Masalah First Day Sekolah

Hai assalamualaikum,


Sedih bila status 'budak sekolah' masih kekal dalam diri Ina. Untuk sedapkan hati, Ina selalu kata dalam hati "Tak pe, tinggal lagi setahun je. Lepas tu, aku dah tak yah pergi sekolah dah. Hahahahaha". Lepastu, rasa sedih balik sebab baki cuti tinggal 2 hari je lagi. Rasa macam sekolah tengah melambai-lambaikan tangan ke arah Ina. Uisy, seram.

Sekarang ni, bila teringat je sekolah, Ina mesti akan teringat masalah first day sekolah yang Ina selalu alami. Sedih nak recall balik. Tapi, tak pe lah. Nak kongsi juga.

1. Jadual & Buku

Kebiasaannya, jadual waktu kelas cikgu belum bagi lagi masa hari pertama sekolah. Jadi, timbullah rasa kekeliruan nak bawa buku apa. Logik ke kalau nak bawa semua buku? Buku teks? Buku tulis lagi. Logik tak?

So, adalah permulaan satu tahun yang agak malang untuk Ina yang Ina ingat sampai hari ni.

Cikgu: Okay, keluarkan buku Pendidikan Islam
Ina: Saya tak bawak buku, cikgu
Cikgu: Awak tinggalkan buku dekat rumah nak kasi siapa baca?
Ina: Tapi hari ni first day sekolah kot cikgu *dalam hati lah 

Alhamdulillah, pergelutan tu berakhir dengan Ina pinjam buku kawan Ina. Tapi, rasa sedih gila kot dalam hati ni kena marah time first day sekolah T-T

2. Cikgu Baik Vs Cikgu Garang

Kalau dapat cikgu baik, memang rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sangat-sangat. Tapi, keburukannya, perangai kau akan berubah ke arah yang tak sepatutnya seperti ada syaitan yang bertenggek atas badan kau membisik kata-kata yang boleh menghasut kau supaya tak siap kerja rumah. 

Kalau dapat cikgu garang, masyaallah. Bila kau tak siap kerja rumah atau tak bawa buku, kau akan rasa peluh mengalir pada badan kau. Masa tu lah kau jadi malaikat buat baik kat semua orang & tak berhenti berdoa supaya cikgu tu tak kasi denda duduk luar kelas. Kalau cikgu tu tak datang, confirm kau orang pertama yang duk melompat macam kangaroo & teriak sana-sini macam orang tak betul. 

3. Budak Baru

Mesti dalam kelas ada spesies yang gatai miang-miang kucing tak boleh nampak ada budak baru dia rasa gelisah tak menentu je kan. Masa tu mata masing-masing duk toleh kanan toleh kiri, tengok line clear ke tak. Kalau line clear, ngap! Habislah budak baru tu hahahahaha. 

Kalau pelajar lelaki muka macam Izzue Islam yg masuk; 

Ropeah: Haaa aku cop dia!
Bedah: Dia pakwe aku! 

Mulalah pergaduhan rebut-merebut kata budak baru tu dia yang punya

Kalau pelajar perempuan muka macam Neelofa yang masuk;

Kassim: Nama siapa?
Duduk mana?
Wechat ada?
Facebook? 
Jom lah berkenalan mengeratkan ukhwah

Mengeratkan ukhwah lah sangat.

Tapi, kalau dapat jenis yang tak melayan, mulalah kata "Sombong lah", "Jual mahal lah tu".


Ina berdoa sangat permulaan sekolah tahun ni bermula dengan lancar & jadi tahun yang terbaik sekali untuk Ina bergelar sebagai pelajar tingkatan 4. Mungkin entry ni, entry terakhir sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin je ye, mungkin. Yang penting, sekarang ni, dah nak spm. Kena struggle betul-betul. 

Doakan yang terbaik untuk Ina ♥♥ 

Selamat kembali ke sekolah!

Budak gila cakap bye banyak kali:p
Bye, assalamualaikum.

