Showing posts with label #pernahtakkorang. Show all posts
Showing posts with label #pernahtakkorang. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Ragam Budak Exam

Assalamualaikum hai hai haiii.



Dengan bangganya, guwa nak umumkan guwa baru je habis exam secara rasminyaaa *letak kaki atas meja (astaghfirullahalazim). Rasa bahagia gila, dah tak dibelenggu kata-kata hikmah pujangga ahlul-ahlul sejaratun, biologitun, kimiatun, add metun, metemetikun & ahlul lain. Rasa otak dah boleh menghirup udara segar tanpa seksaan kata-kata fakta. Rasa dah boleh kahwin dah lepas ni *kenyit mata.  

Disebabkan secara rasminya hari ni Ina bekas budak pat, Ina pun nak share lah ragam-ragam Ina & kawan-kawan time exam ni. Rambut sama hitam, ragam lain-lain. <= sebenarnya hati. Sebelum tu, Ina susun sepuluh jari memohon ampun kepada rakan-rakan lain yang belum habis exam lagi, jangan jeles tau. 

So, ragam budak exam? 

Jeng jeng, yang pertama,
1. Golongan-golongan yang suka meniru, ditiru, sengaja memberi tiru, tiru-meniru & sebagainya. 

Haa golongan-golongan ni lah yang biasanya memeriahkan lagi majlis peperiksaan. Tanpa mereka (termasuk Ina), tiada lah peperiksaan. Kira golongan-golongan ni merupakan syarat wajib peperiksaan. Kalau tak de diyorang, haa tak yah ah panggil exam tu exam. 

Yang paling malang sekali, golongan yang meniru daripada orang yang tak rela ditiru. Haa ni boleh bawak menyirap ni. Nak nak pulak kau duduk sebelah ahli cendekiawan berjaya, haa memang jangan harap lah dia nak kasi walau sehuruf jawapan sekali pun. Kalau kau dah desperate sangat terpaksa lah buat muka kau yang paling buruk disertakan dengan mata senget kekiri atau kekanan, ikut kat mana ahli cendekiawan tu berada, dengan harapan kau dapat tengok seketul jawapan daripada dia. 

2. Saudara sesama meniru

Ni nampak macam sama dengan atas, tapi sebenarnya, nampak sama tapi bukan dia. Saudara sesama meniru ni, dahsyat ukhuwah yang terjalin, bak kata pepatah, air yg dicincang tak akan putus. 

Jadi dalam kelas, korang akan nampak lah saudara-mara ni memberikan kata-kata isyarat even yang sorang ni kat utara, lagi sorang ni kat selatan. Pelbagai mimik muka saudara yang sorang ni akan kasi supaya adiknya faham. Kalau yang duduk sebelah dia, agak malang lah, kalau dapat pulak orang cakap menyembur, haaa memang basah satu kertas. 

Yang peliknya, biasanya, saudara mara ni lah biasanya yang akan buat kau tergelak, buat kau lupa erti exam sebenar. Lepas tu, bila pandang kertas, rasa stress balik. 

Kalau kat Malaysia buat macam ni, mesti kita dah jadi kawan baik dah kat penjara. 

3. Ragam budak depan

Tahukah anda kalau tengok wayang, tempat duduk yang paling heaven sekali seat yg paling belakang, tapi time exam seat yang paling depan? 

Sebenarnya kalau korang perasan, banyak-banyak tempat, tempat duduk depan lah yang paling heaven sekali. Kalau korang perasan lah, macam yg Ina perasan. Sebab apa? Haa budak yg biasa duduk depan ni, dia boleh landing je tidur kalau dia ada masalah dengan sesuatu soalan tu.Nak nak pulak soalan objektif yang ibarat tahi gigi je. 

Korang boleh tengok diyorang punya kehebatan ni bila time kutip soalan. Nnt bila kutip semua kertas ke depan, haa apa lagi. Dia pun start enjin, mata macam scanner, pilih kertas budak-budak genius, dia pun haaa print je lah. Tangan dah ready. Buruk betul perangai, ibarat lipas yang dikudungkan. 

