Tuesday, 1 December 2015

Tips: Bakal Pelajar Sains Tulen

Hai assalamualaikum,

Lately ni, Ina busy gila gila sebab tolong design kan gambar untuk promotion end year sale instagram adik Ina, @flowery.dot .

Semalam ada anonymous yang berjaya menimbulkan tanda tanya dalam cbox Ina dengan soalan;


Ko tahu, lepas Ina baca benda ni, hidup Ina yang tenang dan aman terus bertukar jadi bimbang & risau akibat daripada 2 ketul message ni. 

This might be the longest journey ever, so Im warning you, if you are not 'bakal budak sains tulen' please change your channel with my other pelik posts. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata orang, bodoh berpada-pada. Result pt3 bukan segala-galanya. 

So, Ina assume hi ni sebagai budak form 3 yang rasa keliru dan buntu untuk pilih aliran mana sebab sebelum ni memang ada beberapa orang blogger yg tanya pendapat Ina tentang aliran. For sure, korang mesti dah tahu result pt3 & of course korang dah hadapi soalan mak cik pak cik lepas korang dapat result. So join your little break and terbang bebas macam burung sebelum menempuh alam form 4 yg memeritkan. 

Dear hi

First sekali hai hi! Haha! Ina ambil aliran sains tulen. & subjek elektif Ina ialah Fizik, Kimia, Biology dan Add Math. 

Ina mulakan form 4 Ina dengan tinggalkan kelas selama 3 bulan beb iaitu daripada bulan February sampai May. Kronologi dia kat sini -> KamBek

Tu diaaa hasilnya!! (tak yah nk gempak sgt)
Ni berdasarkan kisah benar. Result Ina time UB1

Haaaa kata orang dont judge a book by its cover. Yang kosong tu bukan sebab bodoh sangat, tapi bodoh lah jugak sebab sibuk sangat pergi sana sini sampai tak ambil exam. Akak tak riyak dik, ni kene ambik tauladan. 

Ina ada masa 2 minggu je oii nak cover balik kelas 3 bulan. Gila weh gilalalallalalalala

"Woi, kau gila nak cover kelas 3 bulan dalam masa 2 minggu? Kau gila ke?!!"

Nothing is impossible

Tu baru introduction. Dalam post Ina ni, insyaallah Ina akan bagi tahu macam mana Ina tangani masalah yg Ina hadapi. 

Pengenalan bagi subjek elektif

Biology
Biology is science guys. Science is a basic of biology. Bagi sesiapa yg dah menyumpah seranah serta membenci science sebelum ni, anda disarankan berhati-hati. Siapa tak suka science, susah nak suka biology. 

Tips untuk score biology? Memandangkan biology adik beradik science, yang penting korang kene baca, ingat, faham, hafal, buat latihan. Setiap orang ada cara dia tersendiri, so depends on korang. Biology memang senang time mula-mula, tapi behave dengan liku-liku seterusnya. 

Chemistry
Dulu, time dengar kimia je, mesti imagine ahli saintis gabungkan satu cecair dengan satu cecair, dan tak semena-mena "pop!" makmal sains meletup atau rambut hangus ke terbako ke. Tolong padam semua imagination tu adik-adik.

Sesungguhnya, kimia tak sebegitu. Kimia ni bagi Ina dia tersendiri. Lebih kepada sains, tapi still ada kira-kira. Sains dia bukan macam biology. Kimia ni macam kita kaji tentang komposisi jirim. Alaa yang pasal proses pemejalwapan, pembekuan, pendidihan. Haa cenggitu lah. Tapi tu baru bab first

And tak lupa, bina formula. Haaa nanti korang belajar lah semua tu. 

Physics
Fizik ni bagi Ina lebih kepada kira-kira tapi still ada teori. Fizik ni pulak kita kaji tentang cahaya, daya, tekanan. Bab dia ada lima je untuk form 4 tapi masyaallah panjang gila macam 2 juzuk al-quran (kalau tak caye, sudah). 

Additional Mathematic
Haa antara semua ni, pak cik add math ni lah yang paling popular gila suka sangat buat orang gagal. Tak yah pelik kenapa gagal nanti eh. Tu benda biasa. Yang tak biasa, tak gagal. Haa ni yang baca ni mesti ada terniat 

" Halaaa add math tak susah kot. Diyorang fail sebab tak belajar"
-luahan adik junior yg tak amik add mt

Tolong tampar sikit orang macam ni biar dia fikir sejenak. 

