Thursday, 9 February 2017

Dapur Terbakar

Google's ( Ina tak sempat berselfie time dapur terbakar)

Hai assalamualaikum,

Alkisahnya Ina merupakan seorang ex pelajar sekolah menengah yang dulunya menduduki SPM. Hari-harinya diisi penuh dengan berada di dalam bilik. Jika dia lapar, dia akan pergi ke dapur. Dia akan keluar untuk kemas rumah sahaja. Begitulah kehidupan biasanya.

Sehinggalah......................................

Ehem, okay here is Ina, who just come back to a normal person.

Lepas SPM ni, Ummi berhajat untuk mentransformasikan Ina daripada seseorang yang tak sebegitu cukup sifat keperempuanannya kepada seseorang yang cukup sifat sebagai gadis melayu terakhir. Tinggi betul harapan Ummi dekat Ina, tu lah masalahnya.

Jadi, lepas SPM ni, kerja Ina kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, semua kerja rumah lah, rasanya dah macam jadi pembantu rumah pun ada :') Sampai lah dengan memasak sekali Ina yang buat. Semua orang kat rumah panggil Ina orang dapur (benci gila).

Dulu kerja Ina memang belajar je. SPM katakan. Errr. So, selepas setahun tak menjengah ke dapur, bila Ina pergi dapur, adik Ina akan cakap ;

" Woiiiii tengok semua!! Kak Long pegang blender!!! "

" Lihatlah dunia!! Kak Long sedang memasak! "

" Ni Kak Long ke, hantu jelmaan dia?! "

Ya Allah, selamatkan lah aku daripada adik2 yang pelik ni

Nak dijadikan cerita, suatu hari yang sunyi buat insan yang bernama Ina, bertukar menjadi kacau bilau! Ina tengah panaskan minyak. Buat sementara waktu, Ina pergi lah potong bawang merah, & seangkatan dengannya. 

Tup tup bila Ina pandang dapur, api dah naik sampai siling rumah! Ina pun panggil lah Danish. Paling best sekali bila tengok dia tengah pakai earphone! Ina pun berhuhuhuhu je lah. 

Ina mampu menangis je masatu. Dalam kepala fikir kalau rumah terbakar ni, mati aku kena marah ummi & walid. Lepas ni, nak tinggal kat mana? Habislah Ina.

Dengan berkat Allah, akhirnya api tu reda :') Tapi masatu menggigil gila weh!! Macam trauma pun adaaaa

Alhamdulillah, langsir je yang terbakar!  T-T Kalau tak, habis ummi walid balik rumah dah terbakar hahhahaha


Kepada bakal suami saya, insyaallah rumah kita nanti tak terbakar ye hahahah. Saya dah belajar dari kesilapan. 

Bye assalamualaikum

Thursday, 2 February 2017

LOOK WHO'S BACK

Hai assalamualaikum everyone!! 

Siapa rindu Ina?! Angkat tangan!! *Menyampah gila weh nak feeling artist pulak* 
Tangan jatuh.

So, cerita dia SPM habis bulan November 2016. Ni dah February 2017. Cerita panjang dia malas. Cerita pendek dia, malas jugak. 

Maybe a hi from you guys?

"Ina, macam mana SPM? Okay?"
"SPM was fine *muka tenang gila*"
"But I wasnt! How dare you ask me that question?! Shut up"
Sorry, owner blog ni emo gila lepas habis jawab SPM. 

Disebabkan hidup Ina semakin cerah hari demi hari tanpa sekelumit gangguan daripada suara-suara buku latihan, so Ina decide untuk taburkan rasa kegembiraan Ina dalam blog ni. Siapa perasan Ina dah tukar design blogggggg??? Siapa tak perasan, ketiak dia busuk.

Well, I am no longer a pinky woman you guyssss :p Tapi, Ina kena admit yang blog ni tak boleh hidup tanpa warna pink. Tapi, disebabkan rasa bertimbang rasa tu menebal dalam diri, Ina just bayangkan kalau seorang lelaki melangkah ke blog Ina. Hm? Nak ke dia sentuh & gerakkan cursor dia lepastu & harungi lautan yang penuh ke-pink-an sangat? 

Ina private blog Ina sebelum ni untuk beberapa minggu untuk edit blog. Kira nak bagi suprise lah *menyampah angat*. Tiba-tiba, berkat nak suprise kan orang, bertukar jadi bala. Ina punya follower widget rosakkkk!!!!! Bayangkanlah, kau dah gigih berpenat lelah & bersengkang mata edit blog, tiba-tiba follower widget rosakkkkk


Ina tekan Ctrl+F cari apa yang tak kena *gaya ala agent CIA selesaikan masalah*. Ina harungi pulau-pulauan yang penuh dengan kod yang tahapehape. Sampai satu tahap, Ina buat keputusan untuk delete semua kod & gantikan dengan original template. And suprise!! Follower widget Ina still rosakk, Masatu, Ina cuma boleh berhehehehehehehe je ;) 

Lepas Ina siap edit, Ina search dan buat pemerhatian dengan kes pelik yang Ina alami ni. Ina search google. Tapi semuanya dusta. Ina dah nekad nak contact blogger-blogger otai dengan kes fobia yang Ina alami ni (Woih siapa tak fobia wehh. Kalau tak fobia, Ina bagi dia singgit). Then, Ina unprivate blog.. 

rupa-rupanya
Rupa-rupanya
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA

Follower widget memang tak berfungsi kalau kita uprivate blog. Masa tu, sambil smirking, Ina hanya mampu berkata "Mission Complete (emoji pakai cermin mata hitam)"


Maka, nak dijadikan cerita ni lebih menarik, Ina dengan bangganya telah hilang semua bloglist, sebahagian je jumpa T-T. Jadi, Ina nak minta tolong siapa yang dulu dia dalam bloglist Ina, tolong comment or letak link dalam chat box.. Ina akan letak korang punya link balik.. ;)) 

Bye, assalamualaikum. 

p/s: I went to SK Kampong Endah to teach them kawad! I guess this is the last time I wear krs uniform. How sad ;'( 

                                  ......Me ft awkwardness.....

Ok dah tatatititutu

If u have any suggestion what should I post, feel free to comment on my cbox, comments, email & others. Tq! :*