Haa perasan tak? Perasan tak? 

Ina perasan. Sebab Ina duduk depan. 

4. Ragam budak belakang 

Bagi Ina, dapat tempat duduk belakang ni, agak tak syok ah. Ada yang kata syok sebab kalau bincang ke apa, cikgu tak nampak, tapi Ina still tak suka. 

Sebenarnya duduk belakang ni, ada advantage dengan disadvantage dia. Advantage tadi, boleh adakan sesi soal jawab dengan kawan, walaupun sebenarnya advantage tu tak berapa benar di mata Ina (sebab jarang duduk belakang). 

Dia punya disadvatage dia, lagi haaa ibarat puting beliung yang melanda. Time bila? Haa time waktu-waktu akhir. Ada setengah orang, kalau cikgu kata "exam dah tamat, anda dikhendaki meletakkan pensel anda". Haa time ni lah otak dia mencurah-curah idea bagai air terjun yang deras. So, time ni lah pulak, budak-budak belakang kene jadi pengutip kertas...

Haaa nampak tak? 
Dah terang lagi bersuluh. 

Haih apa-apa pun, entry ni cuma untuk suka-suka je. Ina pernah meniru, korang pernah meniru, semua pernah meniru. Yes, kecuali ahli-ahli cendekiawan yang berjaya & bertatatsusila. Tu, geng otak kilat, tak mo kawan diyorang. 

Sorry kalau ada yang kecil hati, sebab dah lama tuan blog ni tak menaip. Mana tahu, tercuit hati, makan dalam. Uisyy mintak2 dijauhkan. 

Kepada sesiapa yang tengah exam lagi, good luck exam. Buat betul-betul ( gelak kuat-kuat ). 

Bye, assalamualaikum ♥♥ 

Thursday, 8 January 2015

Perempuan Bila Kena Puji

Hai assalamualaikum,

Perempuan ni, banyak ragamnya. Setiap perempuan, ada ragamnya masing-masing. Ada juga yang kata memahami seorang perempuan lebih sukar daripada memahami pelajaran Add Math? Bunyi macam dahsyat sebab ramai yang kata Add Math tu susah. Tapi, siapa sangka memahami perempuan lagi susah sebenarnya.

Dah baca Perempuan Bila Kena Ngorat? Mana satu reaksi korang?

Kali ni, Ina nak cerita mengenai perempuan bila kena puji pula. Pernah tengok tak, apa reaksi seseorang perempuan tu bila kena puji? Ataupun korang sendiri lah, kena puji oleh kawan-kawan yang lain?

Apa reaksi korang atau perempuan tu?

1. Tersipu malu bak pohon semalu, padahal.....

Pernah tengok pohon semalu? Apa jadi bila kita sentuh dia? Automatik dia terus kuncup kan? Macam tu lah bagi sesetengah perempuan.

*Instagram*
Bedah: Hm soooo pretty 
Ropeah: Eh tak de ler.

*Dalam hati*
Ropeah: Tahu dah. Tok sah bagi tahu. Haih menyampah betul.

Typical okay, typical

2. Kutuk diri sendiri bila kena puji

Ina tengok ada juga yang berlaku benda macam ni. Tak percaya? 

Bedah: Kau ni lawa lah. Aku dah lama dah jeles dengan kau
Ropeah: Apa bendanya! Aku ni dah lah hidung tak mancung. Pipi pun macam pau. Kau ingat aku tak tahu yang kau puji tu tak ikhlas? Ha?! Kau ingat aku tak tau? 

Confirm. Lepas tu, dah insaf dah orang nak puji Ropeah kalau macam ni perangai dia
3. Mengaku je heheheheeee

Bedah: Lawanya kau ni...
Ropeah: Terima kasih 

Sambil dia cakap terima kasih tu, jangan lupa check hidung dia. 
Confirm macam nak kembang tapi ditahan-tahan.

