Wednesday 22 March 2017

Ina's SPM Result

draft since 17March2017
update 22March2017
author pemalas
tak tahu la kenapa bila dalam dewan semua org betukar jadi kelabu
ke aku yang kelabu
the power of smktpg's dewan


Hai assalamualaikum,

Semalam semua riuh dekat laman sosial daripada facebook, twitter & instagram, bahawa semalam hari keramat untuk batch 99 yang menduduki spm pada tahun 2016 untuk mengambil keputusan. Guess what? I am one of them.

So, cikgu duk pesan awal-awal suruh datang pukul 10 pagi & pakai baju kurung @ jubah. Disebabkan aku bukan lah cendekiawan berjaya yang selalu score time exam, so aku punya relax tahap 1cm/j plus aku demam teruk gila, malam tu aku meracau tah merapu apa cakap sorang2.

Aku punya relax menyebabkan aku gerak dari rumah dalam pukul 10.40 pagi. Asal nak pergi awal2 hahhahah. So masa lagi 5 minit untuk jejakkan diri kat sekolah,, kawan aku shida baharim call.

shida: "woi sab, kau kat mana do" (sakit telinga aku time tu. nasib tak pekak, dia punya high-pitched tu aku kasi 5 bintang)
aku: aku kat depan 99 lah. asal?
shida: kau dapat straight A lah sabbb! Apani kau kata masa depan kelam
aku: wehhh kau tak tipu kan? Kau prank aku ke ni! Tak yah lah memain
shida: sabb kau sorang je yg dpt straught A! 
aku: wehh tipu! (time tu air mata aku peh gila mencurah). kau dapat berapa?
shida: dah lah aku malas layan kau 
dia end call time tu jgk, bertuah punya kawan

Feeling aku time tu dalam kete, jangan cakap ah. Sebab aku kabut gila, dia ni tipu aku ke apa. Masa sampai depan dewan, walid pulak call.

walid: mana awak ni
aku: kitorang dah depan dewan
walid: awak sorang dpt straight A sabrina
aku: Ya Allah! Ye ke (betullah shida tak tipu)

Masa aku nak masuk kat dewan, peh aku tunduk je. Segan datang lambat. Ada juga yg kata tahniah. Padahal aku tak tengok lagi result aku apa. Bila masuk dewan, fuhhh gila weh orang ramai macam tin sardin. Aku terus jumpa teacher kat depan pentas & then she said:

teacher: well done, sabrina. you got A for english. (teacher nangis)
aku: thank you teacher for teaching me. thank you so much (aku lagi nangis)
seriously, aku peluk teacher dalam 2 minit. 

Bila sampai kaunter ambil result, ramai budak2 kelas aku yang cakap "wehhhh tahniah sab!!". Terharu gila. Ada juga yang kata tak nak kawan aku lepas ni. So, kitorang berbalas tumbukan. 
Masa isi borang tu, aku shaking gila. Tak tahu lah nervous sbb dah lama tak tulis atau sebab terkezutss. 


Cikgu hulur slip aku & cakap tahniah. Bila aku tengok, ya Allah, serious lah ni result aku weh :'( Biology yang aku duk menyumpah dapat B, dapat A-, alhamdulillah. Then, aku terserempak dengan cikgu tuition add mt aku, cikgu adiff. 

aku: cikgu adifffff!!! (excited gila weh) 
cikgu: haaa kamu (cikgu mcm x de perasaan je)
*cikgu pegang slip aku*
cikgu: cikgu dah agak awak dpt add mt A- (masatu cikgu tak tgk slip aku)
*lepas dah tengok aku dpt add mt A*
cikgu: kamu ambil asasi ni
aku: insyaallah, cikgu. terima kasih sbb banyak ajar saya (crying emoji)

Pasal kawan-kawan pulak, haziq tiba2 nak hantar rombongan merisik aku. Dia tak tahu ke aku sah-sah dah reject dia hahhahaha. Ramai lah yang cakap tahniah kat instagram. Daripada kawan lamaaaaa yang kau dah bertahun-tahun tak tegur, tiba-tiba tegur. Daripada kawan yang tak pernah puji kau, tiba-tiba puji. 

Bila balik rumah, bersilih ganti orang call orang tanya result aku, fuh. Aku ucaplah terima kasih especially dekat keluarga pak cik aku, amiuteh yg selalu tolong, support bagi semangat kat aku. Anak amiuteh dpt add mt A+ heheheh power betul.

Alhamdulillah. Everything was just a miracle yesterday. Bila aku bangun pagi ni, aku rasa "Lahaii aku dah ambik result spm rupanya"

Tapi, sebelum tu aku nak cerita, seriously I am not the most brilliant student in my school. I never got straight A's on ub1, ppt or even trial. I only got 7A's for trial. Once when I was form 4, I was one of top 10 student, then masuk form 5, dah kelaut. Normally, top 20 lah, (ikut yang trial punya). 

