Showing posts with label #sekolah. Show all posts
Showing posts with label #sekolah. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Ragam Budak Exam

Assalamualaikum hai hai haiii.



Dengan bangganya, guwa nak umumkan guwa baru je habis exam secara rasminyaaa *letak kaki atas meja (astaghfirullahalazim). Rasa bahagia gila, dah tak dibelenggu kata-kata hikmah pujangga ahlul-ahlul sejaratun, biologitun, kimiatun, add metun, metemetikun & ahlul lain. Rasa otak dah boleh menghirup udara segar tanpa seksaan kata-kata fakta. Rasa dah boleh kahwin dah lepas ni *kenyit mata.  

Disebabkan secara rasminya hari ni Ina bekas budak pat, Ina pun nak share lah ragam-ragam Ina & kawan-kawan time exam ni. Rambut sama hitam, ragam lain-lain. <= sebenarnya hati. Sebelum tu, Ina susun sepuluh jari memohon ampun kepada rakan-rakan lain yang belum habis exam lagi, jangan jeles tau. 

So, ragam budak exam? 

Jeng jeng, yang pertama,
1. Golongan-golongan yang suka meniru, ditiru, sengaja memberi tiru, tiru-meniru & sebagainya. 

Haa golongan-golongan ni lah yang biasanya memeriahkan lagi majlis peperiksaan. Tanpa mereka (termasuk Ina), tiada lah peperiksaan. Kira golongan-golongan ni merupakan syarat wajib peperiksaan. Kalau tak de diyorang, haa tak yah ah panggil exam tu exam. 

Yang paling malang sekali, golongan yang meniru daripada orang yang tak rela ditiru. Haa ni boleh bawak menyirap ni. Nak nak pulak kau duduk sebelah ahli cendekiawan berjaya, haa memang jangan harap lah dia nak kasi walau sehuruf jawapan sekali pun. Kalau kau dah desperate sangat terpaksa lah buat muka kau yang paling buruk disertakan dengan mata senget kekiri atau kekanan, ikut kat mana ahli cendekiawan tu berada, dengan harapan kau dapat tengok seketul jawapan daripada dia. 

2. Saudara sesama meniru

Ni nampak macam sama dengan atas, tapi sebenarnya, nampak sama tapi bukan dia. Saudara sesama meniru ni, dahsyat ukhuwah yang terjalin, bak kata pepatah, air yg dicincang tak akan putus. 

Jadi dalam kelas, korang akan nampak lah saudara-mara ni memberikan kata-kata isyarat even yang sorang ni kat utara, lagi sorang ni kat selatan. Pelbagai mimik muka saudara yang sorang ni akan kasi supaya adiknya faham. Kalau yang duduk sebelah dia, agak malang lah, kalau dapat pulak orang cakap menyembur, haaa memang basah satu kertas. 

Yang peliknya, biasanya, saudara mara ni lah biasanya yang akan buat kau tergelak, buat kau lupa erti exam sebenar. Lepas tu, bila pandang kertas, rasa stress balik. 

Kalau kat Malaysia buat macam ni, mesti kita dah jadi kawan baik dah kat penjara. 

3. Ragam budak depan

Tahukah anda kalau tengok wayang, tempat duduk yang paling heaven sekali seat yg paling belakang, tapi time exam seat yang paling depan? 

Sebenarnya kalau korang perasan, banyak-banyak tempat, tempat duduk depan lah yang paling heaven sekali. Kalau korang perasan lah, macam yg Ina perasan. Sebab apa? Haa budak yg biasa duduk depan ni, dia boleh landing je tidur kalau dia ada masalah dengan sesuatu soalan tu.Nak nak pulak soalan objektif yang ibarat tahi gigi je. 

Korang boleh tengok diyorang punya kehebatan ni bila time kutip soalan. Nnt bila kutip semua kertas ke depan, haa apa lagi. Dia pun start enjin, mata macam scanner, pilih kertas budak-budak genius, dia pun haaa print je lah. Tangan dah ready. Buruk betul perangai, ibarat lipas yang dikudungkan. 

Haa perasan tak? Perasan tak? 

Ina perasan. Sebab Ina duduk depan. 

4. Ragam budak belakang 

Bagi Ina, dapat tempat duduk belakang ni, agak tak syok ah. Ada yang kata syok sebab kalau bincang ke apa, cikgu tak nampak, tapi Ina still tak suka. 

Sebenarnya duduk belakang ni, ada advantage dengan disadvantage dia. Advantage tadi, boleh adakan sesi soal jawab dengan kawan, walaupun sebenarnya advantage tu tak berapa benar di mata Ina (sebab jarang duduk belakang). 

Dia punya disadvatage dia, lagi haaa ibarat puting beliung yang melanda. Time bila? Haa time waktu-waktu akhir. Ada setengah orang, kalau cikgu kata "exam dah tamat, anda dikhendaki meletakkan pensel anda". Haa time ni lah otak dia mencurah-curah idea bagai air terjun yang deras. So, time ni lah pulak, budak-budak belakang kene jadi pengutip kertas...

