Thursday 18 December 2014

Soalan Makcik Pakcik Lepas Aku Dapat Result

Hai assalamualaikum,

Seperti yang korang semua tahu, (kalau tak tahu, meh sini, Ina bagi tahu) 22/12 nanti, iaitu lebih kurang 3 hari daripada sekarang, pelajar tingkatan 3 akan dapat keputusan pt3. Yihhhaa!!! Okay. Berita buruknya, Ina salah seorang daripada mereka.

So, hari ni, tak nak lah cerita berdebaq jantung tu macam mana, jantung nak tercabut ke, menggigil ke. Benda tu memang typical kan kalau nak ambil result. Sekarang, benda yang Ina nak cerita, benda typical jugak. Cuma lain sikit. Soalan Pakcik Makcik Lepas Ina Dapat Result.

Berdasarkan pengalaman UPSR, soalan femes fofular dan cipumas lepas dapat result;

1) Dapat berapa A ?

* baru je jejak kaki masuk ke rumah lepas balik sekolah ambil result *
* Teng tereng tet -bunyi phone *
Makcik : Ha, Kiah. Anak kau dapat berapa A? 
Kiah : Anak aku dapat __ je. 
Makcik: Oh okay lah tu. Anak aku pulak dapat straight A. Hm suruh lah anak kau study hard sikit baru boleh jadi macam anak aku. Bijak lagi sana. 
Kiah : -Tettt-
Makcik: Hello, kiah. Hello?? 

Padan muka makcik ni. 

Bukan setakat dalam phone je. Kalau korang tengah ada event keluarga ke apa, asal ada muka kau je, dapat berapa A? Asal ada muka kau je, dapat berapa A. Terasa seolah kat dahi kau ada tampal 'SAYA LAH PT3 CANDIDATE. TANYALAH SAYA DAPAT BERAPA A'

Sedih? sedih. 

2) Tak Mohon Sbp? Mrsm ke? 

Dulu cita-cita memang nak jadi student sbp atau mrsm. So, adalah pakcik ni. Dia tanya Ina. 

Pakcik : Darjah berapa dik?
Ina : Darjah 6.
Pakcik : Lahh ambil UPSR rupanya kau ye. 
Ina : Ye, pakcik. 
Pakcik : Dapat berapa A?
Ina : 5A *sengih lagak kerang busuk
Pakcik : Tak minta mana-mana ke?
Ina : Ada. Saya minta sms banting
Pakcik : Lahhh ada mintak situ. Pakcik ni duduk dekat Raub, Pahang. Kenapa tak mintak kat situ? Kat sana, pemandangan memang best. Kalau kau sekolah sana, boleh lah balik rumah pakcik, duduk sana. 
Ina : Hehe, ye ke pakcik. Dah hantar dah permohonan.
Pakcik : Rugi nak, rugi. 
*pakcik tu pun teruskan lah kelebihan bersekolah di Pahang sana* 

Pakcik, pakcik. Bukan nak kata apa. Saya ni tinggal dekat Selangor. Pakcik ajak saya sekolah dekat Pahang nunn jauh sana. Saya terharu pakcik ajak saya tinggal rumah pakcik. Terima kasih. Tapi masalahnya, saya baru kenal pakcik 5 minit, pakcik dah suruh saya tumpang rumah pak cik. T-T

3) Amik aliran apa? 

Belum dapat result lagi, tapi dah ada beberapa makhluk dah tanya soalan ni. 

Aliran Sains Tulen
Kassim: Eh, kau tahun depan form 4 kan?
Ina: Haah. 
Kassim: Kau nak ambil aliran apa? 
Ina: Insyaallah Sains Tulen.
Kassim: Kau sure? Sains Tulen tu susah gila tahap gaban. Lepastu ada kawan aku yang ambil, ada yang kata tak boleh bawak time exam. Kusut je kepala. Kau boleh ke bawak Sains Tulen? Boleh ke? Booooooleh kekekekekeke?

Prinsip Akaun 




APAK
(Asuhan Kanak-kanak)

So, conclusion dia, setiap aliran ke apa, ada cabaran dia. Tak kira lah, Sains Tulen ke, Prinsip Akaun ke. Ina ada dengar advice akak ni, akak tu kata "Yang penting ambil aliran yang kita betul-betul minat. Jangan ikut kawan. (Ikut kawan, binasa jadinya.) Kalau boleh, prepare dari form 4".

Kepada semua batch 99,
Semoga kita semua dapat result yang baik. Aminn.