Comments

  1. alahaiii..rindu gilerr zaman sekolahhh.. rasa nak sekolah balikkk..dulu paling koman pon kami layan Chatting je kat MirC.. facebook dulu tak de lagi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh agaknya bila lah ina nak rindu kat sekolah kan haha. oh ye ke.. ina belum pernah lagi dengar laman sosial tu..

      Delete
  2. Aku dah dapat jadual. Hahaha. Sadisnya Sejarah aku dapat kat Cikgu Maimon . Argh . Stress memikirkannya. :3 Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah gila ah weh. cikgu maimon? good luck okay, good luck :p tarik nafas panjang2. aku doakan budak sains 1 kali ni lebih tabah :p

      Delete
  3. Selamat kembali ke sekolah Ina ! ^_^

    ReplyDelete
  4. Hahaha betul sangat! Selalu kena dengan cikgu first day tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan ? ina pun takut je ni T-T

      Delete
  5. Takpe. Enjoy zaman duk sekolah tu habis2. Nt bila study kt kolej, baru nangis nak duk sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah rasa nak enjoy je sekarang ni tapi duk kenang spm tak lama lagi, seram pulak haha

      Delete
  6. hahaha. situasi setiap tahun rasa . lol . bila dapat tahu cikgu apa yang ajar , mula la kecoh bagitahu semua budak kelas lain siapa lagi bertuah . haha. btw, ina nak amik apa tahun ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kan? seram pun ada tahun ni. agaknya siapa lah yg ajar ina.. minta2 lah cikgu yg baik2..hehe.. ina amik aliran sains tulen..

      Delete
  7. Saya pon tengah fikir buku apa nak bawak first day school nanti TAT

    ReplyDelete
  8. selamat bersekolah ina. belajar rajin rajin jangan nak usha budak baru pulak. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ^^ eh macam tahu2 je kan hahaha :p

      Delete
  9. HAHA... biasalah tu.. fitrah kita as a student :)

    ReplyDelete
  10. Huhuhu . Betul tu . Sadis sungguh kalau tak bawak buku waktu FIRST time sekolah . Nanti soalan merapu kena . Such as , awak nak suruh ikan awak baca ? Nenek awak baca ? Nenek saye kat kg cikgu *dalam hati . And , Faris lagi suka cikgu garang . Sebab , walaupun dia garang , kita boleh tingkatkan disiplin kita kan ? Haha Sokong Entri ni !! =) Selamat Comeback School Ina =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang faris! alahai benda biasa tu. sedih je bila ingat. lagi2 nak sekolah ni kan... hahaha sabar je lah faris. jangan kutuk cikgu, nanti tak berkat pulak ilmu tu kan.. hehe. hahahah ye ke? haih ina ni seram sejuk kalau dapat cikgu garang. maklumlah memang tak da disiplin. thank you. you too (:

      Delete
  11. Akak lak dah x sekolah tahun nie T_T Hurmmm... Rasa pelik lak, berbelas2 tahun sekolah tiba2 tahun nie x gi sekolah. hahahahah >< apa2 pun, akak setuju 99% degan entry nie.. memang benda macam nie biasa berlaku T_T paling tak suka kalau kena marah ad dapat cegu garang --' Huhuhuh btw, all da best dearrrrr ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kita baca entry akak pasal muet kan... rasanya feeling tu yg ina akan rasa bila ina dah habis sekolah macam akak.. hehehhe. kannn ina pun seram nanti ni nak masuk sekolah. haha sama lah dengan ina, kak.. minta2 nak lah dapatnya cikgu baik. thank you kak ^^

      Delete
  12. take care dik ! selamat maju jaya :)

    ReplyDelete
  13. Selamat kembali ke sekolah ina :)

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum.

