Tuesday 3 November 2015

Slap yourself, sabrina

Hai assalamualaikum,

Haa amik kau, haaa! haaa! 

Whatcaaaaaaaa!! (lepas geram). Alhamdulillah, selepas sebulan menelaah buku sampai tak loya makan, gastrik *cehh* akhirnya aku kembali menghulurkan salam di sini mwahahahaha. Okay, tuan blog ni gila.

Tapi, serious lah, Ina kene gastrik teruk time exam week sbb doktor kata tak cukup rest. Konon nak tunjuk brtungkus lumus sblm exam, padahal...................... belajar last minute x). Tak de bende yg nk dibanggakan, jangan ikut akak sabrina ni.

Haa korang perasan tak dengan new look blog Ina? Setelah berabad lamanya Ina tak tukar design blog, akhirnya akhirnyaaaaa Ina decide untuk tukar design blog lama yg dah lekang dek panas, dah lapuk dek hujan.

Kali ni, blog Ina bertemakan warna coklat dan pink.
Yeah, pink.
Still pink.
Still.

Ina tak tahu kenapa?!!! Kenapa warna pink ni still jadi pilihan mata Ina. Padahal, Ina dah set mind Ina kata aku nk tukar blog jadi warna orange. Warna komersial. Laki pun tak geli nk tekan (ahahah). Konon nak hipster gituwww. Tapi, haa still. Still.

Still merah jambu. Nak kata ayu? emm hahaha okay muntah hijau guwa. Dah. menyampah orang baca.

 
My reaction after all efforts & sacrifices :') 

Yang paling geli sekali, header lah. Haih Ina spend 3,4 jam untuk perah, bilas otak ni untuk buat header yg gempak. Dan jeng jeng boleh scroll atas, tengok hasil drpd otak Ina. Sebabakusabrina bersama roket berterbangan & burung sebagai rakannya.

Part yang paling Ina suka sekali, part sidebar. Thank you Kak Wanaseoby for the tutorial. ♥♥

Last but not least, benda yang paling penting sekali, setelah dicuit2, dicubit2, & dipaksa dgn kejam oleh adik sendiri, Ina terpaksa lah buat part promoted account. Sesiapa yg berminat, boleh whatsapp laju2 dgn humairock. Benda ni memang laris sgt, permintaan tinggi. Memang tak rugi kalau nk cuba. Harga pun berpatutan. Boleh beli banyak2 untuk mak, ayah, sanak saudara, jiran tetangga & sebagainya.

Okay, tak boleh lama2, esok last peiiiiiperr. Last paper!! Tapi satu hapak pun Ina tak baca lagi dek panggilan blog ni. Wish me luck!

Bye, assalamualaikum.

Lots of love, 
Inaaaaaoo 

*still wondering the relations between my title post & its content

Saturday 11 July 2015

Sebabakusabrina Masuk Berita Harian!

Hai assalamualaikum,

Entry ni patutnya dipublishkan bulan Januari yang lepas. Terima kasih tak terhingga kepada tuan blog sebab rajin sangat, dan alhamdulillah 5 bulan dah berlalu.

Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya selepas kira-kira 2 tahun blogging, blog Ina terpilih untuk masuk Berita Harian *kesat air mata. Sejujurnya, masa zaman newbie dulu, time Ina tengah adore Kak Lyssa Faizureen, jealous tengok Kak Lyssa masuk majalah.

Tak sangka, setelah lama menanti, sampai cita-cita ni Ina dah nak lupa dah, tiba-tiba jeng jeng jeng! Kak Nisa pm Ina... Terima kasih kak!!.. Masa tu, feeling dia, masyaallah rasa nak lompat, jogging, buat marathon keliling rumah! & betul lah, Ina melompat pusing keliling rumah. Bila dah reda, baru Ina reply mesej Kak Nisa sambil berjoget-joget depan laptop.

Tu cerita sebelum masuk paper.

Lepas masuk paper, ummi masukkan kepingan akhbar tu dalam whatsapp group. Paling seram sekali, bila sedara Ina cerita, pak cik Ina siap kata "apa benda yang budak sabrina tu tulis dalam blog? cuba tengok sikit". Gila kau. Pak cik aku nak tengok blog! Seram tak seram.


Okay, tajuk dia memang Ina tak sangka, hahaha. Rasa tak percaya pula Ina ada cakap macam tu :p

p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Ina & yang selalu bagi sokongan kepada Ina sepanjang Ina dalam dunia blogging ♥

Bye, assalamualaikum.