Wednesday 16 December 2015

Bila Dapat Result "Ok" Dalam Exam

Hai assalamualaikum,

Seperti yang ramai tahu, harini merupakan hari pelajar-pelajar PT3 untuk ambil result PT3. Setelah selesai bertungkus lumus sepanjang 3 tahun di sekolah menengah, akhirnyaaa inilah hasil titik peluh mereka.

Tadi, Ina pergi sekolah sebab tolong walid, dapat juga lah tengok pelbagai riak wajah masing-masing. Ada yang tersenyum gembira tengah kongsi result gembira dengan parents, ada yang muka biasa-biasa je, yang paling pelik, ada jugak orang dah siap kemas dewan, baru terkedek nak datang. Haih.

So, harini Ina teringat last time Ina dapat result upsr dulu


lebih kurang macam ni

So, macam biasa, pak cik mak cik dah get ready dah soalan mereka. Disebabkan sikap yang lurus tambahan pula dengan masatu cetek akal lagi, Ina tak sedia bila orang tanya. First time kot periksa besar. 

Disebabkan kat dahi kau umpama ada tampalan sebesar gajah yang tertulis 'SAYA AMIK UPSR, TANYALAH SAYA AMIK BERAPA A", jadi confirm kau akan di'aim' teruk oleh semua orang. 

Mak cik : Eh, sabrina... darjah 6 kan
Ina : Haah.. ( confirm nak tanya aku dapat berapa A (emoji sinis)) 
Mak cik : Dapat berapa A?
Ina : Alhamdulillah 5A

"Alhamdulillah 5A

dialog ni sampai dah boleh hafal dah

Time cakap perkataan keramat ni lah, rasa macam muka still kena control macho gila. Plus dengan hidung kau yang umpama kembang kempis semacam time jawab. Yang peliknya, time tu lah muka kau umpama manusia riak terserlah gila. 

Bukan tu je, Ina juga practice cara nak cakap.

Case 1
Mak cik : Haaa dapat berapa A?
Ina : 5A je
Mak cik : (dasar budak tak tahu bersyukur)
Haaa ni mesti orang kata jenis budak yang tak tahu nak bersyukur ataupun budak yang batak gila dengan result dia sebab ada "JE" belakang dia

Case 2
Pak cik : Eh sabrina, haaa berapa A?
Ina : straight A

Yang ni pulak, mesti orang kata budak berlagak. Padahal baru UPSR

Case 3
Pak cik : Haaa upsr kan? Berapa A
Ina : straight A je..
Pak cik : (fuhh berlagak gila budak ni)
ni tahap paling tak boleh bla. Berlagak gila weh!! Boleh pulak ada "JE" dekat belakang tu?! dasar riak

so Ina decide untuk cakap "alhamdulillah, 5A". Haaa jika kita kaji, unsur riak dapat dibendung melalui ayat ini. 


Haih, apa-apapun tahniah kepada semua adik-adik PT3. Mana yang dalam frustation macam akak dulu, please move on lelaju & focus on spm. PT3 cuma nak tentukan aliran. SPM yang menentukan. 

So, bye, assalamualaikum!! ;) 

p/s : Ina nak balik kampung esok heheheh tata semuaaa

26 comments:

  1. kalau tak silap akak masa zaman result upsr dulu mak yang bagitau sedara mara so diorang tak sempat pun tanya XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah untungnya kak aisyaaa T-T kalau kita, sumorang tanyaa

      Delete
  2. Dh rasa jdi budak diploma, degree semua bru rasa betapa susah sbnrnya dunia "welcome to the world" :((((((((( Upsr, Pt3, Spm tu pembayang sbnrnya nak masuk alam "real world"

    ReplyDelete
  3. now I miss my school years.. Zaman kegemilangan tuuu

    ReplyDelete
  4. For me, selalau kalau orang tanya, akak diam je. haha!

    ReplyDelete
  5. bila result keluar je tak angkat fon pastu memang tak keluar rumah,
    kalau siapa nak tahu result kena usaha datang rumah kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah good idea untuk mengelak! ill try next time! ;p

      Delete
  6. Yeah. Alhamdulillah is the best word untuk cakap kita bersyukur dgn result kita. Walaupun tak straight A's. :)

    ReplyDelete
  7. HAHAHA, lawak lah ina. tau takpeee, kembang kempis nak jawab bila nak bagitau straight A. akak dulu buat poker face sambil jawab "5A". tak beriak langsung. segan plus takut riak. ye lahh bebudak lagikan masatu. eheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahah yeah finally!! u know, what i feel haha :p

      Delete
  8. betul uhuhu alhamdulillah tu sgt penting!!!
    good ina good!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. hahhahah tak pe cik akak, upsr bukan segala-galanya ;))

      Delete
  10. hahaha, betol sangat.
    dulu serba salah bila org tanya result brapa. XD

    ReplyDelete
  11. bestnya jadi budak pandai, hehehe ah lantaklah org nk ckp apa, yg penting Ina deserved to be proud ^^

    ReplyDelete
  12. Kalau tak bgtaw result cemana lak.. hmmm

    ReplyDelete
  13. Sebab aku ni pelajar tua, so tak dapat nak faham konsep PT3 tu camne.
    Same ke macam PMR? Bilangan A sama ke?
    Ataupun dah tak pakai bilangan A dah sekarang?

    **sorry soalan lari topik, hehe**

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah its okay cero :))

      PT3 ni sebenarnya sama je subjek dia macam PMR. Yang bezanya bagi sejarah & geo, kami kene buat kerja kursus. kira macam kajian lah. then, melalui kerja kursus tu sejarah & geo kita dinilai. so, tak de soalan sejarah & geo macam kita selalu jawab paper kena tanda bulat2 tu.

      untuk addition, bm & bi pulak kami ada ujian lisan..

      plus, untuk pt3 kebanyankan soalan dalam bentuk kbat.. & soalan objektif tinggal 2%, kebanyakan semua tinggal soalan subjektif je..

      harap cero faham :))

      Delete
  14. betul tu, better cakap ayat alhamdulillah lagi bagus. takdelah nk dikata riak ke apa :p

    ReplyDelete
  15. tahniah upsr straight A JE. Hihihi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. haahahaha a.a kene mengaku, macam blurr kejap nak react mcm mana kalo ade org tanya result kan. hahaa

    ReplyDelete