Bye, assalamualaikum ;) 
-cerita atas ni ada yg reka, ada yang benar-okbyeyeye

p/s: nak mintak tolong komen dekat entry
Giveaway Kusarah ^^ Thank you ;) 

62 comments:

  1. jangan lupa baca doa before ambik result. in sha allah cmerlang. hehe :)

    ReplyDelete
  2. hhahaha..tu belum nak masuk u nanti..dah kawin, nak ada anak..adeh penat nye nak jawab T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kelakar gila kak :pp haha apa lah agaknya jawapan ina ye.. yang ni pun tak terjawab

      Delete
  3. ohh ni golongan blogger pandai gak ah ni en upsr 5a. hihi Insya Allah result pt3 pun cemerlang. Keep calm and redah je. Goodluck! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. upsr dengan pt3 lain kak :'((( pt3 susah sesangat T-T aminn terima kasih sangat2.. insyaallah :))

      Delete
  4. wahhh. semoga dapat yang terbaek. hehhe. semua benda tu memang tipikal la kan. hehehe. buat keputusan dengan betol2 tau. heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you very much kak BV !! haah betul tu kak.. insyaallah.. ina buat keputusan betul2 nanti..

      Delete
  5. Gudluck amek result nnty :D baca selawat banyak2 nak hilang debar.. ^^

    ReplyDelete
  6. hahah, PA pun tak senang tau . SPM tahun ni punya soalan PA haram jadah -- . Akak amik sains akaun . aliran yg akak amik based on benda yg akak minat dan nak jadik . akak tau akak mmg tak minat bio. so akak tak amik . tu yg akak tukar ke PA . choose de best decision . akak baru je abis SPM ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ina ada dengar jugak, pa pun susah jugak.. akak kawan ina ambil pa.. mula2 dia nak masuk sn tulen then kawan dia ajak pa, kata sn tulen susah. bila dah ambil pa ha.. dia kata pecah kepala pulak ambil pa.. oh ye ke.. insyaallah kak.. good luck jugak utk result nnt ^^

      Delete
  7. Moga ina dpt result spt yg ina harapkan :-).. x kesah amik aliran ape. Yg pntg kita mnt dik. Kalau x, ssh gak nk carry on... Bila ada minat, insyaAllah usaha pun akn ada:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn... hm tu lah.. ina minat sains.. insyaallah kak.. ina ingat pesan akak.. terima kasih ye kak ^^

      Delete
  8. Assalam hi Ina =) Goodluck yaa ! all da best ambil result nnt. aliran sains best, aliran mana2 pun best hihi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak.. terima kasih ye ^^ hehe tu lah.. ina cadang nak ambil aliran sains.. ^^

      Delete
  9. biasa ina. akak pun sama je, sakit hati jugak kadang tu. cuba bagi kita rest dulu lepas dapat result. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan akak kan... ni tak, makin buat kita lagi stress

      Delete
  10. common lah soalan2 cepumas tu sabrina, all the best my dear,hadiahkan awak klik2 nuffnang malam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm haah dah selalu kena dah kak.. thank you kak ^^ alhamdulillah, terima kasih hehe

      Delete
  11. ada lebih kurang 3 hari lagi kan ? buat lah solat hajat banyak-2 lagi . doa mintak keputusan kita dapat banggakan ibu bapa kita :) . goodluck ina !! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm haah.. insyaa allah kak.. tu lah itu je matlamat ina, nak banggakan ummi walid kalau dapat straight A.. terima kasih ^^

      Delete
  12. Oh my god.
    Why those ppl exist on the world to only burn our heart?!?!!?!?!??!!?!
    hahahaahah dont worry ina ambik je semangat membara to study more n more!!!!

    heuheuhu sabor jelah kan.
    Kqila suka org bakar semangat cemtu nnt baru study kalau tak malas serupa tahi heheehehehhehhehe.

    Ok about the aliran thingy hehe.
    Make sure kalau ambik PA ples dont ever drop Addmath tau sbb dkt uni; mathematics dkt sini addmath so nnt blur gila wahahhah! Jgn ingat habis sekolah buang semua tu ok! Wiwiwi. Chaiyuk! And ambik science pun ok what! Pandai gila uish. You know your own capabilities rite? So yeah! do make a wise decision. Kalau suka pegang calculator ah gi ah PA ekeke.