4. Paling tak de perasaan

Bedah: Kau ni, lawa lah aku tengok
Ropeah: Lawak apa kau

Nampak macam biasa. Tapi ada sesetengah orang yg sensitif, dia terasa.
Habis, kecil hati dia. 
Ina pernah kena macam ni. 

5. Bila dah puji tu, bodek lah balik. Ye tak? 

Bedah: Pretty
Ropeah: Thank you. You more ;)

Kadang-kadang jaga hati.
Kadang-kadang ikhlas. 

6. Paling tak mengaku. 

Pernah juga tengok kejadian macam ni. Contoh kalau ada 100 orang komen dia lawa, seratus tu lah dia komen " No, im not. Saya buruk" .

Jual mahal agaknya? 

Apa-apa pun, hati-hati lah bila reply pujian seseorang tu. Daripada gaya kita balas pujian seseorang tu, dah boleh tunjuk macam mana perangai diri kita yang sebenarnya. Tak percaya? Daripada gaya kita reply tu, dah nampak dah kita ni jenis manusia bersyukur ke tak dengan pemberian Allah ataupun kita ni jenis yang tamak, nak lebih. Selain tu, kita juga dah boleh nampak dah dia ni jenis yang pandai jaga hati orang ataupun tak. 

Hati-hati juga bila kena puji, sebab kadang-kadang manusia macam duit syiling. Macam ni.. 

Harapnya, kita semua tak de lah jadi macam ni.. 

Ina harap entry ni, tak kecilkan hati sesiapa.

Ikhlaskan diri bila memuji.
Jaga hati bila balas pujian si pemuji. 

Bye, assalamualaikum.

Monday, 5 January 2015

Feeling Masa Jadi Newbie

Hai assalamualaikum,

Masih tertanya-tanya kisah Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza? Boleh baca entry sebelum ni.


Ina yakin setiap blogger ada pengalaman menjadi newbie. Tak kira lah blogger tu sekarang dah terkenal ke, suam-suam kuku mungkin? Ataupun masih berpegang konsep newbie? Wallahualam. Yang pasti, setiap blogger pasti ada pengalaman menjadi newbie sama ada pengalaman itu manis untuk dikongsi ataupun pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, Ina sendiri dah 2 tahun bertapak di dunia blogging. Hari ni, Ina nak flash back pengalaman Ina sewaktu menjadi newbie. Korang semua pun ada juga kan pengalaman masing-masing? Cuba ingat balik. Mana tahu kita sama..

Pengalaman Ina menjadi newbie rasanya bercampur baur manis dan pahitnya. Antara feeling masa Ina jadi newbie:

1. Rasa semua orang baca blog kita.

Feeling ni paling sedih sekali sebab rasa macam syok sendiri pun ada. Kebiasaanya, feeling syok sendiri ni, kita boleh tengok daripada gaya penulisan dia.

Hai assalamualaikum,
Sorry lah semalam saya tak update. Mesti awak semua rindu saya kan? 
Saya pun rindu dekat awak, awak, awak dan juga awak. 
Eh, awak lah! 

Entah-entah tak de siapa pun perasan

2. Feeling semua benda orang nak tahu tentang apa yang kita lalui. 

Hai assalamualaikum, 
Hari ni kita pergi pantai. Kita bangun awal-awal, mandi. Air dia sejuk gila. 
Lepastu kita tak tahu nak pilih baju apa. Hehe typical girls. Last2 kita pilih baju pink blink2.
Kita pakai bedak Silky Girl biar melecun gitewww.
Kita naik kereta tepat pada jam 9 pagi. Masa tu burung berkicauan. Matahari mula menyinar.
Kita duduk sit belakang. Abang duduk sebelah kita.
Pastu kita tidur. Lepas kita bangun, tiba-tiba je dah sampai pantai! Yeyayeyeyeye

Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali kepada diri Ina, biasanya Ina letakkan diri Ina sebagai pembaca entry ni. Rasa ada tak orang nak tahu apa yang kita lalui macam ni? 

