twitter. Not baru-baru ni, tapi selalu k, selalu.

Ina, kalau tengok orang bergaduh ni, senang je.

Tahukah anda? Tak yah nak susah payah tekan remote bukak tv sebab kat twitter mmg byk drama free
Yang special, dia kisah benar bukan adaptasi. 

Drama free is drama free. Paling tak boleh bla kalau twitpemes ni gaduh, dia suka beno main retweet sana, retweet sini. Menyampah guys, menyampah. Masalahnya, yang berterabur nanti timeline Ina. Dah lah berlambak nama dia kat timeline. Boleh tahap terus tak de mood la nak on twitter. 

Then nanti ramai lah orang tweet ; 

"Siapa Ropeah ni? Penuh nama dia kat Twitter.

Ropeah: *retweet dengan bangganya* 

Feeling dia, hanya Allah yang tahu. 

Last but not least, benda yang paling Ina menyampah gileewwwss. Diyorang nak gaduh, diyorang punya pasal lah. Masalahnya, bila baca dia punya tweet tu masyaallah, segala kat cacian yang telah dia berikan, buatkan Ina rasa....

Rasa macam kene samak lah timeline tu sebab banyak sangat najis mughalazah yang diseru. 


But, bukan nak kata apa. Cuma terfikir. 'Ter' okay, ter. Rasanya kat Twitter sendiri pun ada direct message. APALAH SALAHNYA CUBA LAH CUBA, bergaduh dalam tu. Tak libatkan orang lain, tak bukak aib sesiapa. Kau nak mencarut apa, its up to you lah. Nak bertumbuk ke apa, silakan. 

Kalau tak tahu, direct message tu kat mana, nin diaaa; 

Haaa entry kali ni memang saje kasi kelainan. Selain nasihat, saje je kasi tutorial sikit. 

So, guys please jangan buat benda atas ni. Ingat, kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. Kalau nak jadi jahat, jangan show off sangat kat orang. Sorok sikit. Dah lah kata-kata menghiris kalbu, bukak aib pulak tu. 

Dah jadi macam tarbiah sentap dah entry ni. Sebelum bertukar jadi thefaizibrahim atau brgsjk, baik ina pergi dulu

Bye, assalamualaikum. 

Thursday, 19 November 2015

Tutorial Check Orang Yang Kerap ke Facebook Kita

Hai assalamualaikum,

Lama gila Ina tak update tutorial. But, hari ni Ina tertarik untuk kasi Tutorial Check Orang Yang Kerap Ke Facebook kita.

Firstly, syarat wajib untuk tutorial ni, anda mestilah pengguna Chrome.

So, lets start!

1. Klik sini 

2. Tekan Added To Chrome



3. Download extension

4. Log in Facebook 

5. Tadaaaaa facebook korang dah lawa!


6. Klik Profile Visitors


7. Yes! Check siapa yang selalu stalk korang pulak :p


A big thanks to Kak Anamizu sebab Ina baca tutorial ni kat blog Kak Ana. Rasa excited gila then terus nak share kat korang. Thank you Kak Ana! ♥ 

So, korang good luck!

Bye, assalamualaikum.