Azam 2015?

Hai assalamualaikum,

Hari ni dah 3/1/2015. Rasa agak terlambat ke Ina nak update pasal tahun baru? Tak sangka betul masa bergerak dengan begitu pantas sekali. Meninggalkan Ina yang terhegeh-hegeh di belakang. Tahu-tahu je dah 16 tahun Ina sekarang ni.

Rasa rindu bila teringat kali terakhir Ina jadi kanak-kanak. Bagi Ina, zaman kanak-kanaklah zaman yang paling banyak gelak ketawa bila semua yang kita buat jadi lucu. Semua yang kita buat, kita tak takut salah ke tak sebab orang tahu kita ni budak kecil lagi. Bila buat salah pun, orang boleh maafkan. Rindu.

Tapi hidup mesti diteruskan. Bila dah jejak alam remaja, masuk sekolah menengah baru kenal rupa manusia sebenar. Keinginan nak berkawan dan keinginan untuk mencintai dan dicintai (paling tak boleh bla). Baru kenal siapa kawan siapa lawan. Ada manusia yang bertopengkan haiwan. Ada kawan yang tikam dari belakang. Ada kawan yang masih ada di sisi kita di saat kita jatuh orang tinggalkan kita. Bagi Ina, perjalanan di sekolah menengah lebih kepada mencari persahabatan. 

Bila baca blog orang lain, berkenaan tentang azam, rasa wow apa azam aku untuk 2015? Rasa kecil pula diri Ina ni bila tak de azam lagi. Hidup mesti ada azam, ada cita-cita, ada tujuan. Baru boleh berjaya. Kata orang.

Jadi, nak juga tulis azam 2015! Nak jugak!

AZAM 2015. 
Bismillahirrahmanirrahim,
1) Anak yang solehah untuk Ummi & Walid.
2) Ubah diri ke arah kebaikan ; yakin terhadap kemampuan diri sendiri, jangan tinggi diri bila ada di atas, jangan sesekali sombong, jadi pendengar setia, jadi ringkas sikit tak menyusahkan orang, jaga hati orang.
3) Bab sekolah: Siap kerja sekolah on time, yang paling penting dah kena asah parang untuk SPM nanti, study group start daripada pertengahan form 4, buat yang terbaik, tinggalkan bab cintan cintun ni. Fokus dalam pelajaran.
4) Bab blog: Masih terhutang janji dengan tutorial ukulele T-T Malaih nya kemain tapi tahun depan kita tengok macam mana. 

Alhamdulillah. Tercatat sudah azam 2015 Ina. Tak ada banyak pun. Tapi rasanya semua penting. Harapnya, dapatlah Ina tunaikan. Aminn. 

Point cerita untuk hari ni sebenarnya, tentang azam. Ina tahu, bila masuk tahun baru je, mesti semua orang, tak kira blogger ke, kawan sekolah, sedara, pak cik, mak cik, keluarga, mesti ada azam baru. Ye lah, masuk tahun baru, mestilah nak ubah diri kita ke arah kebaikan. Betul tak? 

Tapi, adakah kita tunaikan semua azam kita? Adakah kita semua seperti............... 

Sehangat tahi ayam?

Ataupun ada yang dah tercapai azam 2014? 

Tak salah untuk kita berazam. Hidup mesti ada azam, cita-cita, tujuan dan matlamat, baru boleh berjaya kan. Yang penting effort kita untuk capai azam kita tu. Tercapai ke tidak, kita berserah kepada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. 

Selamat tahun baru dan semoga azam yang korang impikan tercapai! ^^ ♥ 

Bye, assalamualaikum. 

Salam Maulidur Rasul

Comments

  1. wah...hihi...semoga semua azam yang sabrina nak tercapai^^ amin :)

    ReplyDelete
  2. Hahha. Comel sangat ina nii.

    akak doakan azam 2015 ina tercapai okay. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih kak scha..
      aminnn !! ^^

      Delete
  3. selamat tahun baru ^^ moga azam baru tercapai hihi http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru sabrina. :)
    moga semua azam tahun ni tercapai.

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun baruuu dan salam maulidur rasul ina :) semoga semua azam dapat tercapai aminnn. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga kak :) aminn ..

      Delete
  6. semoga azam u tercapai ye dalingg... XD hehe..