    Kalau mcm extra perah otaak ha science stream ceh gitu. Sbb qila PA HEHEHEHEHEEH. (MCM NAK POMOT PULAK EKEEKE)
    FIGHTING WAKK!
    OMG DID I SPAMMED YOUR COMMENT SECTION!? HAHAH MAAF!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu lah yang ina tertanya-tanya kenapa diyorang wujud .______________. stress beno. insyaallah kak qila ^^
      hehehe kadang-kadang lah ina macam tu.. hahaha betul jugak kan. ina pun jenis malas serupa tahi jugak ni.
      oh.. susah gila kak qila T------------------------T seram pulak ina dengar... insyaallah ina rasa ina nak ambil aliran sains.. hehe kita cuba je.. sebab cita2 kita nak jadi doktor, kene lah ambil sains kan.. tapi kita suka jugak dekat math ♥♥ haihhh tapi kena ambil aliran yg sesuai dgn ambition kita lah kan.. hahaha kak qila ni kelakar lah..
      oh ye ke.. wow tak sangka kak qila ambil aliran pa... tapi math pun perah otak jugak apa kan.. kadang2 lagi teruk dr sains.. hehe x de lah.. terima kasih kak qila, bagi kita useful advice ^^

      Delete
  13. waaah good luck good luck! senyapkan mulut2 sibuk tu dengan excellence okayy haha. been there done thar :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak najla... hahahah tengah duk pikir jugak macam mana nak elak kasi orang tanya..

      Delete
  14. Soalan-soalan yang lebih kurang macam ni akan sentiasa ditanya juga >.<

    Good luck ya Ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah kak T-T thank you very much kak :***

      Delete
  15. akak wish ina all the best ;) huu biasala..mak cik mak cik sokmo gi tu..geram juga. tak menjaga hati betui =;=" sabo je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you thank you.. ^^ hahahaha makcik sokmo pun okay jugak :p hahaha sometimes lah :p

      Delete
  16. Semog dapat result yang baik ye ! Wish ur best of luck ;)

    Jom tengok video Blogbuster saya :D
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/12/can-you-see-my-blogbuster-videos.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awakkk ^^ aminn ..
      okay okay.. ina otw nak pergi tengok ni ^^

      Delete
  17. goodluck Ina! InsyaAllah dapat result yg terbaik! :D tetiba takut lak membayangkan result spm tahun depan.. T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak mazniii ^^ aminn hahahaha haah lah akak kan ambil spm.. good luck jugak kak.. jangan risau lama lagi result :p

      Delete
  18. Advice jangan ikut kawan tu memang betul. Bab ni kena betul-betul fikir utk diri kita.
    All the best for ur result, Ina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak farah ^^ ina akan ingat advice akak :D

      Delete
    2. so sweeet :) akak doakan yang terbaik untuk Ina ye

      Delete
  19. mana2 bidang pun okay ja. nama pun proses belajar, dari tak tau lama2 mesti tau. tak semestinya yang kita tak minat, buruk bagi kita. yang penting usaha dan kemahuan untuk kuasai sesuatu bidang tu. all the best for the upcoming result! fighting! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. hehe kan.. macam ina ni, tak minat & tak pandai kemahiran :P yup betul tu.. thank you cik fafa ^^

      Delete
  20. Dun worrry lah Ina, result ko mesti cantik punye.. :)

    ReplyDelete
  21. Sains tulen kalau belajaq betui2 insyaAllah boleh buat. eceh cakap macam dapat A selalu padahal result keluaq selalu C hahaha.

    jangan stress ok. pilih yang berkenan di hati hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. ye ke.. hehe okay lah tu kak ^^ insyaallah :))

      Delete
  22. pakcik makcik yang selama ni tak pernah ambik tahu pasal kita pun sibuk nak tahu result ,, time aku UPSR , aku langsung tak mintak mana-mana ,, habis kena ceramah .. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan weh. sama doh ngan aku haippp. haha kau pun satu hal. tapi memang ada je sedara aku yg tak mohon gak katanya x berkenan

      Delete
  23. hahaha kelakar la. ina sebaya adik kak ana. PT3 candidate jugak dia. rilek & doa byk2 k. moga2 la pkcik mkcik kepochi tu dibekukan mlut depa nti heshh bz body betol hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laahhh ye ke.. hehe tolong kirim salam pt3 kat dia ^^ insyaallah.. hahaha harapnya macam tu lah kak ana..

