Monday, 5 January 2015

Feeling Masa Jadi Newbie

Hai assalamualaikum,

Masih tertanya-tanya kisah Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza? Boleh baca entry sebelum ni.


Ina yakin setiap blogger ada pengalaman menjadi newbie. Tak kira lah blogger tu sekarang dah terkenal ke, suam-suam kuku mungkin? Ataupun masih berpegang konsep newbie? Wallahualam. Yang pasti, setiap blogger pasti ada pengalaman menjadi newbie sama ada pengalaman itu manis untuk dikongsi ataupun pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, Ina sendiri dah 2 tahun bertapak di dunia blogging. Hari ni, Ina nak flash back pengalaman Ina sewaktu menjadi newbie. Korang semua pun ada juga kan pengalaman masing-masing? Cuba ingat balik. Mana tahu kita sama..

Pengalaman Ina menjadi newbie rasanya bercampur baur manis dan pahitnya. Antara feeling masa Ina jadi newbie:

1. Rasa semua orang baca blog kita.

Feeling ni paling sedih sekali sebab rasa macam syok sendiri pun ada. Kebiasaanya, feeling syok sendiri ni, kita boleh tengok daripada gaya penulisan dia.

Hai assalamualaikum,
Sorry lah semalam saya tak update. Mesti awak semua rindu saya kan? 
Saya pun rindu dekat awak, awak, awak dan juga awak. 
Eh, awak lah! 

Entah-entah tak de siapa pun perasan

2. Feeling semua benda orang nak tahu tentang apa yang kita lalui. 

Hai assalamualaikum, 
Hari ni kita pergi pantai. Kita bangun awal-awal, mandi. Air dia sejuk gila. 
Lepastu kita tak tahu nak pilih baju apa. Hehe typical girls. Last2 kita pilih baju pink blink2.
Kita pakai bedak Silky Girl biar melecun gitewww.
Kita naik kereta tepat pada jam 9 pagi. Masa tu burung berkicauan. Matahari mula menyinar.
Kita duduk sit belakang. Abang duduk sebelah kita.
Pastu kita tidur. Lepas kita bangun, tiba-tiba je dah sampai pantai! Yeyayeyeyeye

Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali kepada diri Ina, biasanya Ina letakkan diri Ina sebagai pembaca entry ni. Rasa ada tak orang nak tahu apa yang kita lalui macam ni? 

Kalau yang rajin-rajin lah nak baca. Tapi Ina percaya, ramai yang malas. Ramai lagi blog yang kita nak singgah, nak baca entry dia. Kalau baca entry macam ni, rasanya terlentok terus kot? Lebih baik kalau kita letak point penting je.

3. Setiap perenggan ada 1000 patah perkataan. 

Rasanya, korang semua dah boleh bayangkan kan? Kalau tak, izinkan gambar berbicara. 


Nak scroll pun seram kalau macam ni

4. Tulisan lip lap lip lap penyeri entry

Ni pengalaman Ina yang Ina tak boleh lupa sampai sekarang. Bila tengok boleh letak background untuk setiap perkataan, hati ni rasa ghairah pula. Bila dah ghairah, try lah buat. Eh, berkenan pulak. Maklumlah dulu hati kanak-kanak riang. 

Hai saya sabrina. Saya budak baik.
 
Mesti lepas orang baca entry tu terus rabun warna


Sebenarnya, banyak lagi benda pelik-pelik yang Ina buat masa jadi newbie dulu. Cuma sekarang, bila kerah otak ni suruh ingat, makin blank pula. 

Setiap orang mesti ada pengalaman jadi newbie dulu kan? Cuma sekarang, kita dah pandai sikit macam mana nak mencorakkan entry kita untuk tarik perhatian orang baca. Senang untuk ajak orang singgah blog kita, tapi bukan senang nak suruh orang baca entry kita dari mula sampai penghujungnya. 

Keep blogging ♥ 

Bye, assalamualaikum.

47 comments:

  1. No 1 & 2 tu pernah buat masa newbie dulu..bhahaha lawak bila kenang balik. syoik sendiri ja fir ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ye ke? tak sangka ada yg sama dengan ina :p normal lah tu fir..

      Delete
  2. Hahahaha nama pun newbie , biasalah tu. Rasa cam dah canggih sangat kalau buat itu buat ini. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah kan. bila ingat balik, rasa macam cetek beno akal kita masa tu..

      Delete
  3. hahahaha. memula dulu memang lah kann. habes semua benda nak letak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ni pun satu. habis penuh sidebar , dengan benda tak sepatutnya..

      Delete
  4. Hahaha omg entry nu xleh blah betullah xD semua betul, terutama nombor 1 ngn 2 tu. Bila ingat balik rasa nyampah pun ada hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ina pun selalu buat benda atas ni, kak mazni.. rasa segan pulak nak ingat balik xD

      Delete
  5. Betul tu ina. Saya pun sama lah. Bila baca entry dulu2, rasa macam nak luku kepala sendiri sebab macam tak percaya diri sendiri yang tulis entry tu semua. Malu diri sendiri rasanya. Hahaha.. Tapi semakin lama kita berblog, semakin baik cara kita handle blog.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa kan kan. ina pun malu gila bila baca entry dulu2 ina. ya Allah, rasa macam " kenapa aku macam ni dulu? " , "sakainya aku, masyaallah.. " hm malu tu memang lah malu. malu gila. hm betul tu.