I was known as "budak yg selalu tak masuk kelas". I skipped classes for 3 month when I was form 4, teachers threw hatred on me. Those people yang selalu ikuti flow aku tahu aku terlibat dgn aktiviti koko.

Orang selalu kata aku lagi pentingkan koko drpd pelajaran. Guys, i am not. I know how to distinguish yang mana perlu kita buat, benda tu sangat penting dan yang mana kita perlu buat untuk kita rasa enjoy. Dapat tak? Sebab tu aku macam tak berapa setuju bila parents adik-adik kawad aku cakap masuk koko boleh menjejaskan pelajaran. The main point is it really depends on someone, whether he/she wanna put the academic as the priority or anything else. There is no excuses.

Lepas dapat result ni, aku punya insecurity level dia naik 110% weh. Bila aku tengok dunia, ramai lagi yang dapat straight A's. Aku rasa kerdil gila. Yang aku paling takut, expectation orang terhadap aku. Aku student yang gila extra plus ordinary XXXL. Haa nampak tak dia punya biasa tu. Bila fikir, ramai lagi weh manusia daripada sbp & mrsm, peh gila. Tengok budak sekolah aku, cukup lah. English dia berasap berkepuk-kepuk beb. So, aku memang yakin ni semua rezeki daripada Allah, tak lain tak bukan.

Aku paling bengang bila orang kata "Kak Sab boleh lah, Kak Sab pandai". Haaa aku pantang betul. Seriously, ramaaaaaiiii lagi yang pandai daripada aku dalam sekolah. Ni semua hardwork aku, hari-hari stay dekat library, buku latihan tebal dia campur 5 bijik buku teks, Ni jadual harian aku:

Awal pagi (lepas solat subuh): Belajar
9.00 pagi: Kemas rumah
12.00 tengah hari : Belajar lagi
5.00 petang : Break sebab asar (tak elok belajar time lepas asar kan, so masani aku makan & tengok tv, chill2)
8.00 malam: Belajar sampai rasa nak tidur

Bila tengok balik, macam mana life aku time nak spm, aku macam "wowwww kau robot ke apa ni sabrina". Aku ada jadual belajar aku sendiri, and aku gila stick dengan jadual belajar tu.

Alhamdulillah, semua usaha aku & family aku berbaloi ;'( terlampau banyak benda yang aku lalui rupanya fuh. Aku rasa macam nak peluk semua orang yang masih stay dalam hidup aku. Seriously, dalam keadaan ni, ramai orang merapu & fake yang datang dalam hidup aku. So, here an appreciation for those who stay.

-appreciation-

family
apa-apa pun yang jadi kat diri aku ni, dari dulu sampai sekarang, family aku orang yang akan terima aku seadanya. masa aku nak spm, benda yang buat aku terharu, ummi walid & adik2 buatkan solat hajat. Ya Allah :'( wan aku kat rumah yang tak berhenti doakan segala jenis doa untuk cucu-cucu dia, sebab bukan aku sorang yang amik spm kan. so, untuk my big family, dauds' crew yang selalu support ina. tak lupa jugak keturunan hassan & maryam. terima kasih. 

kawan
aku ada ramai kawan. tapi tak semua kawan aku rapat. so, here we go!
ija: tablemate setia aku untuk 5 tahun. baik buruk aku semua dia pegang hahhaha serious. dia ni gila setia tak pernah curang cari tablemate lain. bila dah habis sekolah macam ni, aku sedih gila sebab aku tahu susah nak cari soulmate macam dia & best listener aku pulak tu. sorry tak de gambar time haritu. 

haziq: aku ada ramai kawan nama haziq. tapi nak kenal haziq ni senang je, dia yang paling bebal sekali hahhaha. soulmate aku jugak, the only guy friend yang aku gila selesa ah. dia ni aku dah reject berapa banyak kali dah, tapi tetap tak putus asa hahahhaha. mana ada, whatever happens, you are my best bro forever! the best part about haziq, bila aku alone kat library, call je dia, mesti 15 minit terus sampai. thank you weh selalu teman aku :'( btw kepada isteri2 Haziq, dia ni kedekut tahap hidung masin! Aku bg ayat power pun dia still tak belanja aku goreng pisang.


thesotongs: ahli2 organisasi pertubuhan ni ada shida baharim, ji, chokiyo & tiqa. so 5 orang lah kan termasuk aku. haa yg baju oren tu bapak orang ye. Tiqa tak dapat datang. terima kasih guys for everything. aku benci kawan rapat dengan orang perempuan ni sebab biasanya penuh dengan busuk hati & dengki. so, specialnya korang kat situ, setakat ni aku nampak korang tak de benda tu semua. perangai pun terencat jugak macam aku. 

