Google's ( Ina tak sempat berselfie time dapur terbakar)
Hai assalamualaikum,
Alkisahnya Ina merupakan seorang ex pelajar sekolah menengah yang dulunya menduduki SPM. Hari-harinya diisi penuh dengan berada di dalam bilik. Jika dia lapar, dia akan pergi ke dapur. Dia akan keluar untuk kemas rumah sahaja. Begitulah kehidupan biasanya.
Sehinggalah......................................
Ehem, okay here is Ina, who just come back to a normal person.
Lepas SPM ni, Ummi berhajat untuk mentransformasikan Ina daripada seseorang yang tak sebegitu cukup sifat keperempuanannya kepada seseorang yang cukup sifat sebagai gadis melayu terakhir. Tinggi betul harapan Ummi dekat Ina, tu lah masalahnya.
Jadi, lepas SPM ni, kerja Ina kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, semua kerja rumah lah, rasanya dah macam jadi pembantu rumah pun ada :') Sampai lah dengan memasak sekali Ina yang buat. Semua orang kat rumah panggil Ina orang dapur (benci gila).
Dulu kerja Ina memang belajar je. SPM katakan. Errr. So, selepas setahun tak menjengah ke dapur, bila Ina pergi dapur, adik Ina akan cakap ;
" Woiiiii tengok semua!! Kak Long pegang blender!!! "
" Lihatlah dunia!! Kak Long sedang memasak! "
" Ni Kak Long ke, hantu jelmaan dia?! "
Ya Allah, selamatkan lah aku daripada adik2 yang pelik ni
Nak dijadikan cerita, suatu hari yang sunyi buat insan yang bernama Ina, bertukar menjadi kacau bilau! Ina tengah panaskan minyak. Buat sementara waktu, Ina pergi lah potong bawang merah, & seangkatan dengannya.
Tup tup bila Ina pandang dapur, api dah naik sampai siling rumah! Ina pun panggil lah Danish. Paling best sekali bila tengok dia tengah pakai earphone! Ina pun berhuhuhuhu je lah.
Ina mampu menangis je masatu. Dalam kepala fikir kalau rumah terbakar ni, mati aku kena marah ummi & walid. Lepas ni, nak tinggal kat mana? Habislah Ina.
Dengan berkat Allah, akhirnya api tu reda :') Tapi masatu menggigil gila weh!! Macam trauma pun adaaaa
Alhamdulillah, langsir je yang terbakar! T-T Kalau tak, habis ummi walid balik rumah dah terbakar hahhahaha
Kepada bakal suami saya, insyaallah rumah kita nanti tak terbakar ye hahahah. Saya dah belajar dari kesilapan.
Bye assalamualaikum