Wednesday, 16 October 2013

Usah jadi orang lain

Assalamualaikum ,
Ina hanya manusia biasa . Tak lari daripada kesilapan . 

Ina sentiasa sematkan ayat tu dalam hati Ina ni . Supaya Ina tak rasa angkuh , bongkak , apa yang Ina ada ...

Ina manusia biasa , kadang-kadang ada jugak dalam hati ni , timbul perasaan 'aku lebih daripada orang lain' . Astaghfirullahalazim . Bila Ina ingat je macam tu , Ina terus fikir benda lain . Siapa Ina untuk bangga kelebihan yang Ina ada ? Semua ni Allah yang bagi .

Kadang-kadang Ina ada juga terfikir , kenapa lah Ina tak jadi macam dia tu . Dah lah kaya , hot , pandai , semua dia ada . Astaghfirullah . Ina tak sedar yang Ina tak bersyukur dengan pemberian Allah . Ina teringin jadi macam dia , tapi Ina tak terfikir pulak , maybe ada orang yang nak jadi macam Ina . Ada ke ? Hahha . Ina pun tak tahu ...

Ina sibuk nak jadi macam orang lain ... Ina tak pernah bersyukur apa yang Allah bagi . Memang dari segi luaran , dia paling gah , dia paling pandai . Tapi ? Siapa tahu ? Dalam hati dia ? Mungkin , mak ayah dia tak suka dia ? Mungkin , adik beradik dia , tak suka dia ? Mungkin , dia tiada kawan baik ? Siapa tahu ?

Ina pernah termimpi , yang Ina jadi kaya . Dalam mimpi tu , Ina seorang model muslimah . Ina mohon , tolong jangan gelak , bila baca eh xD Ina cuma cerita , apa yang Ina mimpi sahaja. Bukan rekaan .

Ina seorang model muslimah , Humaira , adik Ina pun sama . Ummi merupakan pengurus sebuah butik yang besar & terkenal . Walid pula merupakan usahawan yang berjaya .

Ina rasa gembira sangat , sebab gambar Ina dengan Humaira penuh , di setiap majalah . Majalah Remaja , Majalah Mangga dan banyak lagi . Kahkahkah xp Tapi , Ina tak sedar langsung , itu mimpi . Ina cuma rasa pelik , kenapa tiba-tiba Ina jadi kaya . Model pulak tu . :p

Tapi , suatu hari , Ina ada masalah . Ina perlukan teman untuk kongsikan masalah Ina ni . Orang yang pertama Ina cari , walid . Memang walid yang selalu dgr masalah Ina , beri nasihat kepada Ina . Tapi ? Dalam mimpi ni ? Masa Ina tengah cakap , walid langsung tidak hiraukan Ina . Walid sibuk dengan komputer walid , konon dengan jualan syarikatnya .

Ina pergi cari Ummi . Ummi bawa Ina ke butik Ummi . Seriously , memang besar . Ina cuba ceritakan masalah Ina kepada ummi , tapi , ummi tak hiraukan langsung . Ummi ambil tak endah . Ina cuba tinggikan suara Ina dekat ummi , mungkin ummi terlampau sibuk , sampai tak dengar ... Tapi , ummi tetap ambil tak endah  . Ina rasa sunyi sangat ...

Tiba-tiba , Ina terjaga . Ummi kejutkan Ina . Barulan Ina sedar , tadi tu mimpi . Sekarang , baru Ina berpijak di bumi yang nyata ...

Memang susah , Ina nak lupakan , dunia model muslimah Ina ala-ala retis tu :p Hahha . Setiap majalah , ada gambar Ina . Tapi , Ina betul-betul tak sanggup , bila orang tua Ina sendiri , terlampau sibuk , tiada masa untuk dengar masalah Ina . Untuk Ina kongsikan cerita bersama . Untuk kongsikan bahagia bersama . Ina betul-betul tak sanggup .

Biarlah Ina hidup bersederhana macam ni . Walaupun Ina bukan model muslimah , tapi ummi dengan walid , tetap setia dengar masalah Ina dan beri nasihat dekat Ina . Selalu ada waktu untuk kami adik-beradik ♥

I love you so much , ummi & walid ♥
" Who else can be you better than you be yourself ? " 

 


Dah ngantuk dah ni ^O^
Esok petang sekolah ...
Semoga entry Ina malam ni , memberi manfaat kepada korang semua ♥

Gambar sesat ♥ Kihkihkihk . I'm proud to be Sabrina . 


Bye , assalamualaikum :)