cikgu
ramai cikgu yang pernah ajar aku sebenarnya. so, aku nak cakap terima kasih dekat cikgu izyan sebab ajar saya fizik & explain kat saya sampai yang gelap jadi terang, cikgu azairani yang selalu bagi kepercayaan dekat saya & bagi cekelat2 yang saya suka, teacher norimah sebab teacher yang bagi saya confidence untuk tulis essay dengan feeling, cikgu arniza pernah cakap "ni bukan sabrina" masa saya dapat a sejarah masa trial, hasilnya saya dah dapat a+ ghehhehe ni sabrina tak? cikgu halini sebab selalu sabar ajar saya kalau saya tak faham something tu, ustazah aini sebab selalu bagi saya kata semangat & percaya dekat saya, cikgu rita yang sempoi gila & selalu gosip2 dengan kitorang, cikgu rosmawatiii yang banyak sabar dengan saya sebab kalau cikgu perasan kadang2 saya selalu tidur dalam kelas sebab tak tahu lah biology ni cikgu, dia macam bedtime story huhuhu, cikgu arifah yang saya rasa pehh gila ah cikgu kelakar gila, saya adore dengan cikguuu, sebab cikgu saya suka kimiaaa! terima kasih cikguuu!! 

terima kasih cikgu tuisyen saya, cikgu adiff. cikgu daripada mula-mula saya datang belajar kat kelas cikgu, saya ingat lagi, saya dapat gagal. tu la first time saya gagal dlm pelajaran. cikgu yang sabar ajar saya sampai sehari sebelum spm cikgu still menghadap saya sampai saya dah dapat add mt A. haih sedih pulak bila ingat balik hahhaha.

cikgu norliah, terima kasih sebab cikgu orang pertama yang nampak saya & appreciate kebolehan saya daripada saya form4 lagi :'( terima kasih cikgu sebab pilih saya jadi tokoh pelajar. saya sedih sebab cikgu dah tak de kat sini lagi. 

to the boys that i have loved before & people who left me
thank you.

my junior ♥ 

with behhh. the only one my chinese guy friend. 
dia ni suka sangat buli aku, nnt tersuka aku baru tahu. 

a little celebration for me from my family ♥

This is probably my last entry for this blog (?) I dont think that I will blog again. Whoever wants to ask me, just drop down your comment below or you can message me personally. I am super free to answer :)

25 comments:

  1. tahniah! rasa nak nangis jap :')

    ReplyDelete
  2. tahniah adik sedara ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜›

    from : wan

    ReplyDelete
  3. Congrats Ina!!!! You nailed it!!! :')

    ReplyDelete
  4. wowwwwwww!!! anyway congratesss sabbbb!! :*

    ReplyDelete
  5. wahhh congrats :D
    lama dah tak dgr berita pasal ina :)

    ReplyDelete
  6. tahniah sabrina! Beeha baru nak baca entri ni. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah ina! dah agak dh ina mesti dapat straight A's punya! :D

    ReplyDelete
  8. u did it! tahniah sab. Isi scholarship ya. balacurrate dll

    ReplyDelete
  9. you've been tagged!

    http://messarah.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html

    ReplyDelete
  10. tahniah dik.akk singgah sini

    ReplyDelete
  11. Tahniah... Mana gie nih, lama x update blog? Lama x join contest...

    ReplyDelete
  12. Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
    Untuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS ๐Ÿซ IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
    Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
    KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
    Kursus Yang Ditawarkan:
    ▶Diploma Sains Kejururawatan
    ▶Diploma Pembantu Perubatan
    ▶Diploma Kesihatan Persekitaran
    ▶Diploma Sains Perubatan
    ▶Diploma Farmasi
    ▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
    ▶Diploma Pengurusan Hotel
    ▶Diploma Pengurusan Logistik
    ▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia

    Kemasukkan: JULY 2019
    Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
    Tempoh Kursus : 3 tahun

    KELEBIHAN DI PIUC
    • Pendaftaran RM195๐Ÿ’ถ๐Ÿ’ฐ sahaja.
    • Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ๐Ÿ•Œ.
    • Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.
    • Duit Sara Diri bulanan RM300๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต kepada yang layak.
    • Asrama๐Ÿฌ dan pengangkutan ๐ŸšŒ๐ŸšŒDisediakan.
    • Penerbangan pergi๐Ÿ›ซ dan balik ๐Ÿ›ฌSabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
    • Terbuka kepada semua bangsa ๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘ณ♂๐Ÿ‘ฒ๐Ÿป.
    • Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
    • "Highly job marketability".
    • Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Berminat Untuk Memohon?
    WhatsApp/sms ;-
    <>Nama๐Ÿ™‹๐Ÿผ♂๐Ÿ™‹๐Ÿผ♀
    <>Alamat ๐Ÿฌ
    <>NO Hp ๐Ÿ“ฑ
    <> Gambar Kad Pengenalan ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
    <> Gambar Slip SPM ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
    <>Email ๐Ÿ’ป
    Hantar Kepada
    ▶ 0102757767

    Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html ๐Ÿ’ป
    Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
    MOHON SHARE!!!

    Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin

    ReplyDelete