    Ada yg tk ska klau awal sklah dh ada jdual ..pstu prtengahan bulan tukar pula jdual lain.
    Lbih2 lgi jdual lma, stiap hri 'bku kurang' .. Dh sebati. haha. Entri Ina smua ssuai tuk stiap pringkt umur. hehe. InshaALLAH, smoga ALLAH prmudahkan urusan Ina. Fighting for spm!
    *no honeymoon for us* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      haih ni pun satu kes jugak kan.. ina pun pernah alami. kadang tu, hari ni kasi jadual baru, esok dah tukar balik. kadang tertanya jugak tak penat ke cikgu yg buat jadual tu? haha. heheheh you too nur! ♥ i wish the best for you. hahaha sedihnya bila tinggal 2 hari je T-T

      Delete
  15. rinduu bau buku latihan baru. nak tulis cantik2. haha. rinduuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan ina mesti dah buruk kak scha, sebab lama tak tulis.. haih T-T

      Delete
  16. Goodluck Ina as form 4 student. jangan cuak, relaxje.. hihi Tapi jangan honeymoon sgt dear, nanti kan menyesal. Tetiba rindu sekolahhh.. tsk tsk :' (

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/refill-lah-bukannya-mintak-bill.html)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak ^^ insyaallah i will... hehe tu lah takut jugak tu kan bila dah terhoneymoon sangat. takut tak sedar diri nak ambil spm..

      Delete
  17. Alhamdulillah... semoga dik terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan pembelajaran tahun ni..amin...

    seronoknya teringat zaman belajar dulu.. banyak kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. terima kasih ye kak :)

      hehehehe... memang banyak kenangan pahit & manis kat sekolah ni kan..

      Delete
  18. Alan setuju sangat bila ada pelajar baru masuk lagi lagi perempuan...memang akan banyak lelaki nak berkenalan termasuk Alan...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha okay ni pengakuan paling mahal sekali setakat ni. sama lah dengan kawan2 ina, bukan alan je. nampak je yg cun, haaa siaplah.

      Delete
  19. Tiba-tiba terkenang waktu sekolah pula bila baca entri ni.

    ReplyDelete
  20. hehe..biasalah ina.. dah lama duduk dlam rumah,nak masuk sekolah rasa mcm pelik semcam tau..walaupun dah berapa lama sekolah,tetap ada perasaan itu. :D
    sekolah akak dlu (SMKSKI) dlam sethun mmg asyik2 tukar jadual tau,parah betul hidup.. tension ja kitaorang..
    cikgu mmg ada yg baik/garang sangat..,jadilah budak baik ya,jang melawan cakap ckgu..

    ReplyDelete
  21. Adat jadi pelajar sekolah. Tapi percayalah, bila dh dewasa nanti, ina akn rindu kenangan2 begelar pelajar sekolah. hUhuhu.. Pape pun gud luck K. JOM follow blog budak monolog.http://livegraffitistreet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. akk rindu nk sekolah balik!
    tp nsb baik skrg ni mmg keje kat sekolah.. terubat rindu..
    selamat kembali ke sekolah!
    =)

    ReplyDelete
  23. Akak pun x suka 1st day sekolah sbb tktau nk bawak buku apa. Last2 bawak je semua buku smpai beg nk putus. Cikgu ni pun lek2 la dulu, 1st day skola takyahlah mengajar lagi hahaha.. Selamat bersekolah ina!

    ReplyDelete
  24. Hahaha betoi 1st day p'sekolahan memang confius taktau nak bawak buku apa ... Takkan nak bawak semua kut , better buat pengambilan buku teks hari pertama sk ja .. heheee

    ReplyDelete
  25. intai intai kejap kat sini nak tgk budak sekolah...haha

    ReplyDelete
  26. hahahahaa comelnyaaaa! especially part budak baru. kemainnnnn eyh budak laki :P rindu sekolahhhhh! hehe

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  27. macam mana buat gambar gif gerak gerak?ajar please!

    ReplyDelete
  28. betul tuuu. yang nombor satuu. kalut nak call kawan kawan sbb nak tanya bawak buku apa. hahah. wish you luck kak.