Mungkin ada yang ingat add mt ni sama je macam math, cuma bezanya dia ada 'ADD' atau tambahan. 'ADD' bukan sebarang 'ADD'. 'ADD' ni lah mampu merantai korang dapat 8A 1G. Kan seram tu dengar. 

Ropeah tak salah ;') 

How I prevent?

Tak senang weh nak berjaya ni. Orang yang tengah bagi tips ni pun belum berjaya lagi. Tah macam mana spm next year. 

1. Your teacher is your bestfriend

Please jangan berat mulut kalau nak tanya apa-apa kalau korang tak faham even seketul perkataan dalam buku. Tanya cikgu. Kalau korang ni jenis yang tersipu malu bak daun semalu, its okay, jumpa cikgu lepas kelas. Tak pernah lg keluar kes cikgu makan student weh, tanya cikgu. Tak de award pun jadi gadis melayu terakhir 

2. Jangan study last minute

Adakah anda seorang procrascinator? Jika ye, maka janganlah. Jangan harap sempat nak belajar semua bab dalam masa satu malam. Akibatnya? Haaa amik eye bag sekilo kat mata time jawab exam. Buat schedule khas untuk korang belajar. Jangan buat je, tapi ikut schedulu tu. Trust me, study last minute SANGAT SANGAT SANGAT BAHAYA.

Pernah dengar budak mati sebab dia tak cukup tidur & stress time malam before exam? Lepas dia balik amik exam time tengahari, mak dia tengok dia dah meninggal. So, tolong avoid study last minute ni. 

3. Fokus dalam kelas

Fokus dalam kelas beb. Jangan duk usya makwe dalam kelas kenyit-kenyit mata. Ke nak usya makwe lalu tepi kelas mana tahu ada yg berkenan. Fokus dalam kelas penting sebab ni basic umpama tiang. Tanpa tiang, runtuh lah rumah. huhu teruknya ayat akuu kahkah

4. Abaikan kata-kata syaitan yg menghasutmu untuk buat benda yg lagha anak-anak

Syaitan ni banyak jenis, kengkadang dia ajak korang duk pi lepak kat restoran sampai 5,6 jam sampai korang lupa yg korang exam. Haaa tak nak ah sebut kang nanti kecik hati 

5. Baca, faham, ingat, buat latihan. 

6. Pi kelas tuisyen

Trust me, kelas tuition sangat sangat membantu. Lebih-lebih lagi kalau add mt. 

Trust me, ni hasil daripada tuition class & cikgu tuition yg best!! 

Bangga gila woi even C+ huhu lg satu nak B T-T alhamdulillah alhamdulillah. Tp still x leh beat budak cina pandai gila tu, 80 kot ;'( 

7. Suka setiap subject. 
Tolong lahirkan rasa dirasuk hantu time cikgu bagi kuiz mengejut or time jawab pape soalan. Lumba untuk dapat betul semua. Biar orang kata kau gila. 

8. Yg paling penting. Hubungan dengan Allah sentiasa jaga. Jangan dongak kepala lepas dapat kejayaan sebab kita tiada apa kalau nak dibandingkan Allah Yang Maha Esa. Jangan lupa doa! ;) 

9. Lahirkan semangat suka gila belajar

10. Rapat dengan ahli cendekiawan cerdik pandai dalam kelas. 

Yeah, panjang gila entry ni. Siapa yang berjaya entry ni sampai habis, tolong angkat tangan!

Semoga entry ni membantu adik-adik semua ye ;) 

Bye, assalamualaikum .


p/s; wish me luck for spm next year! :*

31 comments:

  1. arghh. nasib baik zaman bio fizik kimia da lepas. tapi kalo fikir balik tak ambik bio fizik kimia mmg rugi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah argh jugak !!! yup memang rugi. susah mmg susah, but fun la belajar sub tu

      Delete
  2. Hahahaha good tips. Paling benci physic and addmath. Chemist dengan bio okay lagi. Hahaha. Goodluck SPM dik, buat elok elok ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay thank you! :) hahaha ina setakat ni suka semua alhamdulillah. but bio tough :'( thank you kak ;))

      Delete
  3. Angkat tangan sebab berjaya baca sampai habis.

    Hebat Ina ni, mampu catch up balik semua benda yang tertinggal dalam 3 bulan. Kalau akaklah, memang tak bolehlah. Akak ni yang tak pernah skip kelas pun asyik kelaut markahnya lagi-lagi Add Math. Kalau busy macam Ina ni, tak tahulah macam mana.