      Delete
  6. Haha. Yang first tu selalu sangat even sampai sekarang . Lol . Sebenarnya tahu je takda yg menyinggah tapi bagi mengelakkan rasa sedih . Haha . Liyana dulu taksuka main colour / highlight tu tapi suka main font type . Lol . Rasa lawak bila ingat balik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kadang2 ina pun sama tau xD hahah hm tu lah buat sedapkan hati je kan.. oh ye ke... lebih kurang je macam ina.. memang lawak gila bila ingat balik xD

      Delete
  7. Hahaha . Tersenyum je Faris bila baca entry ni . Betul tu ina , setiap orang mesti pernah melalui zaman newbie dia . Macam Faris ni , Faris ni masih lagi newbie walaupun dah 2 tahun masuk ke alam blogging . masih lagi terkial-kial :) Keep it up Ina !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ina pun tersenyum juga bila ingat balik pengalaman masa ina jadi newbie dulu.. haah.. laaa ye ke? lebih kurang macam ina lah kan.. hehe thank you faris.. you too ^^

      Delete
  8. Masa buat kita jadi matang. akak pun dulu mcm tu gak.

    ReplyDelete
  9. kadang kadang buat lagi no 1 dan 2 tu..hahaha tapi yang background kaler kaler tu tak pernah try lagi :/ wujud ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa ina pun sama jugak lan.. seriously, wujud orang macam tu. ina lah orangnya.. :p

      Delete
  10. Betul omg qilla rasa mcm buat sampai sekarang je ahahahaahah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha ina pun buat jugak hahahhahaha

      Delete
  11. hahahahahahaha.. *terasa* hahahahaaaah *terasa* hahahhaha. HA...HA... HA.. *te..ra..sa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha ina pun terasa juga bila buat entry ni.. macam kutuk diri sendiri :p

      Delete
  12. betul tu setiap org ada pengalaman masing2 kan..dah matang atau dah lama berblog nanti dah tahu dah apa yg patut dan tak patut dibuat..hehehe..
    kita tak ingt masa buat blog dlu2..dah ada banyak blog kita buat.. yg kekal sekarang 2 bloglist,1 private diari,satu lagi yg sekarang ni la..
    mula2 entri mmg suka sangat meluahkan perasaan.hehehe..

    p.s/agak menakutkan jga la gambar kat nom.3 tu..hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu kak.. macam ina sekarang ni lah.. hehehe... pengalaman mendewasakan kita kan..
      hehe ye ke? yang ina ingat, ina rasa, ini blog ketiga ina.. yg blog lama2 dah delete dah..
      dulu, ina lain pulak.. selalu buat tutorial :p

      hahhahahaha ina pun takut jugak :p

      Delete
  13. huishh tudia aih. sampai blink2 gitu sekali? mcm pelangi plak hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kak anaaaa. jangan lah kata gitu. malu ina.. ina buat macam tu dulu :3

      Delete
  14. Assalammualaikum.

    Haha. No 1 mmng Nur prnh buat dlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      hehe ina pun pernah buat jugak nur T-T

      Delete
  15. Akak rasa akak dulu tak macam ni. Mungkin sebab dari dulu akak memang suka benda yang simple dan selalu rasa macam halimunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. hm jeles pulak dengan akak bila tak de pengalaman yg agak memalukan ni T-T

      Delete
    2. Hahaha...cik akak pun pernah rasa macam tu dik..haha..bajet newbie kan..hihi

      Delete
    3. hahaha ye ke kak... ina pun sama je sebenarnya hehe :p

      Delete
  16. banyak sangat lip lap lip lap ... hilang mood nak baca :p

    ReplyDelete
  17. Hahaha...kita semua matang ikut masa.
    Kalau newbie buat mende tu takpe lagi, boleh terima...
    Kadang2 ada yg tak berapa nak newbie pon buat jugak perkara2 tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm betul tu..
      hahhaha macam mengutuk je :p hm ada lah jugak jumpa beberapa blog macam tu.. hehe..

      Delete
  18. wahh...kemain followers awak :) seram sejuk pulak rasa... mcm blogger retis jeee.. hehehehe... sy newbie jugak... baru je dalam 2 bulan lebih berblogging...
    tu pun x sure ada ke tak nak baca and most syok sendiri. :P hehehehhe still kena study more n more about blogging.. bhahahhahahahha... mcm x percaya je aku sendiri yg tulis komen ni...ayat mensedapkan hati je letttewww... :P chill :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de lah awak.. ramai lagi tinggi followers nya tau.. oh ye ke.. selamat datang ke dunia blogging ^^
      hehe tak de lah.. kalau awak rajin promote, insyaallah ada jugak orang baca tu.. hm good luck okay :) hahahahha jangan risau.. boleh tu.. keep blogging :)

      Delete
  19. lucu je baca semua tu. semua BV pernah buat. wakakkaa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ye ke? ada jugak yang geng dengan ina hahah :p

      Delete
  20. yup,, ingat lagi first time ko buat blog and semua kengkawan komen sebab font kejap kecik kejap besar, dgn higlight nye, warna nye..haha..and tidak ketinggalan cerita pasal pisang C,Sabariah. selalu diingatan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha jangan ah cite kat sini .. malu kot weh haha xD tapi tu lah kenangan.. sekarang dah tak buat lagi dah :p haha

      Delete
  21. Hahaha, semua yang kau tulis aku pernah buat. Dulu pegang konsep newbie , sekarang pegang konsep suam suam tak ada kuku. Hahaha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sama lah itewww :p hehe okay lah tu. sama je dengan aku :3

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)