Kalau yang rajin-rajin lah nak baca. Tapi Ina percaya, ramai yang malas. Ramai lagi blog yang kita nak singgah, nak baca entry dia. Kalau baca entry macam ni, rasanya terlentok terus kot? Lebih baik kalau kita letak point penting je.

3. Setiap perenggan ada 1000 patah perkataan. 

Rasanya, korang semua dah boleh bayangkan kan? Kalau tak, izinkan gambar berbicara. 


Nak scroll pun seram kalau macam ni

4. Tulisan lip lap lip lap penyeri entry

Ni pengalaman Ina yang Ina tak boleh lupa sampai sekarang. Bila tengok boleh letak background untuk setiap perkataan, hati ni rasa ghairah pula. Bila dah ghairah, try lah buat. Eh, berkenan pulak. Maklumlah dulu hati kanak-kanak riang. 

Hai saya sabrina. Saya budak baik.
 
Mesti lepas orang baca entry tu terus rabun warna


Sebenarnya, banyak lagi benda pelik-pelik yang Ina buat masa jadi newbie dulu. Cuma sekarang, bila kerah otak ni suruh ingat, makin blank pula. 

Setiap orang mesti ada pengalaman jadi newbie dulu kan? Cuma sekarang, kita dah pandai sikit macam mana nak mencorakkan entry kita untuk tarik perhatian orang baca. Senang untuk ajak orang singgah blog kita, tapi bukan senang nak suruh orang baca entry kita dari mula sampai penghujungnya. 

Keep blogging ♥ 

Bye, assalamualaikum.

Tuesday, 16 December 2014

Pernah Tak Korang.... #2 : Tengah Solat

Hai assalamualaikum,

Dah baca Pernah Tak Korang Part 1? Kalau belum baca klik sini.

Kali ni, Ina nak dedahkan benda yang selalu menimpa Ina masa nak solat.

1) Lupa rakaat ke berapa.
 Ni tak khusyuk solat lah ni. Jangan jadi macam Ina. 


2)  Keinginan nak kentut yang tak diundang

Kalau keinginan ni datang time tahiyat akhir, lagi sedih T-T 

Pernah tak korang?

Tuesday, 9 December 2014

Betapa Monyetnya Cinta Aku Dulu

Hai assalamualaikum,



Korang semua ada pengalaman bercinta tak? Kalau ada, takkan tak kenal kan cinta monyet. Yes, ina mengaku, ina pun pernah bercinta. Tapi, tak lama pun hubungan Ina dengan dia, setahun setengah je ( Lama lah jugak bagi Ina yg baru sekolah menengah) . But, sekarang, dah tak de apa2.

Bila teringat balik, betapa monyetnya Ina masa bercinta dulu. Ina tak tahu macam mana Ina yang manusia boleh jadi macam bodoh masa bercinta. Pernah dengar tak cinta tu buta? Yes, ina setuju siapa yang cakap tu. Bila bercinta, even kentut dia yang bau durian pun kita kata wangi. Tak ke monyet Ina dulu.

Kelakar, kelakar. Bila kita layan dia macam suami kita. Kalau orang lain suruh, punya lah liat masyaallah nak buat. Cuba, kalau dia suruh, terus sepantas kilat, kita buat. Nampak tak? Konon ingat bila buat macam tu, dapatlah tunjuk kita ni akan jadi isteri mithali satu hari nanti untuk dia.

Belum kira bila part jiwang;

Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu terlihat,
Kesucian terlindung jua.

Cinta bukan hanya di mata,
Cinta hadir di dalam jiwa...