    ReplyDelete
  4. biologi mmg kena byk menghafal.. mcm time akk dlu2.. akk sll buat nota kaki kecil warna warni.. bila nk exam akk scan dlm otak nota kaki tu.. selmt maju jya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup memang betul sesangat akak!! hm ina tak sempat lg nk buat nota kaki but good tips akak. sebelum ni ina buat utk chemistry je. thank you akak ! ;)

      Delete
  5. pndainya addmath wlaupun c. huhu. btw, gdluck fr yr spm 2k16.

    ReplyDelete
  6. teringat lak zaman sekolah dulu. tapi BV drop addmath. wakakaka XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah seriously kak bv?! hm untung lah sebab sekolah ina wajib amik add mt tak leh drop2 bg budak sn pure :"(

      Delete
  7. subject-subject compulsory science dengan math kalau boleh jangan miss la setiap kali kelas sebab bila skip je kelas terus lost. kalau jenis boleh study sendiri takpa kalau yang tak boleh haha kena insaflah sebab next year dah spm kot huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju sangat dgn statement ni. heheh yeah mmg blh study sendiri but perit lah kan nak catch up benda berbulan-bulan... yang penting, kene kuat usaha kan. hahha tu ah rasa nk nangis je. btw thanks :)

      Delete
  8. the most important, kena rajin usaha. jangan malas kan ina? hhaha... hakak dulu, memang tak minat gila add math. endingnya, result kelaut (*_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang betul sangat akak... :)) hahahha ina pun memula sama je kak. rasa nak nangis time belajar even bab first, bab fungsi hahah tp alhamdulillah lama2 ok :))

      Delete
  9. the most important, kena rajin usaha. jangan malas kan ina? hhaha... hakak dulu, memang tak minat gila add math. endingnya, result kelaut (*_*)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah thanks cik akak ;))
    aminn aminn :*

    ReplyDelete
  11. Jealous betul dengan kawan yang belajar last minute tapi add math dapat A+...haha..bio memang tough, dahlah kena hafal ditambah lagi dengan penandaan markah yg ketat. Btw, goodluck for SPM next year! :)

    ReplyDelete
  12. nice entry ni. alhamdulillah, mujur dah lepas tekanan berada di aliran sains tulen. and yup, paling tertekan sekali fiz, bio, kim dan addmath. hahaha. good luck ye sis!

    ReplyDelete
  13. nice one ! kak lissa dulu budak science stream jugaaaa. pecah kepala dik oi. hahaha

    ReplyDelete
  14. hahaha yg pasal addmath tu xD mmng selalu dorang cakap kalau lulus cukup2 makan pun kira dah pandai gila.

    apapun all the best utk spm nnti ina! ^^

    ReplyDelete
  15. nice entri kak ina. thanks

    ReplyDelete
  16. saya nak tanya?saya asalnya dari aliran perdagangan tapi saya nak jadi doktor dan saya nak minta subjek bio kimia dan addmath sebagai subjek tambahan sebab saya dah minta tukar kelas tapi penuh.So saya taknak putus asa sebab tu saya nak tambah subjek penting ni,soalan saya boleh ke pelajaran aliran perdagangan macam saya ambil subjek subjek hot ni.dan kalau ikut semua saya akan ambil subjek subjek ni untuk spm:

    1.bm
    2.bi
    3.sn
    4.matematik
    5.addmath
    6.bio
    7.kimia
    8.perniagaan
    9.sains rumah tangga
    10.sejarah
    11.pendidikan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sorry for the late reply. Honestly, i dont know how your school system works. I think it would be better if awak tanya cikgu awak. As long as I know, boleh je :D

      Delete
    2. jwbkan..dik..ade bio kimia fizik dh ok dh utk aply medic tp result tu kene storng la...

      Delete
  17. Tahun ni saya ambil PT3...and thanks bagi tips ni ye...harap2 saya dapat keputusan cemerlang.

    ReplyDelete
  18. Good day I am so hppy I found your web site, I really found you by accident, while I wwas browsing on Digg for soething else, Anywasys I am
    herfe now and would just like to say cheers for a tremendous post and a
    all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don't have time to
    read through it all at the minute but I have
    bookmarked it and also added in your RSS feeds, so when I have
    time I will be back to read a great deal more, Please do keep up tthe awesome work.

    ReplyDelete
  19. good info and nice blog..tq share tipss.berguna nt kan.btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international kampus seremban-ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..

    ReplyDelete
  20. How your result spm sis ...

    ReplyDelete
  21. Saya x lah pandai kelas no3 dari 6 kelas tapi dapat kelas sains cg kata bodoh xpe janji rajin

    ReplyDelete
  22. very nice! thank you for good tips;)

    ReplyDelete