    ReplyDelete
  29. nanti dah habis sekolah, mesti rindu jugak zaman tu :) enjoy yourself yepp

    ReplyDelete
  30. apa yang ina rasa semua ni kak pun pernah lalui jugak. semua orang pun rasanya sama ja. apa2 pun belajaq elok2 na, selamat bersekolah! hehe ^_^

    ReplyDelete
  31. sekolah lah tempat paling best... takde pikir itu ini.. yg penting nak ke sekolah :)

    ReplyDelete
  32. dlu skolah terpikir nak kerja, bila dah kerja..rindu nak sekolah balik haha..btw skolah bgus2 tauu

    ReplyDelete
  33. tah nye cikgu tu pon. rile la. hari 1st day skolah kot. nak kecoh sgt pe hal. phui~ <-- kak ana berani ckp dlm hati je sbnrnye hehe

    adik kak ana pon dok stress dah pikir nti cikgu mula la nk meroyan bila ada je hal x kena masa 1st day skolah.. moga ina & adik2 lain dipermudahkan urusan sekolah sesi 2015 ni. aminnn :)

    ReplyDelete
  34. singgah sini ye :) Dah lama follow . FOllow back please boleh ? Dah follow tinggallkan jejak yee :)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum. jom join GA ni. ada hadiah novel :3 http://nik-ainaa.blogspot.com/2015/01/giveaway-blog-nik-ainaablogspotcom-2015.html

    ReplyDelete
  36. hahaha! Cute dik post ni, cute sgt!!! Suka sgt! ;)

    ReplyDelete
  37. hehe salunya kalau first day tu..memang excited, haha banyak benda nka cerita kat kawan-kawan...zaman dulu tak ada whatsapp..handphone pun tak guna sangat

    ReplyDelete
  38. bila Ina dah habis sekolah, mula lah rindu zaman sekolah :) serius cakap. akak pun cam tak percaya dah nak masuk 4 tahun tinggal sekolah

    ReplyDelete
  39. salam.. cikgu garang la boleh buat kita jadi pandai tau..berdasarkan pengalaman akak la.
    selamat kembali ke sekolah :)
    ina masuk aliran apa?

    ReplyDelete
  40. singgah sini sambil klik iklan . jom ke blog shahril . ade entry baru !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/tarikh-agihan-duit-br1m-2015.html

    ReplyDelete
  41. selamat tahun baru dan welcome back to school! hehehe...xpela...bila dah hbs sekolah...masuk zaman kolej @ kerja, lagi susah...

    ReplyDelete
  42. Rindu taw zaman sekolah. Nikmatilah zaman persekolahan dan ciptalah memori terindah. Chewaaahhh....

    ReplyDelete
  43. Salam Perkenalan.
    Jemput join GA yang saya anjurkan:)
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html?m=1

    ReplyDelete
  44. GOOD LUCK, sabrina sayang!!! InsyaAllah, awak surely boleh tempuh semuanya dengan baik and cemerlang. Aminn! :))

    ReplyDelete
  45. samalah kita form4! heheh xD all the best Ina :D kesemua yg ina listkan semua tu betul belaka! hahahah

    ReplyDelete
  46. salam kenal jugak dari kaknoor dan singgah follow sini..

    ReplyDelete
  47. yaya pun selalu keliru first day sekolah dulu. bawak buku apa ya? sampai kol kawan tnya macam2.. huh..

    ReplyDelete
  48. Ishhhh kalau setakat tertinggal buku tu kena marah tu bukan malang namanya... kekeliruan hari pertama... okay jer... lepas tu takkan buat lagi kan... saya dulu bila tertinggal jer terus kena penampar kaw kaw kat muka... cikgu suruh balik time time tu jugak (sekolah dalam kampung jer) untuk ambik buku tu... tapi by the time balik ke sekolah masa kelas tu dah habis kan... so balik makan dan melepak kat rumah jer lah... hahaha

    salam kenal dan salam singgah

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kadang2 cikgu yang kita ingat garang tu langsung tak pernah marah students dia xD Mungkin muka mereka nampak garang, hehehe

      Delete
  50. Selamat kembali ke sekolah.. akak macam lambat ja.. tak pe kan.. hehe

    ReplyDelete
  51. masalah akak setiap kali mulanya first day sekolah adalah nak sesuaikan diri dengan suasana baru.. puratanya , setiap tahun akak pindah sekolah kot. sedih. hahhaa... btw semuanya okay okay sajaaa

    ReplyDelete
  52. hehe all the best ina :D

    ReplyDelete

Post a Comment