    ReplyDelete
  7. semoga azam 2015 tercapai ye.. hehehe... yeap.. betul tu, study group untuk spm memang kena start dari awal. goodluck! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... heheheh.. ye ke. insyaallah nak study group dr awal! ^^ thank you :))

      Delete
  8. semoga tercapai ye dik. insyaAllah. ;) moga Allah permudahkan. ;)

    ReplyDelete
  9. semoga tercapai ye azam ina. selamat tahun baru dan salam maulidur rasul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. selamat tahun baru juga :)

      Delete
  10. semoga azam tercapai ye dik!
    =)

    ReplyDelete
  11. Betul tu ina . Lagi2 Faris yang duduk asrama . Perghh2 , memang masak betul kat sana . 1001 dugaan datang . Btw , Faris doakan moga azam ina tercapai . Amiin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe ye ke? tabah ye dik! aminn thank you ;)

      Delete
  12. happy new year my love!
    and may all our wishes come true heehehhee <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too bae!
      aminn .. :)

      Delete
  13. Salam,akak ditag ^^ http://aimanliyanasamat.blogspot.com/2015/01/postcards-giveaway-from-czech-germany.html BTW semoga azam akak tahun ni tercapai

    ReplyDelete
  14. byk azam tu. hehe. good luck utk azam tahun baru 2015 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe banyak ke? :p thank you :))

      Delete
  15. Selamat Tahun Baruuuu
    Goodluck Ina! <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga :)
      thank you ^^

      Delete
  16. semoga azamnya tercapai. selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  17. semoga azam tercapai la ye. jadi lebih baek dr tahun sebelumnya. :)
    happy always. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn kak .. thank you kak ^^ i hope so :)

      Delete
  18. Happy New Year Ina !:)
    May Year 2015 going to be better , In Shaa Alah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too adam! i hope so ^^ aminn..

      Delete
  19. happy new year ina . haha . semoga dapat ditunaikan azam tahun baru tu . hehe . liyana mmasih clueless untuk buat azam tahun ni :( haha . btw, azam nak lupa crush tu memang sangat susah rasanya :3 lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too :) aminn harapnya macam tu lah.. hahahah tak pe, boleh fikir lagi ^^ hahaha betul gila!

      Delete
  20. amin . semoga dapat capai azam tu :)

    ReplyDelete
  21. semoga Allah permudahkan perjalanan ina dalam mencapai azam2 tersebut. amin. ^_^

    ReplyDelete
  22. comel je crush crush haha. happy 2015 ina :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha okk crush ni kita punya k kak najlaa :p happy 2015 too kak ^^

      Delete
  23. Malas berazam sebab tahu azam tu tak akan ke mana. :3 Selamat Menempuh 2015 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha tapi tak salah berazam kan ^^ selamat menempuh 2015 juga fawwaz :)

      Delete
  24. good luck dik Ina! 😊😊👍👍

    ReplyDelete
  25. InsyaAllah all the best utk form 4 ye ina doakan sya sekali. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe all the best too sya untuk form 4.. thank you ^^

      Delete
  26. Waahhh!!!
    Bagus2 azam dia...bagus!
    Hehehe...

    Good luck Ina :)

    ReplyDelete
  27. hamboih crush hehe. azam k.ana tahun ni nk capai few azam last year yg blm tercapai hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu contoh je kak ana :p hahahhahaa ni baki tahun 2014 lah ni? :p good luck kak ana! ^^

      Delete
    2. bab "kawen" lah wishlist paling blm tercapai lagi sampai skrg ni ina =D

      Delete
  28. selamat maju jya menunaikan azam2 di atas tu..betul cakap ina,kita sokong ayat di bawah tu..

    Tak salah untuk kita berazam. Hidup mesti ada azam, cita-cita, tujuan dan matlamat, baru boleh berjaya kan. Yang penting effort kita untuk capai azam kita tu. Tercapai ke tidak, kita berserah kepada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
    CP ayat ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aminn.. terima kasih kak ^^ bangga pulak ;3

      Delete
  29. Assalammualaikum. Smoga trcapai azam Ina.. :) Istiqomah msti kna ada dlm dri. yeah ! :)
    Doakan Nur jga ye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. aminn.. yeah! betul tu nur! ^^ good luck juga nur :)

      Delete
  30. Semoga tercapai semua azamnya :)

    ReplyDelete
  31. Happy New Year Ina! Semoga kita kekal kawan baik sampai akhir hayat! and tahun depan, ajar lah aku kalau aku x faham pelajaran yg baru nanti ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too ija! aminn harapnya macam tu lah.. insyaallah.. kita pun sama. dah lah nampak macam susah je weh T-T

      Delete

Post a Comment