      Delete
  24. Hai Ina,
    aku sekolah asrama dekat Raub **lambai-lambai**
    Aku juga budak sains tulen. Sebenarnya bila masuk form 4 nanti, semua start dr zero balik. Ramai je budak2 yg ketinggalan markah masa lower form, masa naik form 4 boleh score...Ramai jugak yg pandai masa lower form terus hampeh masa form 4 sbb byk main...

    Papehal, good luck result nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai haiiii
      lah ye ke?? budak pandai ni hohohoh ^^
      alahai seram pulak dengar sebab takut tak boleh bawak.. haisyy minta2 lah ina tak jadi macam tu.. aminn. thank youuu ^^

      Delete
  25. kita tak ingat la ada tak komen entri ni,ke belum publish? hahaha
    pelupanya..! check2 tak ada..tak apa la..

    komen kita :

    biasalah makcik pakcik mmg suka nak ambil tahu,sbb nak juga tahu anak orang tu lagi bagus dr anak kita atau anak kita yg lg bagus. lepas tu sibuk nak membanding kan kita dgn sekian2 anak orang. Mana nak tahan? huhu..
    kita upsr dlu 1 a 1b 3 c mmg masa tu rasa tak rasa sangat result upsr ja pun,bukan exam besar,bila dh form1 tu kita rasa kenapa bengap sangat masa upsr,huhu.. nak bagitahu pun malu.
    pastu masa spm,dapat paling cikai 3abc ,selamat kredit semua..! hahaha.. tk ada la malu sangat janji kita kredit semua..!
    kalau sibuk hal orang lain nanti kita mundur ja..

    ReplyDelete
  26. bz body betol la kan pakcik makcik tu. ni karang adik kak ana pon dpt result PT3 habesla dia hahaha

    ReplyDelete
  27. GOOD LUCK utk result ye Ina.. jangan hirau apa org kata. Ikut minat kita. Yakin boleh bawa, then go on je. jgn jd mcm akak, amik akaun sbb nk lri dri fiz,kim,bio. last2 dh terumbang-ambing sbb tkda lngsung asas akaun. tp last2 ada jgk minat pda akaun. tak kenal maka tak cinta. hehe. :D JUST BE YOURSELF. jangan give up. percayalah rezeki tu ada. asalkn usaha ja. sbb Allah tak pndang hasil, tp Allah pndng usaha kita. oke, dear? Fightingg ! doa bebanyak utk result.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum.

    InshaALLAH , everything will be ok, Ina. 5A upsr, pndainya !!
    Tringat, tdi crite kt adik laki yg drjh 4 .... nti form 4 nk msuk sains tulen.
    tetiba dia ckp, sains juling ?!!!!?? Ok , plempang ke muka *tkdelah* :D

    mk cik2 biasalah ... sye pula.. klau ank dia tk ok dia tkkn tfon tnye result kta TAPI klau ank dia ok, dia akn call.. so, sabo je lh :D

    Ina esk !!!

    ReplyDelete
  29. tak susah mana pun sains tulen. kena usaha lebih sikit aje. pilih la ape yg disukai, pastu usaha. caiyok~

    ReplyDelete
  30. Bese lah tuh..dorg lbh utamakn A je..huhu

    ReplyDelete
  31. makcik pakcik ni walau x kenal mmg sangatlah mengambil berat ssebab kebanyakannya 'dihantui' masa lalu. kalau boleh nak ulang masa dan buat yang terbaik.

    btw, gunakan medan sosial sebaiknya. muda lagi dan terlalu banyak cabaran yang boleh hilangkan watak seorang wanita Islam ^^

    salam perkenalan dari akak

    ReplyDelete
  32. pesan akak, pilih yang adik suka. bukan selalu dapat peluang yang kita mahukan. akak dulu pun aliran sains tulen. tup2 belajar engineering sekarang. apa2 pun, pasang niat Lillahi Taala. erk.. pak cik teksi ke apa tu?

    ReplyDelete
  33. Hihi dapat berapa A? Conclusion dia, abaikan apa orang cakap. And setiap apa keputusan yang kita buat mesti kita ada sebab kita sendiri kan :)

    ReplyDelete
  34. Typical lah tu dikk. Ikut hati taw. Kalau suka sains, amek sains. hehe

    ReplyDelete
  35. Setuju sangat dengan ina. Kawan2 mak saya yang tak ada anak form 3 pon dah berdesup tanya. Haha. Jiran saya pun ada pulak taktik konon2 nak datang salon mak saya. Tahulah niat dia sebenarnya. Hahaha.. :D

    ReplyDelete