Haaa nampak tak? 
Dah terang lagi bersuluh. 

Haih apa-apa pun, entry ni cuma untuk suka-suka je. Ina pernah meniru, korang pernah meniru, semua pernah meniru. Yes, kecuali ahli-ahli cendekiawan yang berjaya & bertatatsusila. Tu, geng otak kilat, tak mo kawan diyorang. 

Sorry kalau ada yang kecil hati, sebab dah lama tuan blog ni tak menaip. Mana tahu, tercuit hati, makan dalam. Uisyy mintak2 dijauhkan. 

Kepada sesiapa yang tengah exam lagi, good luck exam. Buat betul-betul ( gelak kuat-kuat ). 

Bye, assalamualaikum ♥♥ 

Friday, 22 May 2015

Masalah First Day Sekolah

Hai assalamualaikum,


Sedih bila status 'budak sekolah' masih kekal dalam diri Ina. Untuk sedapkan hati, Ina selalu kata dalam hati "Tak pe, tinggal lagi setahun je. Lepas tu, aku dah tak yah pergi sekolah dah. Hahahahaha". Lepastu, rasa sedih balik sebab baki cuti tinggal 2 hari je lagi. Rasa macam sekolah tengah melambai-lambaikan tangan ke arah Ina. Uisy, seram.

Sekarang ni, bila teringat je sekolah, Ina mesti akan teringat masalah first day sekolah yang Ina selalu alami. Sedih nak recall balik. Tapi, tak pe lah. Nak kongsi juga.

1. Jadual & Buku

Kebiasaannya, jadual waktu kelas cikgu belum bagi lagi masa hari pertama sekolah. Jadi, timbullah rasa kekeliruan nak bawa buku apa. Logik ke kalau nak bawa semua buku? Buku teks? Buku tulis lagi. Logik tak?

So, adalah permulaan satu tahun yang agak malang untuk Ina yang Ina ingat sampai hari ni.

Cikgu: Okay, keluarkan buku Pendidikan Islam
Ina: Saya tak bawak buku, cikgu
Cikgu: Awak tinggalkan buku dekat rumah nak kasi siapa baca?
Ina: Tapi hari ni first day sekolah kot cikgu *dalam hati lah 

Alhamdulillah, pergelutan tu berakhir dengan Ina pinjam buku kawan Ina. Tapi, rasa sedih gila kot dalam hati ni kena marah time first day sekolah T-T

2. Cikgu Baik Vs Cikgu Garang

Kalau dapat cikgu baik, memang rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sangat-sangat. Tapi, keburukannya, perangai kau akan berubah ke arah yang tak sepatutnya seperti ada syaitan yang bertenggek atas badan kau membisik kata-kata yang boleh menghasut kau supaya tak siap kerja rumah. 

Kalau dapat cikgu garang, masyaallah. Bila kau tak siap kerja rumah atau tak bawa buku, kau akan rasa peluh mengalir pada badan kau. Masa tu lah kau jadi malaikat buat baik kat semua orang & tak berhenti berdoa supaya cikgu tu tak kasi denda duduk luar kelas. Kalau cikgu tu tak datang, confirm kau orang pertama yang duk melompat macam kangaroo & teriak sana-sini macam orang tak betul. 

3. Budak Baru

Mesti dalam kelas ada spesies yang gatai miang-miang kucing tak boleh nampak ada budak baru dia rasa gelisah tak menentu je kan. Masa tu mata masing-masing duk toleh kanan toleh kiri, tengok line clear ke tak. Kalau line clear, ngap! Habislah budak baru tu hahahahaha. 

Kalau pelajar lelaki muka macam Izzue Islam yg masuk; 

Ropeah: Haaa aku cop dia!
Bedah: Dia pakwe aku! 

Mulalah pergaduhan rebut-merebut kata budak baru tu dia yang punya

Kalau pelajar perempuan muka macam Neelofa yang masuk;

Kassim: Nama siapa?
Duduk mana?
Wechat ada?
Facebook? 
Jom lah berkenalan mengeratkan ukhwah

Mengeratkan ukhwah lah sangat.

Tapi, kalau dapat jenis yang tak melayan, mulalah kata "Sombong lah", "Jual mahal lah tu".


Ina berdoa sangat permulaan sekolah tahun ni bermula dengan lancar & jadi tahun yang terbaik sekali untuk Ina bergelar sebagai pelajar tingkatan 4. Mungkin entry ni, entry terakhir sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin je ye, mungkin. Yang penting, sekarang ni, dah nak spm. Kena struggle betul-betul. 

Doakan yang terbaik untuk Ina ♥♥ 

Selamat kembali ke sekolah!

Budak gila cakap bye banyak kali:p
Bye, assalamualaikum.