Showing posts with label #examweek. Show all posts
Showing posts with label #examweek. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

Bila Dapat Result "Ok" Dalam Exam

Hai assalamualaikum,

Seperti yang ramai tahu, harini merupakan hari pelajar-pelajar PT3 untuk ambil result PT3. Setelah selesai bertungkus lumus sepanjang 3 tahun di sekolah menengah, akhirnyaaa inilah hasil titik peluh mereka.

Tadi, Ina pergi sekolah sebab tolong walid, dapat juga lah tengok pelbagai riak wajah masing-masing. Ada yang tersenyum gembira tengah kongsi result gembira dengan parents, ada yang muka biasa-biasa je, yang paling pelik, ada jugak orang dah siap kemas dewan, baru terkedek nak datang. Haih.

So, harini Ina teringat last time Ina dapat result upsr dulu


lebih kurang macam ni

So, macam biasa, pak cik mak cik dah get ready dah soalan mereka. Disebabkan sikap yang lurus tambahan pula dengan masatu cetek akal lagi, Ina tak sedia bila orang tanya. First time kot periksa besar. 

Disebabkan kat dahi kau umpama ada tampalan sebesar gajah yang tertulis 'SAYA AMIK UPSR, TANYALAH SAYA AMIK BERAPA A", jadi confirm kau akan di'aim' teruk oleh semua orang. 

Mak cik : Eh, sabrina... darjah 6 kan
Ina : Haah.. ( confirm nak tanya aku dapat berapa A (emoji sinis)) 
Mak cik : Dapat berapa A?
Ina : Alhamdulillah 5A

"Alhamdulillah 5A

dialog ni sampai dah boleh hafal dah

Time cakap perkataan keramat ni lah, rasa macam muka still kena control macho gila. Plus dengan hidung kau yang umpama kembang kempis semacam time jawab. Yang peliknya, time tu lah muka kau umpama manusia riak terserlah gila. 

Bukan tu je, Ina juga practice cara nak cakap.

Case 1
Mak cik : Haaa dapat berapa A?
Ina : 5A je
Mak cik : (dasar budak tak tahu bersyukur)
Haaa ni mesti orang kata jenis budak yang tak tahu nak bersyukur ataupun budak yang batak gila dengan result dia sebab ada "JE" belakang dia

Case 2
Pak cik : Eh sabrina, haaa berapa A?
Ina : straight A

Yang ni pulak, mesti orang kata budak berlagak. Padahal baru UPSR

Case 3
Pak cik : Haaa upsr kan? Berapa A
Ina : straight A je..
Pak cik : (fuhh berlagak gila budak ni)
ni tahap paling tak boleh bla. Berlagak gila weh!! Boleh pulak ada "JE" dekat belakang tu?! dasar riak

so Ina decide untuk cakap "alhamdulillah, 5A". Haaa jika kita kaji, unsur riak dapat dibendung melalui ayat ini. 


Haih, apa-apapun tahniah kepada semua adik-adik PT3. Mana yang dalam frustation macam akak dulu, please move on lelaju & focus on spm. PT3 cuma nak tentukan aliran. SPM yang menentukan. 

So, bye, assalamualaikum!! ;) 

p/s : Ina nak balik kampung esok heheheh tata semuaaa

Tuesday, 3 November 2015

Slap yourself, sabrina

Hai assalamualaikum,

Haa amik kau, haaa! haaa! 

Whatcaaaaaaaa!! (lepas geram). Alhamdulillah, selepas sebulan menelaah buku sampai tak loya makan, gastrik *cehh* akhirnya aku kembali menghulurkan salam di sini mwahahahaha. Okay, tuan blog ni gila.

Tapi, serious lah, Ina kene gastrik teruk time exam week sbb doktor kata tak cukup rest. Konon nak tunjuk brtungkus lumus sblm exam, padahal...................... belajar last minute x). Tak de bende yg nk dibanggakan, jangan ikut akak sabrina ni.

Haa korang perasan tak dengan new look blog Ina? Setelah berabad lamanya Ina tak tukar design blog, akhirnya akhirnyaaaaa Ina decide untuk tukar design blog lama yg dah lekang dek panas, dah lapuk dek hujan.

Kali ni, blog Ina bertemakan warna coklat dan pink.
Yeah, pink.
Still pink.
Still.

Ina tak tahu kenapa?!!! Kenapa warna pink ni still jadi pilihan mata Ina. Padahal, Ina dah set mind Ina kata aku nk tukar blog jadi warna orange. Warna komersial. Laki pun tak geli nk tekan (ahahah). Konon nak hipster gituwww. Tapi, haa still. Still.

Still merah jambu. Nak kata ayu? emm hahaha okay muntah hijau guwa. Dah. menyampah orang baca.

 
My reaction after all efforts & sacrifices :') 

Yang paling geli sekali, header lah. Haih Ina spend 3,4 jam untuk perah, bilas otak ni untuk buat header yg gempak. Dan jeng jeng boleh scroll atas, tengok hasil drpd otak Ina. Sebabakusabrina bersama roket berterbangan & burung sebagai rakannya.

Part yang paling Ina suka sekali, part sidebar. Thank you Kak Wanaseoby for the tutorial. ♥♥

Last but not least, benda yang paling penting sekali, setelah dicuit2, dicubit2, & dipaksa dgn kejam oleh adik sendiri, Ina terpaksa lah buat part promoted account. Sesiapa yg berminat, boleh whatsapp laju2 dgn humairock. Benda ni memang laris sgt, permintaan tinggi. Memang tak rugi kalau nk cuba. Harga pun berpatutan. Boleh beli banyak2 untuk mak, ayah, sanak saudara, jiran tetangga & sebagainya.

Okay, tak boleh lama2, esok last peiiiiiperr. Last paper!! Tapi satu hapak pun Ina tak baca lagi dek panggilan blog ni. Wish me luck!

Bye, assalamualaikum.

Lots of love, 
Inaaaaaoo 

*still wondering the relations between my title post & its content