Aku cinta padamu wahai Ropeah ku yang satu dihatiku

Sekarang ni, baru terfikir. Ingat sweet ke tulis jiwang-jiwang macam tu. Kalau nak tackle pun, pakai lah ayat sendiri. Ada, lirik lagu dia bagi kita. Tak de idea langsung. Kutuk-kutuk ni pun, dulu cair jugak. Serious, bila kita bercinta ni, benda yang tak seberapa ni lah, nampak wow di mata kita. Padahal dia bagi cuma lirik lagu je. Lirik lagu je awaaaa T-T

Paling tak boleh bla kalau dia yang jenis suka tunjuk kekuatan cinta dia kat kita. 

"Akan ku renang lautan api penuh buaya demi mendapatkan hatimu"
"Kau belah lah dadaku, ada terukir namamu disitu"
"Tiada yang lain di hatiku, selainmu" 

Betapa tingginya imaginasimu wahai abang kasimku. Betapa sembangnya percakapanmu itu. Maaf abang Kasim, aku bukan yang jenis senang termakan dengan janji kosong mu itu. 

Kahkahkan. Cuba letak kolam yang penuh api kat depan dia, suruh dia berenang. Paling senang, suruh lah dia pergi pegang buaya. Ha, tengok dia menjerit ke tak. Jangan pulak "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee takutnya ada buaya"-style terlajak laris

Time dapat hadiah, even dia bagi cuma sekeping cekelat ataupun cincin yang disalut emas, dia menang main tikam, kita mesti rasa terharu gila kan. Masa tu lah rasa, betullah dia mencintaiku. Kalau tak, takkan dia boleh bagi semua tu. Maklumlah tengah angau. Cubalah bagi Iphone 6 ke :p

Bila kawan-kawan tanya, mulalah kita ceritakan betapa dalamnya cinta dia kepada kita. Kalau jumpa kawan yang dah ada pakwe jugak, haih mulalah cerita tentang kelebihan pakwe masing-masing. 

Tapi, sejujurnya, bila dah bercinta, baru ina tahu. Manis cinta tu cuma sekejap je. Pahit je yang banyak. Bila kita menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Bila kita buang masa sedangkan kita boleh je buat benda yang berfaedah. Masa tu, baru lah kita sedar, kenapa aku jumpa dia. Kalau aku tak jumpa dia, confirm benda ni tak jadi. 

Paling sakit hati bila dapat kawan yang tak memahami. 

Tu lah, aku kata, jangan bercinta. Kau degil sangat, nak bercinta juga. Kan dah dapat sekarang.

Spesies ini tidak patut hidup. Lagi jatuhkan kawan masa kawan tengah jatuh. Mari kita pukul saja orang seperti ini. :) 

Yes, kau betul kawan. Cinta tu memang menyakitkan. Tapi, kau perasan tak? Aku dah belajar something yang kau tak belajar. Aku belajar macam mana untuk bangkit bila aku dah jatuh. Walaupun hati aku berkecai, berderai macam kaca, aku tahu macam mana nak kutip balik. Aku belajar macam mana nak tahu lelaki tu betul-betul sayangkan aku andainya aku jatuh cinta lagi satu hari nanti. Aku belajar macam mana untuk senyum walaupun dalam hati ni, aku rasa sakit sangat. Aku ada belajar semua tu. 

Kau hade? 

Kau tak de *buat peace. 

Tapi, ina rasa apa yang ina dah lalui, memang betul buang masa lah kalau nak bercinta time sekarang ni  (kalau tak setuju, tak pe. ni pendapat ina je). Sepatutnya, ina kena sedar, betapa jauhnya perjalanan lagi. Boleh je jumpa orang yang lagi baik dari dia. Eleh, setakat jejaka dari Telok je kan :p

Walid selalu kata kat Ina, tunggu bila masuk universiti nanti. Lagi ramai pilihan awak ~~~ Tu lah, tak sabar ni :p Hahaha. Bukan walid sorang je. Ramai yang cakap, jejaka di universiti ramai yang ehem ehem :p Haha sekarang ni, belajar je lah. Lagi 2 tahun je nak spm. Sedar diri sikit eh, sabrina. 

 Ina harap entry ni tak kecilkan hati sesiapa.
Assalamualaikum. :)